SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 23 Disember 2009

Yang ini Macamana??? Campur Congak nak jadi PM!!

yang ini. Syiar liwat adalah!!!!!
Dahulu, Pak Hadi pernah mengeluarkan fatwa "mengkafirkan" melayu selain ahli PAS.
Saya tak nampak "aura" kepimpinan seorang mujahid diwajahnya.

Satu-satunya Ulamak yang berani mati mengatakan jahanam kepada UMNO, setelah hampir 60 tahun UMNO melalui ranjau-ranjau perjuangan menegakkan syiar islam dalam negara.
UMNO itu ahlinya Melayu. Melayu itu agama dianutinya islam. Ertinya menjahanamkan UMNO samalah seperti menjahanamkan islam itu sendiri. Layakkah beliau ini digelar Ulamak???
Tak usah kita terlalu memuji keterlaluan dengan mengatakan pemimpin UMNO itu "warak" sikapnya. Walaupun pada hakikatnya ramai pemimpin UMNO itu, tahap kealimannya lebih tinggi dari setengah pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan Islam sambil menafikan bahawasanya UMNOlah yang sangat banyak jasanya kepada syiar dan martabat islam dalam negara seantero dunia. Apatah lagi malaysia kita ini.
Melayu islam tengah dalam suasana hangat cuba dipesongkan kearah liku yang serba delima.
Betapa cantiknya islam bersemarak ketika UMNO memimpin negara. Apakah dibawah PAS nanti, Pemimpinnya memiliki kekuatan yang sama.
Melihat senario politik di Perak ketika era Pakatan dan suasana di Pulau pinang dan Selangor dewasa ini
Aku ragu akan keberanian PAS
dalam hal ini.
Maka setelah ku fikirkan masak-masak...
Aku tidak akan memutuskan jambatan
sokonganku kepada parti bangsa dan agama ku
UMNO/UMNO/UMNO/UMNO/UMNO

Selasa, 22 Disember 2009

Tengok Betul-Betul Wajah ini? Betulkah Beliau ini Seorang Kaki Peliwat?????

Jikalau kita melihat pada wajahnya, memperlihatkan kepada kita bahawa beliau ini seorang yang memiliki imej yang popular, berpandangan jauh, bijaksana, bertanggungjawab, prihatin kepada masalah rakyat dan sememangnya layak bergelar pemimpin nombor satu negara.
Lihat lagi sekali
dan renongkan dalam-dalam
kemudian fikirkan
layakkah beliau ini meliwat kaum sejenisnya?????
Banyak kedengaran perbuatan sumbang meliwat itu,
telah menjadi kebiasaannya
sejak dibangku Universiti lagi.
Itu yang saya baca.
Ramai rakan se Uni. nya yang mengetahui akan tabiat beliau ini.
Apabila harta banyak meninggi gunung
Apabila kuasa menguasai diri,
maka tabiat menjelma kembali.
Kita orang islam ni...
Apabila dah sangsi dengan sesorang itu,
Jahat baiknya,
Jika jahat, lebih elok menjauhkan diri
daripada cuba-cuba menghampirinya.

Isnin, 21 Disember 2009

Apakah Mereka ini Seperti DSAI????

Ybhg Dato' Onn Jaafar bertanggungjawab menyatupadukan bangsa melayu dibawah satu paerti UMNO tanpa mengira sempadan kenegerian. Dato' Onn Jaafar juga bersetuju dan sangat ikhlas menerima kehadiran kaum cina dan India sebagai warganegara Malaysia merdeka.
Ybhg. Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia
bertanggungjawab dalam penubuhan negara Malaysia yang merdeka, merangkumi Tanah melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Walaubagaimanapun Singapura dikeluarkan dari Malaysia beberapa tahun selepas negara tersebut diujudkan. Kontrak Sosial termeteri antara Tengku, Sambanthan dan Tan Chen Lock serta bersama-sama Raja-Raja Melayu sejurus beberapa ketika sebelyum kemerdekaan negara tercapai.
Ingattak apakah syarat yang telah dipersetujui oleh mereka dalam kontrak sosial itu????
Ia merupakan satu jaminan sehingga KIAMAT bahawa agama Islam, bahasa melayu, hak bumiputera dan sebagainya wajib dipatuhi oleh kaum-kaum lain. Dan juga agama, bahasa dan budaya kaum lain juga BOLEH diamalkan secara bebas tanpa gangguan.
Pada hari ini sudah ramai antara kita yang mempertikaikan perkara yang menjadi syarat utama penerimaan kerakyatan Cina dan India itu. Why?????13hb Mei 1969 menjadi titik hitam yang menjelaskan semua pertikaian tersebut. Mahukah kita tragedi pahit itu berulang kembali?

