SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 2 Julai 2009

BERPAKATKAH MEREKA?

Kalaulah suasana politik mutakhir di Kedah dan Pulau Pinang itu dijadikan sabagai satu contoh, ia memberikan satu penjelasan kepada kita bahawa Pakatan Rakyat!!! itu sememangnya nama tanpa "soul" dan tidak membawa apa-apa pengertian. Mereka kata "Pakatan", tetapi perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka bergaduh sakan sehingga ada yang mengancam atau betul-betul keluar dari Pakatan tersebut. DAP di Kedah contohnya, mengugut keluar kerana Pihak Berkuasa Tempatannya men"JCV"kan habis-habisan KANDANG BABI milik kaum cina yang sudah tentu ahli DAP. Di Pulau Pinang pula, seluruh penduduk sebuah kampung telah mengamuk kerana LIM GUAN ENG tak berani nak melayan kemahuan mereka. Sebaliknya masih meneruskan usaha untuk merobohkan rumah-rumah penduduk tersebut.

Saya nak beritahu DAP satu perkara. Yakni betapa sukar dan peritnya orang PAS terutamanya wanita mereka sama-sama berdiri dibelakang YB Elizabeth Wong, tanda sokongan dan simpati diatas kepopularitian YB tersebut berbogel dan diambil gambar oleh teman lelakinya. Sehinggakan kaum muslimah PAS itu sanggup melakukan sesuatu yang bertentangan dengan akal dan keimanan mereka. Nik Aziz beriya-iya sungguh cuba membetulkan perkara salah yang YB Elizabeth itu lakukan. Nampaktak betapa PAS ingin berkawan dengan DAP. Kadang tu, agamapun mereka letak ketepi.

Saya nak jelaskan juga kepada ahli dan penyokong PAS, bahawa hanya kamu yang terhegeh-hegeh nak berpakat dengan DAP, tetapi apabila kena batang hidung mereka, kamu ditentang dan diugut!!!!Dahlah tu. Cukup-cukuplah tu. Berfikirlah dengan waras. Seperti yang selalu saya nasihatkan, DAP selamanya tidak akan lupa prinsip dan matlamat perjuangan asal mereka. Jangan ingat semua manusia seperti anda. Ada yang kejam dan sampai hati dengan kawan-kawan dalam perjuangan. Tengok saja Israel dengan Palestine. Dalam hal DAP, janganlah bersangka baik. Anda seharusnya bersangka baik dengan UMNO dan BN. Orang islam hanya berkawan dengan orang bukan islam yang baik dan tidak berniat jahat dengan mereka.

Rabu, 1 Julai 2009

APA KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU/TERJADI?

Negara Malaysia, apa sebenarnya kemungkinan yang akan terjadi jika sekiranya............................
1. Bangsa Melayu adalah gulungan minoriti ( katakan 25% ) dari jumlah penduduknya?
2. Sebelum mencapai kemerdekaan, Malayan Union mentadbir negara ini selama 5 tahun?
3. Perdana Menteri Malaysia pertama ialah seorang berbangsa cina atau India?
4. Tidak ujud DEB atau sebarang dasar yang bermatlamatkan PEMBASMIAN
KEMISKINAN DAN MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT?
5. UMNO hanya sebuah parti yang lemah dan tidak bermaya?
6. PAS masih sibuk dengan karenah dan caca merbanya seperti selalu.
7. Gulungan majoriti itu ialah dari kaum cina dan kaum bukan asalnya dari Tanah Melayu.
8. Pemerintahan berdasarkan meritokrasi sedari mula merdeka. Tidak ada sebarang kouta untuk kaum bumiputera.
9. bangsa melayu boleh masuk sebarang agama tanpa halangan dan sekatan dari Kerajaan?
10. Singapura masih berada dalam malaysia.
11. Ibu Negara Malaysia ialah Bandar Singapura.
12. Dan, dan, dan, dan lagi.....

Kenapa agaknya Allah SWT tidak menjadikan semua itu takdir kepada kita?
Kenapa agaknya ujud disetiap jiwa bangsa melayu pada sekitar 1950an itu sikap dan semangat perjuangan untuk agama islam, bangsa melayu dan negara Malaysia?
Sehingga melayu pada saat itu berpadu erat dengan kukuh untuk memperjuangkan kemerdekaan?
Semua kita boleh mengagak, apa akan terjadi jika sejarah tidak seperti yang kita baca.
Nelayan-nelayan, boleh dapatkah agaknya, RM200.00 seperti sekarang?
Anwar Ibrahim boleh dapatkah biasiswa untuk menyambung pengajian di UM pada sekitar awal 70an?
Atau adik-beradik Calun PAS di Manik Urai tu boleh menjawat jawatan tinggi-tinggitak dalam Kerajaan?
Atau Nizar boleh belajar di Luar Negara mengambil ijazah kejuruteraan?
Sudah tentu PNB dan MARA hanya satu mimpi sahaja.
Sudah tentu LUTH tidak memainkan peranannya dan mungkin nama itu tidak terlintas dikepala
pemimpin negara.

