SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 15 Januari 2009

SEDARLAH KALAU NAK SEDAR...MELAYU!!!

Beberapa peristiwa diutarakan dalam penulisan ini untuk renungan kita bersama agar sebelum tidor malam semua kita meruangkan sedikit waktu untuk bermuhasabah diri:-

1. Titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin...Briggs...telah mengujudkan perkampongan baru seluas 400,000 hektar seluruh Tanah Melayu pada tahun 1950, bagi menempatkan kaum cina yang seringkali diganggu oleh Komunis dan Bintang Tiga. Pada ketika itu kaum melayu tidak diberikan walau seincipun keluasan tanah oleh pihak penjajah. Hanya 11 tahun kemudian, selepas merdeka Rancangan Felda dilaksanakan dan seluasa 100,000 lebih diperuntukan kepada Peneroka melayu yang berada dalam garis kemiskinan. ( Saya berpandangan ini termasuk dalam dasar pecah dan perintah penjajah ketika itu ).

2. Tahun 2008, Nizar ( MB Perak/PAS ) telah memberikan geran tanah syarat 999 tahun kepada perkampongan baru di Ipoh Perak. Kesinambungan dari dasar briggs yang dilaksanakan oleh Penjajah british 58 tahun dahulu. BeZanya Nizar orang melayu dan Briggs adalah orang Inggeris. Masih belum ada dasar Nizar untuk memberikan tanah 999 tahun kepada perkampongan tradisional melayu.

3. Kedudukan harta tanah di Pulau Pinang yang hanya tinggal 1% lebih menjadi milik individu melayu kerana habis terjual ketangan orang lain. Ini tentunya bukan salah UMNO/PAS maupun PKR. Sikap melayu yang beballah agaknya tu. Singapore langsung habis!!!!....

4. Penghapusan DEB di Pulau Pinang. Terbukti kerana DEBlah melayu jauh meningkat dari segi taraf kehidupan. Semua Lawyer dalam GGMMpun hasil DEB. Ini kata mereka sendiri. Sukakah kita melihat dan mendengar suasana spt ini? Soalan kpd PAS dan PKR.

5. Sikap melayu educated yang tidak dapat menimbangkan mana yang utama. Keselamatan kekuasaan bangsa atau "peduli apa aku, aku punya suka"...?Spt yang jelas nyata dalam banyak blog yang bersuara.


Dan banyak lagi contoh-contoh peristiwa yang aku malas nak mencarinya. Lo fikirlah sendiri apa dia. Kamu semua golongan bijak pandai. Cuma sedikit contoh peristiwa ku ungkapkan agar kita boleh sedar dan sesedarnya bahawa jika peristiwa sebegini berterusan dan kita asyik bercakaran..tercungap-cungap lah kita tidor dibawah jambatan spt di Jakarta sana. Atau menjadi orang suruhan dinegara sendiri.

Sejenak...Fikirkan..., APA LAGI YANG MELAYU MAHU?

Aku menjadi tertanya-tanya,
Sehingga sukar bagi ku lena..
Mengenai persoalan dalam tajuk penulisanku kali ini, setelah membaca ramai Bloggers "membebaskan" diri mereka untuk berkata-kata, berbicara, bertutur didalam blog masing-masing. Apatah lagi bila membaca komenter-komentar mereka. Sangat berani mengeluarkan bahasa yang tajam, kasar, biadab, kurang enak didengar dan berbagai-bagai lagi. Tidak dapat dinafikan suasana ini bermula sejak Tun Mahathir belum bergelar Mantan PM lagi. Komunikasi melalui internet tersangat bebas tanpa kita peduli langsung bahawa disana juga terkandung "keburukan" yang dibawa bersamanya.

