SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 12 September 2009

SEBELUM PISANG BERBUAH DUA KALI.

SAYA KIRA UMNO TELAH MENGHABISKAN MASA BERBINCANG MENGENAI TOPIK MEMILIH CALUN UNTUK PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PASIR BARU-BARU INI.
HASILNYA KITA TERPERANJAT BILA CALUN YANG DIPILIH, RUPA-RUPANYA "PILIH-PILIH LANGSAT".
SEKARANG UMNO SEKALI LAGI DICUBA UNTUK MEMBUAT PILIHAN CALUN. KALI INI LEBIH RUMIT KERANA BAHAGIAN MENCALUNKAN TAN SRI ISA SAMAD, SEORANG YANG BERGELAR DAN BERPENGALAMAN DALAM POLITIK NEGARA.
Saya berkesempatan bertanya kepada beberapa orang politikawan dikawasan saya tentang cadangan UMNO Bahagian tersebut. Saya dapati 99% memberikan respond yang tidak selari dengan cadangan bahagian itu. Melalui maklum-balas akar umbi ini, saya nampak jelas bahawa rata-rata rakyat diluar bahagian itu tidak setuju jika Isa Samad dijadikan sebagai calun BN dalam PRK itu. Saya juga kuathir, pisang akan berbuah dua kali. Jika ini terjadi, apakah ia tidak menampakkan kebodohan kita selaku pucuk pimpinan yang mengharapan pengiktirafan akar umbi seluruh Malaysia ini?
Saya ingin nyatakan kepada anda semua bahawa untuk mencadangkan hanya seorang calun daripada bahagian, bukanlah susah kepada seorang ketua bahagian yang bergelar dan berpengalaman. Datuk Seri Samy Vellu sangat bijak dalam hal ini. Saya kira Isa Samad juga tidak kurang bijaknya. Padalah bukankah lebih bijaksana jika mencadangkan lebih dari seorang calun. Kita biarkan Pucuk pimpinan Negeri dan Pusat yang membuat keputusan.
Sekadar jadi calun dan kalah, saya pun boleh. Sekarang tidak ada masa lagi untuk itu semua. Yang mustahak kita nak menang. Telah 7 kali kita kalah dalam PRK seluruh negara ini. Kalau kali ini dikawasan kubu kuat UMNO pun kita kalah??????Lu fikirlah sendiri.....

Khamis, 10 September 2009

Memang betul Bah...UMNO Adalah Parti ISLAM Yang Sebenarnya!!!!

PM kelmarin mengatakannya di sebuah kawasan perkampung FELDA diutara Tanah Air. Kata beliau, sebenarnya UMNOlah parti islam sebenar dalam negara ini. Tentunya bila PM berkata demikian, kata-katanya itu disandarkan banyak bukti nyata yang telah UMNO lakukan selama hari ini.
1. Didalam Perlembagaan UMNO, Islam adalah objektif perjuangan utama selain drp bangsa melayu dan negara Malaysia. Dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah ini, UMNO telah mengangkat Islam dan penganutnya kemercu kejayaan, yang tidak siapapun dapat menafikannya. PM memberikan contoh dengan kejayaan mengangkat umat islam melalui FELDA. Dan ingin ditambah disini, bukan hanya sekadar FELDA, malah banyak lagi kejayaan yang umat islam Malaysia kecapi dibawah perjuangan UMNO. Ini termasuk dalam berbagai bidang seperti ilmu pendidikan, ilmu kedoktoran, perniagaan, politik, keagamaan, dan berbagai-bagai lagi. UMNOlah sebuah parti yang telah membuktikan bahawa prasarana untuk pembangunan islam negara berada diposisi yang sepatutnya. Banyak wang negara yang secara sengaja dengan Niat suci diperuntukkan kepada pembangunan syiar dan syariat islam.