Oleh itu....Lu FIKIRLAH SENDIRI....

Selasa, 30 Jun 2009

CUMA 5 ALASAN KONKRIT.

Saranan Pak Hadi Awang pada beberapa minggu yang lepas agar diujudkan "Kerajaan Perpaduan" antara UMNO dengan PAS telah menimbulkan banyak perbincangan dikalangan peminat politik tanah air. Namun akhirnya Pakatan pembangkang sebulat suara ( termasuk Pak Hadi sendiri ) menolak saranan tersebut. UMNO yang sekian lama menerima baik akan saranan itu terkontang kanting dengan perangai pemimpin Pembangkang tersebut. Lantaran suasana yang seperti rojak ini, saya lantas ingin bertanya kepada kalian semua, apa sebenarnya permainan PAS ini? Apakah mereka beranggapan saranan kearah perpaduan ini sesuatu yang haram hukumnya? Atau jika diteruskan juga akan jatuh hukum dosa?

Saya ingin meminta cuma 5 alasan konkrit, kenapa ditarik balik saranan tersebut? Jika boleh biarlah Tok Guru Nik Aziz yang memberikan alasan-alasan tersebut atau siapa jua dikalangan pemimpin utama PAS. Saya bengong kerana selama ini, setelah berusia 51 tahun ini, dimasukkan kedalam minda saya, bahawa islam menganjurkan perpaduan ummah. Bukan menganjurkan perbalahan dan perpecahan.

Tuan Guru Nik Aziz atau Pak Hadi Awang,,,tolonglah berikan 5 alasan tersebut.

SEGALANYA MAHAL

Di Wilayah Persekutuan Labuan segala harga barangan terlalu MAHAL.

1. Ikan dua tiga kali lipat jika dibanding dengan harga ikan di Tawau, Kudat, Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah. Padahalnya, Labuan adalah sebuah pulau dan sebuah kawasan penangkapan ikan yang juga tersohor seperti di negeri di bawah bayu itu. Yang sangat menghairankan harganya lebih mahal jika berbanding harga ikan di Keningau, sebuah kawasan pendalaman Sabah, yang mana sesetangah penduduknya langsung tak pernah merasa masinnya air laut.

2. Harga sayur tak usah cakap. Sangat mahal jika dibanding sayur di Sabah. Begitu juga dengan harga buah-buahan tempatan. Mungkin ini ada logiknya kerana Sabah adalah kawasan pertanian yang subur dan telah dan sedang menghasilkan produk pertanian yang banyak. Sudah tentu sayur di Wilayah Persekutuan Labuan, sebahagiannya diimpot dari negeri tersebut. Jadi munasabahlah di Labuan, mahal sedikit harganya.

3. Pakaian seperti baju, seluar, setokin, kasut kulit, kasut getah, selipar, topi, tali leher, seluar dalam lelaki, seluar dalam wanita, T shirt, dan sebagainya juga dijual dengan harga yang mahal berbanding kawasan lain di Sabah dan Sarawak. KADANG KITA KEHAIRANAN KENAPA SEBUAH PERLABUHAN INTREPORT BOLEH MENAWARKAN HARGA BARANGAN YANG MAHAL-MAHAL?.

4. Yang hanya murah di Wilayah Persekutuan Labuan ialah ARAK dan ROKOK jika berbanding kawasan lain di Malaysia. KENDERAAN seperti kereta dan motosikal mungkin sedikit murah jika berbading Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, oleh kerana rokok dan arak murah harganya, maka aktiviti penyeludupannya ke Sabah dan Sarawak sangat berleluasa.
Penyeludupni, sekarang ada yang telah menjadi jutawan, hasil pendapatan penyeludupan yang dilakukan. Dan nampaknya masih tak dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Ada orang berkata, macamana nak bendung, jika setengah pegawai atau kakitangan pihak berkuasa mendapat komisyen hail dari penyeludupan tersebut. Siapakah pihak berkuasa itu, Lu fikirlah sendiri.

5. Hotel-Hotel Penginapan juga menawarkan harga yang sedikit tinggi dan membebankan Pelanggan. Bagaimana nak merancakkan bidang pelancungan di Wilayah ini jika hotel penginapan menawarkan kos penginapan yang tinggi? Akhirnya Labuan akan menjadi bandar atau "Pulau Hantu" dan pada ketika itu masing-masing salah menyalahkan antara satu dengan yang lain.