Yang paling nyata, langsung tidak ujud satu pertimbangan wajar samada kebebasan ini boleh atau tidak membawa suasana "punah" kepada masyarakat melayu di Malaysia?.
Saya telah beberapakali menyatakan tentang kerisauan saya akan kemungkinan kita akan punah binasa akibat kebebasan yang tanpa kawalan ini. Jelas sekali sebahagian dari kita tidak bijak mengendalikan kebebasan yang diberikan oleh pemerintah. Di negara China, kebebasan spt ini telah dikawal sebaiknya oleh pemerintah. Sebab kawalan tersebut ( positifnya ), semua kita memahaminya.

Saya tidak berusaha untuk melihat siapa yang salah sebenarnya. Mahu kata UMNO yang salah, PAS juga tidak dapat mengatakan ia semua betul. Begitu juga dengan PKR. Semuanya ada yang salah ada yang betul. Tapi jelas penulisan dalam blog banyak yang hanya melihat kesalahan diantara kita. Tuduh menuduh diantara kita. SEDANGKAN SEJAK MERDEKA PENGURUSAN NEGARA TELAH DISUSUN DENGAN BAIK DAN RAPI OLEH PEMERINTAH. Dan yang utamanya pemerintah negara berjaya mengangkat Islam dan Melayu itu ditempat yang sepatutnya mereka berada. Apa sebenarnya yang Melayu kehendaki? Bukankah kerajaan bertungkus lumus memperjuangkan dan memertabatkan syiar dan penghayatan nilai Islam? Bukankah mengangkat ekonomi melayu tengah rancak diimplimentasikan? Bukankah melayu yang menjadi pemimpin utama diMalaysia? Bukankah budaya melayu tetap merupakan teras budaya bangsa? Bukan sistem pendidikan di Malaysia berjalan spt yang dimahukan?Jadi, apa yang kita kehendaki?DAN BUKANKAH ADALAH JALAN LAIN YANG LEBIH BERADAB SEBAGAI SALURAN RASA TIDAK PUAS HATI?

Kerana kita tak juga kaya-kaya maka kerajaan yang kita salahkan? Sedangkan kerajaan telah menyediakan segala kemudahan untuk kita berusaha seperti yang dituntut islam. Segala bantuan sangat banyak diberikan. Tinggal lagi kita kena memulakan usaha kita selaku warga yang mempunyai rasa tanggungjawab sekurang-kurangnya kepada kehidupan dirinya sendiri.

Saya amat yakin ramai anak-anak melayu yang berjaya pada masa ini berasal dari keluarga miskin diperkampongan. Bukankah ini satu kejayaan yang diusahakan pemerintah? Ramai yang menjadi bijak pandai dalam berbagai bidang spt doktor, jurutera, lawyer, dan sebagainya. Juga ramai yang menjadi bijaksana dalam berbagai-bagai bidang dalam Islam. Semuanya kerana usaha pemerintah. APA SEBENARNYA YANG MELAYU KEHENDAKI?. Saya menjadi tertanya-tanya. Adalagi kah kesalahan pemerintah yang sangat serius sehingga menyebabkan kita tukar kepada Perdana menteri Cina atau India?

Rabu, 14 Januari 2009

SAYA CUKUP KAGUM DENGAN KERAJAAN UMNO/BN TRENGGANU.

Lihatlah secara berhemah dan secara rasional akan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dibawah pimpinan UMNO/BN di Trengganu. Lihat dengan rasa ikhlas dan sebenar-benarnya. Apakah kerajaan BN/UMNO adalah kerajaan serupa ISRAEL seperti yang dituduh ANWAR IBRAHIM? Atau kerajaan yang mementingkan dunia semata? Spt tuduhan pemimpin PAS itu? Sensitivekah kerajaan BN/UMNO dengan kehendak rakyat? Gila kuasakah kerajaan kerajaan BN/UMNO yang telah berusaha sedaya upaya untuk membangunkan negeri tersebut? Lihat baik-baik, ikhlas-ikhlas dengan mata-hati yang berakhlak mulia, sesuai dengan sifat dan sikap kita sebagai seorang islam.

