SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 9 Januari 2009

HARI JADI TERSUNGKURNYA KEKUASAAN MELAYU.

Dengan terlantiknya Obama selaku Presiden Amerika Syarikat pada 20hb Januari 2009 ini, maka terencat sedikit kekuasaan orang kulit putih dinegara yang paling ganas didunia itu. Setelah lebih 200 tahun memerintah negara tersebut, dimana generasi yang memulakan penjajahan tanah besar itu semua dah mati berkubur ( ada yang dimakan Red- Indian ), akhirnya rakyat generasi baru yang sudah "berfikiran baru" memilih pula seorang berketurunan Negro sebagai Presiden mereka. Perkara seperti ini bukan satu kehairanan, malah juga tidak mustahil akan berlaku di Malaysia. Sebab itu agaknya PRIBUMIPERKARA akan menganjurkan perjumpaan raksasa di Bukit Jalil pada 15hb Januari 2009 ini. Kepada generasi muda, datanglah beramai-ramai. Tidak kira apa sekalipun parti anda, anda boleh datang dengan bebas kerana pribumiperkasa adalah sabuah badan yang tidak mewakili mana-mana parti. Mereka adalah badan yang berjuang atas nama MELAYU DAN ISLAM. Maka itu, jika anda melayu dan anda islam, datanglah terutamanya generasi muda yang cuma berkesempatan mengetahui akan asal usul bangsanya melalui sekolah-sekolah dan cerita datuk moyang mereka sahaja.

Jangan sampai suatu ketika nanti kita MERAYAKAN HARI ULANG TAHUN TERTIMBUSKAN KUASA MELAYU DIBUMI TANAH MELAYU INI. Naauuzubilallah himinzalik.

Khamis, 8 Januari 2009

AKHIRAT TETAP MUSTAHAK, NAMUN PENGGUNDI KUALA TRENGGANU TETAP JUGA UTAMAKAN PEMBANGUNAN DUNIA.

Langsung tidak dinafikan bahawa rakyat Kuala Trengganu tetap yakin akan mustahaknya persediaan untuk AKHIRAT. Namun mereka juga tidak menolak akan pentingnya pembangunan didunia ini. Bahkan tersangat penting kerana ianya juga yang bakal menentukan saham akhirat nanti samada sedikit atau berkarung-karung banyaknya.
Rakyat Kuala Trengganu tidak senang untuk dipengaruhi oleh janji manis Pakatan Rakyat yang selama ini sering mereka laungkan. Ketika pilihanraya seperti inilah PAS mula mengeluarkan ayat-ayat suci al-quran untuk meraih undi. Sehingga kadang-kadang mereka mengelirukan rakyat dengan tafsiran salah yang memberikan bayangan islam itu tidak memberikan keutamaan kepada pembangunan di dunia ini. Bahawa akhirat itulah segala-galanya dan kita hidup diatas muka bumi ini hanya semantara.
SEDANGKAN SEBENARNYA KEHIDUPAN KITA DIDUNIA INILAH YANG AKAN MENENTUKAN KEADAAN KITA DIAKHIRAT KELAK. Bahkan sebagai orang islam, kita mestilah membangunkan diri, bangsa dan negara kita agar bisa menang didunia dan bahagia di akhirat nanti.
Pada masa ini keadaan islam didunia ini sungguh malang sekali. Kita lihat keadaan yang menimpa saudara kita di Palestine, Iraq, Somalia,dan lain-lain kawasan diatas muka bumi ini. Ini berpunya kerana kita lemah dan salah pentafsiran mengenai ayat suci al quran. PENGUNDI-PENGUNDI Kuala Trengganu sememangnya sangat menyedari akan perkara ini. Selain sebagai persediaan menjalani liku-liku kehidupan didunia ini, juga sebagai membantu persediaan apabila berpinda alam nanti ( alam akhirat ).
KETIDAKMAMPUAN PAS juga telah diketahui sepenuhnya oleh Pengundi KT. Bahkan seluruh Trengganu telah faham mengenai apa itu PAS. Pilihanraya ke 11 telah menjelaskan segalanya Mereka tidak berdaya untuk menyediakan segala prasarana untuk Bandaraya Kuala Trengganu kerana PAS bukan pemerintah negeri tersebut, sekalipun PAS telah dibagi peluang untuk menjadi pemimpin negeri.
PAS juga tidak berdaya untuk menyediakan PENDIDIKAN kepada rakyat kerana mereka bukan Kerajaan Persekutuan. Dan serba serbi mengenai pembangunan dunia, PAS bukanlah Parti yang harus diundi dalam Pilihan Raya Kuala Trengganu.
Jika ingin melihat Kuala Trengganu membangun dari berbagai aspek pembangunan samada Fizikal maupun Rohaniah, UMNOlah parti yang seharusnya menjadi pilihan pemilih di Kuala Trengganu dan MESTI MENGUNDI PARTI UMNO TERSEBUT.
Jika rakyat termasuk golongan mudanya berkeinginan untuk melihat perubahan drastik kepada aspek yang mereka perlukan? Spt pekerjaan, Latihan kemahiran kepada golongan belia, Bantuan kepada Nelayan atau Petani, Ingin memulakan perniagaan...maka UMNOlah parti yang paling sesuai untuk diundi. Dan Bukan PAS.


