SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 12 Februari 2009

KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT DILIMA NEGERI TIDAKLAH SEHEBAT MANA MALAH LEBIH TERUK.

Sejak bertahun-tahun, protes demi protes, Demonstrasi demi demonstrasi, kritik demi kritik dan kemarahan demi kemarahan rakyat merhein dikatakan sangat membara kepada Kerajaan BN yang tengah memerintah negara. Tentu sekalilah punca protes, demonstrasi, kritikan dan kemarahan ini adalah timbul dari rasa tidak puas hati diatas ketidakadilan, kerakusan kuasa dan penyelewengan kerajaan BN dalam masa menjalankan pemerintahannya. Setakat ini kemuncak kepada semua suasana tersebut ialah kemenangan Pakatan Rakyat di lima buah negeri, yakni Selangor, Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang. Baru-baru ini Perak kembali kepangkuan BN. Syukur alhamdulillah.

Namun sungguh malang sekali.
Penampilan Pakatan Rakyat selaku pemerintah di ke lima negeri tersebut tidak seperti yang penyokong Pakatan Rakyat harap-harapkan. Pakatan Rakyat lebih rakus dari kerajaan BN. Pakatan Rakyat tidak bertindak "canggih" memimpin negeri-negeri dibawah kekuasaannya. Pakatan Rakyat kejam bila bertindak kepada anak-anak kecil di Pusat Tadika. Pakatan Rakyat tidak berlaku adil dan samarata kepada kaum yang berbagai-bagai dibawah pemerintahannya.
Pakatan Rakyat melupakan janji-janji dalam manifestonya semasa pilihanraya umum ke 12 lalu. Pakatan Rakyat tidak mempunyai idea yang kreatif untuk melakukan program pembangunan rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN. Pakatan Rakyat hanyalah seumpama sebuah persatuan yang tidak hala tuju dan fokusyang jitu.

Yang Pakatan Rakyat ada ialah:-
Pemimpin bernama Anwar Ibrahim yang sudah tidak boleh dipakai didalam BN.
Lim Kit Siang yang konsisten dalam mempertahankan perjuangan Malaysian Malaysianya sejak DAP tertubuh dulu. Nik Aziz dan Pak Hadi yang tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan islam didalam parti PASnya.
Kebijaksanaan tokoh-tokoh ini hanyalah dalam mengikat sokongan penyokongnya dengan kuat melalui kata-kata manis tapi sebenarnya apapun tak ada.
Saya dapat melihat kealpaan penyokong Pakatan Rakyat khususnya penyokong PAS yang begitu senang dimangkok ayunkan oleh pemimpin tersebut tadi. Bahkan menjadi taksub dengan janji auta pemimpin mereka. Memilih berkawan dengan DAP dan bermusuh dengan UMNO bukanlah pilihan terbaik kepada penyokong PAS. Tapi kenapa mereka tetap dengan pendirian dangkal sebegitu. Bukankah lebih elok berkawan dengan UMNO daripada berkawan dengan DAP!. Penyokong UMNO bukan tidak menyayangi pemimpin didalam PAS itu. Tetapi jika tidak bersama UMNO didalam satu perjuangan yang sama, maka adalah sukar untuk membantu mereka menjadi pemimpin yang berkuasa dalam Malaysia ini.

Di Malaysia, kita tidak memerlukan perjuangan hingga darah berlumuran dibadan dan menemui kematian. Di Malaysia, kita maju dan berjaya didunia dan akhirat dengan mudah dan tanpa terpaksa menggunakan peribahasa melayu "berjuang hingga titisan darah yang terakhir". Segala kemudahan jelas ada didepan mata.

Rabu, 11 Februari 2009

KENAPA LETAK CALUN INDIA DI BUKIT SELAMBAU?

Bukan sahaja di Bukit Selambau, malah soalan pada tajuk ini juga sesuai kepada semua kawasan di Malaysia yang sama seperti keadaan di Bukit Selambau. Dimana calun pilihanraya diambil dari kaum yang minoriti jumlahnya dibanding kaum lain. Saya ragu dengan sikap toleransi yang dihidangkan dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti ini. Saya pernah bertanya kepada pensyarah Sains Politik dimasa masih bergelar penuntut di UKM pada sekitar 1977-1980. Orang-orang melayu memang penyabar dan memiliki sikap toleran yang tinggi bila, dimana mereka akan tetap mengundi sekalipun calun yang dihidangkan kepada mereka bukan dari kaum mereka yang jumlahnya majoriti dan sepatutnya menjadi calun BN di kawasan mereka.

Hanya semangat toleransi, kerjasama, tolak ansur dan semangat Barisan Nasional yang menjadi alasan kepada tindakan tersebut. Tidak lebih dan tidak kurang dari itulah sahaja alasan yang diberikan kepada saya.

