SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 15 Mei 2009

JANGAN BIARKAN ORANG MELAYU TERGURIS HATINYA.

Pandangan Datuk A Kadir Jasin dan Prof Zainal Keling malam semalam memang kena pada masa dan suasana kini. Kesimpulan dari bicara mereka berdua sangat membawa erti kepada kesinambungan perjuangan melayu yang belum pernah menghadapai kegagalan semenjak sebelum lagi merdeka berkumandang diudara Malaysia.

Ancaman dan cabaran terbesar kepada pejuangan melayu ialah 13hb mei 1969 dan musim komunis memberontak sekitar 1948 dahulu. Selain dari dua episod sejarah tersebut, perjuangan bangsa berterusan tanpa gangguan kaum lain. Malah kerana kekuatan kesatuan bangsa melayu ini, kaum lain menumbang kuasa dan kemakmuran bersama didalam negara yang bergelar Malaysia ini. Terdapat juga gangguan-gangguan yang terjadi, tapi adalah hasil yang dibuat oleh bangsa melayu sendiri. UMNO haram sekitar tahun 1987/88 adalah akibat percakaran sesama bangsa.

Kini abad ke 21 ini sekali lagi perjuangan melayu tercabar. Dan kini juga adalah akibat percakaran sesama bangsa. Kenapa perlu timbul PKR? Kenapa PAS bertambah bertenaga dan bersemangat? Apakah kerana perjuangan melayu dan Islam? Atau sedarkah mereka bahawa pergeseran yang maha dasyhat ini akan memusnahkan segala perancangan yang telah disusun dengan baik semula merdeka dahulu? Apakah tidak ada cara dan pendekatan yang boleh kepimpinan UMNO gunakan untuk meredakan keadaan pergeseran yang panas ini?

Dalam penulisan saya yang lepas, saya ada mengingatkan kepimpinan samada diperingkat tertinggi maupun separuh tinggi dalam kerajaan, bahawa disamping kita melayan semua kehendak dan permintaan kaum lain, jangan lupa akan kaum kita sendiri yang sebenarnya meletakkan undi mereka selama ini kepada UMNO. Jika mereka ini terguris hatinya kerana tindakan terlalu memberi muka kepada kaum lain, maka kemungkinan mereka akan bertindak diluar jangkaan kita itu ada. Saya percaya Datuk A Kadir Jasin dan Prof Zainal Keling juga merasakan demikian. Saya juga menulis tentang persoalan kenapakah kita tidak berdaya mengumpul kekuatan bangsa kita seluruhnya bersama bumiputera dari Sabah dan Sarawak untuk bergabung tenaga mempertahankan kekuasaan bangsa kita sebagai pemerintah negara, tanpa penglibatan kaum lain? Tidak bermakna kita mengenepikan mereka segala aspek kehidupan, cuma dalam mempertahankan kuasa melayu dan bumi, jangan kita berharapkan semata kepada bantuan mereka, sedang dalam masa yang sama kita bercakaran sesama kita.

Renung-renungkanlah.........

Khamis, 14 Mei 2009

INGATLAH WAHAI MELAYU SEKALIAN!!!!!

Kita akan kehilangan kuasa politik,

Dan ini akan berlaku tidak berapa lama lagi!!!!!!

Oleh itu....

Berhentilah bercakaran sesama sendiri!

Bermuafakatlah!!!!!!

Bersatulah kembali!

Lupakah sengkita yang telah lama berlaku!

Yang kini menjadi semakin parah,



Jom kita rapatkan saf,

Pertahankan kuasa daripada hancur lebur,

Jangan rela membiarkan kehancuran itu berlaku,

Dihadapan mata kita,

Jangan kita bersorak kerana kejayaan kita itu adalah kerosakan bangsa jua.



Siapa agaknya yang harus memulakan inisiatif,

Kearah permuafakatan ini???????
Memang sukar, tapi bukan itu saja cara yang kita ada?
Berpadu dan bersepakat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

JIKA SEBALIKNYA, BAGAIMANA?

