SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 3 Disember 2009

Masih kuatkah sokongan kepada Pakatan Rakyat jika mereka ini meninggal dunia?

Tiba-tiba dalam berita perdana diumumkan Karpal Singh, Tok Guru Nik Aziz, Pak Hadi Awang meninggal dunia kerana kemalangan dalam dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
Datuk Seri Anwar selang beberapa hari diputuskan bersalah oleh Mahkamah diatas tuduhan meliwat Saiful dan dihukum penjara 20 tahun. Maka malanglah bagi nasib Pakatan Pembangkang yang selama ini sangat berharap kepada pemimpin yang mempunyai sangat banyak masalah itu. Selain pengidap penyakit itu dan ini, berhadapan pula sebahagiannya dengan masalah kejatuhan moral akibat perbuatan terkutuk yang mereka lakukan. Maka berhimpunlah saki baki pemimpin Pakatan pembangkang untuk memilih pengganti yang telah meninggal dunia itu. Berebut sakanlah yang berpotensi untuk menduduki jawatan yang dikosongkan. Dapat saya bayangkan bagaimana Husam Musa tak senang duduk, Kamaruddin Jaafar dan Salahuddin Ayub kerap terasa nak kencing dan kadang tu terkencing dalam keluar.
Maka mencuba-cubalah sdr YB Hassan Ali untuk menjadi Mursidul Am PAS di Selangor.
Bermacam karenah akan kita lihat dan hayati. Tentang manusia yang sebenarnya hanya bertopengkan islam dalam perjuangan mereka. Apa lagi dalam DAP. Masyarakat India menuntut agar tempat Karpal Singh digantikan dengan pemimpin dari kaum mereka. Sedang Lim Kit Siang masih mempertahankan merit dalam pemilihan Pengerusi DAP tersebut. Dalam PKR juga sedemikian suasananya. Azmin dan yang lain-lain mula menunjukkan belang dan ketokohan masing-masing. Konon mereka yang lebih hebat dari yang lain.

Jika seluruh suasana ini berlaku hanya 6 bulan sebelum PRU ke 13, maka bye-byelah jawabnya kepada Pakatan pembangkang. Alamat Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan akan terlepas dari genggaman. Usah mengharap nak menguasai Parlimen. Mimpi disiang harilah nampaknya para penyokong pembangkang sekalian.

Sesungguhnya ini semua kuasa Allah SWT. Tidak ada sesiapa dikalangan manusia ini yang dapat menafikannya. Sekalipun kita berdoa dipanjangkan usia, namun jika Allah menghendakinya, maka jadilah seperti apa yang dikehendakinya itu. Maka meninggallah semua yang menjadi pengharapan Pakatan pembangkang tersebut itu. Yang dapat saya beri jaminan hanya rasa simpati yang sungguh ikhlas dari hati ini. Kita dilarang sama sekali untuk berpest sebagai menyambut kematian mereka-mereka itu.

Kenapakah Anwar Ibrahim tidak meninggal dunia lebih awal dari Nik Aziz?
Jawapannya kerana Allah SWT masih memberi ruang dan peluang kepada beliau untuk bertaubat. Untuk meminta ampun kepada kawan dan lawan, lelaki dan wanita yang pernah terutamanya diliwatnya. Kepada yang meninggal, dunia selanjutnya menunggu anda. Apakah Nik Aziz dan Pak Hadi jamin tidak akan dihempas dan dipukul oleh Malaikat yang diberi amanah oleh Allah SWT? Tidak mungkin.......Sejak kebelakangan ini Nik Aziz sudah mula kurang menjaga mulutnya dari mengeluarkan kata-kata kesat yang berbau dosa. Jangan lagi cerita soal Karpal Singh.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Ini hanyalah sebahagian dari perkara-perkara yang mungkin berlaku. Kita hanya merancang, tetapi keputusannya tetap dalam genggaman Allah SWT tua. Oleh itu bermulalah dari sekarang.
Mana-mana yang telah tua bangka itu berlajarlah untuk meletakkan jawatan dan cuba-cubalah mencari pengganti yang berkelibar. Siapa agaknya yang paling sesuai mengganti Sdr DSAI dalam PKR? Mengganti Pak Hadi Awang dalam PAS? Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh dalam DAP? Saya membayangkan satu kekosongan dan kekurangan pemimpin sewibawa yang meninggal dunia itu. Maka sekali lagi Pakatan pembangkang kehabisan cara untuk melangkah.
Langkah mereka kali ini nampak sangat sumbang. Kepada PAS, saya cadangkan import orang arab yang bijaksana selaku Mursidul Am Kelantan dan Presiden PAS. Bukankah Islam yang diutamakan. Arang islam Arab ramai yang hebat-hebat. Jika PKR, elopk diambil dari Eropah saja pemimpin utamanya sebab mereka dari sana telah lama mengamalkan sodomy tanpa sekatan kerajaan.

