SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 21 Februari 2010

Buang Yang Keroh...

Dah dah le tu. Buanglah segala yang keroh membawa maksud kita buang segala persengkitaan sesama bangsa kita sehingga kesaat ini. Buanglah sikap buruk memburukkan antara kita. Buanglah sikap memfitnah antara kita. Buanglah sikap ego diantara kita. Buanglah sikap tamak kuasa dan harta sebilangan daripada kita. Buanglah taksub kepada parti yang sangat berlebih-lebihan diantara kita. Jangtan diantara kita terlalu bersikap radikal sehingga merosakkan nilai-nilai dan budi bahasa kita bangsa melayu sejak sekian lama.

Dah Dah Le Tu.
Dah berpuloh-puloh tahun PAS dan UMNO bersengkita kerana kononnya sebuah perjuangan yang suci dan murni untuk "bangsa, agama dan negara". PAS maupun UMNO tetap akan memperjuangkan perkara yang sama, namun mereka berlainan landasan dalam memperjuangan misi tersebut. Apakah yang telah kita banggakan? Jika tidak kerana UMNO memperolehi kemenangan demi kemenangan pada setiap kali PRU, tentunya perjuangan hanya tinggal perjuangan sahaja. Islam entah semana, bangsa entah kemana dan negara telah ditadbir oleh siapa? PAS masih juga berkeras mengatakan ianya sebuah parti islam, berjuang untuk islam dan ingin mendirikan sebuah negara islam. Tapi apa yang telah terjadi? Negeri Kelantan yang diperintahnya selama hampir 20 tahun adalah sebuah negeri yang paling jarih ( miskin ) dalam negara Malaysia ini. Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO, walaupun telah banyak membantu dari segi pembangunan duniawi, namun negeri tersebut masih lemah untuk melonjak naik melebih Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor. Bahkan dengan Perlispun Kelantan masih tidak mendaya mengatasinya.

Dah Dah Le Tu.
Alangkah baiknya jika segala keegoan dan sikap radikal demokrasi itu dihakis dari sanubari pemimpin PAS dan bersatu semula sekarang dengan UMNO bagi mempastikan Melayu mampu duduk diatas untuk mengatur bangsa seiring dengan kaum Cina dan India yang nyata sekali terus kedepan tanpa hirau kiri dan kanan. Apakah yang melayu dapat setelah lebih 40 tahun bersengita? Jika salah langkah 2013 bangsa ini akan kecundang didalam negaranya sendiri. Melayu adalah orang asal negara ini. Pandai-Pandailah menjaga diri.