Menteri Besar Trengganu telah menggariskan beberapa usaha murni yang sedang dan telah kerajaan negeri Trengganu telah serta sedang dilaksanakan. Drp pendidikan rakyatnya, perkembangan dan syiar islamnya, perhubungan antara kaumnya, pembasmian kemiskinannya, kesamarataan pembangunan dikesemua daerahnya dan berbagai-bagai pembangunan lagi termasuk pembangunan prasarananya. Dan kita lihat dalam realitinya adakah sama dengan apa yang diluahkan oleh Menteri Besar Trengganu itu. PAS sengaja memutar belitkan fakta dan kebenaran yang hakiki. Mungkin ada sesetengah kawasan yang jarang dimasuki pembangunan fizikal. Ini mungkin juga disebabkan sikap degil penduduk sesetengah kawasan tersebut. Kerana degil menyokong PAS, lantas melihat pembangunan yang dibawa BN/UMNO itu bukan perkara mustahak. Ditambah dengan berbagai alasan mereka yang negatif sifatnya. Kerana marah, apabila kita bawa pembangunan, sengaja mereka tolak mentah-mentah.Padahal yang sebenarnya mereka inginkan pembangunan tersebut.

Saya yakin bahawa anak-anak yang masuk sekolah berkonsepkan AHLULALBAB itu tidak hanya untuk anak-anak ahli UMNO sahaja. Malah ia adalah untuk semua kaum
melayu/islam diTrengganu. Dan saya percaya suatu masa nanti kejayaan akan dikecapi oleh mereka yang diasuh sedari sekarang oleh kerajaan UMNO. Yayasan Trengganu bukan hanya untuk UMNO sahaja malah juga untuk PAS. Tapi kalau anda membuat permohonan, jangan pegawai Yayasan dimaki dan hamun. Kalau saya, sudah tentu permohon anda akan mamsuk tong sampah. Memohonlah dengan cara berhemah dan jangan tunjuk kurang ajar. Ini sebahagian antara faktur kenapa ahli PAS tidak mencapai kemajuan. Gunakan kebolehan "Public relation" yang sebaik-baiknya jika berkunjong ke pejabat mereka. Jangan marah-marah dan jangan tunjuk muka masam macam cuka. Kerana Pegawai pun manusia biasa yang ada rasa kecewa dan berduka jika dihina.

PASAR BABI KECOH di Labuan.

Berbagai cerita yang kurang baik terdengar diserata pulau ini mengenai arahan perpindahan Pasar Babi ketapak baru. Pangkal mulanya ialah disebabkan Peniaga Babi di pasar lama enggan berpindah ke Pasar baru yang lebih baik dan luas. Tentang punca keengganan untuk berpindah juga sangat tidak manasabah dan masuk diakal kita yang berfikir secara normal ini.

Pada peringkat awal semasa kajian untuk memindahkan pasar tersebut, Pihak Berkuasa Tempatan telah membuat kajian dan penyelidikan serta persetujuan dengan peniaga pasar babi tentang cadangan perpindahan tersebut. Dan dikatakan mereka bersetuju dengan saranan pihak berkuasa tempatan. Tindakan perpindahan ini sangat jelas. Pasar babi yang lama terlalu berhampiran dengan pasar sayur orang-orang islam. Perkara ini telah lama berlaku dan sering mendapat bantahan dari orang awam yang sentiasa berkunjong ke pasar untuk membeli ikan dan sayur. Diatas keprihatian tersebut, maka pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan untuk memindah pasar babi itu ke satu kawasan yang dikira amat bersesuaian.
Selain ianya dikawasan yang majoritinya masyarakat Cina ia juga jauh dari kawasan penduduk Islam. Pihak Berkuasa Tempatan telah membelanjakan lebih RM1. juta untk menyiapkan pasar babi baru tersebut. Dan telahpun siap.Malangnya setelah siap peniaga pasar babi lama enggan pula untuk berpindah dengan berbagai alasan seperti belum siap dipasang dengan letrik dan air, Jauh dri Pelanggan dan dari pusat bandar. Malahan telah dijelaskan bahawa semua kemudahan tersebut hanya akan dimasukkan setelah mereka bersetuju untuk berpindah.
Kenapa sejak kebelakangan ini isu pasar babi ini telah diwar-warkan oleh masyarakat cina Labuan, saya kurang mengerti sepenuhnya. Yang jelas ahli politik telah mula masuk campur dan menambahkan kekeruhan suasana. Saya mendapat berita bahawa DAP telah mula menghangatkan keadaan dengan memasang banyak api-api yang berpercikan dipersekitaran. Persetujuan untuk berpindah dikalangan peniaga babi yang dibuat pada peringkat awal kini telah berubah kepada keengganan untuk berpindah hali cucukan mereka yang tidak bertanggungjawab.

