SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 4 Februari 2010

Ayuh MELAYU, Kita Sokongan Gagasan 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Siapa kata Datuk Sri Najib tidak sayang kepada bangsanya?
Siapa kata 1MALAYSIA, gagasannya itu menghapuskan hak orang-orang melayu?
Bapaknya adalah seorang Pejuang tulin bangsa.
Ditambah beliau sendiri adalah berasal dari darah keturunan raja.
Majoriti orang melayu didalam UMNO menyayangi beliau dan mengangkat beliau sebagai Presiden Parti mereka.
Kerana selama ini terbukti beliau sememangnya berjuang untuk melayu. Dan yang pasti hingga titisan darah yang terakhir.
Cuba tengok bagaimana beliau mengangkat darjat dan martabat melayu didalam Felda!!!
Jom...ayuh kita sokong berhabis-habisan gagasan 1MALAYSIA yang beliau usahakan bersama rakan kabinet.
Jom..ayuh, jangan berlengah lagi.
Hulurkan tangan anda kepada Ah Chong dan Ramasamy.
Kita kan satu negara yang bergelar Malaysia ini.
Kita bersatu dan berpadulah dalam kepelbagaian diantara kita.
Kan itu ciri-ciri bangsa dalam negara kita???
Bukan toleransi tetapi penerimaan hakiki.
Kita hendaklah berkesenggupan walau Tanh yang sejangkang kera ini...
Kita bahagi lima.
Walaupun pasda asalnya milik kita sahaja,
Demi 1MALAYSIA...
dan BANGSA MALAYSIA
Kita seharusnya secara ikhlas menerima.

Rabu, 3 Februari 2010

Jangan tersilap strategi!

Apakah tindakan terlalu menjaga sensitiviti kaum Cina dan India itu terlalu baik? Atau satu strategi yang bijak lagi laksana? Mungkin kah dengan strategi itu kita mampu mendapatkan majoriti undi daripada mereka? Atau sebaliknya. Dan akhirnya kita sekali lagi akan menjadi hampa? Saya khuatir kita mengejar sesuatu pun tidak akan kecapaian, malah yang kita kendung juga akan berciciran. Mungkinkah sedemikian jadinya?????????????????????????????????????
Banyak peristiwa dan tindakan sejak kebelakangan ini sangat mengecewakan hati majoriti rakyat Malaysia yang bergelar melayu itu. Barangkali bukanlah maksudnya kita berusaha untuk menjatuhkan bangsa, namun memberi sesuatu kepada mereka dan dalam masa yang sama kita kehilangan sesuatu itu, adalah sangat perlu dielakkan. Bila yang kita berikan itu terlalu banyak, bukankah itu memusnahkan perjuangan bangsa namanya.
Tok Bahaman sampai mati mempertahankan hak bangsanya.
Begitu juga dengan Mat Salleh, Mat Kilau dan ramai lagi pejuang lama.
Usaha yang telah ditanam sekian lama akan hancur berkecai dengan tindakan kita jika ianya sangat bertentangan.
1MALAYSIA sangat bermanafaat terutama jika mereka belajar bahasa kita dengan gigih.
Terutama jika mereka hormat agama kita dengan ikhlas.
Teruatama jika mereka tidak menganggu apa yang telah dipersetujui.
Terutama jika mereka aku kita masih jauh dibelakang.
Terutama jika mereka tridak pertikaikan usaha kita menongkat kemajuan bangsa dunia dan akhir masa.

Gara-Gara Dato' Nasir berkata BENAR!!!!.

Aku lantas termenung apabila mendengar berita Dato Nasir Safar berhenti dari jawatan Pembantu Khas PM. Semua ini gara-gara ceramah yang dibuatnya kononnya berbau berkauman dan sangat bertentangan dengan semangat 1MALAYSIA. Aku rujuk sana, aku rujuk sini, aku dengar sana dan aku dengar sini dan akhirnya aku mendapat fakta bahawa semua yang marah dekat Dato Nasir bukannya dari kalangan orang-orang melayu. Pemimpin GERAKAN, pemimpin DAP, MCA, MIC,,,semuanya marah dari mereka itu adalah dari kaum Cina dan India.
Mereka marah bila Dato' Melayu itu bercakap mengenai realiti dan hakikat sebenar yang berlaku dalam negara ini. Tetapi realiti dan hakikat itu sangat sensitif bagi mereka. Mungkin jauh lebih sentsitif dari penggunaan kalimah Allah oleh agama lain agaknya. Saya rasa sangat layak warganegara yang memperjuangan penggunaan kalimah Allah untuk agama kristian itu dilucutkan kewarganegaraannya. Untuk mengimbangi keputusan yang dibuat kepada Dato' Nasir tadi.