Kemelut politik Perak pada ketika itu sangat panas.
Pada hemat saya tidak ada pihak-pihak yang terkecuali, bahkan hampir semua pemain politik dalam negara ini menunjukkan pemerhatian dan pemFokasan yang mendalam tentang suasana politik negeri tersebut. Samada rakyat biasa atau pemimpin peringkat tertinggi kerajaan dan tidak terkecuali pihak pembangkang. Namun disamping begitu banyak pendekatan dan cadangan-cadangan untuk menjernihkan suasana politik tersebut, semakin kelam kabut ia jadinya. Pendeknya Pakatan pembangkang merasakan ianya dipihak yang benar. Demikian juga pihak Kerajaan BN.

Pihak Pembangkang membuat tuduhan yang kurang enak dengan mengatakan Barisan Nasional telah merampas kuasa dinegeri Perak tersebut. Kenapa tuduhan ini dilimparkan sebegitu jahat sekali? Apakah kerana 3 ADUN ( 2 adun PKR dan 1 ADUN DAP ) yang keluar dan menjadi BEBAS itu puncanya? Atau kerana lantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar oleh Baginda Sultan menjadi angkara? Atau mereka menjumpai bukti bahawa BN sebenarnya telah memainkan peranan dalam proses keluar parti oleh 3 ADUN DAP dan PKR itu tadi? Atau yang paling menyedihkan ialah jika ini berpunca dari strategi Pakatan Pembangkang untuk mendapatkan simpati dan populariti daripada rakyat terbanyak?.

Suasana diPerak ini juga boleh berlaku dalam skala yang lebih besar, jika Anwar Ibrahim berjaya dalam projeknya untuk membawa seramai 30 orang Ahli Parlimen BN melompat ke Pakatan Pembangkang pada 16hb Sept 2008 yang lalu. Ia melibatkan seluruh negara, dimana berlaku kejatuhan kerajaan BN dan diganti oleh Pakatan PKR, DAP dan PAS. Ertinya Anwar Ibrahim dengan bukti-bukti nyata telah berjaya menjatuhkan pemerintahan kerajaan BN dengan cara mengajak seramai 30 orang Ahli Parlimennya melompat ke parti pembangkang. ERTINYA PENASIHAT NIZAR ITU TELAH MERAMPAS KUASA?.Nasiblah baik kerana pengalaman yang mendalam, Ali Parlimen BN dan Kepimpinan Barisan Nasional sendiri berjaya mengelakkan dirinya dari jatuh tersungkur kebumi.

Jika keadaan berlaku sebaliknya, samada di Perak maupun dalam politik Malaysia seluruhnya, apakah anda akan mengiktiraf ini sebagai satu rampasan kuasa seperti tuduhan anda kepada Barisan Nasional di Perak itu? Barisan Nasional ketika itu sudah tentu akan menuduh bahawa Pakatan pembangkang yang merancang semua peristiwa tersebut. Kerana nampaknya rampasan kuasa adalah sesuatu yang tidak bermoral, kata Dr Abu Hassan dan kata anda, apakah anda akan menolak kehadiran ADUN BN yang melompat tadi dan menolak untuk tidak menubuhkan kerajaan?
Saya jawab sendiri,
Taiklah.!!!!!
Jawapannya anda akan tetap mengambil segala peluang yang terhindang itu dengan tangan terbuka luas dan tentu sekali barisan anda akan menubuhkan sebuah kerajaan Perak yang baru dan kerajaan Malaysia yang baru. Jika inilah jawapan anda, cuba bayangkan macamana agaknya saya menengok anda sekarang ini. Saya jijik dan muak apakala terlihat wajah anda dan kawan-kawan anda dalam kaca TV atau Persuratkhabaran. Anda adalah seorang yang hipokrit dan penipu. Kalau orang lain buat salah, tapi kalau anda semuanya betul belaka termasuk mesyuarat bawah pokok pun betul. Anda sangat tidak layak dimata saya dan majoriti rakyat Malaysia ini untuk duduk selaku MB maupun PM Malaysia yang tercinta ini. Kami tidak mahukan seorang pemimpin seperti anda. Seorang yang "canning", Hipokrit, Hari ini cakap lain, besok cakap lain dan sangat tidak berpendirian serta membelakangkan perjuangan bangsanya sendiri.