Disini berlaku lagi sikap degil cina yang sengaja dibuat-buat. Sejak merdeka, masyarakat tempatan cina Labuan hidup rukun damai tanpa "kedegilan" sebegini. Kini telah mula berubah dengan kehadiran Cina bukan Labuan yang seronok berpolitik hingga lupa bahawa itu sebenarnya telah menganggu keharmonian yang sedia ujud disini. Kenapa DAP menganggu keamanan yang ada pada Pulau ini. Bukankah elok kita lebih memiliki rasa tanggungjawab dan jauhkan bersikap biawak.

Selaku Pengerusi Perbadanan Labuan ( Pihak Berkuasa Tempatan ) saya sangat bersetuju dengan pendekatan Dato Haji Suhaili Abdul Rahman. Beliau telah mengambil satu tindakan yang bijak apabila bertegas untuk meneruskan usaha perpindahan premis perniagaan tersebut ke tapak baru. Alasan yang peniaga pasar babi lama berikan sangatlah tidak manasabah dan tidak boleh diterima.
Pengerusi Perbadanan juga telah memanjangkan serta memaklumkan perkara ini kepada Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. Saya juga difahamkan, YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal juga mendapat makluman yang sama dan beliau juga tidak dapat menerima dengan sikap dolak-dalik peniaga babi tersebut. Dewan Peniaga Muslim Labuan mencadangkan kepada Perbadanan Labuan, jika Peniaga Babi tidak bersetuju pindah ke pasar yang baru dibina, agar pasar tersebut ditukar dari pasar babi kepada Pasar Daging Lembu/Kerbau/Kambing yang dagingnya halal dimakan untuk semua masyarakat.

Selasa, 13 Januari 2009

sibuk sungguh pakatan rakyat. SEHINGGA MEMBUAT 2 CERAMAH HANYA BERSEBELAHAN.

Ia sangat menggambarkan mereka tidak berpakat bersama-sama dalam menganjurkan cermah.
Dalam masa yang sama membuat dua ceramah hanya bersebelahan sahaja. Bukankah elok dianjurkan bersama dan cuma cukup serta mengurangkan perbelanjaan dan perkakasan jika dianjurkan bersama. Ini juga menggambarkan bahawa mereka sangat kelam kabut dalam usaha meraih kemenangan. Jika RM10,000.00 terpaksa diperuntukkan untuk satu ceramah. maka dua ceramah kenalah menggunakan peruntukkan sebanyak RM20,000.00. DSAI membuat satu ceramah dan PAS juga membuat satu ceramah dikawasan sama di Wakaf mempelam, malam semalam 13hb Jan 2009.
Ia juga menggambarkan berlaku tidak sebulu diantara dua parti tersebut. Masing-masing nak memperlihatkan usaha masing-masing dalam PRK di Kuala Trengganu. Dalam hal ini kepada saya yang kenampakan menunjuk-nunjuk ialah DSAI.