Sebagai seorang ahli UMNO dan sangat setia kepada pucuk pimpinan, aku menghormat keptusan Dato Nasir berhenti dari jawatannya. Namun aku ingin menyatakan bahawa sekarang ini suasana sangat perit kepada pejuang-pejuang melayu dan bumiputera dalam negara ini. Kenapa? Sila baca dibawah ini....

.....Macamana aku boleh takut nak berkata-kata dan menulis walau hanya satu ayat?????

Kenapa Sukar Sangat Nak Percaya Anwar Ibrahim seorang Kaki Liwat???

Mungkin kerana sebelum ini Anwar Ibrahim terkenal dengan pembawaannya yang sangat islamik kot? Atau kerana imej seorang pemimpin melayu terhebat? Atau juga kerana perbuatan meliwat itu kenampakkannya sangat bertentangan dengan wajah keislaman yang dibawanya kemana-mana? Maka ramailah penyokongnya berkumpul kemana saje beliau bertandang dimajlsi keramaian. Maka bila beliau berpidato dimana sudut sekalipun, tidak sah jika penyokongnya tidak rioh bertepik sorak, tanpa kagum dan berbangga dengan Saudara Anwar Ibrahim itu.

Adakah pernah terfikir diminda anda semua itu kepura-puraan si Anwar Ibrahim itu? Akupun dulu tidak terfikir dan aku juga pernah menjadikan beliau ini idolaku, terutama ketika bergelar mahasiswa di Universiti tempatan. Mujurlah usiaku jauh lebih muda drp beliau. Jika tidak tentu akupun ikut serta dalam demonstrasi Baling yang diperjuangkan oleh beliau. Bossku sendiri juga merupakan orang yang menyayangi Sdr Anwar Ibrahim suatu ketika dulu. Dan bossku tergolong bersama Sdr Anwar Ibrahim didalam peristiwa perjuangan Baling itu. Namun kini Bossku tidak lagi bersama beliau. Boss ku sptku juga telah menjauhkan dirinya dari bersama-sama Sdr Anwar memperjuangkan sesuatu yang kabur dan penuh kegelapan itu.

Kalau anda ingat kepada sebuah cerita berjodol "Syaitan Putih", tentu anda tersangat insaf, bahawa sanya setinggi manapun keimanan seseorang itu, jika kurang berhati-hati, akhirnya akan terjerumus dengan godaan Syaitan jua. Oleh itu sentiasalah berwaspada agar ia tidak berjaya menghasut dan mengoda kita pada setaiap saat dan ketika. Terlali satu saat, maka kita akan terus terjerumus, terutamanya yang bergelar dan berimej pemimpin agama dan bangsa.
Anwar Ibrahim sebenarnya lali dan alpa. Beliau ingat harta dan kuasa adalah segalanya. Beliau lupa diatas sana Allah sentiasa melihat hambanya yang alpa ini. Lantas membiarkan Syaitan untuk turun mengoda dengan menghantar Menteri-Menteri Syaitan yang tinggi kebijaksanaanya. Agaknya sudah tentulah lebih hebat dan perkasa dari Sdr Anwar Ibrahim.

Sdr sekalian, akhirnya apabila yang bergelar Wali Allah itu sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan khyusuknya, maka Syaitan Putih itu juga bersembahyang 5 kali sehari semalam, malah ditambah lagi dengan sembahyang sunat yang banyak melebih Wali Allah itu. Saitan Putih itu juga mengerjakan Puasa lebih tekun dan tawadhuk drp Wali Allah itu, sehingga Wali Allah itu merasa hairan dan bengong, kenapa masih ada manusia lain yang boleh melebihi dirinya. Sehingga suatu ketika beliau bertanya apa sebenarnya yang boleh beliau pelajari untuk mengerjakan suruhan Allah SWT seperti yang Syaitan Putih itu lakukan? Maka akhirnya Syaitan Putih itu pulalah menjadi guru kepada Wali Allah itu. Dan peluang keemasan yang ditunggu ini telah digunakan sebaiknya oleh Syaitan Putih itu untuk menyesatkan Wali Allah itu. Sehingga akhirnya Wali Allah itu merogol dan membunuh Puteri kepada Raja negeri dimana ia bermastautin itu. Apabila Wali Allah itu didapati bersalah, ketika beliau hendak dihukum gantung, sekalilah syaitan putih itu mencadangkan jalan penyelesaian. Dengan mengikuti arahannya, Wali Allah itu akhirnya murtad dan mati dalam kekafiran.

