SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 30 Januari 2010

Tindakan & Alasan yang EMOSIONAL!!!!

Lantas apakah mereka ini seenaknya bertindak diatas alasan yang emosional dan tidak bertanggungjawab. Soal parti dan keputusan politik adalah bersangut-rapat dengan masa depan Bangsa dan Agama. Tidak sekali-kali boleh dipandang remeh dan semudah makan 'ambuyat' ( sejenis makan tradiri kaum Bisaya di Sabah ). Bila kita silap bertindak dan silap dalam membuat keputusan, sekalipun kita itu hanya rakyat bawahan, atau seorang yang bergelar mahasiswa,,,akibatnya sangat dashyat dan boleh menjahanamkan sebuah perjuangan yang maha besar.

Ada dikalangan kita menuduh UMNO yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu. Satu persoalan saya, bilamasa Institusi tersebut lemah. Apakah institusi Raja-Raja dewasa ini lemah melalui saat-saat nak terkubur? Jawapannya TIDAK. Semenjak lebih 50 tahun kita mencapai kemerdekaan, UMNO berdiri gagah mempertahankan institusi Raja-Raja DAN LANSGUNG TIDAK TERFIKIR UNTUK MENGKAFANKANNYA. Siapa sebenarnya yang berusaha kuat untuk menjahanamkan institusi tersebut? Tidakkah anda semua melihat dan mendengarnya. Samada di kaca TV maupun dalam internet ini. Tidak lupa juga saya menyatakan disini, PAS juga seperti UMNO...yakni sayang dan setia dengan Raja-Raja melayu dan tidak mungkin kedua parti tersebut derhaka dalam erti kata sebenarnya kepada institusi Raja-Raja melayu kita.
UMNO Penuh sedar bahawa institusi Raja-Raja adalah lambang kekuasaan melayu diTanah Air ini. Adakah pula UMNO yang berusaha melemahkan dan mengkafankan institusi tersebut. Matanglah dalam berfikir. Boleh marah tetapi jangan sampai menuduh UMNO hingga ketahap itu. Kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit demi mempertahankan institusi tersebut dari di'derhakai' oleh rakyat yang tidak tahu apa yang tersirat didalam institusi tersebut.

Tidak kurang juga rakyat yang berpandangan kita melemahkan Institusi Kehakiman Negara. benarkah bagai dianggap? Ini satu dakwaan lucah. Yang tidak berasas dan berbau 'ingin menjahanamkan' musuh politik mereka. Kita yang bebal ini lantas menerima bulat-bulat dakwaan tersebut. SEBENARNYA DAN SEIKHLASNYA institusi Kehakiman Negara kita semakin bertambah utuh dewasa ini, khasnya apabila Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak mengambil alih pucuk pimpinan utama negara dari Tun Abdullah Badawi. Ketika Era Tun Pak Lah usaha kearah memantapkan institusi tersebut telahpun dilakukan dan siap kemantapannya ketika tiba Datuk Sri Najib menerajui negara pula. Bahkan kedengaran disini dan disinon, suara kelam kabut pemimpin pembangkang kerana rasa panas tindakan pihak Institusi kehakiman negara itu tadi. Janganlah pula bila sistem kehakiman kita bertindak tegas dan drastik, ramai mereka yang bising kerana tidak ada keadilan selama ini, kecut bijinya.

Adapula rakyat yang menuduh kerajaan cuba menghapuskan bahasa Malaysia melalui menubuhan dasar PPSMI. Tuduhan ini lagi bodoh dan sangat cetik disudut pentafsiran pelaksanaannya. Benarkah UMNO cuba untuk mengikis penggunaan bahasa Malaysia. Buktikan secara fakta!!!Jangan seenaknya membuat tuduhan. Atau cuba-cuba untuk menyelewengkan fakta sebenar?. Saya tidak terkilan jika sebagai mahasiswa kita bebas dalam membuat kritikan dan dakwaan. NAMUN kritikan dan dakwaan tersebut harus lahir dari hati suci dan ikhlas untuk melihat negara terus maju kedepan dan pembinaan empayar bangsa Malaysia tidak tersekat dengan lahirkan pemikiran jumut-kritis yang dicetuskan oleh niat rakus dan jahat, oleh mereka yang adik beradik dengan iblis dan syaitan.

