SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 3 Januari 2009

PEMIMPIN UMNO MASIH ADA BANYAK MASA.

PEMIMPIN UMNO/BN MASIH MEMPUNYAI BANYAK MASA SEHINGGA 17/1/2009 UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT DIDALAM PRK KUALA TRENGGANU.

Bukan seorang, bukan dua orang bukan tiga, empat ataupun 10 orang pemimpin UMNO/BN yang berkampong di Bandaraya Kuala Trengganu sempena Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu ketika itu. Malah mungkin ribuan orang. Apa yang anda sedang lakukan? Apa yang anda telah buat? Apa strategi anda dalam usaha meraih sebanyak mungkin penggundi yang akan mengundi BN?

Saya bukan bermaksud mengajar anda semua. Anda selaku pemimpin kami tentunya lebih bijak dan mahir dalam mengatur segala strategi bagi memenangi pilihanraya tersebut. Saya cuma ingin turut serta memberikan ingatan dari masa kesemasa sebagai satu tanggungjawab bersama selaku ahli UMNO / BN yang ingin melihat kejayaan yang cemerlang dalam pilihanraya tersebut. Saya merasa hampa kerana tidak dapat pergi ke Kuala Trengganu untuk bersama berkempen akibat dari kesibukan ditempat saya sendiri. Selain saya diberikan tanggungjawab menjaga pejabat, anak sulong saya juga akan melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat ini.

Kepada rakan-rakan seperjuangan di Kuala Trengganu, misi kita adalah untuk mempertahankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Kita kena jelas yang ini. Kita kena faham bahawa kekalahan UMNO membawa maksud perjuangan memertabatkan Agama dan bangsa akan menjadi lemah dan kekeringan. Kita kena mengetahui sedalamnya, jika kerusi melayu di Parlimen terbahagi dua antara PAS dan UMNO, kekuatan melayu akan menjadi bertambah dikutak katikkan. Oleh itu semestinya perkara ini kita jelaskan dengan rasa keinsafan kepada pengundi di Kuala Trengganu. Unit sepuluh dalam jentera pilihanraya UMNO/BN mesti berkunjong kesetiap rumah tidak kira rumah PAS dan rumah UMNO, bagi menjelaskan perkara ini. PAS dan UMNO kenalah matang dalam memperjuangkan Agama dan Bangsa melayu kita. Di Sarawak dimana DAP menang Parlimen, Pengundi Cina memberikan kemenangan juga kepada BN diperingkat DUN. Begitu juga disetengah kawasan lain, pengundi cina yang mengundi DAP dalam masa yang sama mengundi BN juga. Kenapa mereka berbuat demikian? Baca dan fahami sedalamnya dan jelaskan sebaiknya kepada pengundi Kuala Trengganu yang majoritinya melayu itu. Gunakan strategi merayu sebaiknya, memujuk sebaiknya dan gunakan cara-cara yang berhemah serta mulia yang dapat diterima oleh penggundi. Kerana tugas anda pada pilihanraya kali ini adalah sangat penting kepada survival UMNO/BN, maka jika kena maki, kena ludah, kena tumbuk dan apa sekalipun, kesabaran dan ketahanan adalah merupakan perkara yang sangat mustahak.
PUTERI UMNO mestilah bekerja 2 kali ganda daripada biasa. Jangan banyak tidor dan bersantai di Hotel penginapan. Hampirilah khususnya golongan pengundi muda dan berilah pandangan yang sebenarnya kepada mereka agar mereka tidak diputar-belitkan oleh pemimpin yang menggelarkan diri mereka pejuang agama, tetapi sebenarnya menggunakan agama untuk kepentingan kuasa dan politik mereka.
PEMUDA UMNO jangan hanya berpeleseran dan mengambil kesempatan berkempen untuk KJ, Mukhriz maupun Khir Toyo. Kuala Trengganu bukan masanya berbuat demikian. Di KualaTrengganu, anda mesti pastikan gulungan Muda belia menyokong BN sepenuhnya pada pilihanraya kali ini.
PEMIDATO HANDALAN UMNO, bila lagi nak mengeluarkan taring anda. Masa inilah anda berkesempatan untuk berpidato dan mengeluarkan segala apa yang ada di minda anda. Berilah penerangan yang secukup-cukupnya kepada rakat penggundi KT.
JENTERA URUSETIA...jangan duduk didalam pejabat saja. Anda harus mempastikan makan minum dan segala keperluan yang dikehendaki oleh jentera dilapangan sentiasa mencukupi. Poster juga tersangat penting. Demikian juga dengan kenderaan, komputer, Talian talipon dan sebagainya.
APAPUN JANGAN SAMPAI "RUMAH DAH SIAP, PAHAT MASIH BERBUNYI"..KELAK. DAN JANGAN SAMPAI KITA MENGHADAPI KEKALAHAN YANG TERUK YANG MENYEBABKAN SEMANGAT PEMBANGKANG BERTAMBAH 10 KALI GANDA. BERITA TERAKHIR YANG SAYA PEROLEHI MELALUI SEORANG KAWAN RAPAT DI KUALA TRENGGANU, YANG "TAHI POLITIK", MENGATAKAN SEKARANG PAS MENDAHULUI 60%.
BERHATI-HATILAH ANDA DISANA.