Cerita ini menjelaskan kepada kita bahawa walau tinggi mana taraf anda sekalipun, hatta anda Nik Aziz, atau Pak Hadi atau Anwar Ibrahim sekalipun, jika kurang waspadanya, akhirnya tidak mustahil akan terjerumus dengan godaan Syaitan Putih itu. Dan kini pada rasa saya Sdr Anwar Ibrahim sedang mengalaminya. Peristiwa Anwar Ibrahim yang penuh dengan malapetaka liwat ini berlaku sejak 1998 lagi. Kini tahun telah berubah kepada 2010, yang bermakna telah lebih kurang 11 tahun Anwar Ibrahim bertungkus lumus mencuba menyelamatkan dirinya drp bencana ini. Bagaimana beliau nak menipu Allah SWT???????Astaghfirullah...Bolehkah????

Dewasa ini di Kuala Lumpur, Di Pulau Pinang, Di Kota Kinabalu dan lain-lain lagi kawasan dalam negara ini, bukan sedikit mereka yang ketageh buntut manusia. Yang menjadikan teman lelakinya sebagai kekasih. Jangan cakap lagi wanita dengan wanita melakukan hubungan seks.
Manusia dengan anjingpun ada. Kata orang dunia ini dah nak qiamat. Macam-macam, macam-macam. Sama-samalah kita tunggu dengan sabar keputusan yang akan dibuat oleh mahkamah kelak. Asalammualaikum

Selasa, 2 Februari 2010

"SUSUT PIDATO" DAN PERUBAHAN SIKAP MAHASISWA.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana usaha bersama antara Pemimpin Mahasiswa, Pensyarah dan Pemimpin Bangsa telah menimbulkan suasana yang positif dikalangan student universiti dalam negara. Perkembangan terakhir ini sangat menggalakkan dimana jumlah peratusan yang membezakan antara mahasiswa anti-establisment dengan mahasiswa yang mula menyayangi semula Kerajaan pemerintah semakin bertambah mengecil.
Selain drp memberikan mereka ruang seluasnya dilapangan 'sudut pidato', soal kebajikan mahasiswa dewasa ini sentiasa mendapat perhatian pihak pemerintah.
Bunyinya pinjaman PTPTN akan diubah kembali kepada konsep biasiswa tidak berapa lama lagi setelah ekonomi negara pulih sepenuhnya. Tentunya sebelum menjelang pru ke13 kelak. Bagaimanpun anak-anak yang dilahirkan kaya raya mungkin tidak akan berkesempatan merebut peluang tersebut. Namun dasar pinjaman PTPTN masih boleh mereka perolehi. Tetapi anak para Penoreh Getah, anak Nelayan dan Penarik Beca serta yang seumpamanya dengannya, jika kelayakan akedemik memberansangkan, tentu sekali akan mendapat peluang yang sangat luas. Tidak kira hatta bapak mereka selama ini membenci atau mengherdik perjuangan kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNOOOOOOO.

Usaha kerajaan BN jelas sekali, berjuang untuk meninggikan taraf pengetahuan rakyat bersesuaian dengan perjuangan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Sekalipun selama ini mereka diherdik oleh anak-anak yang bergelar mahasiswa itu, namun sebagai ibu dan ayah sedarah dan sedaging, kerajaan UMNO tetap menyayangi mereka dan akan tetap sehingga hari kiamat menjaga kebajikan anak-anak generasi muda mereka yang tengah menuntut ilmu di menara gading itu.

Kepada anak-anak mahasiswa, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jangan kita seperti 'anjing menyalak bukit', 'kacang lupakan kulit', 'anak yang tidak mengenang budi ibu dan ayah' kerana itu namanya sikap derhaka dan sangat jauh dari norma kita bersama sejak zaman berzaman.

Isnin, 1 Februari 2010

Bulan Februari ini Malapetaka bagi DSAI. Beliau Terjun Dengan Labu-Labunya.

DSAI UMPAM sI lUNCAI tERJUN dENGAN lABU-lABUNYA DALAM BULAN fEB 2010 INI.

