SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 20 Disember 2008

Kepada RAkyAt KuALa TREngganU, KELANTAN SebaGAI CONTOH tERBaik.

Ini adalah pandangan saya secara jujur lagi ikhlas. Kalau nak berikan sokongan dan undi anda, berilah sokongan dan undi kepada BN/UMNO ketika pilihanraya kecil ini. Bercontohlah kepada negeri Kelantan yang berhampiran dengan negeri anda. Negeri tersebut sehingga kini, masih merupakan negeri yang paling miskin dalam Malaysia. Jika nak dikatakan Kelantan tak mendapat sebarang Peruntukkan dari Kerajaan Pusat, itu dusta namanya. Kelantan selalu menerima peruntukkan besar dari Kerajaan Pusat. Malah Gaji kakitangan negeri juga kerap mendapat bantuan kerajaan Pusat. Tanyalah pada mereka yang dipertanggungjawabkan mengenai hal tersebut. Malah, mungkin jika tak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan Pusat, gaji kakitangan kerajaan negeripun tak upaya mereka membayarnya. Namun setelah kerajaan Pusat memberikan bantuan, kerajaan negeri tetap tidak berterima kasih dan terus tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan Pusat/BN. Akhirnya mereka berterusan menjadi 'hero' dari segi kemiskinan. Rakyat Kelantan yang berjaya kebanyakannya berada di luar negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut. Berkawan rapat dengan kerajaan BN sebaiknya dan mereka ini selalunya membalas jasa BN semula ketika menjelang pilihanraya. Natijahnya mereka dirahmati
olehNYA dengan kesenangan dunia maupun akhirat. Kenapa kerajaan negeri saja yang termiskin? sedangkan sebahagian rakyatnya kaya raya? Bermunajatlah kepada ALLAH SWT.

Di Kuala Trengganu, anda boleh sokong pembangkang. Tak ada salahnya kerana kita sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Kita bebas memilih siapa saja yang kita kehendaki. Namun apabila pembangkang nanti kalah, jangan tersipu-sipu memohon itu dan ini kepada kerajaan BN/UMNO. Itu tidak adil namanya. Atau menipu. Ketika BN mahu sokongan anda, anda tidak bagi sokongan tersebut. Tapi ketika anda minta bantuan?. Patutkah anda menerimanya?. Ketika suasana begini berlaku, saya nak bagi tahu, Pak Lah dan Pak Najib tetap akan menyalurkan juga bantuan yang anda pohon, sekalipun Pak Lah mengetahui sepenuhnya bahawa anda dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu tidak memberikan sokongan kepada calun yang dikemukakan oleh Pak Najib. BN dibawah Pak Lah bukan BN yang suka bertindak kejam terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi anda di Kuala Trengganu yang rata-ratanya sama "warna darahnya" dengan ahli dan penyokong UMNO yang setia.

Ketika kini, tahun 2020 sangat tak lama lagi waktunya. Dimana apabila tiba kelak pemimpin BN sangat ingin melihat penyertaan kaum melayu dalam bidang ekonomi meningkat melebihi 30%. Oleh sebab yang demikian pada masa ini terlalu banyak kemudahan yang dicurahkan kepada rakyat melayu untuk keluar dari tempurung, masing-masing berlumba-lumba meningkat taraf hidup masing-masing. Berdampinglah secara ikhlaas dan jujur dengan kerajaan BN bagi terlibat sama dalam persaingan kearah kejayaan pembangunan Ekonomi keluarga masing-masing. Apa agama sekalipun, ia sangat menggalakkan kita berusaha keras untuk mencapai kejayaan. Termasuk kejayaan akhirat sekalipun. Bidang Pendidikan anak-anak juga UMNO tidak lupa sejak mula mencapai kemerdekaan negara lagi. Bahkan ramai anak anak Kuala Trengganu yang berjaya dalam bidang pelajaran, adalah hasil sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh UMNO dibantu MCA dll.

Saya nak jelaskan disini, bahawa PAS langsung tidak berdaya melaksanakan apa yang mereka janjikan dalam sebarang pilihanraya yang pernah berlangsung di Malaysia. Malah kini PAS tidak langsung berjuang untuk Melayu. Tak percaya?. Bacalah Perlembagaan PAS yang terbaru sekali. Selepas satu, satu lagi mereka pindah ayat 'Melayu' kepada 'islam'. Sehingga kini perkataan melayu tidak ada lagi didalam perlembagaan PAS.

PAS BONEKA DAP.