Aku kalut dengan cara melayu berfikir mutakhir ini!!!!!!

Rabu, 13 Mei 2009

GUNAKAN KEKUATAN KITA SENDIRI!!!!!

Sehari sebelum 13hb Mei 2009 ini saya ada menulis tentang satu kemungkinan jika melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak bergabung dalam satu barisan untuk berjuang dalam pilihanraya umum ke 13 kelak. Sudah tentulah usaha kearah itu mesti dilakukan sedari sekarang dengan segera. Mungkin PERKASA boleh memulakan inisiatif tersebut. Ini tidak bermakna kita mengenepikan kaum lain dalam memerintah negara ini. Lantak kitalah, jika nak jadikan mereka Menteri, sekalipun sebagai Menteri Pelajaran atau Menteri Dalam Negeri atau menteri Kewangan. Tujuan kita hanyalah menggunakan kekuatan bangsa kita ( Bangsa asal dibumi ini ) untuk mempertahankan kekuasaannya yang selama ini tergugat sekalipun bantuan dari kaum lain ditagih pada saban ketika. Segala apa parti yang ahlinya majoriti bumiputera, samada PBS, UPKO, PBB, UMNO, PAS dan sebagainya, bergabung menjadi sebuah parti besar yang bekerjasama dalam pilihantraya umum ke 13, demi survival perjuangan kita bersama diatas Tanah Air kita yang kita sangat-sangat IKHLAS memperjuangkannya ini.

Banyak peristiwa yang terjadi dan sangat banyak, yang telah menguris hati kita selama ini...yang mana mereka hanya bersandiwara dan beraksi dalam kepura-puraan dengan kata-kata yang manis padahal hal yang sebenarnya sedang "menikam kita dari belakang". Cukuplah buat seketika ini dan kita kena menunjukkan pula bahawa kita masih memiliki taring sakti yang telah diatur sebaiknya oleh pemimpin negarawan masa lepas.

Hari ini dalam penulisan ini saya perturunkan fakta mengenai kedudukkan KERUSI PARLIMEN yang dikuasai bumiputera jika berlaku gabungan dalam berjuang ketika pilihanraya umum ke 13 kelak:

Perlis@ Semua 3 Kerusi boleh dimenangi dengan mudah,
Kedah@ 14 Kerusi Parlimen boleh dimenangi dengan mudah,
Kelantan @ Semua kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Terengganu@semua kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Pulau Pinang @ 4 kawasan adalah kawasan yang boleh kita menangi,
Perak@16 buah kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Pahang@12 kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Selangor@ 12kawasan boleh dimenangi dengan mudah,
Wilayah Persekutuan@ kita boleh menang di 5 kawasan dengan senang,
Negeri Sembilan @ 5 kawasan boleh dimenangi,
Melaka@ 4 kawasan boleh diraih dengan senang,
Johor@ 17 kawasan boleh dimakan dan dijeruk dengan sedap sekali rasanya,
Sabah@ 21 kawasan dan
Sarawak@ 24 kawasan.

Tuan-tuan kira sendiri, jika bergabung kekuatan sesama kita, maka kita akan memperolehi melebihi 2/3 kerusi di Parlimen tanpa bantuan dari kaum-kaum lain yang "mulut murai tapi ekor bergelombang dengan najis".

Mungkin terdapat juga dikalangan individu dari bangsa bumi ini yang memberikan bantahan dan bangkangan daripada usul seperti ini. Dan sudah tentu dalam pilihanraya tidak kurang dari orang sendiri yang tak sedar dik untung seperti ini, tetapi itu hanya terdiri drp segelintir kecil daripada kita. Kita hanya perlu berwaspada dengan mereka yang seperti ini. Tidak tidak bermaksud bermusuhan dengan kaum Tionghua atau kaum India, tetapi kita tidak lagi mahu menanggung risiko dengan meletakkan masa depan dan pertahanan kekuasaan bangsa bumiputera ini ditangan termasuk tangan-tangan kaum lain yang kurang pasti kesetiaannya.