Bukan sedikit pancaroba yang terpaksa diharungi oleh Sdr Anwar Ibrahim dalam ranjau perjuangan peribadinya untuk menjadi seorang Perdana menteri Malaysia. Tentunya ini telah tertulis sejak beliau belum lahir diatas muka bumi ini lagi. Perjanjiannya diLuh Mahfuz dengan Allah SWT. Cuma Sdr Anwar Ibrahim tidak mengetahui setiap perkara didalam perjanjian itu.
Sebagai umat yang menganut agama sebenar dari langit ini, kita wajib percaya bahawa semau perkara yang berlaku keatas diri kita adalah telah ditentukan sebelum lagi kita lahir kedunia ini.
Sesiapa yang memahmi apa itu Qada dan Qadar serta takdir kehidupan sudah tentu memahmi akan keadaan ini sedalam-dalamnya.

Namun kerana esok dan lusa serta seterusnya semua peristiwa tersembunyi dan hanya Allah yang mengetahuinya, maka seperti juga anda, Sdr Anwar Ibrahim tetap mencuba mengelak diri dari malapetaka yang berkemungkinan melanda dirinya dan seluruh keluarganya serta seluruh Pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang.

Saya dah kata dulu, bersedialah anda semua dengan alasan basi yang direka-reka demi untuk menjaga reputasi dan malu diri anda sendiri. Kali ini memang sukar untuk Sdr AnwarIbrahim untuk melepas diri dari perbuatan nafsu buas yang telah dilakukannya. Perbuatan itu sangat bertentangan bukan sahaja dengan agama kita atau mana-mana agama diatas buma bumi ini, malah ia juga tidak sesuai dan serasi dengan norma murni kehidupan masyarakat timor di Asia ini.
Himpunlah sebanyak dan seramai manapun Lawyer untuk membantu beliau, namun fakta tetap fakta. Hanya lawyer yang penipu dan mengubah fakta sahaja yang mungkin bisa melepaskan Sdr Anwar Ibrahim dari tuduhan bersalah meliwat Saiful. Saya dah kata tuduhan yang dibuat oleh Saiful bukanlah direncanakan oleh musuhpolitiksdrAnwar, tetapi perbuatan meliwat Saiful sememangkan dilakukan oleh Batang kemaluan Sdr Anwar Ibrahim sendiri. Gambaran awal jelas membuktikan Sdr Anwar sememangnya melakukan perbuatan tersebut. Beliau enggan membuat sumpah laknat, beliau berusaha keras untuk menangguhkan perbicaraan mahkamh sehingga pru ke 13., Pada awal peristiwa ini dihebahkan, Sdr Anwar Ibrahim cuba lari dari Malaysia dengan mendapatkan suaka politik di Kedukaan Turki., Beliau cuba menutup kes ini dengan "perlakuan peristiwa politik" di PP, Perak dan Selangor juga Kelantan. Namun undang-undang tetap undang-undang. Pakatan Rakyat jangan hanya pandai menuduh Kerajaan BN jahat, tidak adil, tidak saksama dan berbagai-bagai lagi. Mereka sendiri kekecutan untuk menghadapi perbicaraan dalam mahkamah. Dan ternyata kini pintu mahkamah seakan dah pun terbuka untuk pemimpin yang mereka agung-agungkan selama ini.

Aku dulu hairan bagaimana batang kemaluan kita boleh dimasukkan kedalam lubang jubur, sedangkan lubang itu penuh dengan najis manusia. Tidakkah ia akan mengotorkan kemaluan kita dan menimbulkan bau yang busuk.?????Macamana Anwar Ibrahim, seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri boleh melakukan perbuatan sedemikian. Dan Isterinya menyokong sehingga saat ini????

Ini satu peringatan kepada para mahasiswa bahawa lain kali jika nak menyokong seorang pemimpin itu, kriteria bukan sahaja pandai berpidato. Tetapi juga harus memilih peminmpin bodoh yang tidak cekap dalam dunia liwat meliwat.

Apa sebab TENGKU RAZALIGH macam tu?!!??!!!///?