Saya tidak mengundi...semoga anda Penggundi di Kuala Trengganu berfikir secara rasional dan tidak terbawa oleh dakyah parti yang menjanjikan sesuatu yang KOSONG BELAKA.

Rabu, 7 Januari 2009

minda AOTA BERTANYA?

Semalam saya mendapat berita bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengumumkan di PRK Kuala Trengganu bahawa, Jika menang dan menjadi Pemerintah, HUKUM HUDUD AKAN DILAKSANAKAN HANYA KEPADA UMAT ISLAM SAHAJA DIMALAYSIA. Ayat saya ini mungkin tidak sama dengan apa yang dipertuturkan oleh beliau, namun maksudnya 100% betul dan tepat. Bahawasanya masyarakat bukan islam tidak perlu risau, sekalipun Pakatan Rakyat memerintah negara, Hukum Hudud yang akan mereka laksanakan tidak merangkumi masyarakat bukan islam. Ianya dilaksanakan hanya untuk penganut agama islam sahaja.

Saya bukan Ustaz, jauh sekali seperti Ustaz Hadi maupun Musridul Nik Aziz. Saya melayu biasa yang banyak berjalanan diJalan Tungku Abdul Rahman. Namun saya rasa terpanggil juga untuk mengemukakan beberapa pertanyaan dan meminta jawapan segera dari DSAI atau orang-orangnya:-

1. Dari segi KEADILAN, jika seorang isteri orang islam melakukan zina dengan seorang suami bukan islam. Siisteri islam akan dihukum sula, apakan hukuman yang akan dijatuhkan kepada suami bukan islam yang setimpal hukuman sula yang dikenakan kepada isteri seorang islam? Cuma bayar denda RM3,000.00 sahajakah? Adilkah itu? Atau jawapannya, Nantilah kita fikir. Atau telah ditetapkan oleh Allah SWT?. Tolong ajar saya.

2. Jika seorang islam mencuri RM50,000.00. Hukumannya potong tangan kepada orang islam. Apa hukuman yang akan dikenakan kepada bukan islam yang mencuri RM50,000.00?
Penjara 5 tahun? Tentu telah ditetapkan oleh Allah SWT?

3. Hukuman zina bagi orang bujang islam ialah 100 kali rotan. Apa hukuman bagi bujang bukan islam?. RM500.00?

Lebih-lebih lagi hukuman yang bersandarkan Quran dan Hadith, Tahap KEADILANnya mestilah sangat tinggi sekali sehingga langsung tidak ada manusia boleh mempertikaikannya.
Jika Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia, perkara ini mestilah dipandang dengan serius
oleh Pakatan Rakyat. Bukan main-main dan ada lagi tempuh percubaan. Pelaksana Hukum Hudud mesti pula orang yang benar-benar mahir dan lari dari segala sikap dan sifat yang hina seperti berdendam, minum arak, berjuadi, menyeludup dan sebagainya.