Khamis, 28 Januari 2010

Kalau Nak Marah UMNOpun Berpada-pada!!!!

Apa sebab kita nak hapuskan parti yang selama ini tempat bernaung dan berteduh dari segala kemiskinan dan kemeranaan hidup?
Wahai mereka yang berada di Menara Gading!
Wahai mereka yang berada di Rumah Allah.
Wahai mereka yang berada di Jabatan Kerajaan dan Swasta!!
Dan Wahai anak-anak belia dan beliawanis yang baru masuk kealam kerjaya.
Kenapa nak marah dengan UMNO????
Muhasabah dirilah.
Kan kita anak-anak yang sayang kepada ibu pertiwi ini?
Kan kita anak-anak yang cintakan keamanan dan kedamaian?
Kan kita anak-anak yang mengenang jasa dan tahu berterima kasih?
Apakah kita mahu menjadi bangsa yang menderhaka?
Cinta kepada Allah, Cinta kepada Rasulallah dan kasih setia terhadap pemimpin kita?
Kalau nak marah kenapa UMNOpun, janganlah sampai nak menumbangkannya.
Janganlah memandang jijik kepada sebuah parti yang sangat baik dan menyayangi kita.
Siapa lagi UMNO nak perjuangkan selain diri bangsa kita ini?
Janganlah umpama Sitanggang, yang bertindak derhaka kepada ibunya.
Bagaimana rasanya masuk ke Menara Gading tanpa wang PTPTN?
Bagaimana anak-anak bumi asli jika UiTM dibuka kepada semua bangsa Malaysia.
Bagaimana jika MARA ditamatkan perkhidmatannya?
Bagaimana jika UMNO dihapuskan sebagaimana kehendak sebahagian besar anak-anak mutakhir ini?
Bagaimana jikalau suara melayu dan bumi tidak lagi berbisa di Parlimen???
Adik-Adik....
Jika nak marah UMNO pun berpada-padalah.
banyak ruang untuk menyampaikan perasaan anda semua.
Pintu pejabat semua pemimpin Tertinggi UMNO sentiasa terbuka.
Dan anda boleh siarkan dalam blog serta face book.
Kepada pemimpin yang tidak mahu bertemu anda.
Tapi jangan sampai membakul-sampahkan UMNO.
Kita sama-sama belum rasa dan mengetahui jika UMNO tiada.