Kita sangat mengakui bahawa mereka juga merupakan warganegara Malaysia, namun dalam soal pertahanan kekuasaan dan perjuangan kaum bumi, kita tidak boleh berharap dengan sokongan dari kaum lain, melainkan kita tidak ada kuasa bagi mempertahankannya lagi.

Jika terlalu inginpun hendak bergabung dengan masyarakat Tionghua, di Sabah dan Sarawak perkara ini boleh berlaku, kerana masyarakat tionghua dikawasan sebelah Sabah dan Sarawak adalah masyarakat Tionghua yang ikhlas dalam perjaungan. Masyarakat Tionghua di Semananjung, kenalah bermuhasabah diri terlebih dahulu dan kena kursus tentang kesetiaan kepada negara ini terlebih dahulu sebelum berura-ura untuk masuk bergabung bersama parti bumiputera malaysia.

Selasa, 12 Mei 2009

UMNO & PAS JIKA BERMUAFAKAT AKAN MENJADIKAN MELAYU KUAT SEMULA.

Pagi ini saya agak malas sedikit untuk mencari fakta-fakta bagi menyokong kenyataan dalam tajuk saya diatas ini. Namun dalam tulisan ini persetankan dahulu semua fakta berbentuk nombor dan angka tersebut. Kita utamakan penghuraian kenapa saya berkata demikian? Kenapa saya kata jika PAS dan UMNO bermuafakat dengan ikhlas, kedudukan politik melayu di Malaysia ini akan kembali pulih dan kuat semula.

Kenapa tidak?
Masih banyak negeri yang majoritinya masih orang melayu & bumiputera.
Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka,
Sabah dan Sarawak.
Saya kira hanya Pulau Pinang yang majoritinya terdiri dari kalangan bukan melayu atau bukan bumiputera. Jikapun Tionghua hendak memerintah, maka logiknya mereka hanya berkemampuan menggunakan kekuatan kaum mereka di negeri Pulau Pinang sahaja.

Kerana kita asyik dengan istilah "bijaksana", budiman, kematangan politik, kehebatan bersiasah dan keadilan, kesamarataan dan berbagai istilah lagi yang sebenarnya membelanggu minda setiap daripada kita, maka semua kejogikan tadi telah kita terlalai dan teralpa.

Hanya satu syarat bagi setiap pemimpin melayu untuk kembali mengguna-pakai kekuatan dan kesepaduan bangsa kita, iaitu PAS dan UMNO mestilah bermuafakat secara ikhlas. Keikhlasan dalam permuafakatan mestilah dapat dirasai oleh hati dan jasad setiap daripada kita samada yang asalnya melayu dari PAS maupun dari UMNO.

Susah sangatkah nak berkongsi semua keistimewaan yang ada sesama kita? Payahkah kita nak berbahagi jawatan Menteri antara PAS dan UMNO? Payahkah untuk kita sesama melayu berbahagi jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, demi permuafakatan yang terjalin? Saya rasa jika terdapat segelintir pemimpin dalam PAS yang bergelar Menteri di Persekutuan, khasnya dalam bidang agama dan pendidikkan, sudah tentu ianya adalah merupakan pelengkap kepada kekurangan yang terdapat dimana-mana, dan bukan sebaliknya sebagai liabiliti kepada negara. Sejak sekian lama ini, PAS sentiasa menunjukkan kemarahannya kepada kelalaian yang berlaku dalam pemerintahan negara dalam penerapan syiar islam. Maka sudah tentu jika mereka diberikan peluang untuk sama-sama menjadi pemimpin kerajaan, mereka akan bertungkus lumus membaiki keadaan yang pada mereka tidak selari dengan nilai islam.
Jika terdapatlah diantara ahli PAS yang kaya raya akibat hasil permuafakatan tadi, salahkah? Bukankah mereka juga melayu dan terangkum dalam DEB yang diperjuangkan?