6. Pihak Berkuasa Tempatan Labuan ( Perbadanan Labuan ) tidak seharusnya membiarkan perkara ini berterusan. Sesuatu tindakan hendaklah dimulakan bagi menyelesaikan permasalahan ini. KPDNEP juga jangan duduk diam dan membiarkannya ditangani oleh pihak Pengguna semata. Jika tuan dan Puan selaku kakitangan kerajaan tidak mampu melaksanakan penyelesaian yang konkrit keatas perkara ini, mohon berundur dengan gentlemen sdan serahkan kepada pegawai atau kakitangan yang berkemampuan.

NAK TENGOK AKTIVITI YB. DATUK HJ YUSSOF BIN HJ. MAHAL, AHLI PARLIMEN P166 LABUAN?


BANYAK LAGI GAMBAR-GAMBAR SEMPENA PROGRAM
"APA KHABAR ORANG KAMPUNG" ANJURAN PEJABAT
AHLI PARLIMEN P166-WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

RAKYAT AKAR UMBI BERPUSU-PUSU DATANG KEMAJLIS "APA KHABAR ORANG KAMPUNG" KERANA INGIN BERSUA MUKA DENGAN WAKIL RAKYAT MEREKA DIsAMPING BERTANYA PERKHABARAN.
AHLI PARLIMEN LABUAN SENTIASA MENUNJUKKAN MUKA YANG MESRA DAN SENYUMAN SEPANJANG PROGRAM " APA KHABAR ORANG KAMPUNG".

ORANG KAMPUNG KHYUSUK MENDENGAR UCAPAN "APA KHABAR" DARI AHLI PARLIMEN MEREKA.
AKAR UMBI JUGA DIBERIKAN PELUANG DAN RUANG UNTUK MENGEMUKAKAN PERTANYAAN DAN MENYAMPAIKAN SEGALA PERMASALAHAN YANG TIMBUL DIPERINGKAT AKAR UMBI.

SEMASA "APA KHABAR ORANG KAMPUNG", PEMIMPIN DARI SABAH JUGA SEMPAT MENGHADIRKAN DIRI. YB SPAWI HJ AHMAD, AHLI PARLIMEN SIPITANG, SABAH DISAMBUT BERSAMA ROMBONGANNYA MELAWAT LABUAN.


KETIBAAN YB DATUK HJ YUSSOF KESALAH SATU PROGRAM APA KHABAR ORANG KAMPUNG. SEHINGGA KINI TELAH BERJALAN SEBANYAK 8 KALI PROGRAM TERSEBUT. DIJANGKA SEHINGGA 2013 SEBANYAK 50 KALI PROGRAM TERSEBUT AKAN DIANJYRKAN OLEH PEJABAT AHLI PARLIMEN LABUAN.
TEKUN MENDENGAR UCAPAN DARI PEGAWAI KERAJAAN YANG DIJEMPUT BERSAMA OLEH YB DATUK HAJI YUSSOF BIN HJ MAHAL, BAGI MENJAWAB SEGALA PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH RAKYAT KAMPUNG.

YANG BERBAJU PINK ITU IALAH KETUA PUTERI UMNO LABUAN DAN YANG BERDIRI SEBELAH YB DATUK HJ YUSSOF HJ MAHAL IALAH ISTERI BELIAU, yang mana sanggup menyediakan masa bersama beliau pada setiap kali program "apa khabar orang kampung" dianjurkan dikampung-kampung.
Selaku rakyat akar umbi, saya nyatakan disini bahawa macam inilah sepatutnya Wakil Rakyat berfungsi. Saya menyampaikan rasa bangga saya dengan sikap prihatin Wakil Rakyat P166 labuan, yang tak jemu-jemu meruangkan masanya untuk bertanya khabar kepada masyarakat kampung di kawasan beliau. Bagaimana Barisan Nasional boleh kalah jika setiap Wakil Rakyatnya memiliki sikap seperti Datuk Haji Yussof Haji Mahal. Setiap hujung minggu, semasa Dewan Parlimen berhenti rehat, beliau akan bergagas pulang kekawasan parlimennya untuk bertemu rakyat akar umbi. Syabas saya ucapkan kepada beliau. Rakyat bukan mahu wang ringgit Wakil Rakyat mereka. Rakyat juga tahu betapa sukarnya memimpin mereka dengan hanya mempunyai elaun RM5,000.00 sebulan. Apa yang dikehendaki rakyat ialah membantu menyelesaikan permasalahan mereka diperingkat akar umbi. Jika Wakil Rakyat mereka menunjukkan rasa keseriusan dan komitmen kearah tersebut, maka sudah tentulah rakyat akar umbi akan jatuh sayang dan sanggup berjuang bermati-matian demi mempastikan pemimpin mereka duduk disingahsana selama mana yang dikehendaki.