SAYA TIDAK YAKIN ORANG BUKAN ISLAM AKAN HANYA MENERIMA HUKUMAN RINGAN DAN TIDAK SETIMPAL DENGAN HUKUMAN YANG DIKENAKAN KEPADA ORANG ISLAM. Dsai jangan bermain dengan kata-kata sehingga orang bukan islam tertipu. ..."Jika orang bujang islam kena rotan 100 kali sebagai hukuman melakukan zina. Pasangannya yang bukan islam tentunya akan kena hukuman yang relatifnya sama spt 100 kali rotan juga. Mungkin dalam bentuk yang lain. Barang kali 'ditumbuk dimuka 100 kali?'

Selasa, 6 Januari 2009

Tak ada salahnya NAIKKAN ROYALTI MINYAK kepada Kerajaan Trengganu.

Kerajaan Trengganu dibawah UMNO/BN acap kali meminta agar peratusan Royalti minyak dinaikkan melebihi 5% oleh Kerajaan Persekutuan. Tidak ada silap atau salahnya dengan permohonan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri tersebut. Ianya tidak bercanggah dengan sebarang perlembagaan, samada perlembagaan negeri maupun perlembagaan persekutuan.
Saya kira cadangan ini patut diambil perhatian yang sewajarnya dari Pemimpin Persekutuan dan diumukan menjelang penggundian 17hb Januri 2009 depan ini.
Pendapatan Utama negara ketika ini ialah Petrolium. Penghasilan petrolium negara adalah dari Trengganu, Sabah dan Sarawak. Penambahan peratusan Royalti kepada negeri-negeri tersebut memang adil dan saksama. Negeri-negeri lain juga boleh diberikan peratusan pemberian royalti yang sama, cumanya apabila dikali dengan penghasilannya jawapannya tetap sifar.
Luluskan saja,
Baik untuk rakyat Trengganu,
Baik untuk kita semua,
Baik untuk segala bangsa,
Dalam Malaysia.

SETITIK NILA, ROSAK SUSU SEBELANGA??

1. Janganlah hanya kerana "setitik" sealpaan dan kesilapan yang telah UMNO/BN lakukan semenjak lebih 50 tahun menjadi tulang belakang pemerintahan negara, semua jasa yang telah UMNO limpahkan selama ini telah anda lupakan"..Semua kalian mengetahui sebenar-benarnya bahawa UMNO sangat besar jasanya terutama kepada anak bangsa kita.

2. Perjuangan UMNO adalah untuk agama, bangsa dan negara. Sudah tentu pasti UMNO tidak menolak Islam seperti fitnah yang dilimparkan oleh setengah blogawan. Selama ini UMNOlah yang berjuang kuat untuk menegakkan syiar islam di Malaysia. Butakah mata anda?
Seluruh dunia telah menerima dan mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara islam yang
modern. Dunia sekarang semakin canggih dan islam mestilah sesuai dengan zaman yang serba canggih ini. UMNO berusaha kearah itu.

3. Dibawah UMNO, yang menjadi tulang belakang pemerintah negara, Malaysia telah menjadi juara didunia ini dalam banyak bidang. Anda semua tahu bidang mana yang Malaysia telah menjadi diantara juara didunia ini. Spt Antara 23 negara pengeksport terbanyak, antara pengimport terbanyak, Antara negara pelancung terhebat, dsbnya dan mengalahkan banyak negara-negara maju. Diantara negara-negara islam, Malaysia adalah duduk ditangga kedua terhebat dari segi pembangunannya. Semua ini menjadi penyebab kenapa kita harus berbangga menjadi warganegara Malaysia.

4. UMNO yang mengujudkan Petronas. Selepas Petronas maju-jaya, ramai anak-anak melayu mendapat peluang memiliki kerjaya yang baik-baik dalam Syarikat tersebut. Anak-anak melayu inilah yang bertungkus-lumus memajukan Petronas. ANAK-ANAK KITA. Kita sepatutnya bersyukur dan berdoa agar syarikat seperti ini berkembang maju dari masa kesemasa. Kerana minyak dikeluarkan dari bumi Trengganu, Sabah dan Sarawak, maka royali diberikan kepada negeri tersebut. Dan Trengganu, baru-baru ini telah diberikan lagi RM408.000.000.00 oleh Kerajaan Persekutuan ( Royalti ). Dan PAS yang tidak terlibat sedari penubuhan Petronas lagi, buat bising tak tentu pasal. Saya cadangkan agar mereka mengorek seluruh tanah di Selambau. Kot kot ada berlian. Boleh dijadikan hasil kepada Kedah.