Sejak kebelakangan ini saya tidak nampak MCA dan MIC menjadi harapan kepada Barisan Nasional. Apatah lagi GERAKAN dan PPP. Parti-parti tersebut hanya menumpang dan sekali sekala membuat karenah dan membising dicorong media. Namun pada hakikatnya masyarakat yang mereka wakili tidak lagi memberikan sokongan kepada parti tersebut. Kaum Cina dan India telah melarikan sokongan mereka samada kepada PKR maupun DAP. Jika PAS bermuafakat dengan kedua parti tersebut, kaum Cina dan India juga memberikan undi kepada PAS yang ternyata sebuah parti yang sebenarnya mereka benci. Kaum India maupun Cina buka lagi bersembunyi, malah dengan berani menunjukkan kebencian mereka kepada Barisan Nasional dengan menyokong secara lantang parti pembangkang.

Semua suasana politik tanah air ini sangat serabut dan bahaya kepada kesinambungan pejuangan politik dan kekuasaan orang-orang melayu. Kita hendaklah menerima hakikat ini. Rasanya pedih tetapi itulah hakikatnya yang semua orangpun mengetahuinya. Hanya ada satu jalan dan jalan ini sangat pahit dan pedih kepada pemimpin UMNO dan orang-orang UMNO yang selama ini merasa selesa dibawah Barisan Nasional. Memang sukar untuk menerima dan menjadikan kaedah ini sebagai satu penyelesaian. Ia sangat memerlukan kemahuan politik yang tinggi dan kuat.

Sanggupkah misalnya seorang Timbalan Perdana menteri diberikan kepada PAS dalam kaedah bermuafakat ini? Sanggupkah? Atau sanggupkah Menteri Agama diJabatan Perdana Menerti memberikan ruang kepada seorang pemimpin PAS menggantikan tempatnya selaku Menteri Agama Persekutuan? Kalau tak sanggup, mengikut ukuran dan hemat saya, kekuasan politik UMNO dan melayu yang serabut pada masa kini, mungkin tidak lama lagi hanya tinggal sebuah sejarah.

Percayalah....banyak kebaikan yang kita akan gali jika permuafakatan antara UMNO dan PAS dapat menjadi satu realiti sebelum 2013.

Isnin, 11 Mei 2009

TINDAKAN PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP SEBENARNYA MENGACAU DAN MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU!!!!

Memang saya hairan / ajaib bagaimana PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?

Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang melayu dan beragama islam sama seperti ahli PAS ( langsung tidak berbeda ), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Tang sinilah saya merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat melayu dan islam dalam negara ini?

PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak,walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja.

Dalam hal ini saya lebih suka jika di Perak ini, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?

Aatau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS?
Saya kata sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya kita pintar melontarkan kata-kata tentang betapa kita memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya kita adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina.

Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan kelmarin tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!!

PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.

Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".

Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang saya maksudkan diatas ini. Beliau benar-benar menganggap..........

Apakah Kemenangan Nizar dan Kekalahan Zambry Menggambarkan BN akan berkubur????

Pada hari ini, 11hb Mei 2009 satu lagi tamparan memalukan kepada Barisan Nasional bilamana Nizar masih lagi diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ini maknanya Zambry adalah Menteri Besar Perak yang haram. Bukankah ini satu tamparan belakang tangan kepada Barisan Nasional?

Masih lagi ingin melihat dalil kebaikan daripada peristiwa tersebut? Masih lagi terdapat dikalangan pemimpin BN yang ingin melihat peristiwa tersebut dari kaca mata yang posistif?
Dan mengwar-warkan kepositifannya itu didalam media arus perdana? Dan meminta seluruh rakyat mendengar berita TV serta membaca surat khabar arus perdana tersebut?

Yang nyata sekali keputusan tersebut menggambarkan kedungguan dan kegelojohan kita dalam mengambil tindakan, melantik dengan kelam kabut Dr Zambry selaku Menteri Besar Perak yang baru. Kadang tindakan drastik itu okey dan boleh mendatangkan kebaikan, tetapi kadang beginilah jadinya. Ia mengambarkan kedangkalan kita dalam bidang perundangan. Penasihat undang-undang UMNO dan BN kenalah bermuhasabah diri dan mengakui tentang kedangkalan ini. Menasihati Perdana Menteri untuk melakukan sesuatu yang sebenarnya salah dan menjahanamkan diri Barisan nasional itu sendiri.