Isnin, 29 Jun 2009

SEBENARNYA DSAI TENGAH "PILU dan HAMPA KECEWA"!!!


Cuba perhatikan elok-elok betapa pilunya hati bila melihat DSAI Bergandingan dengan Pak Hadi Awg dan Lim Kit Siang. Suatu Ketika dulu beliau adalah pemimpin nombor 2 negara yang Sentiasa bergandingan dengan Tun Mahathir, memacu Negara Kearah wawasan 2020. Memang tidak dinafikan gambar tersebut sangat membayangkan rasa marah DSAI yang teramat sangat Kepada Kerajaan BN, kerana memecat beliau dari UMNO dan selakuTPM Malaysia. Tapi bukankah itu DSAI sendiri yang punya angkara? Pada mulanya beliau
yang beriya-iya sangat nak menumbangkan Tun Mahathir melalui undi tidak percaya. Semua ahli UMNO tahu akan sejarah duka tersebut. Ditambah lagi dengan perangai anjingnya yang suka sangat melakukan perbuatan meliwat sang lelaki dan wanita. Beliau pernah menjadi Presiden ABIM dan menjadi Imam ketika sembahyang adalah hanya hal yang enteng kepadanya. Namun rupanya itu hanya sandiwara DSAI bagi matlamat kenaikan dalam keriar politiknnya. Tingkah-laku “sumbang” yang dilakukannya sangat bertentangan dengan sandiwara yang di- lakunkannya. Kini rakyat telah bijak menilai beliau. Rakyat sudah mula muak untuk melayan kerenah politik beliau. Disamping beliau sangat bijak melayan jiwa dan hatirakyat, sedang sebaliknya beliau sangat kotor orang Nya, beliau sanggup pula bersekongkol denganLim Kit Siang, pemimpin Yang semua orangpun tahu, bagaimana rupa jiwa dan perjuangannya.

Saya masih ingat lagi apabila tindakan disiplin dikenakan kepada DSAI oleh MKT UMNO, ramai rakyat Malaysia seolah-olah berkabung, sayu dan pilu, marah dan kecewa dengan tindakan tersebut. Ramai yang emosi dan tidak dapat berfikir dengan waras. Dan tidak juga kecil bilangannya yang kehairanan kenapa DSAI diambil tindakan sebegitu rupa. Terus terang saya katakana, ketika itu saya juga tertanya-tanya, bagaimana seorang pemimpin yang sangat baik itu boleh terjerumus kedalam tindakan yang “kejam” itu? Tetapi dalam perjalanan waktu ini, akhirnya ketenangan diri memberikan jawapan kepada segala kerunsingan itu. DSAI sebenarnya memilki banyak “barah” kejahatan dalam jiwanya. Suara seorang pejuang, kini berubah menjadi hanya seorang “ploitikal gelandangan” yang penuh dengan penyakit jiwa kronik yang perlukan “dukun jiwa” sebelumnya DSAI menghembuskan nafas yang terakhir kalinya. Jika tidak, hendak membaca ayat dua kalimah shahadatpun, belum pasti DSAI akan terungkapkan dengan lidahnya yang bijak bersandiwara itu.

Memang kini saya tak lagi hairan. Termasuk jika DSAI masih ramai penyokong tegar. Ini kerana ketrampilannya memang ramai yang beranggapan belaiu seorang pemimpin yang baik. Apakah mungkin Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mensabotaj beliau? atau Datuk Seri najib Tun Razak? Atau Tan Sri Muhyiddin? Jika dulu ramai orang menuduh permaianan Tun Mahathir, apakah sekarang ini tuduhan liwat keatas DSAI adalah permainan politik Tun Abdullah? Masa akan menentukan dan masa itu tidaklah berapa lama lagi. Bulan Julai ini akan rancak dengan perbicaraan mengenai kes meliwat DSAI di Mahkamah. Semakin lama DSAI bersandiwara untuk menangguhkan perbicaraan itu, semakin ketara pekung didadanya. Kenapa tak berani bersumpah? Apalah salahnya jika benar beliau tidak melakukan perbuatan meliwat itu. Kenapa pula timbul methodology bersumpah yang salah? Biarlah methodology bersumpah itu salah. Yang mustahak maruah DSAI mesti dibersihkan dengan cara yang Saiful lakukan. Jangan berikan berbagai alas an yang longgar, kerana rakyat semakin menyampah dengan alas an sedemikian.