5. Malaysia telah diperintah UMNO/BN semenjak 50 tahun yang lalu. Malaysia sejak itu telah membangun dengan jayanya. Samada dari segi fizikal maupun minda rakyatnya. Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor telah sangat membangun sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri tersebut. Semenjak 7 bulan yang lalu, apa yang Pakatan Rakyat telah rancang untuk meneruskan pembangunan negeri tersebut? Di Pulau Pinang mereka asyik mengorek kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh BN semenjak pemerintahan BN dahulu. Di Selangor mereka meneruskan pemerintahan dengan rancangan menjahanamkan rakyat. Sewa rumah dinaikkan, Ladang Babi semakin besar, pemberikan wang zakat kepada non-muslim juga dsbnya.

6. JANJI-JANJI PILIHANRAYA langsung gagal tertunai. Jika pun tertunai 100%, habis wang negeri yang dikumpulkan hasil program dan rancangan BN sebelum mereka mengambil alih, akan dibelanjakan.

7. Fikir baik-baik dan hapuskan serta singkirkan PAKATAN rAKYAT SEPENUHNYA.

Isnin, 5 Januari 2009

MACAMNI SEPATUTNYA....

Pada hemat saya sepatutnya kita berfikir macam ini:-
tak apa jika anda mencari harta bertimbun-timbun,
atau anda mencari keseronokan mengila-gila,
atau anda memiliki isteri lebih dari dua,
atau anda membeli lebih dari satu kereta,
atau anda mencari ilmu setinggi Menara KLCC,
atau anda menjadi seorang ulamak tersohor,
atau Professor bijaksana,
atau meliwat seperti dia,
Bahkan menjadi seorang warak gila,
Duduk digunong bertapa,
MencintaiNYA saban waktu dan ketika.
TIDAK MENGAPA...
Namun JANGAN LUPA SATU PERKARA.
Untuk KEBEBASAN seperti yang anda harapkan
perlukan satu pengorbanan.
istilah PERJUANGAN jangan dilupakan.
kerana semua harapan dan kebebasan akan kecundang
tanpa KUASA DITANGAN.
Jika anda warga Palestine, suasana bercerita segala.

PERKEMBANGAN SEMAKIN BAIK. RASUAH SEMAKIN KURANG!!!

Macamana? Saya kata RASUAH DALAM UMNO mutakhir ini semakin berkurangan ( mungkin telah menjadi SIFAR). Jelasnya sangat berkurangan para blogawan yang membuat tuduhan tidak berasas dan berbentuk fitnah jika dibandingkan beberapa bulan yang lepas. Semenjak kerajaan BN mengambil beberapa langkah drastik termasuk penubuhan SPRM dan melipatgandakan usaha pembenterasan rasuah, kurang sekali pemimpin UMNO yang terlibat samada drp sudut perseptif atau tertuduh dengan bukti lengkap. Menggambarkan kepada kita dengan jelas bahawa Pemimpin UMNO itu adalah mereka yang sebenarnya juga tidak gemar bermain rasuah. Pemimpin UMNO juga penganut islam dan tahu perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa jika melakukannya. Pemimpin UMNO juga tahu perbuatan rasuah sangat tidak bermoral dan boleh menjahanamkan negara dan bangsa serta ugama.

Dalam sedar, kita semua, tidak kira dalam apa parti sekalipun kenalah mengakui bahawa pemimpin UMNO boleh memperbaiki diri jika terlajak perahu mereka. Yang mustahak kepada pemimpin UMNO ialah bermuhasabah-diri dan memperbaiki diri. .."Mereka sangat maklum bahawa perjuangan dalam UMNO adalah untuk ugama, bangsa dan negara"...Mereka tahu hanya mereka yang akan dijadikan pengharapan oleh sebahagian besar umat di Malaysia ini. Bukan sahaja Malaysia malah mereka tahu dengan sedalamnya bahawa mereka juga adalah pejuang islam seantaredunia"...

Cuma saya sentiasa mengingatkan PRSM dan Ahlijawatankuasa Disiplin UMNO jangan mudah Puashati dengan usaha anda. Teruskan hingga keakar umbi. Perhimpunan Agung UMNO masih jauh. 3 bulan lagi. Dimana semua hal boleh jadi.

