SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 7 Februari 2009

DEMONSTRASI PAKATAN RAKYAT DI PERAK. MANA NILAI DAN ISLAM SEBAGAI "WAY OF LIFE" PAS?

PAS adalah sebuah parti yang sinonim dengan perkataan "ISLAM". Pentafsiran mengenainya terlalu panjang dan saya kira semua bloggers tahu dan mengerti tentang matlamat perjuangan parti tersebut sejak mula ianya ditubuhkan. Walaupun sejak kebelakangan ini semakin jelas kenampakkan bahawa matlamat dan objektif penubuhannya semakin diperkosa oleh pemimpinnya dan rakan sepakatan dengannya. Suasana demonstrasi di Perak, satu lagi pemerkosaan terhadap kesinoniman PAS dan istilah ISLAM yang sering digunakannya.

2. Demonstrasi di Perak itu amat mendukacitakan. Ia merupakan satu kemarahan orang-orang Pakatan Rakyat yang dicanang melalui demonstrasi PAS terhadap Duli Tuanku Perak kerana telah mengarahkan agar Nizar mengosongkan jawatan selaku MB Perak. Maklum saja sejak lebih 50 tahun lalu, belum ada pemimpin PAS yang duduk dijawatan tersebut. Asyik-asyik UMNO saja yang duduk di Jawatan MB itu kerana disayangi Rakyat Perak. Nizar duduk dijawatan tersebutpun, adalah atas ehsan masyarakat cina Perak melalui parti DAP. Jika tidak Nizar juga hanya sekadar jilat jari sahaja. Kalau bukan kerana undang-undang tubuh kerajaan Perak, Nizar tidak langsung merasa kerusi MB tersebut. Mungkin kerana itu beliau sangat sayang kan kerusi tersebut dan tidak mahu melepaskannya. Nizar tentunya "bukan Kera yang mendapat bunga" kerana beliau tahu apa itu kedudukkan selaku MB.

3...Persoalannya sekarang ialah MANA islamnya PAS itu? Demonstrasi itu cara islamkah? Bertindak menderhaka kepada Sultan itu digalakkan oleh Islamkah? Merosakkan kereta VIP itu kaedah islamkah? Cara dan pendekatan PAS dan PKR di Perak itu cara islamkah atau cara orang Yahudi? Tolong lihatkan kepada saya ayat mana dalam Al Quran yang menggalakkan semua insiden tersebut berlaku?

4. Sayang sekali PAS telah terlari jauh dari matlamat sebenar perjuangannya. Kepada saya PAS adalah alternatif kedua selepas UMNO. Jika UMNO kecundang, PASlah harapan bangsa dan agama. Tapi sekarang saya semakin jauh dari meminati PAS dan semakin kuat berpegang dengan UMNO sebagai landasan perjuangan. Bye bye PAS.

Khamis, 5 Februari 2009

JANGAN SILAP. UMNO tidak menerima masuk Ketiga Adun yang melompat kedalam pengkuannya.

Ramai Bloggers yang mengatakan UMNO menerima masuk tiga Adun Pakatan Rakyat masuk ke pengkuannya. Ini adalah satu Kenyataan yang sama sekali salah.

2. Ketiga-tiga mereka hanya keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sebagai Adun Bebas. Dan tidak memasuki sebarang parti dalam komponen Barisan Nasional. Kenapa bloggers menyelewengkan fakta? Mungkin ada maksud yang tersirat. Sekali lagi saya katakan Tiga Adun yang melompat tersebut tidak masuk mana-mana parti dalam Barisan Nasional. Mereka berdiri sebagai Adun Bebas sahaja.

3. Namun pada ketika ini mereka memberikan sokongan penuh agar BN yang memerintah negeri Perak. Mungkin suatu waktu kelak mereka akan memberikan sokongan pula kepada parti lain. Itu tidaklah dapat dijamin dan dipastikan hatta oleh Datuk Seri Najib. Oleh kerana mereka bukan mamsuk BN, maka segala keburukkan yang telah dan akan mereka lakukan, tidaklah terpalit BN bersama. Perkara seperti ini harus diberikan penjelasan kepada pembaca blog yang pintar-pintar yang sebahagian besarnya sudah belajar diMenara Gading. Tak kan bodoh lagi.

4. Saya yakin jika sekali lagi terdapat Adun PKR yang keluar dari parti tersebut, kali ini kemungkinan besar akan terus masuk kedapor UMNO atau MCA atau GERAKAN. Kita sama-sama tengok.

TINDAKAN SELANJUTNYA MEMBAWA LAGI 3 ORANG ADUN PAKATAN RAKYAT MENYEBERANG KE BN.