Lihatlah wajah DSAI baik-baik dalam gambar diatas. Wajah tersebut hanya menunggu hari untuk terpinggir dari tinta politik Malaysia. Selepas itu DSAI hanya tinggal sejarah sahaja lagi. Suatu sejarah politik duka seorang pemimpin rakus dan tidak memilki kesabaran yang dikehendaki. Kita sebanrnya tidak dapat mengetahui samada yang dihadapi oleh DSAI itu dugaan, cabaran atau hukuman dari Allah SWT. Kerana itu rahsiaNYA. Hanya DSAI yang juga mengetahui samada dia benar-benar melakukan perbuatan liwat tersebut. Pun Saiful juga tahun, kerana katanya.......dialah yang menjadi mangsa liwat tersebut. Anakku bertanya....kenapa dibiarkan buntut diliwat DSAI tanpa bantahan? Lalu aku ternganga tidak terjawab!!!!Adik lelakiku menolong memberikan jawapan...sedappppkot.

JANGAN LUPA...IA HANYA SEBAGAI AMARAN BELAKA!!!!

Saya suka dengan kupasan atau komen brother Gedungakal yang mengatakan bahawa keputusan rakyat pada PRU ke 12 lepas yang memberikan sebahagian besar undi mereka kepada Pakatan pembangkang hanyalah sebagai satu amaran belaka. Rakyat jelata hanya memberikan amaran bahawa Barisan Nasional khususnya UMNO jangan melakukan perkara sumbang dan bertentangan dengan objektif sebenar kita sebagai pemimpin bangsa dan agama serta negara ini. Menjadi pemimpin jangan terlari arah sehingga kita terlalu memberi keutamaan kepada harta, taktha dan wanita semata, sehingga agama, bangsa dan negara jauh diketepikan. Rakyat sesungguhnya nampak apa yang kita lakukan. Menghabiskan masa di Ibu Negara sehingga meninggalkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri maupun Kawasan Parlimen adalah suatu sikap dan perangai pemimpin yang perlu diubah dan diperbaiki. Kenapa mesti kerap di Kuala Lumpur dan Putrajaya? Bukankah rakyat rasa keliru dan bengong dengan pemimpin BN atau UMNO yang serupa ini? Baliklah selalu ke kawasan anda dan pimpinlah rakyat yang sekian lama ini mengundi dan mengharapkan kepimpinan anda.

Komen Gedungakal sangat bernas dan patutnya diambil sebagai satu iktibar dan tauladan agar selaku pemimpin parti dan pemimpin rakyat, anda bermula menunjukkan perubahan yang drastik. Jika pada PRU ke 12 yang lalu ia hanya sebagai satu amaran, jangan hairan jika dalam PRU ke 13 kelak, ia akan menjadi sebagai satu hukuman kepada parti kita.

Kepada rakyat akar umbi, ingin ku katakan, sepertimana yang kita lihat dengan jelas, bahawasanya kini telah banyak perubahan menuju kearah pembaikan dan kearah apa yang kita kehendaki. Pemimpin Barisan Nasional, khususnya UMNO termasuk sekali Presiden parti UMNO, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan sikap yang proaktif dan memberansangkan. Sebenarnya sejak dari Mantan Presiden Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, usaha kearah memperbaiki diri oleh pemimpin UMNO telah mula berlaku. Banyak dasar-dasar kerajaan telah mula berubah. Ramai Pemimpin utama parti telah mula kembali kepada rakyat, banyak telah mula mengutamakan penyelesaian kepada permasalahan rakyat. Ahli Yang Berhormat di Parlimen telah mula menunjukkan kehebatan apabila berpidato dan rajin serta mula menampakkan minat dan arah sebenar kemana harus ditujukan kepimpinan mereka masing-masing. Semua ini bila kita rangkulkan, telah memberikan satu petunjuk bahawa kepimpinan UMNO/Barisan Nasional telah membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh menunjukkan perubahan, hasil amaran rakyat jelata dalam PRU ke 12 dulu. Bahkan UMNO menerima baik, saranan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Datuk Hadi Awang, agar semua melayu berpadu semula.

Tingkah laku Menteri-Menteri sebenarnya tidaklah sombong dan angkuh sepertimana anggapan rakyat selama ini. Mereka adalah orang-orang yang baik dan memiliki perangai sebagai individu yang terpuji. Mereka terpilih dalam kepimpinan UMNO kerana kebaikan dan akhlak yang ada pada diri mereka. Ditambah lagi dengan rasa rendah diri, kini pemimpin peringkat Menteri bertambah lagi kehebatannya setelah di beri amaran oleh rakyat jelata. Saya sendiri telah menghadiri dua tiga kali program bersama Menteri di kawasan saya mengundi. Dan jelasnya kepada saya Menteri telah banyak berubah menjadi pemimpin sejati dan pemimpin yang kita harap-harapkan. Pembangunan dikawasan luar bandar kini diperhebatkan. Di Sabah dan Sarawak juga sangat banyak peruntukkan kewangan dicurahkan untuk membangunkan kawasan khususnya pendalaman yang kini telah lama terbiar.

