SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 13 November 2008

2 JUTA PENGUNDI BARU /muda.

Telah banyak diperkatakan mengenai pertambahan dalam senarai pengundi berjumlah 2 juta orang. Tentunya semuanya dari golongan muda yang baru mencapai usia 21 tahun. Bila kita melihat pemilihan tentang siapa yang golongan muda ini telah pilih semasa PIRU ke 12 dahulu, tentunya ianya akan sedikit mengerunkan pihak Barisan
Nasional. Ini kerana terdapat lebih daripada 5 juta pengundi saluran 3 dan 4 adalah mengundi bukan Barisan Nasional. Jika keghairahan mendaftar sebagai pengundi baru ini ( melalui jumlah 2 juta tersebut ) menunjukkan keadaan yang sama seperti mana yang lalu, sudah tentulah pemimpin BN patut merasakan kegusarannya. Angka 2 juta ini mampu menambah jumlah negeri dari 5 ke 6 atau ke 7 ataupun ke 8. Dan bermakna Putrajaya semakin hampir kepada mereka.

Aku sendiripun sudah mulai kecut perut mendengar berita tersebut.
Maka sesuatu harus kita lakukan. Dan aku minta semua kita harus melihat dan menanyakan soalan seperti berikut:- 1: Apakah pemimpin-pemimpin kita masih juga seronok mengamalkan RASUAH POLITIK tak berkesudahan?. Kepada pemimpin UMNO besar dan kecil, sayugia aku ingatkan berhentilah dari amalan tersebut.
Nanti semua dari kita akan tinggal gigit jari dan salah menyalahkan antara satu dengan yang lain, seperti mana tika kalah 5 negeri dalam PIRU ke 12. Yang pasti kalau kita buat lagi perangai Rasuah Politik ini, 5 negeri yang kita kecundang itu akan bertambah lagi banyak. Perjuangan Datuk Moyang kita dahulu, yang bersusah payah menubuhkan UMNO diIstana Raja akan jagi tinggal kenangan yang menyayat hati pada PIRU ke 13 kelak jika kedegilan tetap berleluasa. Tooooloooonglah Pak Najib kena buat sesuatu. Pilihlah CALON UMNO YANG MEMILIKI INTEGRITI YANG SANGAT TINGGI WALAUPUN BUKAN KETUA UMNO BAHAGIAN. 2: Jika kita menilai calon untuk dibuat pilihan kita kenalah melihat "TAJInya". Taji boleh diertikan PENDIDIKKANNYA, ILMU UGAMANYA, TARAF KEHIDUPANNYA, PENGALAMANNYA DALAM SIASAH BERPOLITIK, KEBURUKANNYA DAN KEBAIKANNYA YANG LAIN.
Bukan sekadar kedudukannya dalam UMNO Bahagian. Kadang pemimpin bahagian pun lebih kerak dari nasi.

Malaysia kini sudah bermain dipentas dunia antarabangsa dengan gah nya. Tidak siapa dapat menafikan hakikat tersebut Hatta anwar ibrahim sekalipun. Bagi meneruskan kesinambungan track record sedemikian calon-calon yang dipilih hendaklah yang dapat memenuhi kriteria keantarabangsaan kita. Harus GLOKAL dan bukan GILAKAL. Yang bijaksana diperingkat antarabangsa juga dan tidak hanya menjadi jagohan kampongan. Pak Najib ( kawan saya ) juga harus menunjukkan kehebatan diperingkat Malaysia dan dunia luas ini. Dengan didokong dan sokong oleh angkatan BN yang melahirkan ketrampilan yang hebat-hebat, jom kita teroka dunia ini. Jadikan bangsaku hebat dimerata.rata sehingga kehujung dunia sekalipun. AMIN>>>>.........