3 OARANG ADUN PAKATAN RAKYAT YANG MENJADI BEBAS BELUM MENCUKUPI DAN TIDAK KUKUH UNTUK BN MENERUSKAN KEPIMPIN DI PERAK. Tindakan yang sepatutnya dibuat ialah membawa lagi sekurang-kurang 3 Adun Pakatan Rakyat agar menyeberang ke Barisan Nasional. Tuduhan kepada dua Adun yang menjadi Adun Bebas itu sangat kritikal dan kemungkinan mereka benar-benar didapati bersalah dalam rasuah politik sangat cerah. Jika ini berlaku, ianya adalah satu bahawa kepada kekukuhan BN negeri. Oleh kerana itu cadangan saya dikira sebagai tepat pada masanya. Jangan lagi membazir waktu..dan buatlah tindakan sedari sekarang. Jangan takut pada tohmahan yang mengatakan strategi lompat parti adalah startegi tidak bermoral. DSAI sewenangnya mengimplikasi strategi ini.

Namun apabila negeri telah ditakluki, jangan sombong dan meninggi diri. Bekerjalah dengan baik dan terpuji. Menangi hati rakyat sekali lagi macam Tun Abdul Razak memerintah negeri.

DOA KESYUKURAN DALAM KEGEMBIRAAN.

Malam tadi aku SEMBAHYANG SUNAT DAN BERDOA KESYUKURAN KERANA KUASA KEMBALI KETANGAN KERAJAAN YANG BERHAK.....
Malam Tadi juga aku ketawa hahahahahahahahahahalalu isteriku bertanya kenapa ketawa Bang? Lalu dengan selama aku menjawab...Kita BN telah kembali memerintah kerajaan Negeri Perak atas perkenan Sultan Perak yang bijaksana. Lalu isteriku mengaminkan...amin....
Semoga tidak berlaku huru-hara kerana manusia-manusia melayu durjana.

ANWAR SAMSENG POLITIK MALAYSIA.

Antara alasan kepada Tajuk penulisanku pada kali ini:-

1. DSAI ku katakan Samseng atau lebih tepat Ketua Samseng dalam politik Malaysia. Samseng disini membawa maksud suka melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan norma atau nilai baik dalam budaya bangsa. Dalam hal ini DSAI telah dituduh samseng kerana telah meliwat Saiful, DSAI digelar samseng kerana mengujudkan budaya demonstrasi jalanan dalam politik Malaysia, DSAIlah pemimpin yang mengepalai barua-baruanya untuk bersengkongkol dengan pasukan perosak Yahudi sedunia yang beribu pejabat di Amerika Syarikat. DSAI juga merupakan kepala besar dalam Pakatan Rakyat yang berjalan seluruh negara berkempen membawa rakyat jelata untuk merosakkan apa yang telah kerajaan dan negara Malaysia laksanakan selama ini. Sehingga Perjuangan murni PAS telah menjadi hancur lebur setelah DSAI menjadi ketua besar kumpulan parti tersebut.

2. Ramai pemimpin Politik di Malaysia ini telah terpengaruh dengan propaganda DSAI sehingga taksub dengan kebijaksanaan beliau dalam berhujah semasa memberikan ucapan pidatonya. Tanpa menyedari bahawa rupanya mereka membiarkan diri mereka terpekosa minda dik kerana kebolehan DSAI berkata-kata. Sebenarnya semua itu "apapun tak ada".
Dulu Pak Hadi seorang pemimpin perkasa. Kini beliau hanya sekadar Pencacai DSAI semata.
Kasihan Nik Aziz tak boleh berbuat apa-apa dik kerana DSAI dah mengambil kedudukkannya.
Sekarang PAS hanya sebuah parti kecil yang sering kali diperkotak-katikkan oleh DSAI sahaja.

Rabu, 4 Februari 2009

MUKA MESTI MAU MANIS.

Setelah 11 bulan ditangan Pakatan Rakyat, Sekarang Perak kembali kepangkuan Barisan Nasional. Wakil-Wakil Rakyat ( ADUN ) BN di Perak seharusnya bertanya pada diri mereka sendiri...SEKARANG APA MAU BUAT? Setelah peluang memerintah diberikan semula kepangkuan kita. Setelah kita memiliki ruang seluasnya untuk memerintah negeri. Apakah kita akan mengambil peluang ini untuk kepentingan diri peribadi kita semata? Atau kita mengatur langkah yang "lawa" dan mendapat kembali sanjungan rakyat jelata serta berdaya dan berupaya mengembalikan maruah parti yang selama ini sangat terhina dimata penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

2. Saya yakin bahawa ramai rakyat negeri Perak bersyukur dengan perkembangan mutakhir ini. Khususnya penyokong-penyokong BN yang tidak terbilang ramainya berbanding dengan mereka yang tahunya hanya melihat kesalahan orang lain. Saban hari dalam setiap tahun sentiasa berusaha memburukkan kerajaan BN tanpa ada rasa dan terbuka hati mereka untuk juga menilai apakah jasa dan budi BN selama ianya menjadi pemerintah negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

3. Generasi Muda-mudi Perak haruslah bermuhasabah diri dan menerima hakikat bahawa keamanan, kestabilan dan keharmonian bangsa kita adalah perkara yang TERAMAT UTAMA dalam kita berjuang diarena politik negara. Bukan sangat kepada Hak asasi Manusia atau keadailan sejagat yang cuba dimomok-momokkan oleh pendidikan yang kita perolehi melalui Formal dan informal. Lebih-lebih lagi kerana ianya bawaan dari negeri orang putih pucat.
Ditambah lagi dengan hakikat bahawa di Malaysia ini, jika keadilan terpekosa dan Hak asasi Manusia ternoda, ianya masih berada ditahap yang sangat minimal. Bukan satu perkara yang harus digaduhkan.