Jumaat, 2 Januari 2009

PENYOKONG PAS DI WAKAT MEMPELAM JANGAN """TAKSUB""". Pemimpin PAS bukan RASUL ALLAH. Mereka banyak membuat KESALAHAN.

KEPADA PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI WAKAF MEMPELAM, JANGAN TAKSUB. PEMIMPIN PAS JUGA BANYAK MEMBUAT KESALAHAN. MEREKA BUKAN RASUL ALLAH. ANTARA KESILAPAN DAN KESALAHAN MEREkA:-

1. Selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak dapat buat apa-apa dengan penghapusan DEB di Pulau Pinang oleh Ketua Menterinya dari DAP.

2. Pemimpin PAS tidak dapat memperjuangkan orang-orang islam yang tinggal berhampiran tapak Ladang Babi yang diura-urakan untuk dibina di Selangor, walaupun mereka bersama memerintah negeri tersebut.

3. Dulu PAS pernah mengharamkan Cukai Babi dan Arak, kenapa sekarang berubah malah menyokong penternakan babi di Selangor dan Kedah.

4. Dulu kata Datuk Seri Abdullah sebagai Menteri babi, sekarang kenapa tak kata Khalid Ibrahim dan MB kamu di Perak sebagai Menteri Babi?

5. PAS sekarang sudah boleh menerima non-muslim sebagai ahli gabungannya. Oleh kerana itu PAS tidak lagi sekadar berjuang untuk muslim sahaja. Tidak spt dulu.

6. PAS juga menyokong pemberikan hasil Zakat kepada orang bukan islam.

7. Ramai Pemimpin PAS sekarang ini bukan berpendidikan Ugama. Dan berlaku persengkitaan antara kumpulan ini yang dipanggil erdogan dengan Pemimpin PAS yang berlatarkan ugama.

JIKA ANWAR IBRAHIM (DSAI) JADI PERDANA MENTERI.

JIKA ANWAR IBRAHIM ( DSAI ) MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA, bagaimana keadaan atau situasi negara dalam konteks ekonomi, politik, budaya, sosial termasuk agama, perpaduan, kebebasan, Hak asasi manusia dan dan dan dan? Banyak lagi bidang yang dapat dianalisa kemungkinannya. Namun penulisan ini cuba membawa pembaca semua tentang persoalan mengenai KEMAMPUAN DAN KELAYAKAN BELIAU SELAKU PM KEPADA MELAYU, CINA, INDIA, KADAZAN, IBAN, MELANAU, ORANG ASLI JAKUN, SEMANG, NEGRITO DAN BERBAGAI KAUM YANG ADA DIMALAYSIA.
Budaya mereka, kehidupan seharian mereka, agama mereka, Ekonomi mereka, Masjid mereka, gereja mereka, Tok Kong mereka, kuil mereka, keamanan negara, keselesaan negara, rukun damai hidup bersama dan dan dan dan.

Bagaimana pandangan PAS kepada PM mereka yang pada persepsinya ( kerana belum dibuktikan dimahkamah lagi ) seorang yang kuat MELIWAT. Dan sudah tentu tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya dari mereka. Apatah lagi pandangan UMNO, MCA, MIC, PBS, dan parti kerajaan di Sarawak, PBRS, UPKO dan PPP dll. Disamping Anwar, sebegitu persepsi rakyat terhadapnya, beliau juga tidak bijak dalam pengendalian ekonomi negara. Jauh sangat kehebatan Tun Mahathir jika dibandingkan dengan beliau. Contoh yang paling nyata ialah semasa keadaan kemeleseten ekonomi 1997 dimana Selaku PM pada ketika itu, Tun Mahathir telah berjaya mengatasi masalah ekonomi negara jika dibanding dengan Anwar Ibrahim (ketika itu Menteri Kewangan), dimana tindakan beliau amat menyusahkan golongan peniaga yang terpaksa membayar interest bank berkali-kali ganda. Anwar juga mencadangkan supaya untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara, kita harus meminjam dengan IMF. Peminjam dengan IMF adalah satu langkah yang sangat silap dan ini semua orang Malaysia tahu. Pendekata dalam krisis spt itu, Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang kehilangan akal dan ketandusan minda.