PUTERI LABUAN: RENUNGKAN SEJENAK#links#links#links#links#links#links

PUTERI LABUAN: RENUNGKAN SEJENAK#links#links#links#links#links#links

Syukurlah kerana terdapat dikalangan pemimpin puteri tempatan Labuan yang menyedari betapa pentingnya ilmu perjuangan dan jati diri puteri sebagai bakalan dalam arus perjuangan negara masa kini. Bukan hanya sekadar ikut tanpa sedar bahawa rupanya diri kita badaup papa bersama orang amai, uapnya wang amai atu badaup papakan kadikita palah. membaii sopan kan.

Rabu, 12 November 2008

MALAYSIAN-MALAYSIA? satu proses asimilasi.

DAP memperjuangkan Malaysian-Malaysia. Dan UMNO masih gagah memperjuangan Ketuanan Melayu. Dan MCA masih gagah pula memperjuangan Ketuanan Cinanya. Begitu juga dengan MIC masih tetap dengan pendirian asalnya memperjuangan kaum India. Tidak berkesudahan dan rasanya sampai bila-bila. Kadang-kadang terdengar suara dari UMNO atau MCA atau MIC yang seolah senada seperti suara yang terkeluar dari mulut DAP ataupun GERAKAN, lembut meminta kita teruskan kerjasama se Malaysia tanpa melahirkan isu-isu sensitive yang boleh memecahbelahkan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini.
Sebenarnya apa yang kita kehendaki?
Sebenarnya apa yang akan terjadi?
Selamanya kita kena bermain sepanjang zaman dengan bahasa diplomasi bagi mententeramkan kawan yang berada disekiling pinggang?
Atau memberikan hak kita dengan rasa hati yang separuh tawar kepada kaum lain? sedangkan kita sendiri tahu besok hari kita kena hentam oleh kaum sebangsa kita?
Sebenarnya apakah cara dan kaedah yang kita laksanakan ini benar? Atau sebenarnya kita hipokrit?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Melayu, Cina , India, Iban dan Kadazan ( dan banyak lagi kaum )
Insaflah sekalian Manusia di Malaysia ini.
Bahawa pendekatan kita kini,
Tak dapat dipakai lagi,
Hanya satu cara sahaja...
Agar 100 tahun akan datang ini...
Tuan-tuan dan puan-puan tidak lagi dikenali melalui istilah kaum atau etnik anda yang kerap kerananya timbul isu-isu sensitive.
Malah anda dikenali hanya sebagai seorang Malaysia yang berbangsa Malaysia.
Sebabnya kerana seperti yang terjadi di Sabah dan Sarawak.
Kadazan kahwin Cina, Dusun kahwin kedayan, Murut kahwin brunei, Bajau kahwin cina, Rungus kahwin Bajau, Iban kahwin India, Dayak kahwin Inggeris dan sebagainya.
Perkahwinan campur ini akan mengujudkan apa yang dikenali sebagai PROSES ASIMILASI BANGSA. Dimana dalam tempuh yang sedarhana lama akan ujud satu kaum besar yang akan dikenali sebagai kaum/bangsa Malaysia. Yang akan memiliki peribadi kemalaysiaan tanpa rasa sensitive kepada isu-isu kaum seperti apa yang berlaku pada hari ini. Jika nenek dan datuknya berasal dari kaum cina dan melayu atau kaum India dan melayu, maka sudah tentulah cucunya tidak mudah sensitive kepada sesuatu yang menyentuh sensitiviti kaum neneknya, kerana cucunya tidak lagi berkaumkan kaum neneknya sepenuhnya.

Kemasukan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dulu, antara faktur penyebab adalah kahwin campur. Hang Lee Poo berkahwin dengan Salah seorang Sultan melaka dan memeluk islam semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka gagah perkasa. Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan empayarnya melalui pendekatan yang sama dimana putera-puteranya digalakkan untuk merapatkan hubungan dengan kerjaan melayu lain melalui perkahwinan campur. Pendekata penyebaran islam dikepulauan nusantara ini juga sebahagiannya melalui kaedah sedemikian.

