SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 16 Disember 2009

Separuh Agenda Memusnahkan Kesatuan melayu Oleh Penjajah British Hampir TERCAPAI!!!

Ramai orang melihat dari sudut ini. Mungkin ada kebenarannya. Bahawasanya PAS sengaja ditubuhkan suatu ketika dulu dari serpihan UMNO bagi meneruskan agenda "pecah dan Perintah" Penjajah British keatas Bangsa Melayu di Tanah Air. Kekuatan perpaduan Bangsa melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan sekitar tahun 1940an hingga 1950an itu tersangat mantap sehingga penjajah Britih sangat sukar mematahkannya. Penjajah British juga sangat faham tentang "kesayangan" melayu kepada agamanya dan untuk agamanya itu, Melayu sanggup menghunus keris mempertahankannya. Akhirnya British si Penjajah itu berjaya juga menimbulkan idea pemecahan dengan cetusan cadangan menubuhkan lagi satu parti bangsa melayu, yakni PAS dari tulang rusuk UMNO. Peringkat awal penubuhan dan sehingga 2007, PAS tidak segemilang sekarang ( selepas 2008 ). Kini kecemerlangan PAS telah memperlihatkan kepada kita akan kejayaan agenda penjajah British itu. Meskipun mengambil masa yang agak lama untuk menampakkan hasilnya, namun kejayaan agenda british itu membawa makna keruntuhan kesatuan atau perpaduan bangsa melayu. Sekarang ini orang melayu tidak lagi menganggap kesatuan atau perpaduan itu merupakan perkara utama lagi. Mereka terbawa-bawa dengan Matlamat "keadilan, kesamarataan dan Hak asasi manusia" yang selama ini ditambah rempah ratus keenakkannya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui PKRnya. DAP sememangnya sudah sekian lama menantikan perbalahan antara sesama Melayu, sebagai senjata untuk menjadi Pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Matlamat DAP ialah bagi meneruskan agenda perjuangan PPP di Singapura. Suatu masa akan datang, dengan kekuatan ketiga parti pembangkang itu, tidak lagi ada istilah melayu menjadi tulang belakng kepimpinan negara. Malah yang akan ada ialah melayu akan semakin jauh terpelosok keluar-luar kota. Jika yang berada dalam kotapun, hanya bekerja sebagai peon dan pemandu sahaja. Rasa hati ini, rasa naluri ini memangnya benar dan benar belaka, bila melihat akan sepak terajang politik melayu dan PAS ketika ini. Bagaimana Nizar bertindak laku dan arena politik Perak dan negara boleh membuktikan senario tersebut. Tindakan DSAI dalam beberapa hal juga dapat dijadikan sebagai batu asas pemecahan kesatuan bangsa melayu. Dalam banyak tindakan DSAI, beliau tidak mempertimbangkan samada ianya menghancurkan kesatuan bangsa ataupun tidak. Pada DSAI, yang penting ialah samada ia boleh bertahan dalam agenda kepentingan politik peribadinya ataupun tidak. Jika "menjilat" jutawan Yahudi itu boleh mampu membantu agenda politik beliau, maka beliau akan melakukannya tanpa berfikir panjang. Apakah sikap permusuhan Nik Aziz dengan UMNO itu baik untuk perpaduan kalangan bangsa melayu islam ini? Jawapannya tentulah TIDAK!!!!Bahkan proses kehancuran bangsa akan menjadi lebih cepat. Oleh itu rakan-rakan sebangsa, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan sendiri, samada perpaduan yang pentingkah atau sebaliknya. Belum pernah terjadi mana-mana bangsa didunia ini, maju jika perpaduan ditolak ketepi. Sebaliknya negara atau bangsa yang seperti itu akan hilang ditelan zaman. Fikir-fikirkanlah.

Isnin, 14 Disember 2009

UMNO JUARA RAKYAT!!!!!!!!MEMANG BENAR!

Tidak lain melainkan itulah dia. UMNO sememangnya ialah JUARA KEPADA RAKYAT!!!!
Parti apakah yang selama ini yang telah mengangkat Melayu kemercu kejayaan seperti yang kita lihat pada masa ini?
Jawapannya UMNO.
Tentu sekali bukan PAS atau PKR yang dari masa kesemasa menjadi "pengacau" dan kadang-kadang "kain" yang dipakai UMNO "terlondeh" ditariknya dari belakang.
Parti yang berjaya memerintah negara ini sejak kemerdekaan, ialah UMNO.
Yang menjadikan Melayu memiliki ilmu dunia akhirat setinggi gunung Kinabalu @ Everest.
Parti yang diberikan kesempatan untuk membela nasib rakyat miskin Melayu samada di bandar maupun luar bandar.
Parti yang diberikan kesempatan untuk menjadikan Petronas terbilang dan cemerlang diperingkat antarabangsa.
Yang membantu Melayu dengan penubuhan berbagai agensi seperti:-
PNB, MARA, UDA, UKM, UITM, UIA, USM, Uni Malaysia Kelantan, Uni Malaysia Terengganu, UMS, UniMAS, FELDA, FELCRA, MARDI, LKIM, Persatuan nelayan, LEMBAGA pERTUBUHAN pELADANG, Dan berbagai-bagai-bagai-bagai-bagai lagi.
UMNO yang menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka.
UMNO yang menjadikan ramai anak-anak Melayu menjadi Doktor, Jurutera, Arkitek, Lawyer, dan bidang profesional lain.
UMNO yang menjadikan Malaysia sebuah negara Pengeluar kereta tersohor dimerata dunia ketika ini.
Malaysia melahirkan ramai ulamak semasa kepimpinan UMNO.
UMNO adalah pembela masyarakat Melayu/Islam di Selatan Thailand dan Selatan Filipina.
UMNO yang menjadikan Malaysia terkenal dikalangan negara islam dalam dunia.
APABILA UMNO TERPILIH SEBAGAI PENERAJU NEGARA, MAKA UMNO TELAH MEMPERLIHATKAN KOMITMENNYA UNTUK BERAKSI SEBAGAIMANA DIKEHENDAKI ALLAH SWT.
Siapa yang menjadikan seorang anak Petani miskin, kini telah menjadi jutawan?
Bukan UMNOkah???
Siapa menjadikan seorang anak Nelayan atau seorang anak Peneroka FELDA, kini bergelar Usahawan berjaya di Ibu Kota?
Bukan UMNOkah.
Bahkan Tan Sri Khalid Ibrahim juga anak hasil "made ini" UMNO!!!!
Kini tengah menikam UMNO dari belakang secara terang-terangan.
Bagaimanapun......
UMNO dipimpin oleh manusia biasa.
Yang tidak lekang dari salah dan silap...
Dalam menjalani tanggungjawab selaku Pemimpin mulia.
Diakhirat nanti tuhan akan membuat pertimbangan wajar.
Kepada pemimpin UMNO.
Malah sebenarnya kepada juga...Pemimpin PAS dan PKR.
Itu adalah kerja Allah SWT.
Kita diajarnya untuk tidak memperbesarkan "aib" mereka.
Malah berusaha membantu sebaik mungkin,
juga bersyukur dengan JASA yang selama ini UMNO berikan.
Jangan terbawa-bawa dengan amalan songsang yang dipergaruhi Barat.
Kerana tidak semua barat itu bersih dan putih.
Malah yang banyak mungkin...
Hitam lenggam dan hanyir!!!!!!