Di Cendering, kunjongan pemimpin PAS kurang mendapat sambutan. Ini diceritakan sendiri oleh kawan yang ikut serta dalam rombongan Penceramah. Ramai juga pengempen PAS yang berdudukan diperhentian Bas untuk mengempeng driver-driver yang lalu lalang. Namun mereka hampa kerana hanyat mendapat gelak ketawa dan sinis dari mereka yang ditemui. Begitulah malapnya laluan PAS tanpa lampu dan api pelita.

Sedang dalam masa yang sama UMNO terus mengatur langkahnya dengan bijaksana. Pemimpin UMNO / BN tempatan terus berkunjong dari rumah kerumah bagi merayu undi dengan janji yang nyata dan tetap akan terbukti dan terkota. Mana-mana Pemimpin dari luar Trengganu, tiba kesana dan menunjukkan muka untuk memberikan buah fikiran serta semangat kepada rakan UMNO negeri mereka. Wanita UMNO dan Puteri UMNO negeri, kerjanya sangat terpuji.
Tanpa rasa letih tetap meneruskan usaha kerja dari masa kesemasa.

Pemimpin UMNO negeri sangat mengetahui bahawa mereka mesti memenangi PRK Kuala Trengganu ini pada 17hb Jan akan datang ini. Bukan kerana kepentingan peribadi mereka. Tetapi untuk membawa pembangunan ke Kuala Trenagganu yang akan dinikmati bersama, tidak kira rakyat menyokong PAS atau UMNO atau BEBAS.

Suasananya berbeda dengan Permatang Pauh dan Ijok. Di Kuala Trengganu tidak ada insiden pergaduhan spt di Ijok yang menggunakan samseng India dan di Permatang Pauh yang menggunakan samseng melayu. Bukan kerana melayu Trengganu dok pandai gocoh! Tapi mereka sdear semua itu adalah aota dan tindakan sedemikian adalah menunjukkan melayu itu belum matang bersiasah politik.

PAS MENANG????

HAAAA!!!! PAS MENANGKAH??. TIDAK....INI CUMA RAMALAN MEREKA SAHAJA.

Ya, itulah jawapan yang ku terima apabila menerima panggilan telefon dari seorang kawanku di Wakaf Mempelam semalam. Aku diberitahu melalui telefon mengenai RAMALAN ini kira-kira pukul 9.35 malam pada malam tadi. Sebaik sahaja aku lepas berbincang panas dengan anak sulongku mengenai keadaan atau suasana yang berlaku di Palestine. Di Palestine aku meramalkan tidak sampai satu minggu lagi HAMAS akan mengistiharkan kekalahan yang teruk dalam peperangan Gaza yang dipelopori oleh Israel Laknatullah itu.


Kata kawanku ini hanya ramalan.
Ini hanya perang saikologi sahaja.

Sebenarnya kedudukan kini UMNO telah mendahului PAS dalam kiraan rambang yang berdasarkan pendapat

Ketua-Ketua parti undi yang di kawasan P.036 Kuala Trengganu. Kemenangan BN dikawasan majoriti Cina sangat jelas dimana pengundi cina pada kali ini sangat mengharapkan dengan mengundi BN Kuala Trengganu akan bertambah membangun drp biasa. Masyarakat cina rata-rata hidup dalam keadaan selesa berada dibawah pemerintahan Bn berbanding dengan dibawah pemerintahan PAS beberapa tahun yang lalu. Dan pada kali ini mereka pasti akan mengundi BN bagi meneruskan suasana keselesaan dan kebebasan mereka tanpa gangguan dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.