Anwar Ibrahim hanya bijak dalam BERPIDATO. Apabila diberikan tanggungjawab untuk mengurus tadbir negara beliau hanya layak sebagai PRO diKementerian sahaja. Sangat tidak layak selaku PM Malaysia. Sekarang inipun selaku Penasihat Parti PKR dan Orang Pertama dalam Pakatan Rakyat, yang mungkin dialah yang akan menjadi PM, jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya Umum Ke 13 atau Memenangi Undi tidak Percaya kepada Pak Lah di Parlimen, Anwar Ibrahim masih gabrak apabila berhadapan dengan isu yang dilema seperti Hukum Hudud yang hangat diperbincangkan. Seperti Ladang Babi modern yang hangat diperbincangkan, Seperti Pemberian Tanah berstatus 999 di Perkampongan Baru di Perak, seperti Penghapusan DEB di Pulau Pinang. Kenapa Anwar Ibrahim berdiam diri. Menjadi PM dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia tidaklah sama seperti Menjadi PM di Thailand, atau di India, atau di Bangladesh, atau Pakistan atau di England dan setengah negara dunia yang lain. Anwar Ibrahim bukan orangnya yang layak sebagai PM dalam negara seperti Malaysia ini.

Oleh itu siapa yang layak? Lim Kit Siang? Pak Guru Nik Aziz, Pak Hadi Awang? Khalid Ibrahim, tolong nyatakan siapa diantara pemimpin Pakatan Rakyat yang memiliki kelayakan tersebut. Pendekata tidak ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang layak selaku PM Malaysia. Jika penyokong beranggapan BN adalah "Buaya" maka pertukaran PM samalah maksudnya "terlepas dari mulut buaya masuk kemulut Harimau".

Saya pernah bersama-sama Anwar Ibrahim didalam kepimpinan UMNO sekitar tahun 1986 hingga 1995. Semasa itu Anwar selaku Naib Presiden UMNO dan naik jawatan ke Timbalan Presiden UMNO. Saya selaku Ketua Pemuda UMNO salah satu Bahagian di Malaysia ini. Lepas itu saya Timbalan Ketua UMNO Bahagiaan. Pada masa saya memegang jawatan-jawatan tersebut, Anwar Ibrahim juga melangkah dari satu kesatu jawatan diperingkat tertinggi. Saya sangat maklum cara dan kaedan beliau naik jawatan. Saya juga tahu dengan terperinci kenapa parti KeADILan muncul. Apakah kerana agama, bangsa dan negara? Atau kerana kecewa? Saya faham bagaimana beliau memimpin? Bagaimana cara beliau mengambil sebarang tindakan?. Dan kini setelah beliau berada dipihak pembangkang, cara beliau menangani sebarang permasalahan Melayu, Cina dan India juga kita semua mengetahuinya. DAN KESIMPULANNYA KITA MERAGUI AKAN KEMAMPUAN BELIAU SELAKU PERDANA MENERTI MALAYSIA.

Saya hairan bin ajaib jika PAS menyokong beliau selaku PM. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang saban hari berpidato dengan ayat-ayat suci Al Quran dan Al Hadith sebagai senjata bagi menyerang BN. Selagi majoriti kerusi melayu dan bumi tidak menyebelahi PAS, PM dikalangan pemimpin PAS diumpamakan "jauh panggang dari api". Yang demikian mustahil PM dari kalangan mereka. Jika kaum Cina dan India menyebelahi Pakatan Rakyat semuanya? kemungkinan tidak mustahil PM dari kalangan pemimpin DAP. Jangan Hairan...sudahlah.

Cuba bayangkan jika PM bukan Bumiputera selama 2 penggal.

Tajuk ini membawa anda merenung dan membayangkan kepada suatu kemungkinan yang tidak mustahil akan berlaku jika PAS asyik menghentam UMNO dan sebaliknya. Demikian juga dengan PKR yang gila dan tamak kuasa. Yang akan mengakibatkan semangat "membakar kelambu" berleluasa diantara kita. Sekarangpun telah ramai yang apla tentang betapa perlunya kita berpadu demi mempertahankan kekuasaan politik yang tinggal hanya satu ini. Dari sudut ini, memang benarlah telahan Tun Mahathir bahwa Melayu itu mudah lupa. Mereka lupa bahawa hingga sesaat ini kita masih bertahan bernafas dibumi Tanah Melayu ini kerana kekuasaan politik yang kita ada. Nak harap kekuatan ekonomi, habuk pun tak ada. Itupun ramai dikalangan kita mempunyai rasa hasad dengki apabila melihat kalangan kita telah pula lahir jutaan dan "laksaan". Bukankah elok jika kalangan kaum kita ramai yang kaya raya? Kenapa mesti PHD?. Jika mereka memperolehi kekayaan tersebut melalui jalan yang tidak diredai Allah SWT, apakah anda ikut serta menanggung Dosa?

