SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 3 Jun 2010

PALING KUAT MENGECAM, MENDESAK, MEMAKI, TETAPI AKHIRNYA MASIH TAK MAMPU BUAT APA-APA!!!

Jangan lemah semangat jika tajuk saya berbunyi demikian rupa. Langsung saya tidak berniat untuk memperkecil-kecilkan masyarakat dunia pada ketika ini. Saya sangat berbangga dengan tindakan 12 rakyat Malaysia yang turut atas kapal tersebut sehingga diserang oleh Komando Israel yang laknat itu. Tentu sekali mereka sedar bahawa pada masa tersebut mereka tengah bergadai nyawa. Tentu mereka tahu yang rupa-rupanya mereka langsung tidak takut mati. Inilah yang dikatakan oleh orang-orang melayu lama...tidak takut mati. Dalam islam, jika mati, ini dikatakan "mati Syahid". Orang seperti inilah yang dijanjikan oleh tuhan akan sebuah syurga yang dibawahnya terdapat alir-alur sungai yang sejuk dan nyaman. Bidadari yang cantik-cantik menunggu dengan pernuh setia. Dan akan kekal bersendaloka didalamnya hingga bila-bila.

Israel hanyalah sebuah negara kejam yang senjaga diletakkan ditengah-tengah Islam Arab untuk menjadi dugaan kepada keimanan manusia. Samada mereka tahu apakah tugas sebenar mereka dilahirkan diatas muka bumi ini. Jelas sekali rakyat Malaysia yang 12 orang itu penuh dengan rasa sedar ini. Bahkan mungkin mereka berdoa agar mati syahid didalam perjuangan menegakkan syiar islam itu.

Rakyat Malaysia, sah dan memang dapat diakui secara bersurat berjuang tanpa mengira agama dan bangsa. Samada ianya India, Melayu, Cina dan sebagainya, semuanya menunjukkan rasa benci dan marah kepada tindakan kejam regime Israel tersebut itu. NAMUNNNNNN...yang dapat kita buat hanyalah menggunakan lidah kita dan tangan kita semata. Juga otak kita. Ianya nampaknya tidak kemana. Bila menyentuh soal peranan USA, hati kita terhenti hanya sekadar dekat situ sahaja. Seluruh Dunia, tidak terkecuali Amerika Selatan, Australia, Eropah, Asia dan dunai Arab...semuanya tunduk dan melihat sepuluh jari kaki bila berbicara akan peranan yang diaminkan oleh USA sebagai rakan karib Israel Laknat itu. Hatta ialah Profesorkah atau yang bergulung-gulung ijazahnya, yang juga membawa erti kebijaksanaan...namun dalam soal ini semuanya tidak mampu berfikir bagaimana menjarakkan USA dengan Israel laknat itu.

Jikalau Israel boleh bertindak kejam. Tidakkah masyarakat dunia juga BOLEH? Begitu susahkah untuk mengepong Israel itu???Ia bukan sebuah negara yang besar yang kita terpaksa berbelanja banyak untuk membeli pagar berduri!!!!atau simen / konkrit sebagai pagar kekal.
Saya hanya sekadar manusia kerdil dan bodoh yang mencadangkan Israel dipagar dengan buluh runcing. Mungkin terdapat dalam dunia ini atau Malaysia ini, yang pintar dan bijaksana yang mampu memagar Israel dengan bahan binaan yang lebih canggih. Umpamanya selain Israel, juga mampu memagar minda dan Fizikal USA sehingga bersetuju untuk mengenakan boikot bersama kita terhadap Israel kejam laknat itu.

PBB umpama kerbau dicucuk hidungnya oleh USA.
Mesir seperti perepuan simpanan lagaknya kepasa Israel & USA.
Bagaimana dengan Arab Saudi???
Kuwait???Jordan???
Atau Sdr Saharuddin?????
Atau Sdr Al Maliki????
Atau Usama bin Laden???
Atau Tun Mahathir Mohamad yang hebat itu???
Atau Idi Amin???

Aku sebenarnya dengki bila melihat akan kehebatan ke 12-12 orang Malaysia itu.
Jika ada peluang ingin rasakan aku menghabiskan sisa-sisa azab duniaku dengan berbakti kepada kaum seganma dengan ku...Semoga Shayidku sama seperti mereka.

Selasa, 1 Jun 2010

USA!!!MARTABATNYA SEMAKIN JAUH MENURUN.