2. Dalam mengangkat islam di Malaysia, UMNO mengguna-pakai pendekatan lunak dan sangat berhemah. Ia sesekali tidak menguris perasaan hati kaum bukan islam, bahkan dengan rela hati mereka pula sebaliknya menyokong menerapan islam yang dibawa oleh UMNO itu. Islam dan penganutnya yang berada dalam UMNO tidak radikal dan tidak sesenangnya bertindak liar dalam perjuangannya. Insyallah...suatu hari nanti, apa yang menjadi "kerunsingan" kepada PAS akan dapat dipenuhi oleh UMNO.

3. Dalam negara ini apa yang anda rasa, menghalang anda dari melakukan ibadah serta menunaikan tuntutan agama anda secara selamat, aman, sentosa tanpa gangguan? Sejak merdeka, hanya terdapat sakali dua peristiwa yang mengancam keselamatan dan ketenteraman negara, yang melibatkan isu agama islam. Itupun berpunca angkara dari bukan penyokong dan ahli UMNO. Tetapi mereka yang bersikap radikal. Contoh paling jelas ialah peristiwa memali, Darul Arqam dan kini peristiwa perangai Tok Guru Nik Aziz. UMNO selamanya mempercayai bahawa islam akan berkembang maju dengan pesat jika negara berada dalam suasana aman damai tanpa gangguan ekstrimist itu tadi.

4. Sepatutnya kita penganut islam dalam negara ini mengambil suasana di Iraq, Pakistan, Afghanistan, Iran dan lain-lain itu sebagai tauladan. Bahawasanya sikap bermusuh-musuhan dengan penganut lain akan mengundang mala petaka. Jika ini terjadi di Malaysia, bagaimanakah islam boleh dikembangkan dengan syumul???Sekarang ini kita melakukan segala ibdah dalam suasana tenteram. Dan ketenteraman itu akan hilang, jika kita bertabiat seperti "lembu-lembu dijalanan".

Selasa, 8 September 2009

ANTI PERPADUAN!!!!!

Sekarang ini jelas sekali.
Yang anti perpaduan ialah:-
Anwar Ibrahim,
Nik Aziz,
Lim Guan Eng,
Lim Kit Siang,
Pak Hadi Awang,
Dan beberapa orang lagi didalam Pakatan Rakyat.

Perundingan kearah perpaduan UMAT,
Kata Nik Aziz sudah menjadi perkara lapok,
Apabila Nik Aziz nak tubuh negara islam, Karpal kata langkah mayatnya dulu,
Kerana mungkin ia anggap islam hanya untuk melayu.
Padahal islam juga untuk India, Cina, Kadazan, Iban dan orang Negro dan Orang putih.
Apatah lagi orang Arab dan Yahudi.
Pak Hadi Awang tidak tetap dalam pendirian..
Kadang mahu berpadu, tetapi kadang mahu kepada kuasa yang tak pasti.
Anwar Ibrahim siang malam pagi petang memikirkan bagaimana nak mengadu-domba masyarakat islam dalam UMNO dan BN.

Adalah pula desas desus mengatakan isu sengkita antara kumpulan-kumpulan tertentu di Indonesia yang marah kepada Malaysia kerana kononnya menceduk Budaya mereka, adalah pasangan batu api ( mainan politik ) dari group dalam negara Malaysia ini.
Tak mungkin veteran UMNO yang bermain dengan api seperti ini.

nampak jelas kini,
Melayu Malaysia seronok bermain dengan Api.
Ingatlah, Api semasa kecil menjadi kawan, Tapi jika besar ia kan menjadi lawan.

Isnin, 7 September 2009

PM BERSEDIA BILA-BILA MASA BERUNDING DENGAN PAS!!!