Rabu, 2 Disember 2009

Pakatan Pembangkang Cakap Tak Serupa Bikin. Habukpun Tak Ada.

Bila ku mengimbas semula akan kemarahan rakyat jelata kepada UMNO dan rakan Barisan Nasionalnya semasa PRU ke 12 dulu, aku menjadi gerun dan separuh ketakutan. Begitu marah dan jijiknya sebahagian besar rakyat jelata kepada parti pemerintah itu tidaklah terkira. Alasan mereka ialah UMNO dan Barisan Nasional selama ini telah mengamalkan rasuah, penyelewengan, nepotisma, kronisma, gila harta dan kedudukan dan berbagai-bagai lagi. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Husam Musa, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan lain-lain lagi adalah pemimpin yang sangat lantang bekerja keras mempropaggandakan isu-isu tersebut untuk dimuatkan kedalam minda rakyat Malaysia. Sebahagian besar generasi muda terpengaruh dan mengalihkan undi mereka kepada Pakatan Pembangkang, menyebabkan PAS telah memperolehi lagi satu negeri, DAP memperolehi Pulau Pinang dan PKR memperolehi Selangor. Sementara itu Wilayah Persekutuan hampir semua dibolot oleh Pakatan pembangkang.

Benarkan rakyat ikhlas dalam menerima alasan-alasan propagganda pimpinan Pakatan pembangkang tersebut????Atau sebenarnya undi yang diberikan kepada mereka itu hanya sebagai satu amaran kepada BN sahaja? Jawapannya sama-samalah kita tunggu dan nantikan dalam PRU ke 13 nanti, setelah UMNO dan BN sehingga kini mengakui kesilapan mereka dan berusaha untuk berubah secepat yang mungkin.

Sebaliknya kini Pakatan Pembangkang yang telah mememangi banyak negeri dalam Pru ke 12 itu telah mula menunjukkan "punggung" mereka yang sebenar. Sama ada putih melepak ataupun rupanya penuh dengan kudis dan kurap!!!!

Rupa-rupanya "punggung" Pakatan Pembangkang itu penuh dengan kudis dan kurap. Mereka rupanya "mengata orang diri yang lebih" Dewasa ini timbul berbagai cerita mengenai kerakusan sebahagian besar pimpinan Pakatan Pembangkang untuk mengejar kuasa dan harta. Sekalipun cuba dibendung oleh Pemimpin PAS, namun sikap yang telah menjadi darah daging itu agak sukar untuk mereka hapuskan dari tabiat seharian mereka. Perbuatan maksiat bukan sahaja berleluasa, malah mereka sanggup pula bermati-matian untuk mempertahankannya, jika ianya berlaku kepada pimpinan mereka. Ini semua sudah maklum, sebagaimana yang berlaku kepada Elizabeth Wong di Selangor. Di Kedah juga terjadi. Dan yang paling popular sekali ialah kes maksiat DSAI sendiri dengan seorang remaja lelaki bernama Saiful. Tindakan yang tidak telus Ketua Menteri Pulau Pinang sememangnya telah diketahui umum, bilamana beliau tidak berkata benar tentang transexy Tanah di Pulau tersebut. Apabila didesak barulah membuat berbagai alasan untuk memperbaiki segala tindakan curang yang dilakukannya. Apa yang tidak dilakukan oleh pimpinan Pembangkang yang suatu ketika dulu sebelum 2008 amat mereka benci sekali.

Jelas sekali apabila kuasa berada ditangan mereka, mereka melakukan perbuatan jahat lebih dari syaitan yang dilaknati Allah SWT. Seorang yang sangat rapat dengan sejadah seperti Ulamak dan Mursidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz sangat suka bersikap kroni. Semua kita mengetahuinya bahawa menantunya dilantiknya untuk memegang sebuah badan berkanun negeri. Apabila ditimbulkan kes tersebut, barulah beliau mengarahkan pemberhentian anak menantunya itu. Tapi adakah tindakan tersebut dapat diterima. Perbuatan telah berlaku dan fakta itu tentunya dapat kita gunakan sebagai alasan kenapa kita mula tidak hormat dan percaya kepada Tok Guru itu.