PERAK BANGKIT meluahkan perasaan dan mengungkapkan Tajuk penulisannya "PAS TIDAK LAGI REAL. Adalah penulisan yang sangat bernas dan kena pada tempat dan ketikanya. Umpamanya sebagai satu contoh yang jelas PAS Negeri Perak. Di negeri tersebut PAS adalah BONEKA DAP. Saya kira semua anda faham dan tak perlulah saya menghabiskan masa mencari fakta tentang PAS Perak sebagai boneka DAP. Segala petunjuk pun menjelaskan kepada kita semua bahawa PAS dan pemimpinnya di Perak sibuk mencari harta dunia sehingga mereka lupa apa sebenar objektif dan matlamat utama PAS itu ujud. Beginikah parti Islam yang memperjuangkan orang-orang islam yang tidak berlandaskan perkauman?

Mana satu parti yang baik, UMNO yang dituduh perkauman melayu, tetapi memang benar berjuang untuk agama orang melayu, kaum orang melayu dan negara orang melayu. ATAU PAS yang difahami berjuang untuk Islam tetapi in reality menjadi boneka DAP. Penulis Blog pro-PAS hanya pandai memaki dan menghina UMNO semata, tanpa mengetahui atau pura-pura tak tahu apakah sebenarnya yang berlaku dalam PAS sejak mutakhir ini. PAS umpama Nangka buruk yang didalamnya penuh dengan ulat.

Jumaat, 19 Disember 2008

BLOGAWAN UMNO JANGAN TERKILAN DENGAN STATEMENT NOBISHA.

Apabila Nobisha mengutarakan satu kenyataan bahwa blogawan UMNO tidak ada Uhmmm!!, tentunya beliau mempunyai maksud dan motive tertentu. Kepada saya ia menggambarkan akan kekecewaan beliau tentang beberapa kelemahan dan ketidakmatangan 'orang-orang UMNO dalam penulisan blog. Selain itu beliau hampa apabila melihat blog-blog 'orang-orang UMNO' ada yang masih kosong setelah berbulan-bulan berdaftar. Sebahagian daripadanya pula hanya menulis sebulan sekali atau dua bulan sekali ataupun setahun sekali. Terdapat juga blogawan UMNO yang menulis hentam keromo mengikut emosi dan tidak rasional.Marah tak tentu arah dan tidak berdiri dibumi yang nyata ini.

2. Blogawan UMNO sepatutnya menerima teguran Nobisha ini sebagai satu nasihat ikhlas dan segera berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki diri untuk menulis didalam blog mengenai perkara-perkara yang bermanafaat kepada perjuangan UMNO.

3. Blogawan UMNO sepatutnya berusaha menjelaskan kepada masyarakat APAKAH YANG TELAH UMNO LAKUKAN UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN? Menyanggah segala fitnah dan penulisan yang mengelirukan yang ditulis oleh blogawan pembangkang.

4. Blogawan UMNO juga mesti mengwar-warkan 'kelincahan' pemimpin negara dalam membangunkan negara Malaysia ini dalam berbagai aspek kehidupan. Tidak menafikan hak-hak kaum-kaum lain, dimana UMNO memberikan kebebasan seluas-luasnya kepada masyarakat dalam beragama, bersuara dan berpolitik.

5. Sekarang ini pilihanraya kecil Kuala Trengganu menjelang tiba. Mana dia blogawan-blogawan UMNO. Saya belum nampak diantara mereka yang berusaha untuk menjelaskan kepada rakyat Kuala Trengganu tentang apa yang telah dibuat oleh Kerajaan BN/UMNO selama ini untuk rakyat Kuala Trengganu. Dalam bidang Pendidikan, Ugama, Ekonomi, Kebudayaan, Pembangunan Prasarana dsbnya.

6. Siapa yang mempertahankan dan menjayakan penghayatan syiar islam di Malaysia kalau bukan Pemimpin UMNO? Ditangan merekalah letaknya kuasa untuk mempertahankan agama rasmi negara ini. Tidaklah saya mengatakan PAS tidak memperjuangkan Islam, Tetapi kuasa tidak terletak ditangan mereka. Di Selangor, PAS ikut memerintah didalam Pakatan Rakyat, tetapi ikutnya hanya 'seperti melukut ditepi gantang' semata. Di Perak, PAS sebagai Menteri Besarnya, tetapi ianya hanya seperti "Boneka" DAP sahaja. Mungkin PAS mempunyai kuasa penuh di Kelantan dan Kedah. Saya tidak mau komen mengenai pemerintahan mereka di Kedah, tetapi di Kelantan, sejak bertahun-tahun, apa yang dinikmati oleh rakyat Kelantan?

