SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 15 April 2009

SEDAR, TAPI?

Bukannya pemimpin BN Terengganu tidak sedar bahawa konflik yang terjadi masa kini boleh mendatangkan kecacatan keatas sebuah perjuangan yang masih belum selesai. Tapi kenapa konflik tetap berlaku jua? Apakah kerana kepentingan politik peribadi atau kerakusan terhadap kuasa dan harta? Jika kesatuan bangsa menjadi ukuran dalam kepimpinan politik, perkara-perkara yang menyentuh soal ketamakan dan kehalobaan harus terhakis dari minda setiap pemimpin negeri dan negara. Bukannya pemimpin Perlis tidak mengetahui akan hal seperti ini. Namun berbagai cerita pertelingkahan yang kita dengar dalam mainan politik Perlis ketika ini. Bila masa mahu mendokong dan menyokong YAB Perdana Menteri dan saf kepimpinan baru kerajaan sekarang ini? Saya suka dengan suasana politik di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, dan Pahang. Setakat inilah. Saya tak tahu lagi dimasa mendatang ini.

Janganlah pemimpin hanya tahu mengatakan istilah perpaduan dan penyatuan sahaja. Bercakap bagi nak keluar anak tekak meminta seluruh rakyat khasnya melayu dan bumiputera bersatu, tetapi sebaliknya jika kena batang hidung mereka, mereka melompat, bersepak dan berterajang sehingga rosak segala penyatuan yang telah YAB Perdana Menteri rancang dan mula laksanakan dengan baik dan teratur.

Kadang menjadi pemimpin ni, pening kepala juga dibuatnya. Dalam pada kita berjuang untuk nusa dan bangsa, perjuangan mempertahankan kuasa dan kepentingan jawatan peribadi mereka tetap juga merupakan agenda utama. Usaha melindungi kepentingan diri tetap juga diutamakan dan kekadang tu, melebih perjuangan untuk memertabatkan bangsa dan ugama. Banyak bukti mempamerkan kepada kita bahawa dalam kebanyakan hal, kepentingan peribadi lebih utama kepada sesetengah pemimpin daripada kepentingan perjuangan bersama. Bila berpidato, tahupun itu adalah satu kesalahan dan meminta agar rakyat dan pemimpin lain tidak bersikap sedemikian. Tetapi jika kena batang hidung sendiri, ia menjadi mengelabah dan tak tentu arah.

Sekarang ini parti komponen BN mempunyai agenda kearah menentukan hidup mati parti, terutama menjelang pilihanraya ke 13 kelak. Jika sikap dan sifat buruk masih menghantu kebanyakan pemimpin peringkat sedarhana seperti Wakil Rakyat dan pemimpin negeri, jangan salahkan rakyat bila nanti kalah dalam prk ke13.

DATO' SUHAILI GUGUR JAWATAN KETUA UMNO BAHAGIAN LABUAN

BERITA TERKINI TERSEBAR DARI UMNO ONLINE BAHAWA YBHG DATO SUHAILI ABDUL RAHMAN TELAH GUGUR DARI JAWATAN YANG DISANDANGNYA IAITU KETUA UMNO BAHAGIAN LABUAN.

cUMA SAYA HAIRAN BAGAIMANA HUKUMAN GUGUR JAWATAN DIAMBIL SEDANGKAN MAHKAMAH BELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN SAMADA DATO' HAJI SUHAILI BERSALAH MAUPUN TIDAK.

Selasa, 14 April 2009

SITUASI DI LABUAN SEMAKIN BERCELARU.