Kita sebenarnya sangat bersalah dalam membuat perkiraan dan menentukan keputusan memberikan undi kita kepada Pakatan pembangkang dalam pilihanraya yang lalu. Terang dan jelas, PKR itu tidak memiliki apa-apa dasar perjuangan yang murni seperti UMNO, MCA dan MIC. Terang sekali PKR itu hanyalah sebuah parti yang memperjuangkan DSAI sahaja. Mati DSAI maka matilah PKR. Sama-samalah kita tengok nanti. Kaum India yang ramai dalam PKR itu bukannya memperjuangkan DSAI tetapi sebaliknya memiliki sifat oportunist dan berusaha untuk mempopularkan diri peribadi masing-masing sahaja. Hanyalah sekadar mempraktikkan ilmu pendidikan yang mereka pelajari di Pusat-Pusat Pengajian tinggi.

Itulah sebabnya aku katakan mereka "cakap tak serupa bikin". Kononnya mereka nak menghapuskan rasuah tetapi mereka yang hantu rasuah. Konon mereka nak melihat perjalanan Majlis-Majlis Berkuasa tempatan dengan licin, tetapi mereka yang kaki samseng cuba bertindak tidak adil dengan kakitangan majlis-majlis berkuasa tempatan. Terdapat sebilangan pemimpin Pakatan pembangkang cuba bertindak seperti mafia. membela samseng jalanan untuk melaksanakan segala tugas jahat mereka. Cuba tengok sekarang apa yang berlaku di Selangor dasn Pulau Pinang. Apakah kedua negeri tersebut bertmabah maju dibawah Pakatan Rakyat? TIdak. Bahkan pendapatan negeri bertambah berkurangan.

Oleh itu lu fikirlah sendiri dan jangan Tanah Melayu terjajah kembali. Kekalahan UMNO adalah hasil perbuatan anda sendiri dan jika itu berlaku, Tanah Melayu seolah kembali kezaman British.

Selasa, 1 Disember 2009

Mendoakan Tok Guru Nik Aziz Meletakkan Jawatan!

Dengan rasa rendah diri dan penuh menyedari bahawasanya beliau kini telah berusia lanjut serta hampir kepada mengidap penyakit "nyanyok", maka saya menyeru agar rakyat Malaysia yang prihatin dan berperikemanusiaan agar turut serta mendoakan Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatannya dari Menteri Besar Kelantan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Sejak kebelakangan ini kata-kata beliau banyak yang mengguris hati Individu-individu islam tertentu. Bahasa yang Tok Guru gunakan adalah diluar kebiasaannya suatu masa lalu DAN tidak sepatutnya diluahkan oleh mulut seorang yang bergelar Murshidul Am lebih-lebih lagi dari sebuah parti yang menggelarkan dirinya berjuang untuk islam. Kata-kata Nik Aziz boleh mengelirukan umat islam dan yang bukan islam di Malaysia dan merata dunia.

Rakyat negeri Kelantan harus menyedari akan hakikat ini dan diminta agar jangan terlalu membebankan beliau dengan tugas dan tanggungjawab yang sebenarnya sukar untuk beliau tunaikan. Selama ini seperti juga rakyat negeri-negeri lain dalam Malaysia, anda sangat benci kepada pemimpin yang mengamalkan nepo dan kroni. Saya berpandangan kebencian untuk adalah sebenarnya dusta jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz dikecualikan dan bebas lepas untuk mengamalkan amalan tersebut. Tun Mahathir sangat marah kepada Pak Lah kerana kononnya memberikan ruang dan peluang kepada menantunya bermaharajalela semasa Pak Lah menjadi PM. Kenapa kebencian dan kemarahan yang sama tidak ditujukan kepada Nik Aziz? Ternyata CEO kepada GLC negeri Kelantan itu adalah menantu beliau. Rakyat negeri Kelantan tidak memberikan sokongan secara majoritinya kepada UMNO semasa era Tun Mahathir sebagai PM, sebahagiannya kerana amalan Nepo dan Kroni itu tadi. Dan sekarang masanya anda bertindak kepada Nik Aziz pula kerana beliau ternyata mengamalkan perkara yang sama.