Sedangkan dalam konteks yang lebih luas beberapa persoalan harus juga diperincikan. Umpamanya betulkah kaum India memiliki semangat toleransi seperti kaum melayu. Lihat sahaja dengan karektur Karpal Singh, HINDRAFT dengan matlamat perjuanganya untuk "meroboh" melayu, dll. Terlalu banyak kisah menyayat hati kaum melayu yang telah dipermainkan oleh kaum India sejak akhir-akhir ini. Dan yang jelas, kaum melayu masih dengan sifat sabar dan matangnya dalam mengawal emosi jika berhadapan dengan kaum lain. Melayu hanya emoasi dan marah besar jika bergaduh sesama melayu.

Saya suka mencadang agar samada PR atau BN...Letaklah calun berdasarkan majoriti kaum yang hendak diwakili. Jika Melayu majoriti, calun BN atau PR haruslah melayu. Bukan sebaliknya Inai Anak Mambang ( seorang asli Jakun ) atau Mutusamy anak Lelaki Mutumasam.

Dalam PRK Bukit Selambau saya ingin melihat perubahan kepada kebiasaan masa lalu ini kerana inilah yang sebenarnya yang dikehendaki oleh golongan muda juga.

KEINSAFAN DAN KESEDARAN DAN KINI MULA BERUBAH SECARA DRASTIK.

Saya kira cukuplah setakat Pru ke 12 dulu. Pengajaran yang diberikan oleh para Pengundi dengan memberikan kemenangan kepada pihak Pembangkang dalam Pru tersebut di lima negeri, sudah cukup menyedarkan dan menginsafkan pemimpin BN, agar membuat perubahan secara drastik agar dalam Pru ke 13 pengundi akan kembali mengundi BN.

Saya fikir semua pengundi telah memaklumi dan menyedari akan perubahan tersebut. Bagaimana tanpa berselindong Pemimpin UMNO dari atas hingga keperingkat cawangan secara terbuka meluahkan rasa hati untuk berubah seeloknya. Dan ditrampilkan dengan perbuatan berubah tersebut.

Masalah benci kepada perbuatan RASUAH bukan sahaja menguasi hati dan jiwa rakyat yang mengundi pembangkang, malah juga penyokong dan mengundi Barisan Nasional. Sekarang ini, menjelang pemilihan kepimpinan UMNO bulan Mac 2009 ini, langsung tidak kedengaran lagi sebarang usaha dan sebarang perbuatan rasuah dikalangan kepimpinan UMNO seluruh Malaysia. Pemimpin UMNO jelas membiarkan kemenangan pada kali ini dinilai sebaiknya dengan jujur dan ikhlas oleh perwakilan sendiri tanpa campur tangan perbuatan rasuah seperti dahulunya dizaman UMNO ditadbir oleh Anwar Ibrahim selaku pemimpin nombor dua UMNO.

Bagi menyenangkan perwakilan membuat pernilaian keatas pemimpin yang akan menjadi pilihan, Ibu Pejabat UMNo sendiri yang akan mengatur peluang dan ruang kepada setiap pemimpin utama yang akan bertanding. Ini cara dan kaedah yang terpuji bagi mengelakkan perbuatan rasuah drp berlaku.

Di Pihak Kerajaan pula, keujudan SPRM adalah tanda jelas tentang usaha bersungguh-sungguh kerajaan BN untuk menghapuskan perbuatan rasuah. Setakat ini begitu ramai yang telah ditangkap bagi menjalani perbicaraan dan tuduhan oleh pihak SPRM. Dalam masa mendatang ini SPRM tentunya akan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka secara efisen dan berwibawa. Hanya kepada orang yang tak dapat menerima rancangan dan pelaksanaan semua dasar dan polisi ini akan membantah setiap waktu dan ketika.

Kerajaan BN di Perak akan menjadi satu contoh pendekatan baru dalam rangka perubahan yang sedang berlaku dalam BN. Kita tengoklah nanti betapa bijaksana dan berakhlaknya kepimpinan baru pemerintahan negeri Perak di ungkayahkan oleh barisan Exco Perak yang baru. Syaratnya kita jangan cuba menegakkan benang yang basah. Kita kena menerima jika ianya baik, m aka baiklah kata kita. Dan jika ia jahat, maka jahatlah kata kita.

Sedarkah anda dalam masa yang sama pemerintahan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang adalah pemerintahan yang rakus kuasa dan harta. Setiap pemimpin dinegeri-negeri tersebut tengah mengambil kesempatan mengumpulkan harta rampasan perang tanpa kira siang maupun malam. Tak dapat, maka akan bergaduhlah mereka sesama sendiri.