Hahahahahaha,
Nak kata masih kurang matang, tak patut sama sekali.
Nak kata terlalu matang, perbuatan ini satu contoh kurang siuman.
Ribut tiada, hujan tiada..tiba-tiba bersuara di platform pembangkang.
Lepas tu ayunan kata-kata sangat bertentangan dengan kawan serta taulan.
Apa sebenarnya yang Ku Li inginkan dalam kekecauan politik dewasa ini?
Jika nak jadi PM bukan ini kaedahnya.
Apakah beliau sedar akhirnya disana dan disini beliau tidak akan diundi???
Jika jawapan beliau "TIDAK KISAH", itu bukan jawapan menampakkan kematangan.
Itu jawapan menjelaskan kebaculan politik yang sangat ketara.
Sekarang baru saya faham kenapa beliau sentiasa kecundang dalam arena ini.
Perangainya seperti mereka yang masih dalam buaian.
Dah la tu Ku Li,
Bila kita sedar kita tidak lagi diperlukan.
Bukan pula bermakna mereka lupa jasa perjuangan kita.
Cumanya masa kini kita sudah menjangkau usia berlalu.
Berbaktilah diakhir usia ini
Dengan tindakan dan langkah yang terpuji dan termurni
Demia untuk agama, bangsa dan pertiwi.
Bukannya sebaliknya.
Mengakhiri keghidupan dengan penuh cemuhan dan ejekkan.
Kerana kita itu rupanya 'gunting dalam lipatan"...
Atau kalau dah tak ada jalan..
PAS uuuuu and sayyyy Welcome to uuuuu.

Ahad, 31 Januari 2010

Silapkah AKU?????????

Tiba-tiba beberapa orang datang kepejabatku...dan meminta agar aku sanggup dicadangkan sebagai calun BN pada tahun depan ini. Aku terkejut kerana selama ini langsung tidak terlintas dibenakku untuk menjadi seorang Wakil Rakyat. Samada sebagai Wakil Rakyat mewakil BN, apatah lagi mewakil PAS maupun PKR. Terus terang aku katakan aku terkejut berok dengan permintaan bebera orang pemimpion datri UMNO Bahagianku.

Dulu, semasa UMNO mula ditubuhkan di kawasanku memang aku sebagai salah seorang pengasasnya. Seramai Lapan orang kami telah bekerja keras sehingga UMNO dapat ditubuhkan dengan bantuan UMNO Wilayah Persekutuan. Antara pemimpin hebat Labuan yang bertindak sebagai Pengasas keujudan parti UMNO disana ialah Ybhg Datuk Haji Isli Haji Siput, Ybhg Allahyarham Datuk Seri Mohd Omar Bledram, Ybhg Datuk Haji Yussof Hajo Mohammad, Ybhg Dato Haji Suhaili Abdul Rahman dan Saudara Iraman Haji Karim serta beberapa orang lagi.

Dulu aku pernah bertanding selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan menentang Saudara Iraman Haji Karim. Aku kalah teruk dengan hanya mendapat undi sebanyak 20 lebih undi sahaja, manakala Saudara Iraman Haji Karim memperolehi 60 lebih undi. Sejak drp hari aku menerima kekalahan itu, aku menyepi diri dari arena politik dan bergiat aktif dalam bidang ekonomi. Itupun diluar Wilayah kesayanganku. Aku berada di Ibu Kota Kuala Lumpur dan di Ibu Negeri Sabah di Bawah Bayu. Sehinggalah aku menjadi seorang millioner dan sangat berjaya didalam bidang perniagaan. Bolehlah dikatakan aku salah seorang Peniaga Bumiputera yang berjaya menjadi seorang millioner. Aku kaya dan hartaku jika di"pelihara' dengan baik, 7 keturunanpun belum tentu habis dimakan. Begitulah aku telah menjadi kaya raya dengan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah SWT kepadaku jua.

Tiba-tiba aku diminta untuk bergiat semula dalam lapangan politik, yang sebenarnya telah lama aku tinggalkan. Pendek cerita, akhirnya aku menerima permintaan tersebut dengan hati, pada mulanya berbelah bagi. Namun akhirnya hatiku nekad untuk mencuba bersungguh-sungguh. At last aku berjaya menjadi seorang Wakil Rakyat. Aku kaya dan aku sebagai Wakil Rakyat. Aku menjadi seorang Wakil Rakyat yang kaya raya. Kekayaanku bukan ku miliki dengan menggunakan title-ku sebagai Wakil Rakyat. Aku memang sudah kaya rayapun sebelum lagi aku terpilih sebagai Wakil Raykat. Fahamkan?????