Usaha yang telah diperjuangkan UMNO telah hampir menjadi nyata. Tinggal sedikit lagi kita akan mencapai 30% penyertaan kaum bumiputera dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak semua kalangan kaya raya adalah ahli UMNO, jauh sekali kronisma kepada pemimpin UMNO. Saya tidak menafikan terdapat sebilangan ramai ahli dan penyokong setia UMNO mendapat peluang untuk meraih kekayaan dunia ini. Sikap & naluri manusia memang lah begitu.
Saya fikir walaupun anda berada dalam apa parti sekalipun, rasa naluri seperti ini tetap akan berlaku. Anda tentu juga memberikan ruang dan peluang kepada mereka yang berjuang bersama anda dibanding dengan orang-orang yang saban hari menghina anda. Namun berjuta rakyat bumiputera yang mengecap hasil dari usaha kerajaan UMNO dengan dibantu oleh parti bumiputera dari Sabah dan Sarawak.

Pembangunan ekonomi Malaysia dibawah UMNO, adalah yang ke 19 diseluruh dunia. Mengalahkan pembangunan negara semua negara-negara islam didunia ini.Ini adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan dibawah UMNO/BN. Sungguh cantik pentadbiran negara yang diuruskan oleh BN/UMNO. Menjadi ikutan sebahagian negara Afrika dan juga Asia Tenggara.
Malaysia menjadi jaguh dikalangan negara persekitarannya. UMNO menjaga dengan baik kaum melayu dan bumiputera sejak merdeka lagi. UMNO menjaga baik gulongan minoriti yang sepatutnya dalam negara demokrasi ini tidak ada kesempatan untuk mereka mendapat layanan sepenuhnya dari kerajaan, Tapi UMNO tetap membela mereka. Sikap keprihatinan kerajaan UMNO ini tentunya mendapat balasan baik dari Allah SWT. Amin.

Jikalau berterusan bercakaran, tidak mustahil melayu tidak lagi berada dipuncak singgahsana politik negara. Lagi menyedihkan kalau bukan melayu mengambil taktha. Tentunya mereka jga akan mendakwa bersikap adil. Jiwa anda? Ketika itu anda cuma setaraf dengan melayu di Selatan Siam atau Selatan Filipina atau di Russia? atau di sebahagian besar negara didunia ini.
Yang mana pemerintahannya bukan Islam. Ketika itu:-
1. Hukum Hudud entah dimana?
2. Ladang babi bertambah berleluasa,
3. Disko dan pub bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
4. Tempat perjudian bercambah,
5. Tanah yang berstatus 999 akan diberikan dari sehari kesehari kepada Non - bumi.
6. Dasar menutup pintu kepada Israel mula dibuka seluasnya.
7. Selat melaka boleh dilalui sesukanya oleh Tentera Amerika Syarikat yang berusaha untuk menjahanamkan Negara Islam.
8. Filem-filem lucah dan majalah-majalah lucah akan lagi sekali bermula dipasaran.
9. DEB akan terhapus sepenuhnya dan ditukar kepada dasar meritokrasi.
10. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan dihapuskan.
11. Rumah Kos Rendah tidak lagi akan diimplimentasikan.
12. Mungkin ramai antara bumiputera yang bertukar agama kerana kemiskinan dan kekurangan iman dan tidak mampu mengawal nafsu serakah.
13. Bahasa Inggeris akan lebih diperancakkan berbanding Bahasa Malaysia.
14. Orang-orang melayu saban hari akan berdemonstrasi kerana marah dan tidak bersetuju dengan dasar dan pelaksanaan kerajaan.

Maka pada ketika itu...nasi dah menjadi bubur. Merohong-rohong menangis tidak berkesudahan. Barulah kita sedar bahawa Majoriti tidak membawa erti jika berlaku perpecahan antara sesama sendiri.

Khamis, 1 Januari 2009

UMNO dan PAS bercakaran, MELAYU menangis merohong-rohong.

Saya terbaca satu penulisan didalam blog ini, tentunya dari seorang penyokong PAS
kerana dalam penulisan tersebut beliau membangkitkan akan usaha dan keinginan PAS selama ini serta bertanyakan kepada pembaca bahawa semua keinginan dan usaha PAS itu akan mendapat pahalakah ataupun dosakah?. Kononnya penulis tersebut seorang pakar dalam bidang statistik dan jika mengupas sesuatu perkara mestilah berdasarkan statistik. Antara contoh statistik yang beliau berikan ialah dari segi mempertimbangkan kerja-kerja PAS dengan persoalan berdosakah atau berpahalakah?. Malangnya cara dan kaedah statistik penulis tersebut tidak lengkap dan masih boleh dipertikaikan. Saya kurang tahu. Mungkin sekadar 1st degree cuma. Masih belum sampai keperingkat PhD. Jika sampai keperingkat PhD, sepatutnya beliau juga mengetahui bahawa UMNO juga selama ini memperjuangkan ISLAM, malah termasuk juga didalam perlembagaan UMNO sebagai salah satu matlamat perjuangannya selain untuk bangsa melayu dan negara Malaysia. Kenapa perkara ini tidak diperincikan?. Kenapa disembunyikan? Ada maksud tersiratkah? Maka adalah kewajiban saya selaku ahli UMNO untuk memperbetulkan kedangkalan akibat ketuhuran ilmu stastik beliau tersebut. Yang saya kira boleh mengelirukan rakyat dan jika silap berbentuk FITNAH ayunan penulisannya.

