SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 18 Februari 2010

50 Ahli Parlimen Australia SILAP SEMPADAN NEGARA mereka. Hehehe!!!

Mungkin agaknya sukatan mata pelajaran Geography dan Nilai Murni kehidupan di Sekolah-Sekolah Menengah hingga keperingkat Universiti di Australia mengajar anak-anak mereka akan garis sempadan negara itu adalah dari Utara Benua tersebut sehinggalah kesempadan Yala dan Songkla di Negara Thailand sana. Ilmu yang merka kaut itu telah akhirnya memberikan kebenaran mutlak kepada mereka untuk ikut serta dalam bidang urus tadbir negara Singapura, Indonesia, Timor Leste dan akhir sekali Negara malaysia. Sebab itulah 50 orang dari Ahli Parlimen mereka menggesa Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengunggurkan Kes Liwat DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita mengenai perkara ini telah heboh diwar-warkan dalam negara samada oleh Blog atau Media konvensional. Impak dari berita tersebut begitu ramai individu dan perkumpulan dalam negara yang membantah keras akan berita yang diterima ini. Saya juga dengan tegas membantah tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu. Saya juga dengan jelas berpandangan bahawa ke 50 mereka itu tidak memiliki ilmu yang mencukupi untuk membolehkan mereka dipilih kejawatan Ahli Parlimen. Dengan yang demikian saya juga berpendapat bahawa dinegara maju seperti Australia ini, masih terdapat rakyat yang bacul dan tidak bijak memilih pemimpin mereka.

Selasa, 16 Februari 2010

ORANG MELAYU LUAR PULAU PINANG JUGA TERLALU KECEWA!!!!!

Sejak kebelakangan ini suara melayu Pulau Pinang kerap kedengaran beralun kekecewaan bercampur marah kepada Ketua Menteri mereka, Sdr Lim Guan Eng. Saya tak ada fakta lengkap mengenai sebab musebab kemarahan itu timbul. Namun saya dapat mengangak sudah tentu ianya berpunca dari rasa tidak puas hati mereka diatas tindakan dan keputusan yang dibuat Sdr Lim Guan Eng terhadap suasana kehidupan harian mereka. Umpamanya merobohkan Gerai Makan atau Restoren dimana ianya punca rezeki mereka. Atau merobohkan Masjid dimana itu adalah tempat mereka bertemu dengan TUHAN mereka. Atau mereka mula merasa ragu dengan tindakan yang seolah menghalau mereka dari Pulau Mutiara tersebut.

Saya ingin jelaskan disini, jika keadaan berterusan seperti suasana sekarang, bukan Melayu Pulau Pinang saja yang kecewa dan marah, malah seluruh melayu Malaysia ini akan marah dan kecewa lalu akan membenci Lim Guan Eng serta DAP sekaligus. Tidak menghairankan jikalau nantinya orang melayu akan menganggap Lim Guan Eng itu sama saja serupa Lee Kuan Yew.
Kemana orang melayu Singapura sekarang ini berbanding 60 tahun yang lalu? Apakah Lee Kuan Yew secara terbuka menyisihkan orang melayu Singapura? Sudah tentu beliau akan berkata tidak!!! Namun yang jelas orang melayu Singapura semakin terpinggir dan merempat diatas Tanah Air Mereka sendiri. Apakah semua ini tidak mungkin berlaku di Pulau Pinang????? Dalam pada Lim Guan Eng masih tetap berkeras mengatakan kepimpinan dibawahnya memperjuangkan juga orang melayu Pulau tersebut, dalam masa yang sama tindakannya telah menyebabkan orang melayu Pulau itu terpinggir langkah demi langkah. Halus, lembut, mesra, menyenangkan kepada kita yang bebal dan gila kuasa dan harta ini. Tetapi dalam kelembutan, kemesraan dan kehalusan itu, kita semakin jauh kedalam hutan belantara di negeri Kedah dan Perlis serta Perak. Dan tinggallah masyarakat Cina dan India serta orang asing yang akan memenuhi Pulau Mutiara itu suatu ketika nanti. Suatu ketika nanti itu mengambil waktu kira-kira 100 tahun lagi.

Orang melayu Pulau Pinang kena pilih hanya sebuah parti sahaja untuk diperjuangkan sebagai landasan perjuangan. Jangan banyak parti kwerana itu menjadikan anda lemah dan berpecah belah.