Buta & Pekak

Butakah???
Pekakkah???
u all nampakkah atau dengarkah???
Semenjak dua menjak ni.....
lalu soalan menerpa kerana jawapan tak kunjong tiba.
Apa dia......????!!!!!
Semenjak dua menjak ni kepimpinan Pakatan Pembangkang mengelabah,
Samada dalam PKR atau dalam PAS.
DAP pula nampaknya semakin gagah dan kemas
menuju matlamat tanpa banyak bantahan pisak musuhnya secara terang.
Ada orang kata,
Melayupun dah mula terpesona dengan mereka!!!
Akupun pernah tanya dengan seorang driver teksi berbangsa melayu di Kuala Lumpur.
U undi parti apa?
DAP katanya!!!
Tuan-Puan,
Tak dengarkah?
Nik Aziz dah banyak mencarut dan bercakap bertentangan dengan kehendak islam.
DSAI juga begitu.
Khalid Samad juga begitu.
Azmin Ali juga macam tu.
Kalau tak silap aku hanya Zul Nooordin saja yang selari dengan perjuangan memertabatkan islam.
Yang lain hanya berusaha menjaga hati DAP sahaja.
Tak lebih dari itu.
Jaga hati orang islam!?.
Tidak mungkin DSAI dan Nik Aziz berusaha kearah itu.
Nik Aziz terlalu marah sehingga berpatah arang dengan orang islam dalam UMNO.
DSAI pula kata orang kafirpun boleh guna nama ALLAH SWT.
Disokong pula oleh Khalid Samad.
Banyak lagi ucapan yang keluar dari mulut PKR dan PAS yang tidak prihatin dengan objektif perjuangan islam dan melayu.
Dan aku menjadi hairan ada diantara kita senang dengan keadaan tersebut.
Lebih-lebih lagi anak-anak dunia maya dizaman ini.
Tidak tahu atau kurang arif akan kepedihan masa silam
Yang dialami datuk nenek mereka
dalam kecapaian kemerdekaan.
Bukan yang terlulis brothers.
Tetapi apa yang diimplimentasikan.
Kita kata berjuang untuk islam.
Tapi kita sebenarnya menggunakan islam sebagai batu loncatan dalam perjuangan.
Apa yang telah kita lakukan dalam menegakkan syiar dan syariat islam????
Berapa banyak orang kafir yang telah kita luruskan pegangan agama mereka???
Berapa banyak masjid-masjid yang telah kerajaan kita tubuhkan????
Apa sikap kita bila pemimpin DAP mempertikaikan terlalu banyak masjid dibina BN dalam negara???
Siapa yang berusaha untuk meletakkan orang islam ditengah kemajuan dunia dan akhirat dalam negara ini?
Apakah PKR dan PAS sahaja yang berbaik-baik dengan lain-lain kaum?
Sejak merdeka adakah kaum Cina dan India diketepikan.?
Pada pandangan Sdr kenapa UKM ditubuhkan pada niat asalnya?
Uni. Tengku Abdul Rahman untuk suiapa pada asalnya????

Sdr,
Janganlah buta dan membutakan hati dan mata anda!!!
Terimalah hakikat bahawa kita selama ini terlalu banyak telah berjaya
sehingga Cina India Melayu Iban dusun dsbnya.
Dapat hidup rukun dan sentosa.
Damai walaupun tidor sama bantal dan tilam.
Kalau Sdr ketepikan parti perikatan ini.
Alamat hancur suasana sekian lama ini..
Yang kerannya anda hidup 1000 tahun usia.

Rabu, 27 Januari 2010

Kakitangan Yang Rasuah, Pemimpin BN yang Bersalah??? Adakah patut!!

Ramai kalangan kita sering berpandangan bahawasanya rasuah yang dilakukan oleh kakitangan awam, Pemimpin Barisan Nasional yang dipersalahkan. Apakah ini satu pandangan yang bijak atau yang berlandaskan sentimen politik semata?. Apakah ini satu pandangan yang berupa fitnah, yang sengaja diputar-belitkan untuk agenda politik yang penuh dengan dosa dan kejahatan iblis dan syaitan????

Cuba anda renongkan setelah melihatkan senario kejadian seperti dibawah ini:-
1. Seorang Pegawai Kastam telah memberitahu sesuatu kepada rakannya, seorang Taukeh Penyeludup Minuman Keras dan Rokok, bahawa malan nanti mereka akan membuat 'spot-check' di kawasan perairan sebelah utara. Maka jika nak membuat penyeludupan, anda kenalah melalui jalan sebelah timor. Kononnya lebih selamat. PERSOALANNYA: Apakah perkaitannya Pegawai Kastam itu dengan Pemimpin Barisan Nasional? Adalah perbuatan tersebut, Pemimpin BN yang harus dipersalahkan????

2. Seoarang Pegawai Imigresen menahan beberapa orang wanita asing yang masuk kenegara ini tanpa visa. Kemudian datang seorang Bapak Ayam kerumahnya membawa sebungkusan sarung surat besar yang penuh dengan wang RM50.00 sebagai sogokan untuk melepaskan wanita asing tadi. PERSOALAN; Salah kepada pemimpin BN kah????Atau memang sifat dan tabiat pegawai Imigeresen tersebut sememangnya begitu?