Kenapa kita tidak menggunakan dan menggalakkan secara bersungguh-sungguh kaedah seperti ini? Apa salahnya jika cucu kepada LIM kit Siang berkahwin dengan cucu kepada Tun Mahathir? atau anak Tan Sri Hishamuddin berkahwin dengan anak kepada Saravanan. Salahkah? Tidak salah asal saja mereka beragama islam sebagai suami isteri. Anwar Ibrahim mempunyai anak yang remaja. Cadangkanlah agar ia berkahwain dengan anak Semi Vellu. Wajah cucu dari hasil perkahwinan campur sebegini akan menjadi lebih cantik atau handsome serta otak mereka juga akan menjadi lebih cerdik dan bijaksana. Dan yang mustahak semangat ekstrim kepada kaum asal mereka akan sedikit kendur dari masa kesemasa. Maka akan jadilah Malaysia yang aman dari ertikata yang sebenarnya.

Selasa, 11 November 2008

PENAYANGAN VIDEO DI SEK. RENDAH -kenapa dibangkang?

Sebelum penayangan video tersebut dibuat disebuah sekolah di Malaysia, saya ingin bertanya sudahkah anak anda melaksanakan sembahyang 5 waktu sehari? Adakah anak-anak anda berhenti dari meminum arak laknat itu? Masih terdapatkah dikalangan belia & beliawanis kita melakukan hubungan luar nikah? Perlakuan liwat sudahkah terhapus dari tanah air kita? Tindakan sesuka hati memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain sudah diberhentikankah? Dan banyak lagi perbuatan sumbang yang dibuat rakyat kita yang beragama ISLAM. Baru-baru ini saya terbaca tentang dua pemimpin UMNO ditangkap Khalwat disalah satu kawasan Pulau Getah di Malaysia ini. Nasib baik betina dan Lelaki. Macamana perbuatan khalwat itu sesama wanita atau sesama lelaki. Tentunya ini juga berlaku di Malaysiakan?" Jadi kenapa usaha untuk menghalang semua ini dari terjadi di Halang?
Mereka yang bersuara menunjukkan kritikan itu sudahlah dirujuk kepada para cendiakawan islam? Kalau bercerita sewenangnya saja, saya boleh boleh kata bahawa semua manusia diatas bumi ini masih belum pernah masuk kubur. Oleh itu suasana disana tidak seorang pun yang tahu. Tapi itu saya cakap saja tanpa merujuk para ulamak.

Isnin, 10 November 2008

SEKARANG Tiba MASA untuk PERWAKILAN membuat PERNILAIAN serius.

Episod bagi mencukupkan Kuota pencalonan MKT UMNO 4 peringkat telah selesai dilaksanakan, kecuali 4 Bahagian, diantaranya Seremban, UMNO Bahagian dimana Ishak Ismail ( kawan baik ku ) menjadi Ketua Bahagiannya. Dalam tempuh terdekat ini rasanya semua Bahagian akan selesai melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Maka selepas daripada itu giliran Perwakilan yang terpilih pula berusaha untuk menilai sebaik mungkin Pemimpin UMNO 4 peringkat ini untuk dijadikan pemimpin UMNO yang sudah tentu ada diantaranya pula akan menjadi pemimpin negara kita, Malaysia yang tercinta.

Nasihat saya, baik-baiklah dalam pernilaian anda semua. Jika anda terlupa kerana terlalu ramai yang hendak dipilih, dalam ruangan bloggers, terpapar semua nama-nama calon yang terpilih untuk disalin dan diingati. Dan yang penting ialah mereka ini akan dinilai dan diukur kebolehannya dan akan anda semua undi dalam persidangan agung mac 2009 akan datang ini.

Dalam tempuh 5 bulan menuju kepada bulan Mac 2009 ini, anda perwakilan semua akan menghadapi tentunya berbagai-bagai program serta atur-cara yang diatur oleh calon-calon yang bertanding serta juga Ibu Pejabat UMNO yang diberikan tanggungjawab untuk membuat sebarang program yang dimahukan oleh calon untuk berjumpa anda perwakilan semua. Dalam suasana sebegini mungkin calon-calon akan berceramah, berpidato dan berbagai-bagai lagi teknik yang akan mereka gunakan bagi mendapatkan undi anda, bagi mempastikan kemenangan mereka semasa pemilihan bulan mac akan datang ini. PUN MUNGKIN TIDAK TERLEPAS CALON YANG AKAN MERASUAH ANDA DENGAN WANG RINGGIT, TIKET K.TERBANG, RADIO, BUKU AKAUAN BANK DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI. Anda juga mungkin dijanjikan dengan bilik penginapan di Hotel-hotel yang bertaraf 5 bintang di Ibu negara semasa waktu persidangan Agung itu kelak. Semua ini akan bakal berlaku kepada anda perwakilan sekalian.