Apakah tindakan pemimpin selanjutnya?
Mungkin tindakan pertama yang harus dilaksanakan ialah membuat rayuan dimahkamah.
Jika tindakan kedua ialah untuk memperbaiki tindakan yang silap pada langkah permulaan dulu, apakah DUN akan dipanggil bersidang oleh MB yang sah? Undi tidak percaya kepada MB hanya akan berjalan jika DUN Perak dipanggil untuk bersidang. Jika tidak kenalah ADUN BN bersidang dibawah pokok. Pendekata Undi Tidak Percaya tidak dapat terlaksana. Yang hanya dapat terlaksana mungkin ialah pembubaran DUN Perak, dan ini sudah tentu prioriti Pakatan pembangkang, yang tersangat ingin untuk dijalankan Pilihanraya Kecil seluruh Negeri semula.
Sudahkah ahli dan penyokong BN bersedia. Begitu juga dengan pemimpin BN negeri Perak?

Sehingga kini, daripada 11 keputusan mahkamah bagi permasalahan perundangan di Perak, hanya dua sahaja yang menyebelahi Barisan Nasional, manakala 9 lagi telah menyebelahi pakatan Pembangkang. Alasan Hakim-Hakim dan pengamal undang-undang sudah tentu keputusan yang mereka buat berdasarkan keadilan dan kesaksamaan. Tapi sedarkah kita bahawasanya hati nurani para hakim juga merupakan faktur utama dalam memutuskan sesuatu kes itu?, bukan hanya sekadar ilmu yang ada pada dada mereka.

Ahad, 10 Mei 2009

MURUGIAH menjadi mangsa KEYVIAS!!!

Inilah pemainan politik kejam yang dimaksudkan oleh "Pemain Politik" muda negara yang ketika ini sangat marah dengan Politikawan Barisan Nasional. Sangat jelas dan tak perlukan pengetahuan politik yang mendalam, tindakan pemecatan yang diambil kepada Murugiah adalah kerana beliau merupakan saingan politik kepada Keyvias, bukan sangat kerana "rasuah politik" yang kononnya telah dilakukan oleh Murugiah.

Memang betul, Murugiah sepatutnya dalam bermain politik, harus pandai dalam bertindak terutamanya jika melibatkan wang dan duit serta money. Kerana jika terjumpa dengan "musuh" yang seperti Keyvias, sudah tentu kelemahan seperti ini akan diambil kesempatan untuk menjatuhkan beliau. Yang mana akhirnya kesan buruk akan dihadapi oleh beliau sendiri. Tidak ada sesiapa yang harus disalahkan melainkan Murugiahlah yang terpaksa menanggungnya sendiri. Yang salah tetap salah. Rasuah politik adalah satu kesalahan. Dan Murugiah terpaksalah menerimanya, jika benar terbukti beliau melakukannya. Tetapi tindakan disiplin yang dilakukan oleh Parti PPP keatas beliau juga nampak sangat berkepentingan dan bermaksud bukan untuk menghapuskan "rasuah politik" tersebut, tetapi untuk menghapuskan Murugiah yang ternyata merupakan pesaing Keyvias, apabila Murugiah berura-ura untuk merebut jawatan nombor satu parti itu.

Dalam hal ini terdapat dua kesalahan yang sangat jelas:-
1. Rasuah politik jika benar ia terbukti berlaku,
2. Tindakan Keynias yang nampak mempunyai kepentingan politik peribadi.

Sangat jelas dimata rakyat bahawa tindakan PPP ini tidak bijaksana dan boleh menyebabkan rakyat "tidak suka" dengan PPP dan akhirnya tidak juga suka dengan BN. Jika perkara seperti ini dilakukan dengan sedar oleh Keyvias, maka beliau juga tidak layak menjadi salah seorang pemimpin utama dalam Barisan Nasional. Pemimpin utama BN harus mengutamakan keselamatan dan kehebatan BN dalam setiap masa dan ketika. Jika ramai pemimpin BN seperti Keyvias, maka tidak hairan jika BN lingkup suatu masa akan datang ini.