Begitu juga dengan kawasan yang padat pengundinya dengan kaum majoriti melayu. Alasan yang biasa didengar ialah kejelikan mereka dengan kepimpinan PAS yang hanya pandai berretorik tetapi tidak ada satupun kerja mereka yang menjadi kenyataan. PAS bukanlah sebuah parti yang membawa kemajuan dan pembangunan kepada mereka. UMNO juga membawa cita-cita besar untuk menerapkan lagi syiar dan penghayatan islam dikalangan rakyat Trengganu khasnya dan Malaysia amnya. Sedangkan PAS adalah sebuah parti yang tersepit diantara pejuangan Islamnya dengan kerakusan kuasa, kocek dan kekayaan. Di Selangor, Perak dan Pulau Pinang keadaan menceritakan segalanya dimana jika ia perjuangan penegakan islam, PAS berdiam diri. Tapi jika ia mengenai pangkat dan kedudukan PAS mempertahankan haknya selaku Pakatan Rakyat. WAKIL UMNO juga anak tempatan dan sangat mudah untuk bertegur sapa dengan mereka.

Saya lantas bahagia mendengar berita dari seorang kawan. Tidor saya malam tadi dibuai mimpi indah bersama Datuk Seri Najib dan Wan Farid dalam Masjid Putih. Bersembahyang sunat dan berdoa kesyukuran diatas kemenangan yang diperolehi oleh UMNO dalam PRK Kuala Trengganu itu. Meskipun itu hanya sekadar mimpi saya malam tadi. Saya berharap 4 hari lagi mimpin saya itu akan menjadi kenyataan.

Isnin, 12 Januari 2009

Apa akan jadi jika HAMAS kalah dengan teruk di GAZA?

Saya mohon menyatakan sokongan saya yang tidak berbelah bagi kepada usul yang dikemukakan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Bahawi mengenai dengan kekejaman regim Zionis yang menceroboh Gaza di Palestine. Namun kutukan dan usaha-usaha yang akan Malaysia lakukan haruslah dibuat dengan segera dan serta merta memandangkan suasana yang berlaku mutakhir ini di Gaza sangat membimbangkan kita semua. Kekejaman regim Zionis, tanpa prikemanusiaan itu telah membunuh tanpa balas kasihan manusia-manusia yang bergelar Hamas. Tidak kira anak-anak, bayi kecil, ibu tua dan semua orang awam. Hatta pekerja Palang Merah juga menerima padahnya. Saya khuatir belum PBB mengadakan sidangnya, suatu perkara yang lebih dayshat lagi akan terjadi di Gaza.



Tuan Yang DiPertua,

Saya ingin menimbulkan satu pertanyaan. APA AKAN JADI KEPADA HAMAS JIKA ISRAEL BERJAYA MEMENANGI PENCEROBOHAN ITU? Apakah benar bumi Palestine akan banjir dengan darah Hamas? Apakah semua bangunan di bumi Hamas itu akan roboh dan rosak binasa? Tentunya akan berlaku pertambahan manusia pelarian Palestine diatas muka bumi ini.

Bergembirakah Arab di Mesir, Lubnan, Arab Saudi, Kuwait, Libya, Syria dll. melihat kaum sebangsa dan seagama dengan mereka dicincang lumat oleh Zionis?

Melihat suasana kini saya sangat bimbang bahwa kemungkinannya akan berlaku seperti yang saya takuti. Bumi Gaza akan menjadi miliki Yahudi. Selepas Gaza, Tebing Barat akan menjadi sasaran seterusnya. Selepas Tebing Barat, Iran akan menjadi sasaran berikut pula. Dan Amerika Syarikat akan berterusan sampai bila-bila berada dibelakang Israel sebagai pendokong kuat negera tersebut. Semasa kekalahan teruk Hamas dan Gaza seperti 'padang jarak padang tekukur, usaha Kerajaan Malaysia masih berada dipertengahan jalan. Sokongan negara luar akan terhenti apabila Israel menarik semua bala tenteranya dari Gaza (setelah mereka menang ). Israel bukannya negara yang boleh dipercayai. Penyembelihan Hamas mungkin benar-benar akan terjadi dan menghapusan Hamas mungkin benar-benar akan dilaksanakan oleh Israel di Gaza. Paling tragik sekali, mayat banyak sakali bertaburan dan bergelimpangan dijalanan. Kecil besar, tua muda, askar maupun awam dibunuh tanpa balas kasihan.