Anda hanya mempunyai 2 pilihan sahaja. Iaitu:-
1. Menang PIRU ke 13, atau
2. Kalah PIRU ke 13.

Jika anda memilih Menang dalam PIRU ke 13, maka anda akan membuat pilihan
yang tepat iaitu untuk tidak terlibat dalam POLITIK WANG yang cuba untuk dimainkan oleh para calon. Anda perwakilan semua tentunya akan memilih mereka berdasarkan Integriti calon, Wawasan calon, kebijaksanaan calon dalam berpidato, pendidikkan calon, track record calon, Hubungan calon dengan bakal PM, Hubungan antarabangsa calon, Semangat jati diri melayu yang ada pada calon dan berbagai-bagai faktur lagi yang difikirkan sangat mustahak ada pada diri seorang calon itu. Anda tentunya tidak akan melihat bahawa calon yang merasuah anda layak diangkat sebagai pemimpin sebuah parti keramat seperti UMNO ini. Jika anda kemaruk wang sekalipun, AMBIL SAJA DUITNYA TAPI JANGAN BERIKAN UNDI PADA SIPEMBERI TERSEBUT.

Saya minta maaf mengeluarkan kenyataan berikut tanpa bukti kukuh. Hanya berdasarkan persipsi dan tinjauan umum semata. Tetapi saya yakin ada diantara yang hendak saya perkataan ini memang berlaku dan rancak berlaku semasa pencalonan baru-baru ini. Yakni:-

1... Ada diantara perwakilan disogok dengan wang ringgit untuk mencalonkan pemimpin-pemimpin tertentu,
2. Bagi melaksanakan tugas diatas ini, Agent dan barua-barua calon dilantik dan beterbanganlah mereka merata Bahagian UMNO di Malaysia ini untuk membeli perwakilan. Seperti berurusan membeli ikan dan gula dipasar runcit lagaknya.
3. Ada diantara egent hanya perlu bertanyakan nombor akaun perwakilan atau wakil para perwakilan untuk dibank in duitnya.
4. Janji-janji manis lain seperti kontrak, lesen dsb telah dibuat kepada perwakilan sebilangannya. Begitu juga dengan hotel penginapan di Kuala Lumpur telahpun tersedia sebaik sahaja kemenangan calon diperolehi dimana-mana bahagian yang disasarkan.

Perwakilan atau sesiapa jua yang membaca warkah dalam blog ini, sila print it out dan edarkan kepada perwakilan ditempat masing-masing, agar warkah ini sampai ke pengetahuan mereka dan akan menyedarkan mereka bahawa kita sebenarnya mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sangat besar maknakan kepada perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.
Janganlah hendaknya perwakilan terlupa bahawa sanya anda semua terpilih sebagai perwakilan itu memegang tanggungjawab tersebut.

Pada persidangan pemilihan kali ini kita kena fokus kepada pejuangan agama, bangsa dan ibu pertiwi kita ini. UMNO ketika ini amat kritikal sekali kedudukannya. Jika pada persidangan kali ini anda masih mementingkan wang ringgit dan sanggup menerima rasuah politik, maka akibatnya sangat tragis kepada UMNO. Pilihanraya akan datang ini UMNO akan diletak ketepi oleh para pengundi semua yang rata-ratanya telah memperlihatkan bayangan dan amaran semasa PIRU ke 12 dahulu. Rasuah Politik akan menghancurkan sebuah parti keramat yang jasanya sangat besar dalam memerdekaan negara Malaysia.