Ybhg Tun Abdul Razak terpaksa bertindak drastik untuk menghentikan kemarahan rakyat berbilang kaum ketika 13hb mei 1969. Atas usaha beliau peristiwa trajis itu dapat diberhentikan dan negara kembali aman. DEB adalah ubat mujarap bagai mempastikan peritiwa tidak berulang. Rakyat pribumi Malaysia ( melayu, Dusun, Iban dsbnya ) mesti dimajukan dari segi perekonomian mereka bagi menjamin rasa puas hati segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum. Masyarakat bumiputera mula bergerak maju kehadapan semasa era Tun Abdul Razak.
Dengan perlaksanaan berbagai pembangunan diera beliau, bumiputera bergerak kehadapan tanpa lagi menoleh kebelakang.
FELDA, MARDI, FELCRA, UKM, ITM, MARA,UDA dsbnya telah didirikan untuk membawa bumiputera dalam arus kemajuan dunia.

Ybhg Tun Hussein Onn menambah-lagi kemajuan bumiputera dengan penubuhan PNB. Amanah Saham Bumiputera telah memperlihatkan kejayaan pada dewasa ini dimana peratusan bumiputera dalam equiti ekonomi negara tururt melonjak naik hasil usaha beliau.

Bapa segala Bapa kepada semua kepimpinan negara ialah Ybhg Tun Dr Mahathir. Ramai yang mengatakan beliau ini MAHAFIRAUN didalam blog. Sungguh terlampau fitnah keji itu. Nampakkah mereka betapa negara Malaysia sangat maju kedepan ketika era beliau.
Tidak berbanggakah kita melihat seorang melayu gah berdiri dipersada dunia memperlihatkan keperkasaan dan ketangkasannya????Kalau bukan hasad dengki yang berteduh dilubuk hati itu, apakah istilah yang boleh kita gunakan lagi????

Kenampakan olehnya ( Tun Abdullah Badawi ) itu, kepincangan ketika era Tun Mahathir yaknia pembangunan yang tersangat lajak itu mengalpakan kita soal "Modal Insan". Ketika era Tun Abdullah badawai modal insan dan Islam Hadari menjadi agenda utama kepimpinannya.
Sikap jujus dan amanah menjadi pedoman pemerintahannya. Lemah lembut dan tegas adalah ukuran tingkah laku kepimpinan harian nya Dan ini memberi ruang untuk pihak musuh menabur muslihat, menjadikan beliau keletihan mengharungi ranjau-ranjau yang banyak duri dan onak tajam.

Sekarang YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Peneraju Utama negara malaysia kita. Masih tetap kental dengan kerpercayaannya bahawa hanya perpaduan dikalangan masyarakat berbagai kaum yang akan dapat mempastikan Malaysia bergerak maju kehadapan tanpa gangguan. Mengulangi semula prinsip perjuangan sedari Dato' Onn Jaafar, beliau memperelokkan lagi dengan gagasan 1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Nota: Apakah kita menyesali kerana mereka telah terpilih sebagai Pemimpin Utama kita? Apakah salah apa yang telah mereka lakukan sepanjang mereka bergelar pemimpin agung kita? Selaku manusia biasa tentunya mungkin tidak semua yang mereka laksanakan betul dan benar mengikut pandangan dan pendapat kita. Namun sebahagian besar tindakan para pemimpin ini, telah membuahkan hasil yang sangat lumayan kepada anak bangsa berbagai kaum dalam negara kita Malaysia. Itu sudah cukup mengambarkan tentang kehebatan sebarang tindakan dan keputusan mereka. Mereka memiliki akhlak yang sangat mulia. Tidak seperti setengah pemimpin kita dan anda, yang akhlaknya sangat tidak mulia. Sanggup melakukan perkara maksiat disamping pula menjadikan ianya satu tabiat. Perangai seperti MELIWAT, HUBUNGAN SEKS BEBAS, MENGAMALKAN BUDAYA GANSTER dan berbagai lagi, bukanlah akhlak yang sesuai kepada mereka yang bergelar pemimpin. Karang aku cakap bodoh, marah pula. Tetapi kenapa terang-terangan menyokong mereka yang bertabiat buruk itu sebagai pemimpin kita???
ops...harap tidak menganggap penulisan ini sebagai "sampah".













Ahad, 20 Disember 2009

PULAU PINANG, PULAU PINANG, PULAU PINANG & PULAU PINANG.

