SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 12 Mei 2010

BN BOLEH MENANG DENGAN SELESA JIKA.....

PRK P.212 SIBU...BN mampu meraih kemenangan dengan selesa jika sekiranya semangat 1MALAYSIA dihayati dan dijadikan sebagai batu asas utama membuang undi pada 16hb Mei 2010 akan datang ini.
Drp hasil tin jauan yang dibuat majoriti pengundi dari masyarakat Iban dan Melayu akan turun untuk membuang undi mereka untuk Barisan nasional. Manakala agak susah untuk diramalkan kemana agaknya masyarakat Tionghua secara majoritinya membuang undi mereka. Ada khabar mengatakan mereka akan memberi undi mereka kepada DAP/Pembangkang, manakala tidak kurang juga yang berpandangan bahawa masyarakat itu akan memberikan undi mereka secara majoriti kepada Bariksan nasional.
Dalam temu ramah yang dibuat dengan beberapa orang pemandu Teksi dari kaum tersebut, nampaknya peluangt untuk BN mendapat undi majoriti dari kaum tersebut amat cerah pada kali ini. Ini membuktikan bahawa semangat gagasan 1MALAYSIA yang dilaungkan oleh YAB Perdana Menteri telah meresap kedaerah yang penuh dengan ethnik Foochow tersebut.
Jika sekiranya ini menjadi kenyataan, BN akan meraih kemenangan selesa pada PRK pada kali ini. Yang juga membawa maksud semangat !MALAYSIA telah benar-benar ujud diSibu Sarawak.
Tindakan memberi kemenangan kepada BN membawa maksud bahawa SIBU akan melalui masa-masa depan yang gemilang serta penuh dengan pembangunan. Sudah tentu masalah Banir yang mereka sangat geruni akan dapat diatasi dengan mudah oleh Kerajaan Persekutuan, walupun terpaksa mengambil seidkit waktu. Sudah tentu sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan, Jenis Kebangsaan Cina dan Pusat Pengajian Tinggi akan menjadi lebih menyelesakan anak-anak muridnya.
Semoga Sibu akan bertambah makmur dengan keputusan yang pengundi Sibu akan buat pada PRK 16hb Mei 2010 akan datang in. Mudah-mudahan.