Terima Kasih kepada Pemimpin UMNO, dari atas hingga ke bawah kerana kesungguhan anda semua dalam memerangi musuh kita bersama itu. Mulai hari ini jangan peduli apa mereka cakap. Yang penitngnya kita atur langkah betul dan tidak lagi sumbang. Dalam dunia ini hanya duit yang halal yang dapat membantu keberkatan perjuangan. Bertambah senang kerja dan usaha blogawan penyokong UMNO untuk memberikan penjelasan ikhlas dan jujur kepada rakyat.

Ahad, 4 Januari 2009

JOM, Kita balun Israel Habis-Habisan.

Nabi bersabda...."kitapun boleh memaafkan musuh kita hanya 3 kali".... Kali ke empat jika mereka memerangi kita, maka kita kena balun mereka habis-habisan. Kalau nak maafkan mereka biar selepas kita ajar mereka secukupnya. Jom kita rapatkan safff. Semua Ngos islam jangan hanya pandai mengutuk, demostrasi sini dan sana, merayu dan menggesa semata. Seluruh umat islam didunia kena ingat mereka telah menyeksa dan membunuh umat islam sudah beberapa kali hingga tidak terkira. Perlukah kita bertindak lebih dari hanya sekadar mendesak dan berdemonstrasi sahaja?. Jawapannya TIDAK MENYERANG BALAS, ITU SATU JIHAD DAN KEWAJIBAN.

Kenapa? Takut mati? Takut anak tinggal tanpa bapak? Takut isteri menjanda? Sehingga kita terlupa bahawa itu satu jihad. Dimana mati tidak sia-sia. Dijamin bahawa kita akan masuk syurga. Apa sebenarnya pertimbangan kita sehingga kita menjawab kita jauh, jangan ekstrim, kita guna diplomasi dulu ( sampai bila?) dsbnya. Takut Amerika Syarikat?

Sudah 1400 lebih Nabi Muhamad SWT membawa islam didunia ini. Dalam perjalanannya semasa Ikraj-mikraj beliau bertemu seorang tua bongkok tiga, Lalu bertanya kepada malaikat. Apakah tandanya tu? Dan malaikat menjawab itulah umpamanya dunia kini. Telah tua. Jika setua itu berapa tahun lagi jangkaan anda kiamat menjelang tiba? Memang tak lama lagi. Oleh itu bila masa islam menjadi kuat diatas dunia ini. Yang selama 7 tahun itu. Mungkin tak lama lagi. Bermulalah dari sekarang. Kita hancurkan Israel bersama-sama.

DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN RASA SELESA DAN HARMONI.

Hendaklah kita sedar sepenuhnya pada masa ini kita sangat merasa selesa. Duduk dibawah pemerintahaan UMNO/BN, negara kita yang dihuni oleh berbagai-bagai kaum duduk dalam keadaan aman dan sejahtera tanpa gangguan seperti mana yang berlaku di Palestine, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Bosnia Herzegovina ( satu ketika ), Somalia, Kenya, Nigeria, Colombia dan banyak negara lagi. Kepada setengah warga, mereka tidak sedar bahawa keharmonian yang kita alami sekarang ini sebenarnya tidak datang menggolek dan tanpa usaha kepimpinan pihak pemerintah.
Anda semua boleh:-
Mengamalkan agama dengan kebebasan yang mutlak,
Boleh berniaga tanpa gangguan,
Pendidikkan anda diutamakan sepenuhnya,
Pembangunan prasarana dilipatkaligandakan,
Kesukanan juga diberikan tumpuan,
Kesenian tidak ketinggalan,
Ekonomi negara dijaga dengan rapi siang dan malam,
Keselamatan anda dan negara anda diperingkat top.
Anda boleh mengkritik sesuka anda tanpa had,
Anda bebas berkarya tanpa sekatan,
Jika anda golongan minoriti anda tidak diketepikan
dan dan dan dan.
Memang aku gembira menjadi rakyat Malaysia kerana Pemerintahnya adil dan saksama.
Komenlah, kritiklah, bantailah dan apapun jua, anda bisa melakukannya. Cuma jangan UMNO/BN dinyahkan, kerana dengan pemerintah itulah, negara kita selesa untuk diduduki sehingga kini.