1. Apabila PAS berusaha untuk menyemarakan Islam di Malaysia, berdosakah PAS atau berpahalakah PAS? Bagaimana jika UMNO menyemarakkan Islam? Ini juga harus ditanyakan.
Siapa mengujudkan Bank Islam, Insuran ala Islam, Pajak Gadai Islam, LUTH dan sebagainya. Tidakkah UMNO juga mengusahakan pendidikan Islam, memahirkan anak-anak muda dalam hafiz serta berbagai dalam pendidikan islam? DAN BANYAK LAGI yang telah diusahakan UMNO. Kenapa disembunyikan? Berapa banyak uni. di Malaysia. Mana satu yang ditubuhkan oleh PAS? Berapa ramai orang islam yang menjadi pelajarnya?

2. Tentang Arak dan Judi. UMNO MELARAnG KERAS PENGANUT ISLAM MEMASUKI PREMIS YANG BERJUAL ARAK DAN BERMAIN JUDI. Bacalah pada setiap pintu masuk premis tersebut. PASkah yang memberi amaran tersebut?. Lebih jauh drp itu, mereka yang didapati minum arak dan main judi, sekalipun 4D, akan ditangkap dan dikenakan hukuman.
Berdosakah UMNO berbuat demikian. Saya dapat tahu melalui pembacaan blog bahawa disebelah utara negara, selepas berbincang mengenai perjuangan Islam, pemimpin PAS bahagian akan berhenti rehat dalam 10 minit kerana bertujuan membeli 4D. Kalau macam ni, UMNOkah yang berdosa?

3. PAS hanya BERKEINGINAN MENGHAPUSKAN RIBA. Sedang UMNO telah menubuhkan Bank-Bank Islam bukan sahaja dalam Malaysia malah sudah diterima sebaiknya seluruh dunia.
Berdosakah UMNO?. Universiti Islam telah diujudkan oleh UMNO dan dengan pengujudan tersebut, bukankah islam disemarakkan? Berdosakah UMNO?

4. Saya ingin menjelaskan disini ISA adalah undang-undang yang ditubuhkan untuk MENCEGAH segala elemen yang menuju kearah suasana tidak selamat untuk negara. Ini adalah sesuatu yang baik dan murni. DSAI pernah ditangkap dan dimasukkan kedalam penjara semasa beliau demonstrasi bersama penyokongnya bagi membela kebuluran di Baling. Akibatnya negara kacau bilau dan tidak tenteram. Padahal isu yang dibawa oleh DSAI adalah tidak benar sama sekali. Apakah itu salah atau biarkan DSAI mempurak-perandakan negara ini spt keadaan yang berlaku di Thailand ataupun Somalia?.

5. Banyak Program untuk mendekati Allah SWT yang telah dibuat oleh UMNO. Seringlah tengok TV dan buka Radio. UMNO cakap dan bikin. PAS hanya berkeinginan sahaja. Tidak memiliki kuasa untuk mengimplimentasikannya.

6. Mengenai harga minyak yang melambung tinggi dikritik. Kenapa tidak "mengkritik" harga minyak yang telah 7 kali turun setakat ini. Dan insyallah akan turun lagi. Ini kritik yang tidak jujur.

7. PAS banyak menyembunyikan Fakta sebenar yang jika mereka keluarkan fakta tersebut, publisiti tidak menyebelahi mereka.

8. KEBAGAI INGATAN KEPADA PENGANUT ISLAM...JIKA LIM KIT SIANG MENJADI PM AKIBAT PERGESERAN SESAMA PENGANUT ISLAM INI, KEMANA AKAN HUKUM HUDUD TUJU. TENTUNYA KELIANG LAHAD.

Rabu, 31 Disember 2008

Jangan Lupa DEB yang terhapus di Pulau Pinang!!!

Begitu hebat tokoh-tokoh negara berbincang mengenai PPMSI di TV1 malam tadi. Jika boleh kenapa tidak diperbincangkan secara terbuka tentang Penghapusan DEB di Pulau Pinang di dalam TV1, TV Awani dan TV3.

2. Kepada Jabatan yang dipertanggungjawabkan jangan lupa untuk membuat pemantauan sejauh mana kejayaan Dasar baru Lim Guan Eng?. Jangan buat penganalisaan dalam bilik sejuk sahaja. Kumpulkan segala fakta yang menunjukkan kejayaan atau kegagalannya. Bolehkah kaum melayu bersaing secara merit didalam bidang ekonomi setakat 2008 ini?.

3. Semua kaum di Malaysia mengetahui bahawa DEB bermatlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

4. Ia menjadi persoalan kenapa sebaik sahaja DAP menjadi pemerintah, DEB telah menjadi mangsa. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi jangan duduk diam mengenai hal ini. Saya bimbang perak akan menjadi negeri kedua menghapuskan DEB...kerana MBnya seperti boneka DAP.