Sebaiknya saja Yang Berbahagia Dato' Haji Suhaili Abd. Rahman, Ketua UMNO Bahagian Labuan ditahan SPRM malam kelmarin dan dua hari suntuh berhadapan dengan mahkamah di Kota Kinabalu bagi menghadapi tuduhan menipu bank sekitar 13 tahun yang lalu, situasi politik melayu Labuan, yang nampak tentang telah mula bergolak kembali. kehebatan mengenai berita tersebut tersebar meluas dimerata-rata tempat di Wilayah Persekutuan dan merupakan satu cerita yang paling terpanas dalam minggu ini.
Bagaimanalah halnya dengan semua Ketua-Ketua Kampong yang selama ini bermati-matian menyokong Yang Berbahagia Dato' Haji Suhaili Abd Rahman dan membelakangkan Yang Berhormat Datuk Haji Yussof Haji Mahal, Wakil Rakyat Barisan Nasional mereka?. Yang Berbahagia Dato Haji Suhaili Abdul Rahman adalah mantan Wakil Rakyat Barisan Nasional di Labuan dan dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian baru-baru ini, beliau masih kuat dan masih mampu mempertahankan jawatannya selaku Ketua UMNO Bahagian dari direbut oleh Yang Berhormat Datuk Yussof Haji Mahal. Sokongan kuat dari seluruh Ketua Kampong di Labuan yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan, menjadi penyebab utama kejayaan beliau mempertahankan jawatannya..
Yang Berbahagia Dato' Haji Suhaili Abd Rahman memperolehi kekayaan harta sebelaum beliau bergelar Yang Berhormat. Dengan kata lain kekayaan yang beliau perolehi itu bukanlah kerana jawatan Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat kerajaan yang disandangnya. Sejak beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, banyak kejayaan telah dikecapi oleh Perbadanan Labuan. Yang saya kira jika pemimpin lain yang duduk dijawatan tersebut, apatah lagi jika seorang yang pengalamannya hanya sekadar pegawai kerajaan, sudah tentu tidak sehebat Dato Haji Suhaili dalam membangun Perbadanan Labuan. Selaku Pengerusi Perbadanan Labuan, seorang yang dilantik mestilah bijaksana dan kuat kerja bagi membangunkan Labuan serta penduduknya dari segi ekonomi dan fuizikal serta modal insannya. Seorang pemimpin politik sangat tempatan sangat sesuai duduk dijawatan tersebut kerana dengan terlantiknya seorang pemimpin politik tempatan, komitmennya kepada Labuan dan rakyat Labuan akan lebih serius dan kukuh serta bersungguh-sungguh. Saya kira YB Datuk Haji Yussoh Haji Mahal, selaku Wakil Rakyat Labuan sangat layak dilantik ke jawatan tersebut.
Beberapa perjumpaan diantara Yang Berbahagia Dato Haji Suhaili dengan penyokongnya telah diadakan, lebih-lebih lagi dengan Ketua-Ketua Kampong yang juga merupakan Ketua Cawangan UMNO dan sebahagiannya Ahli Jawatankuasa Bahagian. Saya mengambil kesempatan bersembang dengan kawan-kawan diberbagai tempat samada di kedai-kedai kopi maupun di Surau serta Masjid mengenai berita panas tersebut. Kebanyakkan ahli dan penyokong kerajaan tidak membantah dengan keputusan yang dibuat oleh SPRM mengenai penahanan tersebut. Bagaimanapun mereka rata-ratanya sedikit terkilan kenapa sekarang baru diambil tindakan dan bukan 13 atau 12 atau 11 atau 10 tahun yang lalu, ketika kejadian penipuan tersebut berlaku. Kenapa SPRM yang harus mengambil tindakan dan bukan Bank yang kena tipu itu?
Saya hanya menyerahkan hal ini kepada ketentuan Allah SWT. Yang pasti selain Mantan YB Labuan Datuk Abdul Mulok, seorang lagi orang kaya melayu tersembam dan tersungkur jatuh. Maka saya kira telah berlaku dengan drastik pengurangan dari masa kesemasa orang kaya melayu yang menjadi mangsa suasana politik negara. Dato' Haji Suhaili telah menjadi "kambing Hitam". Satu nasihat kepada beliau, anggap sajalah ini satu pengorbanan kepada bangsa dan negara demi survival UMNO. Apakah ini satu kesilapan SPRM atau kesilapan Dato Haji Suhaili? masa akan menentukan.
Tidak kurang yang ketawa besar mendengar berita hangat ini.