Jika pembangunan tidak juga terjadi!!!Insyallah tahun depan Pak Najib akan mengeluarkan gigi taring dan suara gergasinya, dan akan memberikan teguran keras kepada bapak Menteri yang pemalas itu. Bagaimanapun saya kira tindakan tersebut tidak akan berlaku, kerana bapak Menteri ketika ini sangat rajin berusaha untuk memajukan rakyat dibawah yang dahagakan kemajuan dan pembangunan. Trend suasana politik negara ketika ini sudah memperlihatkan keadaan disebaliknya, dimana rakyat massa lebih banyak mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan kepimpinan PKR, PAS dan DAP ( Pakatan Pembangkang ). Rakyat seolah sedar bahawa apa sebenarnya niat DSAI apabila menubuhkan PKR suatu ketika dulu. Sudah nampak dan kini bertambah jelas akan niat dan motive DAP itu ditubuhkan. Bahawa ianya tertubuh sebiji seperti PAP di Singapura. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa PAS sebenarnya nama sahaja perjuangannya islam, tetapi pemimpinnya tidak memperjuangkan islam dalam ertikata yang sebenar. Perjuangan pemimpin PAS hanyalah untuk Kocek dan Kedudukan semata-mata.
Niz Aziz tidak menuruti sunnah Nabi. Nabi kita merapatkan saf antara kaum Muhajirin dan Ansar. Tetapi Nik Aziz langsung tidak pernah terfikir dimindanya untuk memadukan PAS dengan UMNO, yang isi didalammnya 99.999999% merupakan penganut agama islam. Kita juga boleh mengukur dan membezakan apakah Nizar memperjuangkan Islam atau memperjuangkan "Kereta resmi kerajaan"?. Degil dan bodoh macam badak sumbu.
Suasana sekarang ini sepatutnya telah menyedarkan kita, bahawa jika kita lalai, agama islam dan bangsa melayu akan terpinggir dalam politik dan pentadbiran negara ini. Ini adalah satu perkara yang bukannya mainan dan kita senang-senang bertindak acuh tak acuh. Terutamanya sebagai seorang pemimpin spt Nik Aziz dan Pak Hadi Awang, dimana perjuangan islam dibawanya bersama.

UMNO tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya jika islam menjadi agama ke TIGA dalam negara ini suatu waktu kelak. Kesalahan ini patut ditanggung sepenuhnya oleh PAS dimana kini mereka berlagak sebagai juara. UMNO yang sentiasa dituduh sebagai sebuah parti sekular, telah berjaya menerapkan nilai ilam dikalangan masyarakatnya dan telah mempertahankan agama suci itu sehingga kini sejak mencapai kemerdekaan. Banyak yang telah UMNO laksanakan demi survival dan syiar islam dalam malaysia ini. Sedang apa yang telah PAS buat di Kelantan dan Kedah? Dua negeri dibawah pemerintahan mereka. Berbezakah Kedah dan Kelantan dengan Terengganu, Perlis, Johor, Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dll yang berada dibawah kepimpinan Kerajaan Sekular itu? Kalau hanya pada nama Kelantan sebagai "serambi Mekah", itu tidak membawa kemana-mana. Semua orang jangan diayun dengan bicara dan retorik kosong seperti itu. Orang islam Malaysia bukan orang islam yang bengap dan bodoh.

Percayalah dengan penulisan ini. YAB Datuk Seri Najib dan "geng"nya akan membawa Malaysia kedunia kecemerlangan sedikit masa lagi. Beberapa usaha telah dan akan dilaksanakannya bersama-sama rakan seperjuangannya bagi menjadikan rakyat Malaysia dan negara Malaysia cemerlang dipersada dunia. Dan semua ini akan menjadikan kita sangat berbangga, tidak mengira kawan dan lawan. Mengenai kebanggaan kepada negara Malaysia ini, saya biasa mendengar dari perbicaraan kawan-kawan kaum cina yang berada di luar negara. Mereka tidak segan silu menyatakan kebanggaan mereka kepada kejayaan yang dikecapi oleh negara sekian lama ini. Alangkah malunya melayu, jika di luar negara, sebaliknya mencemuh Malaysia, seperti yang kerap lahir dan terluah dari mulut DSAI itu. Dan lebih menyedihkan masih terdapat orang Malaysia yang mengutuk negaranya sendiri diluar negara. Untuk mereka ini, fahami dan hayatilah kenapa Malaysia jauh sangat perbezaannya dengan Somalia? Filipina, Kemboja? Bosnia, Conggo, Costa Rica, Venezuela dan lain-lain itu? Mahukah kita kembali kezaman yang muram itu? Dan ketika itu kita akan berada dalam keadaan yang lebih teruk dari Somalia?. Lu Fikirlah sendiri......