Semalam PM kita menyatakan bahawa beliau bersedia untuk berunding dengan PAS pada bila-bila masa sekalipun. tetapi syaratnya janganlah menuduh penyokong-penyokong UMNO tidak masuk syurga. Bagi saya PM kita telah terguris hatinya, apabila Ulamak,Tok Guru atau Mursidul Am PAS, Nik Aziz membuat tuduhan sedemikian beberapa minggu yang sudah. Pada rasa saya juga, tentunya PM memikirkan tentang orang-orang melayu dalam negara ini. Tentunya PM gusar tentang masa depan melayu, jika percakaran yang berlaku kini semakin bertambah serius angkara pemimpin bangsa yang asyik "menggila" tanpa kawalan. Tentunya PM merasakan hanya perundingan kearah penyatuan dan perpaduan dikalangan kepimpinan melayu yang dapat menyelesaian kemelut yang berlaku. Dan tentunya PM juga memilih politik musyawarah yang dapat menyelesaikan masalah yang berlaku ini. PM juga sedar politik yang bersengkita seperti yang diamalkan oleh PKR dan PAS ketika ini tidak akan membantu kearah penyatuan bangsa. Sekalipun PAS dan PKR menang dalam pilihanraya umum ke 13 kelak, namun melayu ketika itu tetap masih berpecah dan bercakaran sesama sendiri. Tidak boleh dinafikan melayu yang menyokong UMNO satu dua orang sahaja jumlahnya, malah juga berjuta-juta sepertimana yang memberikan sokongan kepada PKR dan PAS.

Sidang Blogger sekalian,
Pada ketika ini bangsa melayu telah banyak mencapai kemajuan dan pembangunan. Rasa saya, tidak terdapat satu bidangpun dimana melayu itu keciciran. Bahkan melayu juga telah berjaya naik keangkasa dan melayu juga telah berjaya membuktikan keunggulannya mengelilingi dunia. Sepertimana yang telah dibuktikan oleh anak jati Kedah, Datuk Azhar Mansur dan anak jati Negeri Sembilan, Datuk Sheikh Mudzaffar. Menguasai bidang kedoktoran dan kejuruteraan telah lama melayu terokai. Bidang kehakiman dan politik tak usah dipertikaikan lagi. Begitu juga dengan bidang-bidang yang lain. Baru hanya sekadar 50 tahun lebih sedikit, kita melayu telah berjaya mencapai berbagai-bagai kemajuan dunia. dan ini semuanya telah menaikkan nama melayu dipersada antarabangsa. Kejayaan ini tentu sekali hasil jerit payah kepimpinan melayu sejak awal tahun 1900 an lagi. Mungkin ramai kalangan bijak agama melayu yang tidak tersenyum dengan kemajuan bangsa ini, kerana pada mereka acuan yang digunapakai untuk kemajuan itu ialah acuan sekular barat yang bertentangan dengan acuan islam. tetapi tidakkah kita nampak bahawa islam juga berkembang dan bersinar semenjak 50 tahun yang lalu dibawah kepimpinan yang kononnya sekular itu??????
Kerajaan melayu tidak pernah mengenepikan ulamak dalam kepimpinannya. Kerajaan melayu tidak pernah membiarkan islam dipijak dan dihina dibawah pemerintahannya. Salah satu sebab kerajaan melayu tidak menerima kehadiran DAP dalam kumpulannya, adalah disebabkan DAP tidak sebulu dengan objektif memperjuangkan islam yang ada dalam perlembagaan kerajaan melayu itu. Bahkan sekarang ini, apabila PAS bersekongkol dengan DAP, mereka juga meneruskan sikap permusuhan mereka dengan mengatakan langkah mayat mereka dulu jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara islam.

Anak-anak melayu kini telah banyak yang berjaya dalam bidang pendidikan dan keilmuan. 99.99% daripadanya telah dijadikan sedemikian oleh parti melayu yang memerintah negara ini. Dasar pendidikan kerajaan sedari mula lagi menjadi keutamaan dalam kerajaan melayu yang memerintah itu. Hasilnya sangat jelas dan tidak lagi boleh dipertikaikan akan kejayaannya. Cuma mereka yang buta mata dan hati sahaja yang selalu mempertikaikan semua apa yang berlaku. Kebaikan yang telah kerajaan melayu jelmakan menjadi satu keburukan dan kedengkian jahat kepada mereka. tentunya mungkin kerana bukan mereka yang melakukannya. Kenapakah mereka bertabiat serupa itu? Tidakkah mereka bersyukur dengan apa yang telah dicurahkan selama ini oleh kerajaan melayu yang memerintah.