Selasa, 10 Februari 2009

Artikel Untuk Sebaran Sahabat BPN - Isu Nizar Enggan Letak Jawatan MB
>> Selasa, Februari 10, 2009
#fullpost{display:inline;}
PANDANGAN PENSYARAH UNDANG-UNDANG BERKAITAN KRISIS DI PERAK
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.
Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.
Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan
Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.
Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.
Hung Parliament
“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.
3 ADUN Sudah jumpa Sultan
Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?
Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.
Perjanjian Yang Tidak Sah.
Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?
Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.
Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?
Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.
Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.
Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!
Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
salin dari : http://kerispusakamelayu.wordpress.com/

Isnin, 9 Februari 2009

POLITIK SEBAGAI SATU "PERMAINAN YANG SERBA MUNGKIN"

Berdasarkan Tajuk diatas dimana semua tindakan menjadi "boleh" dalam permainan politik ( bukan serba halal ), maka antara tindakan yang boleh dibuat sebelum pilihanraya kecil di Selambau dan Bukit Gantang ialah seperti berikut:-

1. Di Kedah, Adun PAS dan PKR ( Pakatan Rakyat ) diajak untuk keluar beramai-ramai dari Pakatan Rakyat. Masalah keluar parti sekarang ini telah menjadi satu budaya dalam politik Malaysia. Maka cadangan ini dianggap tidak lagi merupakan satu rahsia dan strategi sulit bagi BN maupun Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim melaksanakannya dengan terang apabila beliau berusaha mengajak Wakil Rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat pada 16hb september lalu.
Alang -alang mengenggam bara biar sampai jadi arang. Gunakan strategi anwar itu untuk menjahanamkan PR itu sendiri.

2. Di Bukit Gantang, MB Baru dipilih sebagai calun BN yang akan bertanding. Rakyat Perak akan berfikir 100 kali untuk menentang beliau jika beliau bertanding selaku calun BN dalam pilihanrahya kecil tersebut. Akhlak beliau yang mulia dan ketrampilan yang terpuji yang beliau jelmakan ketika baru memegang tampuk pemerintahan negeri menimbulkan rasa insaf rakyat Perak secara majoriti. Dalam tempuh terdekat ini, rakyat Perak akan sedar bahawa mereka telah memiliki seorang ketua yang berhatin mulia dan mampu menjadi pemimpin yang dipertaruhkan harapan bagi kemajuan bangsa dan agama mereka. Yang nyata MB baru sangat menghormati golongan agama. Begitu juga adil kepada semua kaum di Perak.

AWAS PERAK. 11 bulan kamu merana dan ketinggalan dari negeri dibawah BN. Yang lepas tu adalah satu kesillapan.

Jangan lupa. Yang lepas tu adalah satu kesilapan yang maha besar. memberikan kepercayaan kepada DAP, PAS dan PKR untuk memerintah negeri Perak adalah satu kesalahan dan kesilapan yang sangat besar yang dilakukan oleh anda rakyat Perak sekalian. Mana-mana yang memberikan undinya kepada PAS maupun Pakatan Rakyat, pada kali ini di Bukit Gantang jangan berikan lagi kepada parti tersebut kerana itu satu kesilapan yang amat nyata. Apabila MB baru dari BN berjanji untuk memberikan hak keadilan kepada semua kaum di Negeri tersebut, itu tidak bermakna anda yang nyata tidak memihak kepada kerajaan BN akan mendapat habuan yang sama. Logikkah anda mendapat habuan spt mana penyokong BN dapat jika anda saban hari dok memfitnah pemimpin BN sahaja?
Tak malukah?
Tak salahkah dari konsep islam ?
Oleh itu bersamalah kita memberikan sokongan kepada UMNO dan MCA dan MIC di Bukit Sigantang agar kemajuan fizikal dan rohani kita terpelihara sebaiknya. Tidak bergaduh sesama kita.

Di Malaysia ni, politik kita masih bergaduh sesama sendiri. Bukan spt di Amerika Syarikat. Yang itu biar anak cucu kita nanti yang mengendalikannya. Bukan kita zaman ini. Yang mustahak kepada kita ialah parti mana yang berusaha untuk mempertahankan institusi Raja dan budaya kaum kita. Yang mustahak parti mana yang selama ini telah banyak berjuang untuk agama dan bangsa kita. Siapa yang selama ini yang meramaikan golongan melayu yang kaya raya. Tak kan kita dengki dengan keadaan spt itu. Kita dengkikah? Ubahlah sikap kita. Kekayaan kaum kita adalah dasar negara agar kita samarata dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia dan dunia ini. Soal agama kita usai dan susun secara baik agar kita juga memperolehi berkat dan pahala seadanya dari Allah SWT. menghina, memfitnah dan membenci sesama kita spt yang dibuaikan oleh PAS dan PKR adalah satu dosa dan menjarakkan kita dari syurga Allah SWT.