Ahad, 28 Jun 2009

SATU PERSOALAN, KENAPA ANDA PRO PARTI PEMBANGKANG?

Okey, anda kata anda benci dan marah dengan UMNO. Atau anda telah mula jijik dengan UMNO. Apakah anda juga marah dan jijik dengan MCA? MIC? PBS, DERAKAN, PBB? dan lain-lain parti yang bersama-sama dalam BN? Tentu ada sebabnyakan? Maka bertanyalah saya, apakah sebabnya itu?
Adakah kerana Pemimpin BN kuat RASUAH DAN MENYELEWENG KUASA?

Jika itu sebabnya, tahukah anda bahawa pemimpin dalam PKR, PAS an DAP juga selalu melakukan penyelewengan kuasa dan wang? Media, samada elektronik ataupun media persuratkhabaran selalu juga menghebahkan tentang perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa pemimpin PKR dan DAP dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah serta Kelantan. Ini baru setahun jagung. Cuba anda bayangkan jika mereka diberikan kuasa dalam tempuh 50tahun.!!!!

Pendekata jika nafsu dan kerakusan menguasai diri, dimanapun mereka berada, namun yang dikatakan pemimpin itu adalah dari kejadian asal yang sama. Dijadikan dari segumpal tanah. Anda biasa mendengar seorang Imampun kadang-kadang tersesat dan sanggup melakukan maksiat. Kerana apa? Kerana ianya dijadikan dari segumpal tanah. Tanpa keimanan yang tebal, manusia mampu melakukan perbuatan yang sangat sumbangn itu. Ini termasuklah para pemimpin. Dan tidak terkecuali samaada ia dari parti PAS, UMNO, PKR, Parti Liberal atau parti Demokratik, Parti Buruh atau sebagainya. Jika nafsu mengambil alih minda dan jiwanya, maka perbuatan sumbang dan penyelewengan sangat mudah menguasai setiap tindakan yang dilakukan.
Anda kata terlalu banyak kesilapan yang telah UMNO/BN lakukan selama ia bergelar pemerintah negara. Apa? Apakah kesilapan yang maha besar itu, yang kerananya bangsa anda, masa depan anda, anak anda, isteri, ayah dan ibu anda hidup tanpa bahgia dan aman serta sentosa? Bagaimanakah keadaan diri anda sekarang? Masih seperti rakyat 50 tahun yang silam? atau 20 tahun yang silam? Atau anda sekarang adalah lepasan pengajian sebuah Universiti?
Universiti tempatan atau universiti luar negara? Atau anda seorang usahawan berjaya? Atau anda seorang nelayan berjaya? Petani berjaya? Seorang kakitangan awam atau swasta berjaya?
Atau OKU yang sentiasa mendapat bantuan kerajaan BN? Atau anda seorang Ibu Tunggal yang memiliki sebuah usaha kecil-kecilan hasil bantuan kerajaan BN? Atau kerajaan PR di Penang yang bantu? Atau Kerajaan PR di Selangor menolong?
Kenapa anda benci dan jijik dengan kerajaan UMNO/BN yang selama ini bertungkus lumus siang dan malam, bertugas dan mengorbankan diri dan masa serta tenaganya untuk melihat rakyat Malaysia senang dan bahagia?
Atau kerana tidak ada keadilan? atau Kesamarataan? Tang yang ini nampaknya anda buta dan pekak telinga. Kerana keadilan dan kesamarataan itulah makanya anda pernah berada di Menara Gading. Kerana kesamarataan itulah makanya orang asli atau orang asalpun dijaga hal ehal kebajikannya dengan baik. Kerana keadilan itulah Kaum Sikh yang hanya .03% dinegara inipun diberikan layanan yang samarata dengan melayu yang lebih 50% jumlahnya dan sedang memerintah negara ini. Adakah kaum cina merasa diganggugugat pencarian rezeki mereka? Adakah kaum India terbiar miskin seperti 30 tahun yang lalu. Jangan salahkan UMNO jika India masih majoritinya miskin. Salahkan MIC atau Sammy Vellu seorang. Anda tahun UMNO adalah parti orang melayu. Hanya jika pemimpinnya bergelar Wakil Rakyat atau Menteri, barulah ia membuka agenda pengisian kepimpinannya kepada masyarakat majmuk. Jika tidak,,,maka ia hingga keliang lahat adalah pemimpin islam dan pemimpin kaum melayu. Saya