Kerajaan melayu yang memerintah sangat prihatin dengan perkembangan syiar dan syariat islam dalam negara ini. Islam ditatang bagi minyak yang penuh. Kalau boleh langsung tidak berlaku tumpahan. Tetapi apakan daya kita sendiri yang suka bertindak umpama syaitan jembalang. Mula-mula negara merdeka tidak ramai melayu yang rajin ke masjid-masijd. Yang ramai melayu yang menggunakan khidmat jin dan jembalang. Menggunakan ilmu hitam adalah kegemaran melayu baru merdeka. Kini islam berkumandang dalam negara. Pembinaan Masjid dan pusat-pusat pegajaran dan pendidikan agama islam bercambah dengan banyak. Kerajaan melayu mengutamakan ilmu islam dan ilmu setelah mati yang betul dan tepat.Bukan ilmu islam yang kebanyakan nya telah banyak bercampur dengan ilmu animisma, satu ajaran agama orang melayu sebelum Hindu dan islam datang ke jiwa mereka. Kerajaan melayulah yang memperbaiki aqidah orang melayu yang beragama islam ini. Apa sebenarnya yang telah dimainkan oleh PAS?????Menubuhkan pusat didikan islam anak-anak mereka dan memijak-mijak gambar Tun Mahathir????Itu dikatakan islam sebenar????Mendidik anak-anak agar membenci pemerintah melayu yang sekian lama berjuang untuk mertabat islam dipijak gambarnya dan dihina karektur keperibadiannya???Tergamakkan mereka mengelarkan diri mereka ulamak yang benar? Mursidul AM? atau Tok Guru islam?

Kini timbul lagi seorang Dajal yang kononnya suci dari segala dosa iaitu Saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau betul-betul merosakkan semua agenda perjuangan bangsa. Dan yang sangat aneh mendapat sokongan ramai orang-orang melayu. Dan yang sangat aneh lagi, yang ramai itu datangnya dari menara gading. Yang terpelajar. Yang bijak-bijak. Dan belajar dengan menggunakan duit kerajaan melayu. tetapi Kerajaan melayu yang mereka hina saban hari tidak kira waktu maghribkah, isyakkah, subuhkah atau asarkah.

Rakan-Rakan Blogger semua,
Sedarlah bahawa Datuk Bahaman, Datuk Mat Kilau, datuk Mat Saleh, Dato, Maharaja Lela berjuang tidak mengenal apakah pendekatan yang digunakannya itu sekular atau islam. Yang mustahak Penjajah perlu dinyahkan dari Tanah melayu itu. Dato Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Sadun Zubir dan lain-lain tidak mengutamakan samada ia sekular atau pendekatan islam semasa mencapai kemerdekaan dulu. Yang utama Tanah Melayu dapat dibebaskan dari cengkaman penjajah Inggeris. Jelas Allah merestui perjuangan mereka dan akhirnya Tanah melayu merdeka setelah kita di PAKSA menerima Cina dan India selaku Warganegara. Sejak dari pejuang lama menuntut kemerdekaan hingga mencapai kemerdekaan tersebut, semuanya dilakukan dengan tatasusila ketimuran yang tinggi. Dan malangnya kita tidak mengikut tata susila tersebut dewasa ini. Kita baring ditengah jalan menunjukkan marah kita. Kita rosakkan dan tendang kereta Sultan bagi menunjukkan rasa tidak bersetuju kita. Kita bakar Bendera Negara kita kerana kebencian kita. Kita berarak dijalanan atas kerana bantahan kita. Kita minta negara luar menolong kita memburukkan negara kita sendiri. APAKAH SEMUA INI PATUT?