Isnin, 13 April 2009

Apakah suasana kacau bilau di Thailand satu tauladan yang harus diikuti????

Suasana kacau merba dinegara Thailand sejak kebelakangan ini timbul hasil perasaan tidak puas hati rakyat dan pemimpin pembangkang keatas pengurusan pentadbiran negara oleh kerajaan yang memerintah. Pendek-katanya dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, rusuhan seperti itu diberikan kebenaran dan disahkan. Ini mengundang persoalan diminda setiap daripada kita, rakyat yang sukakan keamanan dan keselesaan. Apakah suasana kacau seperti itu elok untuk diamalkan oleh pemain politik dan bangsa Malaysia kita? Persoalan yang palin ekstrim ialah, apakah sistem demokrasi yang membenarkan perlakuan rusuhan seperti itu masih relevan lagi dalam negara dunia diketika ini? Rakyat didunia ini nampaknya telah mula terkeluar dari asas dan dasar demokrasi yang sebenarnya. Jika diumpamakan seperti 'pisau yang tajam', sepatutnya pisau digunakan untuk menghiris bawang, timun, limau dan sebagainya. Tapi kini di Thailand ia telah digunakan untuk membunuh manusia dan merosakkan segala apa yang telah selama ini dibina dengan jayanya. Pendeknya walaupun pisau yang tajam itu memberikan manafaat kepada kehidupan seharian kita, ia juga boleh membawa mudarat jika ianya disalahgunakan. Demikian jugalah dengan demokrasi. Demokrasi adalah sistem buatan manusia yang secara logiknya boleh juga digunakan untuk mendatangkan mudarat kepada keamanan dan keselesaan kehidupan manusia. Thailand sebagai satu contoh yang nyata.

Rakyat Malaysia, jika inginkan suasana rusuhan yang menimbulkan kemudaratan kepada keselesaan kehidupan rakyat, berkembang meluas kenegara ini, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang, kecuali minda dan fikiran anda yang rasional yang dapat membedakan antara perlakuan yang memudaratkan atau perlakuan yang mendatangkan manafaat.

Saya melihat keberkemungkinannya untuk berlaku suasana di Thailand, dalam negara Malaysia ini sangat terbuka luas. Sejak kebelakangan ini ramai pemain politik negara tidak merasakan suasana di Tahiland itu sebagai satu pengajaran yang patut ditauladani dan dijauhi dari merebak ke sebelah sini. Ombak-ombak kecil kekacauan telah bermula disana sini dalam negara kita. Rakyat terbawa-bawa dengan emosi apabila bermain politik kepartian. Padahal sebenarnya demokrasi tidak sekali-kali menggalakkan perlakuan rusuhan dan demonstrasi yang sedemikian. Ianya hanyalah propaganda barat yang propaganda pihak yang tidak suka kepada kita, yang ingin melihat negara kita berada dalam situasi yang tidak sihat seperti itu. Hanya kita yang tidak rasional dan bodoh dalam memahami suasana, dan dapat dipermainkan oleh mereka seenaknya. Padahal kita terdiri dari individu-individu yang berilmu tinggi dan berbudaya lemah lembut dan bersopan santun.

Hebatkah kita jika kita mampu menggerakkan rakyat massa untuk memberontak seperti di Thailand itu?. Membakar segala harta benda yang ternampak oleh kita atas semangat demokrasi dan keadilan sejagat? Atas semangat hak kesamarataan dan Hak asasi manusia? Ini kah cara dan pendekatan yang bermaruah dan berintegriti tinggi yang saban hari dilaungkan oleh pemimpion yang kononnya prihatin kepada permasalahan rakyat?