..."Kenapa tidak kematian yang syahid kepada Islam ini berada dimerata dunia. Bukan sahaja di Gaza?...

Bukan tujuan saya untuk melemahkan semangat semua kita, bukan juga untuk mengajar anda, tetapi persetujuan sebulat suara di Parlimen Kelmarin hingga semalam hanyalah cubaan "" Hang Timun" untuk melanggar "Hang Durian". Melanggar kita mati, apatah lagi jika kita yang dilanggar. Sekali lagi saya meramal bahawa ..."kita akan gagal di PBB dalam menyuarakan kemahuan kita", kerana "mereka" tidak akan ikut apa yang kita kehendaki, sebaliknya mereka mahu kita ikut apa yang mereka kehendaki. Termaktub pun dalam Al-Quran apa yang dimaksudkan oleh ayat ini.

Ahad, 11 Januari 2009

Program Pembangunan ( Projek ) memang Untuk Mendapatkan Sokongan Rakyat. KENAPA, Salahkah?

Datuk Seri Najib, semasa berkempen dalam PRK di Kuala Trengganu minggu lepas menyangkal tuduhan Pembangkang ( PAS ) yang mengatakan Kerajaan BN memberikan projek-projek kepada rakyat Kuala Trengganu adalah bertujuan untuk memancing undi. Saya sebenarnya sangat bersimpati dengan Datuk Seri kerana terpaksa menjawab dan menyangkal satu tuduhan yang mengelirukan. Yang tidak sepatutnya dijadikan isu ketika pilihanraya kecil seperti di Kuala Trengganu. Pun demikian saya ucap tahniah kepada Datuk Seri kerana dalam keadaan tenang beliau tetap menjawab tuduhan tersebut tanpa emosi dan marah. Wajah seorang pemimpin nombor satu negara terpampang pada diri beliau.
Namun aku merasa hairan kenapa PAS menganggap pemberian projek atau program pembangunan dianggap rasuah? Program Penubuhan Universiti, Program Bantuan Penternakan Ikan di Wakat Mempelam dianggap rasuah, Pemberian Royalti minyak kepada Kerajaan Negeri dianggap Rasuah, Program bantuan kepada Orang-Orang Tua dan Ibu Tunggal dianggap Rasuah dan semua program serta projek yang diumumkan kerajaan Pusat di Kuala Trengganu itu dianggap rasuah oleh PAS. Nampakkah PAS bahawa pengumuman mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan itu adalah untuk membantu rakyat Kuala Trengganu? Nampakkah PAS bahawa beribu-ibu rakyat Kuala Trengganu akan merasa senang dan terbela dengan program yang diumumkan itu? Nampakkah kita bahawa pembangunan di Malaysia secara keseluruhannya adalah dari satu demi satu program dan projek yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan?
Kita jangan menyesatkan pemikiran rakyat. Jika kerana program tersebut, rakyat sayang dan menyokong kerajaan Persekutuan, itu memang sepatutnya. Memang sepatutnya Kerajaan Memerintah akan mengadakan berbagai-bagai program untuk membangunkan rakyat. Untuk mengembangkan ekonomi rakyat, untuk
mengujudkan suasana keselesaan kepada rakyat, dan untuk meninggi-tarafkan kehidupan rakyat. Jika sekarang belum mencukupi, program-program akan terus diujudkan dari masa kesemasa.
Rakyat Kuala Trengganu harus bersyukur dan memberikan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan DAN bukan PAS/Pembangkang yang sehingga sekarangpun hanya TEMBERANG sahaja lagaknya. Program yang PAS buat hanyalah untuk persediaan hari akhirat semata. BUKAN MEREKA TIDAK MAHU MEMBUAT PROGRAM DUNIA, TETAPI MEREKA TIDAK MEMILIKI KEMAMPUAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.