Selasa, 30 Disember 2008

Wahai Pengundi Di Kuala Trengganu, KUATkah PAS?

Berfikirlah secara mendalam dan buatlah keputusan selepas anda membaca persoalan yang hendak saya luahkan didalam blog ini. Apakah PAS sebuah parti yang kuat yang mampu memperjuangkan, mempertahankan dan melaksanakan syariat islam di Malaysia ini? Apabila kita hendak membuat keputusan mana satu Calun yang akan kita undi, perasaan marah (emosi) dan fikiran yang tidak rasional hendaklah dibuang habis dari minda kita. Kerana selalunya perasaan sebegitulah yang menyebabkan kita membuat sebarang keputusan yang salah dan silap. Sesungguhnya keputusan yang akan kita buat selaku pengundi sangatlah penting kerana ianya melibatkan agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah fakta-fakta penting yang boleh dijadikan bahan analisa anda semua:-
1. Di Pulau Pinang, bersama dengan DAP dan PKR, Pas adalah kerajaan negeri. Pas hanya menang satu ADUN di Pulau Pinang ialah N.11 Permatang Pasir yang dimana YB Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS telah menjadi ADUNnya. Bagaimanapun kerajaan Pulau Pinang tidak langsung melantik beliau sebagai Exco kerajaan negeri. PAS telah diketepikan secara tidak langsung dalam penubuhan kerajaan negeri Pulau Pinang oleh Pakatan Rakyat yang dikuasai oleh DAP. Ketika BN memerintah Pulau Pinang dahulu terdapat 4 orang Exco islam dalam kerajaan negeri. Tetapi semasa Pakatan Rakyat memerintah hanya terdapat 2 orang sahaja.

2. Berkenaan dengan pembelilan kereta Merz. oleh kerajan Trengganu untuk Exconya. Ini sama saja dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan Kedah yang juga berusaha untuk membeli kendareaan baru untuk Exco negeri-negeri tersebut. Ia bukan satu isu untuk memburukkan kerajaan pimpinan BN kerana kerajaan pimpin Pakatan Rakyat juga membuat perkara yang sama.

3. Isu Ternakan Babi di Sepang Selangor, Di Bukit Selambau Kedah, Paya Mengkuang Melaka....dimana pendirian PAS. Kenapa mereka menyokong isu seperti ini yang sangat bertentangan dengan perjuangan islam mereka? Buatlah Ladang Lembukah? Ladang Kambingkah? Ladang Ayamkah? Binatang yang tidak haram disisi islam. Kenapa PAS menyokong Ladang Babi yang sudah tentu haram khukumnya. Ladang Babi di Selangor, sudahpun menjijikkan, malah dibina dipersekitaran perkampongan Melayu yang semestinya beragama islam. Kenapa PAS menipu penyokong seperti ini. Satu ketika dulu PAS pernah mengharamkan cukai babi dan minuman arak. Kenapa hari ini mereka menyokong Ladang Babi? Hairan bin ajaib? Ini tentu takut dengan DAP dan PKR.

4. Dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu ini, kenapa PAS lambat menamkan calon mereka?
Saya yakin kerana berlaku perselisihan pendapat yang kritikal dalam pemilihan calon antara Nik Aziz dengan Pak Hadi dan pemimpin Erdogan dalam PAS. Baru-baru ini Nik Aziz telah membelakangkan Parti dengan mengumukan calon kesukaan beliau untuk diketengahkan dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Calon Luar iaitu Mat Sabu/Syabu.

5. DiPerak PAS selaku Menteri Besar. Kenapa MB beriya-iya benar untuk memberikan Tanah 999 tahun kepada bekas komunis di kampong-kampong baru. Bagaimana dengan askar melayu yang berjuang habis-habisan mempertahankan tanah air dalam zaman kekejamana komunis dahulu? Bukankah dari sudut perbandingan mereka lebih berhak?

6. Di Kelantan Isu air masih berterusan dan tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Kelantan di bawah PAS. Walaupun kerajaan BN telah memberikan bantuan kewangan dizaman Tun Mahathir selaku PM lagi. Kemana pergi peruntukan tersebut.

7. Di Selangor, Kerajaan yang didokong kuat oleh PAS akan melaksanakan satu polisi dimana
zakat-zakat juga boleh disedekahkan kepada Hindu, Kristian, Buddha, dan lain-lain agama. Dan PAS menyokongnya. Naauzubillah...

Fakta-fakta ini baru sedikit dan jika anda memerlukan saya saya boleh berikan lagi. Tapi fakta-fakta ini dengan jelas memperlihatkan kepada kita PAS bukanlah parti yang boleh diharap oleh orang-orang islam/melayu. Lebih-lebih sejak akhir-akhir ini dimana sikap dan tabiat pemimpin PAS lebih dasyat dari pemimpin UMNO. Mereka telah mula melihat Wang ringgit sebagai matlamat utama. Wanita sebagai penghibor ketika pening bekerja dan Derma hasil berpidato untuk kepentingan keluarga pemimpin mereka.