3. Dalam perjalanan dari Menumbok ke Kota Kinabalu, pihak polis membuat sekatan jalanraya di membakut. Sebuah lori yang penuh dengan rokok seludup dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya ditahan. Bagaimanapun dilepaskan kembali setelah driver lori tersebut memberikan wang sebanyak RM5,000.00 kepada polis itu. PERSOALAN: Apakah pemimpin politik Barisan Nasional yang dipersalahkan??? Hanya kerana ketika ini BN yang menjadi kerajaan Malaysia???

4. Kes penyeludupan Beras dan Gula di Sungai Golok ke Thailand oleh orang kita. Yang tak pernah serik walau dilarang. Apakah kesalahan jatuh kepada BN????

5. Begitu juga dengan tangkapan yang banyak yang dilakukan oleh SPRM pada masa ini. Apakah semua itu jatuh salahnya kepada BN??? Atau BN yang berusaha keras untuk membenteras rasuah dikalangan kakitangannya.????

Pandai-pandailah anda merenong dan membuat keputusan. Kadang kita berak dalam tandas yang disediakan khas, dikatakan berak ditengah jalan. Adakah patut?????

Selasa, 26 Januari 2010

PHOTO manusia CEMERLANG DAN TERBILANG ketika pemerintahan BN.

Datuk Nicol David dan semuapun tahu...

Pendaki Negara ke Puncak Gunung Everest


Tun Dr Mahathir Mohamad, Manusia ketiga dalam dunia dizamannya yang memiliki IQ paling tinggi


Orang Melayu pertama didunia ini yang berjaya mengelilingi dunia dengan perahu layar. Datuk Azhar Mansur.



Pemain Badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wee.



Manuisa Malaysia Pertama ke Angkasa Raya.
Memang ramai lagi anak-anak Malaysia telah berjaya cemerlang dan terbilang ketika BN memerintah negara. Mohon ribuaan maaf jika gambar-gambar mereka tidak terpapar. Insyallah dari masa kesemasa saya akan memasukkan gambar-gambar mereka untuk tatapan umum.
Ini adalah sebagai salah satu petunjuk kejayaan pemerintahan BN selama ini.






Isnin, 25 Januari 2010

IKAN PENGUBAT PENYAKIT KULIT


Datanglah ke Ranau Sabah. Kira-kira 20 kilometer arah ke Sandakan dari Bandar Ranau.
Seronok gila digigit dan dihisap oleh ikan-ikan jinak.












HASIL PEMANTAUAN SAYA MELALUI PEMBACAAN BLOG DAN FACE BOOK SERTA MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK.