Memang tepat sekali cadangan dan gesaan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmd Zahid Hamidi itu. Yakni mencadangkan agar Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu biarkan pada kali ini dipegang pula oleh Pemimpin dari UMNO pulau tersebut!!!. Tidak ada pula hasrat lain yang tersembunyi melainkan kerana dari parti tersebut sahaja yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN di Pulau tersebut pada pilihanraya umum yang lalu. MIC, MCA dan GERAKAN habukpun tak ada. Lebih-lebih lagi mengikut berita yang didengar, tidak ada apa satu yang dibuat oleh ketiga parti selain UMNO itu yang menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat pulau itu sehingga waktu ini. Secara kasar boleh lah saya katakan, yang menjadi agenda kerja mereka hanyalah untuk pepentingan peribadi dan parti masing-masing sahaja. Tidak untuk kepentingan Barisan nasional. Maka kerana UMNO meraskaan dirinya lebih banyak bekerja demi kepentingan BN, maka sudah tentulah jawatan selaku Pengerusi Bn itu layak disandang oleh pemimpin dari UMNO. Sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum ke 13 ini demi memastikan kemenangan Barisan nasional di negeri pulau tersebut.

Saya kira sekali lagi UMNO cuba bersikap jujur dengan mengenengahkan satu cadangan demi survival bersama. Biarkan lebih senang dan selesa duduk sebagai parti "sampingan" sahaja, namun UMNO tidak rela berbuat demikian. Dan untuk kepentingan bersama dalam Barisan Nasional, mereka sanggup menelan yang pahit, kerja kuat dan memilih untuk "berabis mati" demi Barisan Nasional di Pulau tersebut. Bukan sekali-kali untuk kepentingan jawatan itu, tetapi demi kepentingan BN. Setelah memperolehi kemenengan kelak, jika GERAKAN merasakan ianya perlu diberikan semula jawatan tersebut, ia boleh bersuara dan UMNO dengan rela hati boleh menyerahkan semula kepada mereka. MCA boleh juga diberikan peluang untuk mencuba kehebatan mereka jika berkemampuan. Namun MCA maupun MIC juga habokpun tak ada ketika PRU ke 12 lalu. Usahkan minta jawatan Pengerusi mereka tidak layak, nak minta menjadi driver Pengerusipun rasakan boleh dipersoalkan. Ini kerana kadang-kadang tidak mustahil badan sahaja dalam MCA atau GERAKAN, tetapi hati dan jiwa berada didalam DAP!!!!.

Saya juga ingin persoalkan disini, sejak sekian lama GERAKAN memegang jawatan Pengerusi, apa yang telah dibuat olehnya untuk menyinarkan keselesaan kehidupan melayu di Pulau Mutiara itu????Melayu masih sentiasa menetap dikawasan wakaf yang ditinggalkan oleh bangsa arab islam masa lalu. Semakin sehari semakin lenyap empayar dan kekuatan jajaran perniagaan orang melayu di Pulau itu. Bukannya bertambah bahkan dibawah BN yang berketuakan GERAKAN, milik harta orang melayu di pulau tersebut juga semakin terhakis. Inikan pula masa ini dibawah DAP.
UMNO terbukti diseluruh negara tidak menghakis milik harta kaum lain, bahkan semakin bertambah. Tidak mustahil diPulau Pinang, jika Pengerusi BN juga seorang melayu, suasana tersebut tidak banyak berbeza. Datu Kho So Kson tidak perlu khuatir. Begitu juga dengan kepimpinan GERAKAN dan MCA. Melayu tidak akan merampas harta orang cina untuk menjadi seorang yang kaya. Melayu sangat sedar tentang keperluan perpaduan dan erti sebenar 1MALAYSIA, seperti mana yang digagaskan oleh PM kita.

Setelah melihat keadaan "kemerosotan" melayu di Pulau itu, maka UMNO Perhubungan Pulau Pinang mencadangkan kepada PM agar Pengerusi Barisan nasional Pualu Pinang diberikan kepada mereka. Alasan yang diberikan cukup tegoh dan konkrit. Kenapa mesti kita beranggapan jika melayu menjadi Pengerusi, maka ia sangat tidak disukai oleh Cina maupun India????Bukankah Pengerusi BN itu tanggungjawabnya untuk semua bangsa dan kaum tidak kira melayu, cina, sikh, india dsbnya. Jika Pengerusinya melayu, ia juga rakyat Pulau Pinang yang mampu bahkan lebih mampu untuk memimpin semua bangsa dan kaum di Pulau tersebut. Sama juga seperti Pengerui BN Malaysia yang mampu bertindak sebagai ketua kepada semua bangsa dan kaum dalam negara.