SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 15 Julai 2010

HARGA GULA NAIK LAGI!!!! HARGA RON 95??? HARGA APA LAGI AGAKNYA?

Bagitulah rasanya keluhan rakyat teramai dalam negara ini. Khusunya kaum ibu dan mereka yang memiliki dari jenis Kancil ke jenias Rolls Royce. Kenapa agaknya kerajaan terpaksa menaikkan harga barangan tersebut dikala mereka membutuhkan sokongan majoriti rakyat Malaysia dalam pru ke13, untuk meneruskan kepimpinan mereka dalam negara ini. Apakah mereka sewenang-wenangnya atau sekukanya menaikkan harga barangan tersebut atau mereka terpaksa berbuat demikian?
Untuk sejenak waktu ini, marilah kita memikirkan apa kah diantara sebab musebab kerajaan berbuat demikian. Yang pastinya dan sangat jauh dari logika pemikiran kita ialah kerajaan ingin meyusahkan rakyat. Kerajaan yang bertanggungjawab seperti BN tidak sekali-kali berlakukan tindakan yang menyusahkan rakyat dengan tidak menentu.
Atau ini kes perpencil yang tidak disengajakan.
Tentunya kerajaan memulas minda dan benak pemikiran tentang bagaimana cara dan kaedahnya untuk menjaga kewangan kerajaan disamping bertindak adil kepada rakyat negara ini. Tentuya setelah habis dipulas otaknya, maka barulah kerajaan berpuaS HATI DAN MENGUMUMKAN TENTANG KEBAIKKAN HARGA BARANGAN TERSEBUT.
Kerajaan boleh meneruskan pemberian subsidi minyak dan gula kepada rakyat. Namun kerana tidak sedemikian, menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan dana yang banyak sehingga menganggu pembangunan lain yang maha memerlukan juga. Perbelanjaan untuk membina infrastruktur, Belanja untuk membina sekolah, rumah-rumah ibadat berbagai kaum dalam negara ini, dan sebagainya, juga penting untuk dilaksanakan. Jika kita menghabiskan sebahagian besar perbelanjaan negara untuk subsidi, ia dirasakan sangat menganggu pembangunan disektur lain. Lagipun terlalu banyak memberi subsidi kepada rakyat juga tidak baik untuk jangka panjang.
Bagi pelaksanaan kebaikkan harga gula dan ron95 sebanyak 5 sen ini, seharusnya mendapat dokongan rakyat, dan tentulahlah untuk kepentingan mereka juga. Kepada mereka yang bertaraf milioner itu janganlah ikut serta meapikan suasana. Mereka sangat tidak berhak untuk meminta subsidi dari kerajaan. Bahkan seharusnya membantu kerajaan Bn yang selama ini memberi peluang kepada mereka menjadi kaya raya.
Yang seharusnya menjadi fokus Syarikat-Syarikat besar buat ketika ini ialah bagaimana caranya membantu kerajaan menikkan tangga gajhi pekerja agar matlamat untuk meninggikan pendapatan rakyat tercapai dalam masa yang singkat.

Rabu, 14 Julai 2010

JANGAN LAGI ADA "PEMBATU API". Persahabatan ikhlas antara UMNO-PAS mesti disokong demi survival umat!!

Kelmarin bunyi kbaharnya Datuk Nik Aziz telah memberikan "lampu hijau" kepada PAS untuk menrima pelawaan UMNO untuk berbaik-baik. Berita ini adalah yang paling baik pada dua tiga tahun kebelakangan ini, pada hemat saya. Apa tidaknya!, buat kali pertama Tok Guru itu menyatakan persetujuan ikhlas beliau untuk menerima pelawaan dari Pemimpin Pusat UMNO ini. Tentunya selepas drp ini akan disusul dengan rapi dan elok akan hubungan silatulrahim itu.
Tentunya juga majoriti umat islam melayu menyambut perkembangan sihat seperti ini dengan hati dan dada terbuka. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana keinginan mereka sudah separuh menjadi kenyataan.
Siapapun juga pemimpin umatr melayu islam ini..tidak ada yang jahat dan buruk jika kita tidak terlalu emosi. Hatta Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar kelantan, Presiden PAS itu, Datuk Seri Zahid dll,,,semuanya telah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan semampu mereka. Sebagai manusia, tidak dapat dinafikan mereka juga memiliki kelemahan dan kekurangan. Kekurangan yang terdapat pada mereka janganlah hendaknya dibesar-besarkan dan jika boleh disembunyikan keaiban itu seperti yang digalakkan dalam agama kitani.
Sungguh besar maknanya jika Pemimpin PAS dan UMNO berbaik-baik dan berbahagi pangkat serta kuasa pemerintahan negara. Tidak ada yang rugi bahkan semuanya berpuas hati. Untuk itu mereka seharusnya bermuafakat secara ikhlas. Buat segera dan jangan menunguu Pembatu Api mengambuil kesempatan dari usaha murni ini.