Kerana aku adalah termasuk salah seorang Pengasas UMNO Bahagian ku, dari tiada kepada ada, Dari tidak ujud kepada ujud, tentu sekali aku memiliki ramai kawan dan taulan yang masih sayang kepadaku. Termasuklah sekali pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan UMNO.
Akhirnya mereka ini menjadi orang-orang kananku yang ku jadikan pengharapan jika aku ingin berkuasa diperingkat UMNO Bahagian. Dengan kekayaan ku yang sedia ada, aku gunakan untuk menambahkuatkan pengaruhku kepada mereka semua. Ketua Bahagian yang sedia ada jatuh tersungkur bilamana semua AJKnya berpaling tadah dan mula memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada ku selaku Ketua UMNO Bahagian. Segala kebajikan Ketua UMNO Cawangan ku tanggung beres. Mereka tidak lagi menanggung masalah peribadi dari segi minum makan dan segalanya. Bahkan ramai antara mereka akhirnya berjaya dalam perniagaan dan memiliki harta yang banyak. Kadang-kadang aku membawa mereka melancung ke Indonesia atau sebilangan yang besar pangkatnya ku bawa hingga ke Australia.

Ada juga pemimpin diperingkat bahagian cuba-cuba untuk melawan aku. Namun mereka tidak berdaya kerana aku memiliki segala. Kuasa dan harta serta pengaruh yang kuat terhadap pemimpin akar umbi.

Kini aku bukan lagi seorang Wakil Rakyat. Bukan kerana aku kalah diBahagian. Bukan kerana aku kalah ketika pilihanraya Umum. Bukan kerana akar umbi menolak kehebatan ku. Rakyat ternyata sayang kepadaku. Aku sebenarnya tidak lagi dipilih oleh peringkat atas. Aku sebenarnya diminta berhenti menjadi Wakil Rakyat dengan cara terhormat. Sorry...aku tidak pernah kalah dalam politik, kecucli sekali apabila Saudara Iraman mengalahkan aku dalam pertndingan merbut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Sekarang Iraman telahpun berusia 50an dan bukan Ketua Pemuda UMNO Lagi dan bukan seorang yang kaya harta lagi.
Namun yang jelas, Iraman masih tetap dengan perjuangannya menegakkan kekuasaan melayu dalam Malaysia. Yang itu, Iraman sanggup bermandi darah.

Bila 'Orang-Orang Kuat' Wakil Rakyat Kurang Popular!!!!!!!!!!!!!

Kita kata hingga Kucing Bertandukpun YB tersebut tidak akan memenangi sebarang jawatan diperingkat UMNO Bahagian. Ada lagi orang berkata bahawa YB seperti ini tidak bijak dalam bermain politik. Mana boleh beliau memilih 'orang-orang kanannya' dari kalangan mereka yang tidak berpengaruh diperingkat bahagian maupun cawangan. Apakah yang boleh orang seperti ini berikan kepada YB mereka dalam usaha untuk memenangi jawatan diperingkat Bahagian.
Di Malaysia, perkara ini berlaku hatta dalam parti PAS, PKR dan PPP sekalipun. Apa lagi dalam UMNO, sebuah parti yang sememangnya mengumpulkan mereka yang sangat berpengaruh diperingkat apa sekalipun samada cawangan, bahagian maupun Pusat.

Mereka yang tidak memiliki keistimewaan tersebut, jangan harap nak bermimpi menjadi pemimpin didalam UMNO. Sekalipun anda bergelar Dr, Lawyer, Engineer, dan sebagainya. Sekalipun anda harta berjuta malah berbilion. Namun jika anda tidak mengatur diri anda menjadi seorang yang berpengaruh, jangan mimpi nak menjadi pemimpin didalam parti keramat melayu itu.

Sebagai seorang Wakil Rakyat, tidak dapat dinafikan pengaruh anda adalah besar dan meluas sehingga kesemua ceruk kawasan di Bahagaian anda. Namun untuk memegang jawatan diperingkat bahagian anda harus mengaturnya agar semua orang harapan anda juga tediri drp mereka yg berpengaruh diperingkat grass root ( akar umbi ). Bagaimana mereka nak membantu anda untuk memenangi cawangan jika masyarakat cawangan sendiri tidak mengiktiraf mereka sebagai pemimpin? Jika diperingkat cawangan mereka ke Masjidpun jarang sekali dalam setahun? Jika diperingkat cawangan mereka menziarahi majlis kematian pendudukpun tidak dilakukan!! Jika segala majlis, semua kenduri kendara dan majlis perkahwinan pun tidak dilayan seperti seadanya???Orang seperti ini, meskipun kaya atau berpelajaran tinggi, jika diambil sebagai orang kanan YB, itu alamatnya YB berkenaan telah tersilap percaturan.

Sebagai YB, pilihlah individu diperingkat cawangan yang boleh dijadikan pengharapan dan mampu membantu beliau dalam cita-citanya merebut jawatan diperingkat bahagian maupun yang lebih tinggi drp itu.