Ramai orang melayu sinis bila bercakap mengenai istilah Politik. Kata mereka politik itu kejam dan jahat. Saya sehingga kini antara percaya dengan tidak dengan tuduhan sedemikian. Kerana pada pandangan saya kerana politiklah islam dan bangsa dalam negara ini dapat kita pertahankan. Kerana pemimpin politik melayu yang adalah negara kita membangun sehingga sehebat sekarang ini. Cumanya, politik itu jahat dan kejam kepada mereka yang menyalahgunakannya. Dan pada hemat saya yang sangat menyalahgunakan politik ketika ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim danPak Nik Aziz serta juga Pak Hadi awang. Apakah Tun Razak, Dato Onn Jaafar, Datuk Husein Onn, Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Badawi telah menyalahgunakan politik? Bagaimana dengan idea pembangunan yang telah mereka bawa dimana kerananya negara ini membangun dengan hebat. Dimana kerananya anak-anak melayu dalam negara ini ramai yang mencapai kejayaan dunia dan akhirat? Kerana politik merekalah, ramai kalangan melayu berjaya dengan kerjaya masing-masing. Kerjaya apa yang telah dicetuskan oleh Pak Nik Aziz kepada muslimin di Malaysia yang sangat hebat itu? Apa yang telah Pak Hadi Awang buat untuk menyemarakkan islam didunia ini? Politik kedua pemimpin inilah yang sebenarnya politik jahat yang hanya memecahkan umat. Tuduhan yang keluar dari mulut Nik Aziz dengan mengatakan penyokong UMNO tak akan masuk kesyurga adalah satu elemen memecahkan umat. Menyinggong dan berniat jahat. Mungkin hasil hasutan pemimpin DAP ( musuh islam yang jelas ). Kenapa setelah berpuluh tahun bertindak sebagai pemimpin, Nik Aziz dan Pak Hadi masih kurang kematangan dalam melihat dan menyedari wabak perpecahan yang semakin serius sekarang ini?.

Blogger semua,
Bijaksana dalam penulisan blog sahaja belum merupakan jaminan dan kelulusan untuk menyatakan anda semua matang dalam politik negara. Ia tidak memberikan "blankets approval" kepada anda untuk menulis sesuka hati hingga memporak-perandakan bangsa.
Sikap kebertanggungjawaban kita kepada perpaduan dan kesatuan bangsa yang selama ini menjadi penyebab kearah kemajuan umat ini sangat perlu dipertahankan. Sepatutnya kita merasakan sangat bersalah jika penulisan kita telah mencetuskan elemen perpecahan dikalangan bangsa melayu kita.

Sekarang ini kerajaan melayu memerintah sangat lunak suaranya kepada semua kaum dan bangsa dalam negara. Kadang kelunakkan itu sampai ketahap sangat membimbangkan kita semua. Kenapa ini terjadi????Bukankah PAS dan melayu dalam PKR yang mendesak pemimpin pemerintah melayu bertindak sedemikian rupa? Melayu pemerintah kini merasakan gangguan sehingga mereka tidak lagi boleh merasakan diri mereka kuat seperti semula. Yang nyata sekumpulan besar melayu telah dikempen agar membenci pemerintah melayu. Apakah tindakan itu betul pada jangkaan kita?. Apakah kita masuk dalam istilah matang berjuang dengan berlakunya perpecahan umat ini?

Tuan Puan berhak untuk menilai dan memikirkan apa yang baik untuk bangsa dan agama tuan-puan. Kalau tersungkur maka bersama-samalah kita tersungkur. yang pasti bukan sahaja melayu dalam UMNO, malah juga melayu didalam PAS dan DAP yang saban hari mendakwa mereka yang benar dalam segala hal. Amin....