1. Parti PKR dan PAS bukan parti bangsa melayu. PKR sebuah parti multiracial, bahkan ramai
pemimpinnya terdiri dari kalangan kaum India juga Cina.
2. Hanya parti UMNO sahajalah merupakan parti kaum melayu dalam negara ini.
3. Walaupun DAP parti berbagai kaum, namun ianya didominasikan oleh kaum Cina sebagai
kaum terbesar dan sangat berkuasa dalam parti tersebut.
4. PAS byukan parti melayu tetapi parti yang berlandaskan islam. Oleh kerana itu walaupun kita terdiri dari kaum kadazan atau cina atau India, jika kita islam, kita berhak memohon sebagai ahli parti tersebut.
5. Parti SAPP adalah sebuah paerti oppurtunist cina based Sabah party.
6. MCA tidak lagi dapat diharap sebagai sebuah parti yang mampu membantu BN dalam pilihanraya ke 13 kelak. Untuk menyelesaikan masalah dalaman parti tersebutpun mereka tidak berupaya.
7. Majoriti melayu masih sayang dan cinta kepada UMNO, sebuah parti bangsa melayu yang banyak berjaya dalam menjadikan melayu sebagai manusia.
8. PAS hanyalah sebagai sebuah parti pemecah perpaduan bangsa melayu.
9. Makkal Sakti habuk pun tak ada.
10. Sokongan Kaum India kepada BN semakin bertambah kuat, tetapi bukan disebabkan oleh kredibiliti MIC, apatah lagi PPP yang asyik bercakaran dikalangan dua pemimpin utama mereka.
11. Adalah satu kesilapan besar jika Nik Aziz Nik Mat menolak wang Ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
12. Pakatan Pembangkang tidak berkemampuan mengujudkan manusia Malaysia seperti Dr Muzafar Shah, Datuk Azhar, Datuk Badminton Negara, Datuk Muktar Dahari, dll.
13. Selangior dijangkakan akan menjadi negeri muflis jika PKR menang lagi dalam pru ke13 kelak.
14. Sabah dan Sarawak masih tetap bersama BN semasa Pru ke 13 kelak.
15. Kerajaan Kelantan akan dapat ditawan BN ketika pru ke 13 kelak.
16. Selangor kembali kepada BN dalam pru ke 13 kelak.
17. Harga komoditi Getah dan Kelapa Sawit akan melambong setelah BN kembali 2/3 dalam parlimen.
18. DSAI akan didapati bersalah dalam kes tuduhan Liwat keatasnya.
19. DR Zambry masih tetap akan menjadi MB Perak selepas keputusan mahkamah akan datang ini.
20. Orang melayu yang menyokong PKR adalah mereka yang kecewa kerana urusan peribadi tidak tercapai. ( Padahal doanya kelangit tidak dimakbulkan atau tak pernah berdoa ).

UNTUK ANAK-ANAK MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN!

Macamana??????
Bukankah telah nyata dan terang benderang keadaan serta situasi melayu di Pulau Pinang dan Selangor itu! Begitu juga halnya dengan melayu di Perak!! Peribahasa melayu berkata ...Menang Sorak Kampong Tergadai"....Senangkah untuk kita mengembalikan kuasa orang-orang melayu di Pulau Pinang itu? Sekalipun hanya sekadar berkongsi dengan GERAKAN dan MCA serta MIC????Pada hemat saya masyarakat cina di Pulau itu telah nekad untuk memberikan undi mereka kepada DAP!!!!

Siapa yang boleh menafikan telahan saya ini, haruslah memberikan fakta nyata berserta nombor-nombor jumlah masyarakat cina yang majoritinya menyokong GERAKAN dan MCA di Pulau tersebut. Jika tidak saya tetap dengan telahan saya bahawa masyarakat cina di Pulau Mutiara itu telah nekad memberikan undi mereka kepada DAP. Selain drp parti tersebut jelas sebuah parti perkauman cina, pemimpin melayu dan India yang menjadi rakan mereka cuma sebagai boneka semata.

Di Perak, keadaan yang sama juga berlaku. Tidak guna kita berrahsia lagi. Masyarakat cina jika ada 100, 105 orang akan menyokong Pembangkang., mengikut kiraan saya pada masa ini. Semuanya atas usaha Pakatan Rakyat mencuba untuk meluluskan Geran Tanah 999 tahun kepada semua kampung-kampung Baru Cina baru-baru ini. Walaupun setelah BN memerintah kembali, usaha itu segera dipadamkan, namun niat Pakatan Rakyat masih disanjung masyarakat cina di Perak. Dan tentunya akan mereka buktikan dalam bentuk undi ketika pru ke 13 kelak.
HANYA ORANG MELAYU PERAK DAN PULAU PINANG SAHAJALAH YANG MASIH BERDENGKUR TIDORNYA, TANPA MENYEDARI REBAN AYAM MEREKA DIMASUKI BUAYA ATAU BIAWAK atau ULAR KEPALA DUA!!!!!!
Insaflah kamu wahai orang Melaka dan Negeri Sembilan. Selepas ini Pakatan Pembangkang akan menjadikan negeri kamu sebagai sasaran berikutnya. Jika kamu mahu "menang sorak dan kampong tergadai".. berbuatlah seperti mana orang melayu Perak dan Pulau Pinang bertindak.
Kerana marah nyamuk, kelambu dibakar. Sudahnya gigit jari dan menangis dibawah tangga. Perak masih boleh diperbaiki. Namun Pulau Pinang bukan sahaja terlepas dari tangan, malah Pulau tersebut sudah tenggelam akibat ribut thsunami yang melanda pada tahun 2008 yang lalu.