Sedarlah dari sekarang bahawa semua itu adalah khayalan semata dan jika ia menjadi kenyataanpun, tidak ada sesiapa diantara kita yang akan beroleh keberuntungan daripadanya. Malah kita akan menjadi negara yang semakin kebelakang dari segi keharmonian dan kemajuan dunia dan akhirat. Apatah lagi semua cita-cita bangsa Malaysia akan berkubur bersama ketidak rasionalan berfikir rakyat massa yang di"batu-api"kan oleh pemimpin yang langsung tidak bertanggungjawab.

Kepada generasi muda belia, berfikirlah dengan rasional dan waras, jangan mengikut kata hati yang berpangkalkan godaan syaitan dan iblis, yang ingin melihat negara kita kacau bilau. Usaha sebenar kita untuk mengenengahkan bangsa kita kemercu kegemilangan diatas muka bumi ini akan terbantut dengan tindakan tidak rasional dan tidak berakhlak seperti ini. Sekalipun kita mendakwa kita bijaksana dan memiliki ilmu setinggi gunung Kinabalu.

Zaman kini bukan lagi menggunakan senjata atau tulang empat karat kita untuk mencari kemajuan diri dan masyarakat. Yang ini anda semua mengetahui. Yang kita perlukan ialah kerasioanalitian dalam membuat sebarang keputusan peribadi dan kumpulan. Akhirnya pencapaian matlamat menjadi penentu ukuran tindakan setiap daripada kita. Namun yang tetap pasti apapun pencapaian kejayaan yang kita capai, tools yang kita gunakan dan kaedah yang kita aplikasikan, tidak dengan cara seperti yang berlaku di Thailand itu. Banyak cara dan kaedah bijaksana yang anda semua pelajari dalam pusat-pusat pengajian tinggi. Gunakanlah sebaiknya.
Cara dan pendekatan rakyat Thailand adalah acara dan kaedah zaman batu. Konon hebat ilmu terkini, tetapi kembali kezaman datuk nenek dalam membuat sebarang keputusan.

Jangan terlalu terbuka, Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Apapun takde!!!

Saya penuh keyakinan, selain gulungan muda dan gulungan pendesak dari kaum bukan bumiputera, samada kaum India maupun Cina, Gulungan dewasa dan "lama" dari kalangan melayu dan bumiputera memerhati dan melihat dengan serius perkembangan politik dan tindakan Datuk Seri Najib dan kabinet beliau sejak kebelakangan ini. Sehingga kini mereka melihat bahawa belum ada satu suarapun, samada dalam media cetak, elektronik dan media alternatif ini yang mengingatkan kerajaan tentang, jangan alpa kepada mereka yang dewasa dan "lama" ini, terutama dalam membuat dasar dan strategi bagi mendapatkan balik 2/3 majoriti di parlimen dalam pru ke 13 kelak.

Apa yang kita bimbangkan, usaha mengejar sokongan gulungan muda dan masyarakat kaum bukan bumi, menyebabkan masyarakat dewasa bumiputera akan "jauh diri" dan akan mengambil tindakan sesuatu yang tidak kita duga. Jika mereka ini diketerbelakangkan, tindakan paling senang mereka buat ketika pru ke 13 ialah "tidak turun membuang undi". Tindakan ini sudah cukup mengelam-kabutkan pucuk pimpinan yang ketika ini asyik menjaga hati dan perasaan serta kemahuan dan desakan gulungan muda dan gulungan bukan bumiputera.

Semua maklum bahawa kekuatan UMNO dan BN mengantung kuat kepada sokongan melayu dewasa dan "lama". Jika mereka terasa terbiar, jangan menyesal dikemudian hari.

Kerajaan kenalah menggunakan pendekatan yang sangat bijaksana dan jangan sekali-kali menganggap bahawa gulungan dewasa boleh bertolak ansur dan mengalah diri selama-lamanya.
Gulungan dewasa, jika dah merajuk diri, sangat susah untuk dipujuk. Saya kira ibu pejabat UMNO hendaklah peka akan suasana ini dan jangan sampai nasi sudah menjadi bubur. Akibatnya sekali lagi panat akan berbunyi selepas rumah tersergam indah berdiri.