bagi satu contoh. Di Wilayah Persekutuan Labuan, Dato' Haji Suhaili adalah Ketua Bahagian UMNO Labuan, suatu ketika dulu. Wakil Rakyat Labuan dan Pengerusi BN Labuan ialah YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal. Makanya, Dato' Haji Suhaili adalah pemimpin UMNO dan kaum Melayu di Labuan. Pemimpin seluruh rakyat Majmuk Labuan ialah Datuk Haji Yussof Haji Mahal, dan bukan Dato' Haji Suhaili Abd Rahman. Dan jika Wakil Rakyat Labuan itu didatangkan dari MCA atau MIC, maka pemimpin bagi seluruh rakyat majmuk Labuan ialah seorang dari kaum Cina atau dari kaum India. Ada fahamkah? Anda tentu faham, sebab rata-ratanya anda tidak lagi buta huruf. Dan anda telah duduk dalam sebuah negera merdeka sejak lebih 50 tahun lalu. Tak kan masih bangangkannnn, kannn, kan.
Kita sambung balik persoalan kenapa anda jijik dengan UMNO setelah begitu banyak jasa ditaburkannya? Anda masih ditahap kemiskinan tegar? Apa sebabnya? UMNOkah? atau anda seketurunan malas berusaha? Ruang dan peluang sentiasa kerajaan UMNO buka untuk anda melangkah berusaha demi kemajuan yang Halal, halal, halal. Yang harampun anda. Namun selaku muslim, anda bijak memilih samada mahu masuk disko atau masuk masjid. Jangan salahkan UMNO jika anak anda menjadi seorang kaki dadah atau kaki arak atau kaki betina. Salahkan diri anda sendiri. Jangan jijik dengan UMNO atau BN. Jijiklah dengan diri anda sendiri yang hanya tahu melahirkan zuriat, tapi tidak tahu memeliharanya kejalan yang diredai Allah SWT. Ada pula UMNO yang salah. Tak patut patut anda ni. Berfikir dan menghukumlah dengan waras. Untuk menjadi seorang penghukum yang adil, rajin-rajinlah menjengok AlQuran dan Hadith Nabi. Jika anda asyik melihat Gusti didalam TV, mana mungkin anda menjadi seorang menghukum yang bijaksana. Lebih lagi jika anda sendiri yang menjadi kaki botol atau kaki judi.
Saya tamatkan celoteh saya hari ini dengan pesanan. Jika anda membuat tuduhan kepada UMNO, kerana anda pencinta DAP atau PKR, saya pesan lihatlah diri anda dan parti yang anda cintai terlebih dulu. DAP dan PKR bukanlah sebuah parti yang boleh dijadikan tempat bergantung hidup perjuangan anda. Mereka adalah parti-parti yang oportunis yang hanya menumpukan kepada merebut kuasa dari bangsa anda saja. Kepada kaum CIna, ingat-ingatlah, bahawa jikapun menyokong DAP itu, pada sangka anda, sangat baik kepada keperibadian anda, namun menyokong parti itu jua akan menyebabkan perpaduan antara kaum di Malaysia akan menjadi hancur. Melayu akan tetap berpegang sokongannya kepada UMNO. Dan jika cina berpegang sokongannya kepada DAP, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang kucar kacir suatu ketika nanti. Penyokong MCA & Gerakan adalah langakh yang bijaksana bagi masyakarat cina Malaysia. Menyelesaikan permasalahan dalam kalangan masyarakat majmuk seperti malaysia ini, hanya UMNO dan BN yang berkebolehan. DAP dan PAS adalah dua parti yang sangat ekstrim sifatnya dan sanagat tidak layak menjuarai sebuah kesatuan berbilang kaum.
Pas tidak bersama didalam BNpun adalah dik kerana kebenciannya yang nyata kepada masyarakat yang asalnya mendatang itu. Sebagai sebuiah parti yang pragmatik sifatnya, hanya UMNOlah yang menjadi harapan kepada perpaduan dan kesatuan berbagai bangsa di Malaysia. Konsep ONEMALAYSIA yang digagaskan PM bukanlah sekadar omong kosong, bahkan PM tengah berusaha bagi memberikan kesedaran kepada rakyat seluruhnya, bahawa betapa payahnya ayahndanya Tun Razak, kehulu kehilir suatu ketika dulu, menyatukan masyarakat
yang berbilang kaum sifatnya ini. Yang yang paling mahal ialah ianya berjaya dan elok sekali.