Tindkan Israel menyerangkan komboi membawa bantuan ke Gaza baru-baru ini sangat biadab, jahat, kejam dan membelakangkan undang-undang manusia antara bangsa. Dalam masa yang sama "Polis Dunia" berdiam diri tanpa sepatahpun komen atau tindakan balas yang menuju kearah menjernihkan suasana dan mengambil sebarang tindakan yang hampir sama seperti yang mereka ambil kepada Republik Negara Iran.

Saya menilai perkara ini sangat senang dan mudah. Selagi USA memberi muka kepada Israel, selagi itulah negara kejam tersebut membuat tindakan yang tidak memperdulikankan moral adab dunia masa kini. Oleh yang demikian itu USA saya anggap gagal meminkan peranan yang rata-rata masyarakat antarabangsa harapkan. Oleh itu apakah negara tersebut masih layak memainkan tugas dan tanggungjawab tidak resmi itu?

Dunia sekarang ini dipantau oleh sebuah negara yang tidak tahu soal keadilan sejagat. Sebuah negara yang mengawal dunia ini berlandaskan kronisma dan nepotisma. Sebuah negara yang hanya berpihak kepada kawan-kawannya sahja, meskipun kawannya itu jahat, kejam dan suka menceroboh negara lain. Mungkin agak keterlaluan jika saya kata USA tidak tahu soal keadilan sejagat. Jika saya kata mereka mengetahuinya, buat apa hanya sekadar tahu, tetapi dalam sebarang tindakan tidak diaplikasikan oleh mereka.

Mana dia mereka yang bergelar Paderi di USA itu? Mana dia mereka yang bergelar alim ulama di USA itu? Mana dia mereka yang bergelar manusia pencinta alam di Amerika itu? Kenapa membiarkan tangan-tangan kotor menguncang dunia????Anyhow usiaku sudah menjelang senja...pergi mampuslah dunia kejam ini. Aku disini hanya sementara. Menunggu waktuku kembali kerahmatullah jua. Disama aku kekal abadi. Mungkin juga disana nanti...aku menerima hukuman illahi. Bayangkan apa hukuman yang bakal diterima oleh Obama dan Natanyahu!!!!!

Ahad, 30 Mei 2010

PUSINGAN PERTAMA...harap ianya pusingan TERAKHIR!!!

Bolehlah dikatakan pusingan kekacauan yang berlaku dalam UMNO tahun 2008 dan awal tahun 2009 telah reda sepenuhnya dengan usaha dan kecekalan Presiden parti ketika ini ( YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ) memulih dan mengembalikan legasi parti tercinta itu. Begitu juga dengan kacau bilau didalam parti kedua terbesar ( MCA ). Harapan kita pemilihan Ms Chua Sui Lek adalah pemilihan yang jujur dan ikhlas dari para perwakilan dalam persidangan MCA yang agung itu. Jangan sesekali terdapat makna dan maksud serta motif yang tersembunyi disebalik permilihan Presiden baru MCA itu. ..."Nak melemahkan pentedbiran sesbuah organisasi sangat senang, yakni pilih saja seorag separuh tiang sebagai Pengerusinya. Nescaya perjalanan sesebuah organisasi itu akan menjadi tak tentu keruan"...Sama-samalah kita berharap Chua Sui Lek akan berhasil menjadikan MCA sebuah parti yang benar-benar mewakili kaum cina dan parti komponen BN / Kerajaan Malaysia yang memerintah.

Kini MIC pula yang tidak menentu langkah dan perjalanannya. Begitu ramai anak-anak buahnya yang mahu Presiden Parti mengundur diri segera. Walaupun Tua n Sammy Vellu berkali-kali menjelaskan beliau akan mengundur diri pada tarikh yang telah ditetapkan ( tentunya sebelum PRU ke 13 akan dtg ), namun mereka yang muda-muda ini, juga setengahnya yang tua-tua masih mahukan Samy Vellu berhenti segera. Entah mengapa..agaknya kaum India dah boring dengan beliau. Kata Tun Mahathir...jika dah nampak orang tak suka kita...mengundur dirilah segera. Namun Samy berdegil untuk berhenti pada tarikh yang beliau rasa sesuai. APAPUN KEPUTUSAN KAUM INDIA, JANGAN SAMPAI MIC TERKORBAN DAN AKHIRNYA MEMBERI IMPAK BESAR DAN SANGAT NEGATIF KEPADSA BARISAN NASIONAL!!!!

Sekarang ini sudah genap ketiga-tiga parti dalam komponen parti perikatan itu sudah mengalami krisis yang maha hebat dan sangat besar. Harapan rakyat Malaysia cukup-cukuplah tu. Jangan berulang lagi dan hendaknya berhenti setakat ini sahaja. BURUK PADAHNYA NANTI.!!!!!