SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 28 April 2009

Konsep 1MALAYSIA tetap merupakan kesinambungan Perjuangan BN sejak Tengku Abdul Rahman Lagi.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membawa kita mengimbau kembali corak dan lontaran perjuangan Tengku Abdul Rahman, ketika beliau bergelar Perdana Menteri suatu ketika dulu, dan mengaitkan lontaran perjuangan Yang Mulia Tengku dengan ONE MALAYSIA yang beliau sarankan, jelas kepada kita bahawa konsep one Malaysia yang beliau sarankan ini tidak berbeda dengan apa yang telah menjadi guide line perjuangan pemimpin negara dimasa lalu, termasuk Yang Mulia Tengku, Tun Abdul Razak, Datuk Hussein Onn, Tun Mahathir dan Tun Abdullah sendiri.

Cuma mungkin gaya atau style Datuk Seri Najib ada sedikit berlainan daripada kelima-lima bekas Perdana Menteri tersebut. Akhirnya yang mustahak sekali, semua keenam-enam mereka masih mengukir langkah perjuangan dan kepimpinan berlandaskan apa yang termaktub kuat didalam perlembagaan negara. Ramai kita tertanya-tanya apakah one Malaysia bermakna Malaysian Malaysia seperti yang diperjuangkan DAP. Dan kini nampak dengan jelas kedua konsep tersyebut sangat jauh bedanya. Konsep ONE MALAYSIA yang dilontarkan atau disarankan oleh Datuk Seri Najib tidak langsung mengenepikan DEP, Perkara 153, Perkara 3, Perkara 152 dan semua perkara didalam perlembagaan yang melindungi hak keistimewaan bumiputera. Pengertian keadilan pada Datuk Seri Najib bukanlah membahagi-samakan angka dua itu kepada satu setiap seorang. Tetapi pada beliau keadilan itu ialah memberikan sesuatu itu kepada yang berhak.

Dalam islam, seorang suami yang beristeri dua, memberikan kereta proton wira sebuah kepada setiap isteri tidak bermakna menyempurnakan keadilan. Keadilan bermakna memenuhi kehendak dan pemintaan setiap isteri. Jika isteri pertama mahu kereta proton wira dan isteri kedua berpuas hati dan ikhlas dengan hanya kereta Kancil, maka itu sudah termasuk dalam konsep keadilan didalam islam. Jika isteri kedua tadi meminta kereta Merz, sedang suami tidak berkemampuan untuk memenuhi kehendaknya, maka dalam hal ini si isteri yang bertindak keterlaluan, dan tidak berlaku adil kepada si suami.

Kementerian Penerangan dengan ini disarankan dengan serta merta mengwar-warkan konsep 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri tersayang ini. Jangan biarkan saranan ini tinggal sekadar saranan dan hanya PM sahaja yang terlaung sana dan sini memberikan kefahaman dan pemahaman kepada seluruh rakyat jelata. Kementerian Penerangan sesuai dengan matlamat dan peranannya tertubuh, mesti secara segera mengambil inisiatif memberikan penjelasan dan pemahaman kepada masyarakat massa agar konsep 1 Malaysia ini tidak basi dan tidak laku lagi dimasa mendekat ini.

Kepada MCA, MIC, UMNO, GERAKAN, PBS dan seluruh Parti Komponen BN, seharusnya anda bertindak dengan aktif menjalankan gerakan bagi memberikan kefahaman kepada seluruh ahli BN mengenai konsep 1 Malaysia ini. Bukan masanya untuk kita bersenang lenang dan selesa serta berebvut harta dan kuasa serta wanita. Sekarang ini dan menuju prk ke 13, kesungguhan dan keikhlasan dalam perjuangan parti kita akan menentukan hidup mati didalam prk ke 13 kelak. Jika anda masih sibuk dengan "perangai lama", maka tunggulah padah yang bakal menimpa dalam prk ke 13 kelak. Takkan kita nak "boikot" pilihanraya umum!!!!!

Isnin, 27 April 2009

Selepas cuti panjang kerana Anak melangsungkan perkahwinan.

Agak lama saya tak bersembang dalam blog.
Sebabnya kerana kesibukan urusan perkahwinan anak sulong.
Menguruskan perkahwinan anak buat pertama kali, urusannya sedikit kelam kabut.
Namun tetap juga hasilnya berjaya dan semua sanak saudara serta kawan taulan berasa gembira.