Ayuh orang Kelantan, jangan berfikir panjang...jika beliau degil seperti kata Tan Sri Muhyiddin, ayuh kita doakan agar beliau meletakkan jawatan seberapa segera yang mungkin. Rakyat Kelantan masih tetap juga akan menerima RMRMRMRM dari hasil minyak dilaut negeri itu. Samada ianya dikenali sebagai Wanh Ehsan, Wang Royalti, Wang Komisyen, Wang Ufti atau sebagainya...wang tersebut tetap akan menjadi rezeki rakyat negeri Kelantan. Kerana wang tersebut terhasil dari titik peluh pemimpin kerajaan Persekutuan, maka suka hati merekalah nak namakan apa. Itupun marahkah???? sehingga sanggup mendoakan perkara musibah kepada PM kita dan Menteri Pertahanan kita?????Jika benar perjuangan Nik Aziz untuk rakyat Kelantan ikhlas dan jujur sepertimana yang dituntut oleh agama kepada pemimpin sepertinya, kenapa beliau marah jika kerajaan pimpinan UMNO/Datuk Seri Najib nak bagi duit???Seolah perkataan Royalti dan Ehsan itu membawa pengertian dan nilai berbeda kepada kertas RM1.00.
Nik Aziz cuba bermain politik. Tetapi politik aksi seperti ini mengikut beliau sendiri adalah politik sekular dan bukan politik kaedah islam yang seharusnyua seorang pemimpin PAS ikuti serta amali. Sedikit demi sedikit Nik Aziz terbawa-bawa dengan pendekatan Sdr DSAI dan LIM kiT Siang ( Barua Lee Kuan Yew tersebut ).

Kelantan sekian lama mentrampilkan suasana sebuah negeri yang mundur. Sedang rakyatnya pintar dan bijaksana. Majoritinya lari keluar Kelantan kerana mencari kemajuan peribadi. Mereka maju dan menjadi bangsawan diluar negeri. Namun yang masih tinggal dalam negeri amat menyedihkan. Marilah kita mendoakan sama-sama agar Nik Aziz itu segera dinyahkan dari jawatan Menteri Besar Kelantan. Insyallah...Kelantan akan maju dan membangun dibawah pimpinan baru kerajaan negeri. Aminnnnnn....

Isnin, 30 November 2009

Atas Nama Kebebasan Bersuara!!!!????

1. Bahawasanya DAP adalah sebuah parti yang berjuang untuk hanya kepentingan kaum Cina semata-mata. Pemimpin-Pemimpin utama DAP hanya menggunakan kaum-kaum lain sebagai kuda tunggangan mereka untuk mengabui mata masyarakat dari kaum lain dalam Malaysia dan dimata dunia. Pemimpin Cina dalam DAP tidak seperti pemimpin MCA yang berjuang dan terbukti dalam perjuangannya untuk kepentingan semua kaum dalam negara. Begitu juga dengan MIC yang diasaskan oleh Tan Sri Tan Sambantan suatu ketika sebelum merdeka.

2. Bahawasanya PKR hanyalah memperjuangkan Datuk Sri Anuar Ibrahim semata-mata. Perjuangan untuk agama, bangsa dan negara hanyalah ucapan dibibir sahaja.

3. Bahawasanya PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh beberapa orang pemimpin yang tidak puas hati dengan perjuangan UMNO suatu ketika dulu. Sejak beberapa lama PAS berjuang demi matlamat islam. Namun kini arah tuju perjuangan PAS amat mengelirukan, lebih-lebih lagi setelah diuji Allah SWT dengan kekuasaan dibeberapa buah negeri. Suatu masa lalu ada seorang pengembala kambing yang hidupnya dalam kemiskinan. Saban waktu beliau berdoa agar dimurahkan rezeki. Akhirnya dimakbulkan Allah dengan bertambahnya kelahiran anak-anak kambing beliau. Sehinggalah waktu sembahyang telah mula dilupakan akbiat kesibukan menernak kambingnya yang semakin banyak. Apabila ditanya kenapa tidak menunaikan fardhu solat ketika tiba waktunya. Maka pengembala itu mula pandai berdalih konon kesibukan menernak kambing. Begitulah lagak pemimpin PAS pada ketika ini.

Oleh yang demikian itu bijak-bijaklah kita dalam membuat pilihan demi masa depan agama, negara dan bangsa kita Malaysia. Masa demi masa, kita akan dapat melihat gelagat Pemimpin PAS, PKR dan DAP. Umpama anjing, tidak dimakannya namun tahi itu tetap akan dihidunya.
Hanya BNlah merupakan parti yang penuh dengan tanggungjawab. Kesalahan dan kesilapan yang telah pernah dilakukan BN, bukan bermakna ianya meninggalkan tugas dan tanggungjawabnya yang suci dan bermaruah itu.