KERANA NAK JADI PM, ANWAR IBRAHIM SANGGUP MENGKHIANATI AGAMA DAN BANGSANYA SENDIRI.

Apa tidaknya! Kini beliau merupakan Perisik CIA dalam negara Malaysia ini.
Apa saya salahkah?Surat Khabar kata beliau merupakan tali barut Yahudi sedunia dalam negara ini.
Beliau juga dikatakan menerima sumbangan dana dari agensi-agensi Yahudi untuk meneruskan kesinambungan cita-cita politiknya sehingga tercapai.
Bila berceramah, Anwar Ibrahim sangat berbeza berbanding balasan dan pulohan tahun silam ketika beliau menjawat jawatan Presiden abim DAN tIMBALAN pRESIDEN umno DAN tIMBALAN pENGERUSI BN.
Agaknya sememangnya beginilah nasib kita selaku manusia ini.
Tidak ada maaf kepada kita yang sering melakukan kesalahan.
Kesalahan itu termasuklah Tamak, Terlebih Nafsu Seks, Gila atau terlalu ingin berkuasa, Angkuh, sombong, takabur dan sebagainya.
Mungkin agaknya bertimbun-timbun sudah news paper yang tercetak mengatakan keaiban mengenai anwar ibrahim.
Yang lawaknya, masih ramai mereka yang tidak percaya.
Dan maSIH MEMBERI RUANG DAN PELUANG KEPADA BELIAU untuk berkuasa.
Yang lawaknya mereka ini jika menulis, semuanya baik-baik dan menampakkan kewarakan masing-masing.
Jelas mereka ini masih tidor lena.
Bangunlah segera kerana anwar ibrahim itu tidak seperti beliau 20 tahun yang sudah.

Ahad, 11 Julai 2010

ANWAR IBRAHIM SEORG PENDERHAKA BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

Sebagai seorang pemimpin besar dalam negara ini, sungguh tidak patut Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak bersekongkol dengan Perisik Yahudi Antarabangsa yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu. Secara logiknya apakah alasan untuk kita masih memberikan ruang dan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini menjadi seorang Pemimpin di Negara Malaysia ini. Dalam pada seluruh rakyat negara ini begitu marah dan membenci Israel dan kepimpinannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kental berbaik-baik dan memainkan peranan bagi pihak lanun-lanun jahat itu dalam muka bumi ini. Dalam pada kita marah diatas tindakan Israel menahan Kapal Marmara di Lautan Mediterrinian dulu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha dengan wang ringgitnya dan kuasa kawan-kawannya untuk berucap di CNN atas agenda untuk berbaik-baik semula dengan tahyul-tahyul itu.

Kenapa kita masih tidak percaya dengan apa yang kita baca? kita dengar? dan kita lihat sendiri? Apakah pada rasa kita ini propaganda kerajaan BN semata-mata? Bahawasanya rupanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih tetapseperti ketika beliau menjadi Presiden ABIM dahulu. Bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim itu masih sama seperti ketika beliau menjadi Menteri Kewangan dalam Kerajaan BN dahulu? Kita sebenarnya mimpi disiang hari.

Apa yang istimewa sangat mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu? Sehingga kita sehingga titisan darah terakhirpun masih memberikan ruang dan peluang serta sokongan kuat kepada beliau? Dahpun beliau seorang kaki liwat, ditambah lagi dengan keseronokan beliau berbaik-baik dengan bangsa yang jahat dan bangsa yang sentiasa tidak ngam dengan negara islam dalam dunia ini.