SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 19 April 2009

BN takut kalahkah?

Panas diperbincangkan samada dalam media persuratkhabaran, media elektronik seperti Televisyen atau Radio, Hebat diperbincangkan didalam media alternatif seperti blog dan Face Book mengenai persoalan samada Kerajaan Barisan Nasional perlu ikut serta meletakkan calunnya dalam prk di kawasan dewan undangan negeri Penanti kelak. Dapat kita perhatikan dimana penyokong BN nampaknya mencuba sedaya upaya untuk menyokong saranan PM yang seolah-olah memberi isyarat bahawa BN tidak akan ikut serta didalam prk di Penanti itu nanti, Walaupun sebarang keputusan samada untuk ikut serta atau tidak mamsih belum dibuat lagi oleh Pengerusi Barisan Nasional, dimana setakat ini beliau mahu mengumpulkan semua pemimpin BN terlebih dahulu dan mendengar pandangan drp mereka.

Mantan PM, Tun Dr Mahatir telah memberikan komentar beliau, dimana mengikut beliau adalah lebih elok jika Barisan Nasional meletakkan calunnya dalam prk tersebut. Selain ianya sebuah parti yang besar dan memerintah negara, rakyat Penanti yang menyokong BN juga akan rasa terkilan jika Barisan Nasional takut untuk menghadapi pihak lawan semasa prk itu kelak.

MIC dan MCA akan sentiasa patuh dengan keputusan pucuk pimpinan BN dan samada bertanding ataupun tidak mereka akan memberikan sokongan diatas keputusan Pengerusi BN itu nanti.

Now,
macamana pandangan kita?
Apakah kita bersetuju BN tidak meletakkan calunnya dalam prk Penanti? atau sebaliknya.
Peluang adalah 50/50 kerana samada PKR maupun BN, pernah memperolehi kemenangan dikawasan dewan undangan negeri tersebut. Pilihanraya kecil ini ia juga menjadi kayu ukur samada pendekatan yang dilaksanakan Datuk Seri Najib sejak bergelar Perdana Menteri ini diterima rakyat ataupun rakyat masih berteka teki. Atau sama ada rakyat Penanti masih memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh PKR atau Ahli Dewan Undangan Negerinya( Fairus ) yang melakukan kesalahan yang serius. BN juga boleh nampak jikalau masyarakat Cina dan India masih menerima MIC dan MCA atau GERAKAN ataupun mereka hanya menganggap parti-parti tersebut hanya sebagai sebuah sejarah semata.

Kesimpulannya banyak yang dapat dipelajari oleh kepimpinan BN jika ikut meletakkan calunnya dalam prk Penanti tersebut. Walaupun kita berbelanja banyak wang untuk menjalankan prk tersebut, namun yang bersalah dalam hal ini ialah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan Barisan Nasional dan Datuk Seri najib Tun Razak. Semua kita telah maklum apakah sebab musebab Anwar Ibrahim mengarahkan Fairus meletakkan jawatannya selaku ADUN Penanti dan Ketua Meneri 1 Pulau Pinang. Dan rakyat juga tahu dalam masa yang sama Elizabeth diberikan keistimewaan untuk tidak meletakkan jawatan dan berterusan hidup selaku pemimpin dalam parti beliau. Sepintas lalu dapatlah saya katakan, bukan kemenangan yang merupakan agenda utama BN, tetapi melihat reaksi rakyat dan momentum sokongan pengundi kepada BN setelah Datuk Seri Najib bergelar Perdana Menteri. Jika Di Kuantan dan Pekan menjadi ukurannya, sudah tentu anda maklum bahawa BN masih memiliki taring yang tajam dan mampu sekali lagi memenangi pilihanraya umum pada sekita tahun 2013 atau 2014 kelak.
Di Pulau Pinang, apakah momentum sokongan akar umbi sama seperti di Kuantan, negeri asal kelahiran Najib? Saya yakin BN akan dapat menambahkan kerusi DUN nya drp 11 kepada 12 di Pulau Pinang nanti dan ini kerana BN akan memenangi DUN Penanti.

Mesti ramai rakyat yang akan mengatakan BN penakut dan tidak ramai kalangan rakyat yang akan memikirkan cara kepimpinan BN berfikir. Saya kira pada waktu ini kita kena mengotakan konsep "1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Hasil diUtamakan". Jangan mengikut kata pemimpin sahaja, tetapi juga ikutlah kemahuan rakyat khususnya rakyat Penanti yang ingin membuktikan bahawa mereka selama ini telah mengubah kembali sokongan kepada kerajaan BN.

Semoga Pemimpin Barisan Nasional berjaya memujuk Datuk Seri Najib agar bersetuju meletakkan calun di Penanti dalam prk ini. Dengan yang demikian, rakyat Penanti akan dapat membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang salah dan silap dan sepak terajang politik bangsa dan negara. Kononya nak membela bangsa tetapi sebaliknya menghancurkannya. Rakat Penanti sudah tebntunya tidak sabar untuk menyingkirkan PKR dari kawasan pilihanraya mereka. kalau nak tahu, inilah ketikanya semasa PRK ini.