Sedarlah wahai pengundi Kuala Trengganu. Insaflah, UMNO lah sebenarnya yang kuat memperjuangkan Islam dalam diam dan nyata. Ramai anak-anak anda mahir ugama masa kini kerana pengimarahan islam yang dilaksanakan oleh UMNO. Bukan PAS. Anda tidak lagi menyimpan Wang dalam Bank Konvensyional yang mengamalkan riba dan mula masukkkan wang dalam Bank Islam yang tidak mengamalkan riba, kerana pelaksanaan yang dilakukan oleh UMNO dan bukan PAS. Lapangan Terbang Kuala Trengganu sekarang ini telah membukakan langkahnya untuk menerima kedatangan Jemaah Haji Malaysia dari Pantai Timor Malaysia dan juga menghantar mereka ke Jeddah dari K. Trengganu. Ini amat menyenangkan Umat Islam di Pantai Timor. Satu Kerja baik UMNO dan bukan PAS.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Di Kelantan, Bayar Gaji Kakitangannya pun terpaksa minta bantuan kerajaan Persekutuan/BN.
Begitu juga dengan Kedah yang ditadbir PAS. Sehingga mereka terpaksa menebang balak dikawasan tadahan air dan mengugut kerajaan persekutuan untuk membantu mereka dalam membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Apa sudah jadi. Kerajaan BN adalah kerajaan Yang BIJAKSANA. Kita memerlukan pemimpin yang tahu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Wakil-wakil rakyat juga harus pintar dalam kedua bidang ini. Jangan pintar akhirat saja kerana Umat kita tidak akan maju didunia ini jika kita sendiri tidak pintar dalam berusaha. Doa saja tidak mencukupi.

Isnin, 29 Disember 2008

PRK Kuala Trengganu. ORANG MELAYU KENA INGAT!!!

Kepada Generasi muda remaja, Golongan bijakpandai, pelayar internet sekalian, tolong sampaikan kepad seberapa banyak Pengundi melayu di Kuala Trengganu yang akan mengundi tidak berapa lama lagi, bahwa mereka kena ingat satu perkara. Yakni PERTAHANKAN KEKUASAAN POLITIK MELAYU DIMALAYSIA INI DENGAN MENGGUNDI UMNO. Jangan lagi kita berpecah belah, yang menyebabkan kita kehilangan kuasa yang akan menentukan masa depan agama dan bangsa kita serta juga negara kita.
INGAT!!! Jangan bermain dengan api.
Jangan marahkan nyamuk, kelambu kita bakar.

UMNO kenalah memberikan keyakinan kepada rakyat Kuala Trengganu, bahawa ia akan memerintah Malaysia dengan adil dan saksama disamping berterusan memelihara KETUANAN MELAYU dengan sebaiknya seperti sediakala. Sediakala bermaksud selama ini UMNO telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah sebuah parti yang BENAR-BENAR memperjuangan
keujudan melayu sebagai rakyat sejati Malaysia. Dan melayu tidak hilang dalam dunia ini. Dihormati sekalipun di Antartika. Didalam UMNO, melayu terkenal diseluruh dunia. Bangsa-bangsa lain, senang dan selesa duduk dibawah pemerintahan UMNO. Kita melayu harus lebih selesa drp mereka kerana kita dipimpin oleh bangsa kita sendiri. Pada masa ini kita lemah kerana kita telah pecah tiga. Kita harus perkuatkan semula kedudukan kita. Apabila kita kuat, semua kawan dan lawan akan menghormati dan takut akan kita. Ketika itu apa hukum pun boleh kita laksana, termasuk hukum Hudud. Jangan kerana kita berbeda pendapat, kita tubuh banyak "flatform". Bukankah kita boleh berbincang dalam satu parti?. Kita boleh bertelagah dalam parti yang hanya satu. Tidak perlu kita banyak parti kerana itu memungkinkan kita membakar kelambu kita sendiri. memungkinkan kita hanya menang sorak, tapi kampong tergadai. Tengok Di Perak, PAS ikut menang dalam Angkatan Rakyat dan PAS menjadi MB Perak. Apa yang boleh kita buat menjadi seorang MB yang lemah? Hanya menjadi Boneka DAP semata. Di Pulau Pinang juga sebagai contoh nyata. Kita (PAS) hanya membantu kemenangan DAP sehaja. Usahkan hukum hudud, DEB pun entah kemana.
Penggundi Kuala Trengganu hendaklah menjadikan keadaan sekitarnya masa kini itu sebagai tauladan yang baik untuk dicontohi. Jangan mengundi mengikut hawa nafsu. Undilah mengikut fikiran yang rasional.

Demi ISLAM & MELAYU, UMNO adalah pilihan yang TEPAT. Di Kuala Trengganu.