7. Blogawan UMNO hendaklah sensitif dengan hentaman blogawan PAS maupun DAP atau PKR. Jangan membiarkan kita kena hentam hingga berlumuran darah dihidung dan menangis meraung-raung. Kita memiliki senjata sama seperti mereka. Kita berada dipihak yang 100% benar dan perjuangan kita adalah perjuangan yang bermula dengan niat yang betul lagi ikhlas. Bukan kerana kecewa atau kerana terasa tersingkir.

8. Ayuh Blogawan UMNO, bersungguh-sungguhlah dalam berjuang. Selepas kita berjuang bermati-matian, barulah adalah ertinya 'takdir' dikemudian dari perjuangan tersebut.

Selasa, 16 Disember 2008

KEUJUDAN SPRM, UMNO memang MENGOTA janji.

Sekarang ini Kerajaan BN dimana UMNO tulang belakangnya telah berjaya mengotakan janjinya untuk berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh menghapuskan RASUAH di Malaysia ini.
Penubuhan SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia ) adalah satu bukti kukuh yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa sekalipun. Semua mereka samada pemimpin besar, kecil atau rakyat marhain sekalipun tidak akan terlepas dari tangkapan SPRM jika terbukti masih mengamalkan budaya yang jijik itu. Kalau pemimpin, maka tidak kira ia memimpin Parti Pembangkang maupun Kerajaan, nescaya dalam penjaralah tempatnya jika masih ingin mengamalakan budaya Rasuah. INGAT...keseronokan anda semua bermain rasuh sudah sampai kehujung jalan.
Kepada Kakitangan SPRM, jangan anda umpama pagar makan padi. Anda yang diharap, maka anda pula yang tertiarap.
Kepada Rakyat malaysia seluruhnya..ini adalah khabar berita yang mengembirakan.
Kepada kakitangan diperingkat Teknikal dan Kejuruteraaan di MKT-MKT diseluruh negara, zaman anda ingin makan Udang Harimau sudah berlalu. Gaji biasa tidak membolehkan anda membeli dan menggunakan kereta mewah selepas ini.

TS Muhd Taib Kata KETUANAN MELAYU Tak Ujud?

Tan Sri Muhamad Taib kata 'Ketuanan Melayu' tidak ujud secara realitinya. Tuan-tuan boleh baca lagi dalam blog NOBISHA untuk 'confirmation'. Antara lain mungkin Tan Sri maksudkan ialah masyarakat melayu tidak mendominasi banyak bidang dalam kehidupan seharian kita. Kita tidak menjadi juara dalam bidang perniagaan. Ekuiti kaum melayu yang mendabik dada sebagai 'tuan' tidak sampaipun 50%. Begitu juga dalam bidang lain spt bidang pendidikan umpamanya.
Dulu Singapura adalah milik Ketuanan melayu, namun kini kita hanya "sabaruddin tukang kasut' sahaja. Di Singapura tidak ujud lagi Ketuanan melayu. Jika kita adalah rakyat yang dari segi jumlah ramainya adalah majoriti, tetapi memiliki hanya 2.50000000003% ekuiti pemilihan saham ekonomi negara, layakkah kita dikatakan mendominasi/menjadi tuan?. Tuan kena cucuk hidung adalah.
Selepas 50 tahun merdeka, memang telah banyak yang kita capai untuk menjadikan istilah 'ketuanan melayu' satu realiti. Allahyarham Tun Abdul Razak telah membantu banyak dalam usaha kearah itu. Demikian juga dengan Tun DR mahathir. Tun Abdul Razak telah berusaha keras untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pembelajaran negara. Ujud Penyata Tun Razak sebagai satu bukti nyata. DEB yang diujudkan diwaktu beliau, juga satu bukti nyata. Saya teringin sangat melihat anaknya DS Najib akan mengikut perjuangan sejati bapaknya. Tidak takut kepada sesiapa jika menyentuh mengenai perjuangan menegakkan ketuanan melayu diatas tanah milik melayu, yakni Malaysia negara tercinta ini.

Ramai Blogawan mentaarifkan istilah KETUANAN MELAYU dalam ayunan bahasa yang diplomasi. Mungkin tidak mahu menyentuh sensitivity kaum-kaum lain. Kenapa? Yang ini saya tidak faham. Saya ingin nyatakan disini istilah 'ketuanan melayu' membawa makna:-
MELAYU ADALAH TUAN. Cuma benarkah pada masa ini kita sebenarnya adalah 'TUAN'?
Perjuangan melayu belum selesai, kata Tun Mahathir.

