SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 4 Januari 2010

1MALAYSIA & KITA TETAP PENDUDUK ASAL KEPULAUAN MELAYU NUSANTARA.

Yang ini "orang Kita" mesti mau ingat hingga kedetik-detik nyawa kita yang penghabisan.
Kita tidak seperti Amerika Syarikat.
Mereka itu "New land"
Tidak ada seorangpun yang asli,
Kecuali "Red Indian".
Olehkerana itu jika Barrak Obamapun menjadi Presiden.
Atau seorang Jerman. Atau seorang Irish. Atau seorang China. Atau seorang Melayu.
Sememangnya selayaknya begitu.
Tetapi kita tidak selayaknya sedemikian!!!!!
Malaysia, semuapun kita telah tahu.
Bahawasanya......
Kitalah MELAYU, KADAZAN, IBAN, MURUT, PENAN orang yang asal.
Tidak ada sesiapapun yang boleh mempertikaikannya.
Dan mereka yang India serta Cina itu berasal dari dua kelompok asal yang berbeza.
Kita bersyukur.
Kerana Perlembagaan Negara mempertahankannya.
Pemimpin dahulu sememangnya tahu dan sedar.
Akan hakikat ini.
Janganlah ia diroboh.
Jika berdegil juga.
Maka kita
Adalah terdiri dari orang-orang yang
"Mengkhianati"
Perjuangan Datuk Nenek kita.
Yang trelah bertungkus lumus
mempertahankan Yang Hak.

Ahad, 3 Januari 2010

Menjadi PM Malaysia????

Maka saya pun bertanya satu soalan yang paling mudah dan senang untuk difahami, juga mudah untuk dijawab. Iaitu APAKAH ANDA BERSETUJU JIKA PERDANA MENTERI MALAYSIA SEORANG YANG BUKAN ISLAM?????Mungkin soalan ini sensitif kepada setengah orang, terutama mereka yang bukan islam, tetapi inilah hakikatnya. Logikkah soalan ini ditanyakan oleh seorang seperti saya? Apakah rasanya akan berlaku suasana aman sentosa dimana penuh dengan keharmonian seperti keadaan sekarang ini????
Semuapun tahu bahawa Perlembagaan negara tidak memperuntukkan sebarang apa perenggan sekalipun yang menghalang seorang bukan islam menjadi Perdana menteri. Semua kita mengetahui bahawasanya hak seorang bukan islam dalam negara ini sama seperti kita yang beragama islam. Bahkan sejak kebelakangan ini semakin deras dan laju suara mereka yang bukan islam memperjuangkan hak-hak mereka dalam negara. Bahkan sejak kebelakangan ini rasa kurang sedar masyarakat islam tentang kepentingan agamanya semakin terasa kekeringan dan kegersangannya. Contoh paling jelas dan terang ialah bilamana masyarakat kristian berjaya memperolehi kebenaran dari mahkamah untuk menggunakan perkataan " allah " juga dalam merujuk kepada tuhan mereka. Ini jelas mencabar kesucian agama islam, agama resmi negara dan agama penduduk asal negara ini.
Apa akan jadi kepada agama suci ini, bila suatu ketika nanti seorang Perdana Menteri kita ialah seorang seperti Lim Kit Siang? atau seorang seperti Karpal Singh? Apakah orang seperti ini mampu mempertahankan agama islam yang sebenar-benarnya bukan agama yang mereka anuti? Untuk menjawab soalan ini, anda tidak perlu memperolehi degree terlebih dahulu. Soalan ini adalah sangat mudah untuk dijawab dan anda tak memerlukan banyak buku rujukan untuk memberikan jawapan yang tepat dan benar.
Cuma sangat berat untuk mempastikan perkara tersebut tidak berlaku. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan dan melihat akan senario penganut agama suci itu yang sejak akhir-akhir ini bergigit diantara satu dengan yang lain. Bila kita bergaduh sesama kita...maka kekuatan kita akan menjadi lemah dan layu. Menyebabkan orang lain akan naik atas kepala kita dan memecah belahkan lagi perpaduan sesama kita. Orang yang pintar dan matang akan menjadikan politik dan persatuan itu sebagai wadah untuk kesatuan umat. Bukan sebaliknya sebagai tempat untuk berpecah belah dan berkelahi sesama sendiri. Sejak merdeka, telah ramai penganut islam memiliki ilmuyang tinggi-tinggi. Sayangnya hasil dari capaian ilmu tinggi tersebut, menyebabkan mereka berpecah belah antara satu dengan yang lain. Sepatutnya tidak sedmikian jadinya. Sepatutnya mereka akan lebih bersatu dan berpadu menuju matlamat yang satu. Untuk keredaan Allah SWT jua.
Sedar tak sedar, dalam kepintaran masyarakat melayu itu, mereka rupanya berpecah menjadi 2 dan 3. Yang akhirnya ...rupa-rupanya kepintaran itu adalah satu kebodohan yang nyata.