Cadangan untuk Pengundi dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu:-

Demi ISLAM dan Melayu, UMNO adalah pilihan yang TEPAT.
UMNO mempunyai matlamat agama, bangsa dan negara,
sedang PAS hanya bermatlamatkan agama semata.
UMNO telah membuktikan perjuangan agama dan bangsa jelas dan nyata,
Tiada siapa bisa mempertikaikannya.
PAS masih ditahap cita-cita dan belum ada yang dapat dikota.
PAS tidak mampu untuk mengotakan apa yang dikata,
Lihat saja di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Dan di Kelantan kini serta Trengganu suatu ketika.
Ingat GERAKAN DAN DAP, mereka adalah sama
Ketika menghadapi masalah Cina.
Bila bicara sekolah vernakular tidak ada DAP dan tidak ada GERAKAN.
Yang ada hanya CINA.
Bila berbicara Ladang Babi, mereka semuanya sama.
Adakah mereka berbeda bila bercakap soal DEB?
Jawapannya tetap juga tidak.
Selama ini hanya melayu yang mempertahankan HAK MELAYU.
Hanya bumiputera yang pertahan HAK BUMIPUTERA.
Mereka hanya berkata YA dalam keadaan terpaksa.
DAN KITA TETAP SABAR.
Tolonglah,
Di Kuala Trengganu kita tunjukkan KUASA KITA..."anak bumi perkasa Malaysia"...
Melayu akan hilang dibunia..jika kita berpecah dua.
Sedang jika kita bersama.
Kita tetap akan berkuasa, sampai bila-bila.
UMNO tidak seperti kata Pak Hadi Awang,
Orang-orang UMNO ISLAM macam anda orang-orang PAS.
Ada antara kita melompat dari PAS ke UMNO dan dari UMNO ke PAS.
Bertukarkah agama mereka?
Suatu ketika sebilangan melayu keluar UMNO dan menubuhkan PAS,
Mereka keluar UMNO sebagai kafirkah?
Dan masuk PAS bermakna masuk ISLAMkah?

Jangan terlalu mudah terpesong,
Oleh pemimpin anda yang mempunyai lain agenda, tetapi menggunakan ISLAM sebagai alasannya dan berbicara.
KEMUNGKARAN? Walau anda dalam PAS, jika keimanan sejangkal cuma, anda tetap melakukannya. Walau anda dalam UMNO, jika keimanan berjangkal-jangkal, anda akan tetap menjauhi kemungkaran jua.
Sebenarnya kita adalah sama.
Mungkin kata anda merupakan perkara biasa saja dan elok untuk percambahan fikiran kita, dalam negara demokrasi.
Kepada saya sedikit berbeda. Saya nampak keretakkan mula berlaku. Tidak mustahil susah dibendung dan akan menjadi hancur suatu ketika.

Ahad, 28 Disember 2008

Demi Agama, Bangsa dan Negara...Maka kita sepatutnya BERSATU ERAT.

Demi untuk bangsa, agama dan negara saya ingin menyeru orang-orang melayu semua agar BERSATU ERAT. Antara tiga parti utama bangsa UMNO, PAS dan PKR, mana satu yang boleh diharap? Kepada saya bersatulah kita di dalam UMNO. UMNO telah banyak membuktikan yang ia adalah parti yang boleh diharap dan sangat banyak JASA yang telah diberikan kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Sejak MERDEKA. Saya tahu UMNO tidak 'perfect'. Oleh itu bersama-samalah kita menjadi penyokong UMNO dan membantu agar ia menjadi 'perfect' seperti yang kita inginkan. Saya yakin dan percaya, jika UMNO kecundang, ia membawa makna perjuangan kita juga akan tersungkur kebumi. Ketika itu tidak lagi ada satu parti melayu yang benar-benar kuat dan boleh memperjuangan dengan yakin apa yang orang-orang melayu mahu. PAS akan tetap lemah dan dijadikan Boneka. PKR akan kecoh sepanjang masa kerana berbagai kaum berada didalamnya.

UMNO masih relevan. Kita perbaiki mana yang binasa. Bijakpandai islam bertimbun dalam UMNO. Jika kita tambah dengan bijakpandai islam dalam PAS dan termasuk mereka yang tidak berparti, semua mereka kembali kepada UMNO, insyaallah UMNO akan dapat dijadikan sebagai parti yang 'memperjuangkan' islam sebaiknya dan memuaskan hati kita. Bijakpandai ilmu keduniaan bertimbun dalam UMNO dan bisa memacu Malaysia didalam Dunia yang serba mencabar ini. Kita tidak boleh maju didunia ini hanya dengan doa. Itu janji Allah. IA tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak berusaha mengubahnya.

Kenapa kita bertelagah? Pertelagahan tidak akan membawa kita kemana-mana. Musuh sebenar kita tengah menunguu kealpaan kita. Kini mereka bermaharajalela. Nampakkah? Atau anda masih buta?