Isnin, 15 Disember 2008

APA BEZA? Jawa sekarang dengan Jawa 1850an.

Saya terpanggil untuk menyambung sedikit penulisan yang dibuat oleh KAKISAKAT dalam blognya bertarikh 13hb Disember 2008 yang baru lalu mengenai tajuk APA KABAR ORANG IMIGRAN?. Dari rumah hingga ketempat kerja, diTaman Bunga dan di seluruh kawasan dan persekitaran kita dipenuhi dengan mereka yang bergelar Pendatang. Diberitahu kepada kita bahawa terdapat 150 juta manusia imigran sedang berkeliaran diatas muka bumi ketika ini dan mereka ini membantu kepada perkembangan sosial, ekonomi dan sebagainya kepada sesuatu tempat dimana mereka berada. Saya sangat setuju dengan penulisan tersebut, bilamana saya membayangkan diri saya, yang saban mereka ini sering berada dipersekitaran. Kadang manusia berupa malaikat, kadang berupa wajah iblis dan syaitan. Namun yang pasti samada mereka malaikat maupun syaitan, kita yang kadangnya punya angkara.

Penulisan beliau langsung tidak menimbulkan kemarahan jauh sekali kebencian saya kepada kumpulan ini. Bahkan timbul rasa simpati, khususnya Pendatang yang datang dari Filipina dan Indonesia yang sama keturunannya dengan kita Bumiputera Malaysia. Siapalah Bugis Indonesia itu jika tak sama dengan Bugis Malaysia?. Siapa Jawa Indon jika tak sama dengan Jawa Malaysia?. Siapa Bajau Filipina jika tidak seketurunan dengan Bajau datuk Shafie Afdal? Siapa mereka sehingga kini kita telah jauh terpisah hanya kerana berbeda negara. Benar-benarlah semangat patriotik dan semangat kebangsaan itu mengubah segalanya.

Bolehkah kiranya mana-mana yang sudah agak lama berada di Malaysia diberikan Kad Pengenalan semuanya? Jangan marah...cuma tanya.

Ahad, 14 Disember 2008

SEKOLAH VERNAKULAR TUTUP, pilihanraya Kecil Kuala Trengganu, BN lingkup???

Persoalan diatas juga rasanya hangat bermain di minda setiap pemimpin BN apakala Mukhtiz menyuarakan saranannya agar sekolah-sekolah Cina dan India ditutup baru-baru ini. Bertambah sakit kepala mereka sejak ia sibuk disiarkan oleh media massa seperti Astri Awani dan TV3 secara meluas. Begitu juga dengan laman-laman blog dan Persuratkabaran biasa. Disana sini media heboh menyambung dengan komen-komen yang positif saranan yang dilahirkan oleh Mukhriz. Namun jawapannya tetap sama. Tidak akan menghapuskan sekolah vernacular tersebut selagi ada permintaan.
Sebenarnya kepada saya, selain drp adanya permintaan terhadap vernacular school tersebut, alasan yang juga tidak dapat dinafikan ialah kerana BN takut kehilangan penggundi-penggundi cina di pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Persoalannya kenapa mesti takut? Apakah kaum cina Kuala Trengganu akan marah dengan penutupan sekolah vernakular tersebut? Marahkah mereka? Mereka marahkah? Pemarahkah Cina? Saya tak mahu jawap. Terpulanglah kepada anda semua untuk memberikan jawapannya. Saya cuma nak menjelaskan disini betapa marah/sedih/rasa tidak terbelanya bangsa saya apabila kaum India dan Cina tidak gemar untuk memasuki Sekolah Kebangsaan Malaysia. Yang mengamalkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Menghantarnya. Jika kerana hanya untuk mempertahankan keujudan bahasa ibunda semua kaum tersebut, ianya boleh dijadikan sukatan pelajaran disekolah kebangsaan Malaysia.
Tak percaya kepada Kementerian Pelajarankah? Bukan sahaja bahasa kaum India dan Cina yang boleh dipelajari, malah bahasa kaum-kaum lain juga. Pada masa ini kerajaan juga terpaksa memikirkan bahasa kaum Kadazan, Bajau, Iban dan Dayak yang juga berjuta ramainya di bumi Malaysia ini. Jika tidak ia memberikan gambaran ketidakadilan. Kenapa begitu istimewa sekali sehingga bahasa Cina dan India di berikan keutamaan. Bagaimana jika Kadazan dan Iban marah spt mereka dan tidak menyebelahi BN ketika PIRU ke 13 kelak?