Ahad, 24 Januari 2010

DI SELANGOR...MELAYU TENGAH PARAH!!!

Sebenarnya nama saja MBnya seorang melayu. Tetapi sama seperti di Perak ketika NIZAR bertugas selaku MBnya, keadaan di Selangor sangat mendukacitakan kepada masyarakat MELAYU DAN INDIA. Untuk kali ini saya cuma akan menyentuh soal-soal kedukacitaan masyarakat melayu sahaja.

Begini....
Melayu telah kehilangan taringnya. Tan Sri Khalid Menteri Besar terlalu menitik beratkan kesama rataan sehingga alpa bahawa melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi. Rupanya pengalaman beliau didalam PNB dulu itu satu sen pun tidak berguna. Tidak langsung digunapakai sebagai tauladan yang boleh beliau jadikan ukuran bagi sebarang langkah pentadbiran dan pengurusan negeri Selangor. Jika Malaysia adalah diumpamakan sebuah rumah yang cantik, Selangor adalah DAPOR rumah tersebut. Semasa kerajaan lalu( BN ), Selangor merupakan sebuah negeri yang paling maju dan sangat banyak membantu KDNK negara. Jika corak dan langkah pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor berterusan seperti sekarang ini, lima tahun lagi Selangor boleh jadi diantara negeri termiskin di Malaysia. Sehingga kini masih belum terdapat walau satupun projek yang besar dan berdaya maju yang dijalankan oleh kerajaan Tan Sri Khalid. Malah sebaliknya ramai Wakil Rakyatnya, samada Ahli Parlimen maupun ADUN yang nampaknya cuma mengambil kesempatan untuk kepentingan kedudukkan masing-masing ketika berkuasa ini. Tan Sri Khalid sebaliknya hanya membuat keputusan tanpa merujuk kepada EXCO Kerajaan negeri. Bukankah ini yang sangat anda tidak ingini suatu ketika dulu, yang menyebabkan Kerajaan BN nak tumbang!!!!!!

Tidak hairan jikalau dalam masa singkat ini selangor menjadi MUFLIS!!!!!
PAS langsung tidak berguna untuk pembangunan islam dan melayu di Selangor. Saban hari pemimpin PAS Selangor hanya menyuarakan soal hak kesamarataan, syiar danhukum hakam islam sahaja. Menjadi pemimpin bukan itu sahaja yang hendak difikirkan. Malah pembangunan islam dan melayu mestilah menjadi adenda perjuangan. Pemimpin PAS Selangor jangan sekali-kali membiarkan soal ekonomi hanya dimainkan oleh DAP dan PKR sahaja. Alamatnya orang islam dan melayu akan jauh ketinggalan.

Ketidak yakinan keatas kepimpinan Tan Sri Khalid MB bukan sahaja berlaku diluar Bahagiannya, malah AJK Bahagiannya sendiri meletak jawatan kerana sudah tidak yakin dengan kepimpinanya nya.

Sebagai seorang anak muda yangbuat keputusan berdasarkan kepada fakta nyata, cuba-cubalah fikirkan samada kenyataan saya ini ada benarnya. Jangan nanti NASI TELAH MENJADI BUBUR, baru mulut kita nak ternganga!!!!!