Ahad, 12 April 2009

Wakil Kaum Cina Ramai dalam Kabinet????

Apa maksudnya wakil daripada kaum Cina bilangannya ramai yang terlantik dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini?

Mungkin jawapannya ialah, menunjukkan tentang keprihatinan Kerajaan BN kepada komuniti kaum Cina dalam pentadbiran negara ini. Bahawa dalam pemerintahan negara ini kerajaan BN tidak sekali-kali melupakan akan kebajikan dan perkhidmatan kaum tersebut dalam arus pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini. Yang jelasnya MCA, selain 4 Menteri penuh, juga terlantik 5 Timbalan Menteri dari parti tersebut. Selain itu Gerakan juga diperuntukkan seorang Menteri penuh dan tak silap saya 2 orang Timbalan Menteri. Wowwww!!!Satu angka yang menunjukkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO ini tersangat prihatin dan adil kepada kaum-kaum yang asalnya datang ke Tanah Melayu ini dengan tongkang-tongkang penjajah yang dipenuhi dengan segala kekotoran dan tikus-tikus liar dan menjijikkan.

Apa macam????Puas hati????atau nak tambah lagi sehingga TPM juga mesti datang dari kaum Tionghua? Sedang dalam masa yang sama saya terpaksa mengajukan persoalan ini kepada komuniti kaum Cina. Apakah anda, majoritinya telah mengundi BN dalam PRK di Selambau dan Bkt Gantang? Fakta menyatakan bahawa majoriti anda tidak menyokong BN dalam PRK di dua kawasan pilihanraya tersebut.

Bukan begitu caranya sikap yang harus kita tunjukkan bila kita bergabung dalam sebuah Komponen BN. Bukannya bertindak menikam dari belakang. Bukan tahu kenyang saje, tapi bila tang memberikan bantuan, mampus tak mahu. Tak malukah? Saya suka jikalau Tan Sri Kho Khsu Koon atau Ong Kah Teng menjawab segala persoalan dibawah ini.

Sejak kemerdekaan kita capai, banyak fakta-fakta menyatakan bahawa kaum cina ramai tidak memberikan undi mereka kepada BN. Lebih-lebih lagi dikawasan majoriti kaum Cina. Bertambah-tambah lagi sejak kebelakangan ini bila Bangsa Melayu dalam keadaan perpecahan dan pertelingkahan teruk. Mungkin inilah masanya kaum Cina menumbangkan gagasan politik Bangsa Melayu. Inilah masa yang terbaik bagi mereka mengambil peluang yang keemasan ini. Dalam konteks ini tentunya MCA dan Gerakan bukanlah pilihan hati orang-orang Cina. Maka beramai-ramailah Cina mengalih-arahkan sokongan dan undian mereka kepada parti pembangkang terutamanya DAP.

Kekayaan yang Kaum Cina perolahi semasa dibawah kepimpinan BN langsung tidak diambil sebagai satu ukuran dalam memberikan sokongan. Kebebasan untuk mencari kekayaan dan memiliki kuasa bersama bangsa melayu dan lain-lain kaum dalam BN, langsung bukan ukuran penentu sokongan. Yang utama mereka mesti menjadi kaum yang lebih berkuasa dari bangsa melayu itu sendiri. Maka kerana itu sokongan mereka kepada pembangkang semakin bertambah kuat dan jitu. Mereka dengki dengan keadaan politik di Singapura dimana Negara Pulau tersebut telah mereka miliki sepenuhnya dengan orang melayu diPulau tersebut menjadi hina dan jijik dalam pandangan masyarakat Cina Singapore.

Kerajaan Datuk Seri Najib mestilah maklum akan keadaan dan kebermungkinan seperti ini. Tidak boleh terlalu banyak berkorban, kerana mereka tidak akan menjadikan ianya satu iktibar dalam menentukan sokongan mereka.

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Islam! Hidup Kesultanan Melayu! Hidup Hak Istimewa Bumi!!!!!