Hari minggu lepas ( 26hb April 2009 ) urusan perkahwinan dah selesai 99%.
Syukur alhamdulillah dan kini saya dah mula kembali duduk dihadapan komputer dan berjinak-jinak kembali dengan dunia maya.

Saya nak bercerita perkara yang jauh berbeda dengan soal-soal perkahwinan. Agar otak dan minda saya kembli normal dengan isu-isu negara secara segera.

Pertama saya nak bercerita dari hal APA YANG SEBENARNYA YANG SANGAT PERLU KITA ORANG MALAYSIA (MELAYU ) NI LAKUKAN BAGI MASA DEPAN BANGSA KITA INI.
Saya tak nak bincang mengenai perkara kewajiban mutlak sebagai penganut Islam kerana itu adalah wajib mutlak. Tidak boleh tidak, mesti kita lakukan dalam amalan harian kita. Sebagai seoorang islam, kita hendaklah menggunakan larangan dan suruhan agama kita sebagai "way of life" kita. Bukan itu yang saya nak utarakan disini.

Saya nak cerita mengenai "SATU RUMAH SATU PAKAR". Suatu ketika dulu, Tun Mahathir menyarankan agar setiap sebuah rumah di Malaysia melahirkan sekurangnya seorang mahasiswa. Akibat saranan Tun Mahathir tersebut, usaha telah dilipatgandakan bagi menjadikannya satu realiti. Dan kini kenampakannya hampir 80% saranan tersebut telah menjadi kenyataan. Ketika Tun Abdul Razak, saya masih ingat lagi bahawa terlalu jarang kita bertemu dengan generasi muda yang bergelar mahasisa dikebanyakan kawasan diperkampongan di Malaysia ini. Hatta dati Perlis ke Johor. Apatah lagi di Sabah dan Sarawak. Kini keadaan sangat jauh berubah. Setiap kampong mesti terdapat ramai anak-anak kita yang berjaya menghabiskan pengajiannya hingga ke Menara Gading tersebut.Sekarang kita kena ubah saranan tersebut kepada satu saranan yang lebih baik. Yakni kepada setiap rumah di Malaysia ini yang penghuninya berbangsa melayu dan bumiputera, mesti terdapat sekurangnya seorang pakar dan satu bidang. Misalnya sebagai seorang Doktor Pakar, atau seorang Jurutera,a tau seorang Arkitek atau seorang Peguam dan sebagainya. Jika Kementerian Pendidikan memulakan inisiatif yang serius dalam perkara ini, saya yakin 10 atau 20 tahun akan datang, rakyat kita akan menjadi pakar-pakar yang terhebat didalam dunia.

Saya menyarankan agar tidak usahlah budak-budak Universiti menghabiskan masa dengan ikut serta mengada-ngada dalam demonstrasi jalanan yang mungkin dianjurkan oleh Parti Pembangkang maupun Parti BN sendiri. Tumpukan segenap masa yang ada untuk menjadi pakar terhebat dunia suatu ketika kelak. Saya sangat bangga yang tak terkira bangganya apabila suatu masa dalam flied saya berjumpa dengan seorang anak muda melayu dari Negeri Sembilan yang dipanggil khas dari Tokyo Jepun, hanya untuk membaiki sistem pengkomputeran yang rosak dalam sebuah Syarikat di Ibu Kota Jepun itu. Ia menyedarkan saya bahawa dalam setengah hal orang melayu lebih hebat kepakarannya daripada orang Jepun sendiri. Terdapat lagi seorang melayu dari Labuan yang dipanggil oleh sebuah Syarikat dari Oman, kerana di Asia ini hanya ada 3 orang yang pakar dalam bidang yang ia ceburi. Tahu berapa budak tersebut kena bayar sekali pergi Oman untuk menyelesaikan permasalahan dalam sebuah perusahan? US50,000.00. Sebulan kadang kena pergi sekali atau dua kali. Pernah juga 3 kali sebulan.

Banyak lagi bidang kepakaran yang boleh anak-anak Malaysia melayu dan bumiputera boleh menceburinya. Jauh lebih baik dan jauh lebih memberi manafaat untuk nusa, agama dan bangsa, daripada turun kegelanggang bermain demonstrasi menghentam kerajaan. Sekalipun setelah akta Universiti di pinda.