UMNO telah mengubah taraf hidup rakyat melayu menjadi meningkat baik seperti sekarang. Ramai melayu telah menjadi terpelajar kerana UMNO. Ramai melayu telah menjadi kaya raya kerana UMNO. Memang tidak dapat dinafikan sebahaginya adalah orang-orang UMNO. Itu tidak hairan. Perkara biasa selagi kita bergelar manusia. Peluang UMNO lebih dekat dan hampir kepada punca rezeki yang ditentukan Allah SWT. Kalau kita asyik sibuk mengata dan memfitnah dan mengadu domba, maka peluang rezeki tersebut berada jauh dari kita. Itulah yang berlaku kepada penyokong PAS dan PKR.

Dulu Anwar berada dekat dengan peluang tersebut. Tapi beliau sia-siakan dan terlalu laju dan rakus mengejar kuasa. Jumpa Tun Mahathir nampaknya anwar kecundang dan tersingkir dan akhirnya berada jauh dari harta halal. Kini anwar menggunakan sumber harta dari Amerika yang jelas sifatnya haram.

Oleh itu marilah kita bersama UMNO mempastikan Pilihanraya kecil Bukit siGantang, UMNO akan memperolehi kemenangan akhirnya. Amin ya rabbal alamin.

Ahad, 8 Februari 2009

PENSIANGAN???KAKI KEMPEN HARUS ORANG BORNEO SENDIRI.

BUKANLAH MAKSUDNYA ANTI SEMANANJUNG. JAUH SEKALI INGIN MENYATAKAN PEMISAHAN SABAH DARI MALAYSIA. ORANG YANG BERFIKIRAN SEDEMIKIAN MASIH TERLALU DANGKAL DAN TIDAK HARUS MASUK CAMPUR DALAM BERBICARA MENGENAI POLITIK REALITI MALAYSIA MASA KINI.

Orang-orang Sabah, terutama yang berada di luar bandar tidak akan menerima sebaiknya usaha tukang kempen jika ia berasal dari Tanah Besar semananjung kerana pada dasarnya mereka seolah tidak menyukainya. Walau macamana pintar anda berpidato. Yang mereka sukai, itulah yang sepatutnya kita hidangkan. Jangan dihidangkan sesuatu yang mereka tidak suka. Di Kuala Trengganu hal ini telah terjadi dimana begitu ramai orang luar masuk berkempen, namun hasilnya tetap kosong. Sebaliknya belanja untuk tukang kempen berjuta dan sangat membazir sekali.

Biarlah kebanyakan tukang kempen dan yang melakukan kerja untuk BN dari pemimpin dan kakitangan dari Sabah maupun Sarawak sahaja. Elaun untuk kakitangan yang bekerja siang malam tak kenal penat dan lelah juga jangan dijenakakan. Bajet juga mesti mencukupi kerana undi boleh negatif sifatnya kepada BN jika perkara ini menjadi satu jenaka drp pemimpin. Lebih-lebih lagi jika hanya masuk dalam poket sendiri sahaja. Tempat penginapan untuk pekerja BN juga mesti diatur sedari sekarang. Begitu juga dengan kenderaan yang akan digunakan sepanjang ketika kempen berjalan.

Pensiangan bukanlah seperti Kuala Trengganu suasananya. Dan jauh sekali serupa ibu kota.
Ia adalah hutan rimba bagi orang Kota dan bandaraya bagi penduduk desa. Kalau nak ke Sabah juga, jangan hanya sekadar Jesselton sahaja. Harus hingga ke Tepian Sungai Pedas di Pensiangan sana. Bersama-sama tinggal dalam pondok yang diperbuat drp buluh yang di anyam rata oleh penduduk desa sana. Bersama binatang khinzir yang halal pada mereka. Jangan membawa islam dan mengada-ada dengan ini agama kerana disana kristian rata-rata.
Ada juga yang pagal agamanya. Kehidupan mereka tidak spt di Kelantan maupun di Kedah. Senjata mereka tidak bersuara seperti senapang Amerika. Tiba-tiba melekat dileher kita. Dan kita tidak bernyawa akibat drpnya.

Fikirlah baik-baik dan atur cerita kita. Bagaiman nak menjelaskan kemunduran mereka setelah 40 lebih tahun merdeka dibawah Malaysia. Mereka tetap dalam kemunduran yang nyata. Kerana jauh dipendalaman atau kerana kepimpinan yang asyik leka dengan soal peribadi dan bini dua? Atau ramai perempuan simpanan di merata? Fikirlah apa yang nak dikata. Tapi kali ini jangan nak dikata saja. Juga mestilah di Kota. Kerana PRU 13 masih belum tiba. Ketika itu, jika sekarang kita hanya berjanji buta, nantinya kita akan merana juga.