4. Kita sebenarnya ingin melihat bangsa kita khasnya melayu ini maju dalam serba bidang termasuk sekali bidang perniagaan. Dizaman awal merdeka sehingga zaman Tun Abdul Razak, ramai rakyat mengeluh kerana kemiskinan yang melanda kaum bangsa nya. Apabila Tun Mehathir memegang tampuk nombor satu negara, kek ekonomi mencurah masuk kekantung kaum kita. Ini menyebabkan kesan positif yang sangat nyata dimana golongan pertengahan melayu bertambah dengan drastik sejak 22 tahun pemerintahan Mahathir selaku PM Malaysia.
Sepatutnya kita berbangga dengan suasana tersebut. Memanglah terdapat kesilapan disana sini. Itu adalah perkara biasa dan tak perlu dikecohkan sangat. Yang utama Dasar pemilikan dan penyertaan kita dalan kek ekonomi negara telah berlaku pertambahan. Persoalannya, kenapa sekarang ramai yang tidak bersyukur bahkan sebaliknya mengutuk perkembangan yang sihat seperti ini? Dan lebih malang lagi yang mengutuk itu ialah orang melayu sendiri. Dan lagi menyedihkan sebahagianya melayu itu berpelajaran tinggi-tinggi.

5. Lebih 20 Dasar kerajaan telah diujudkan untuk khusus membantu bumiputera. Gunakan sebaiknya dasar yang telah diujudkan ini. Belajr menghayati dasar tersebut. Kerajaan BN tidak pilih kasih dan tidak hanya memberikan peluang kepada kawan-kawan atau sanak saudara sahaja. Semua rakyat bisa meraih peluang yang terbuka luas. Dan saya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap merajuk dan cepat lemah semangat hanya dengan kegagalan sekali cuba.
Lebih-lebih lagi kegagalan tersebut sebagai satu punca mengutuk kerajaan BN. Tanyalah pada hati nurani kita sendiri. Sebenarnya kita yang silap dalam menongkah arus kehidupan dalam dunia fana ini.

KATAK SI KATAK LOMPAT. Kenapa Bloggers Pakatan Rakyat MARAH????

Situasi poliitik yang berlaku dalam negeri Perak mutakhir ini berada dalam keadaan celaru. Insyallah, sedikit masa lagi akan kembali pulih jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri dan mengambil-alih dari kerajaan sebelumnya, yang tersangat tidak matang dalam mengendalikan kerajaan negeri tersebut. BN memiliki kemampuan yang tidak ada tolok bandingnya sebagai parti yang bergelar PEMERINTAH. Pada hemat saya hatta memerintah seluruh dunia sekalipun. Saya mencadangkan Blogawan-Blogawan Pakatan Rakyat hendaklah melahirkan buah fikiran yang boleh diterima akal yang matang jika berhujah didalam blog. Nobisha menyeru agar menggunakan kata-kata yang sopan dan bukan sebaliknya. Tentunya kerana beliau melihat blogawan terlalu emosi sehingga bukan sekadar memalukan diri mereka sendiri, malah seluruh blogawan seantero Malaysia termasuk mereka yang bergelar Professor dan sarjanawan sekalian.

Saya cuma hairan dengan gelagat blogawan Pakatan Rakyat yang "marah-marah" dan mempertikaikan tindakan "lompat Si Katak Lompat" oleh beberapa orang Adun di Perak sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang tengah "berbulan madu" dalam Pemerintahan. Kenapa mesti MARAH? Saya yakin benar jika berlaku lompatan "maut" sebegitu dari BN ke Pakatan Rakyat, tentunya blogawan Pakatan Rakyat akan membuat pujian kepada Adun tersebut. Dan sebaliknya yang berlaku sekarang mereka betul-betul "menyampah" dengan tindakan sedemikian. Maka akan ramailah blogawan ini yang menunjukkan ketidak bersetujuan mereka didalam penulisan mereka, cukup dengan ayat-ayat suci Al Quran sebagai bukti kemenyampahan mereka. Cukup dengan bukti-bukti dari fakta-fakta sejarah yang menyesuaikan dengan "kemarahan" mereka.

Sedangkan "projek 916 DSAI" mendapat sokongan sepenuhnya dari blogawan tersebut.
Sokongan ini boleh ditafsirkan dan membawa maksud bahawa mereka sangat bersetuju dengan perlakuan "katak sikatak lompat" dalam politik Malaysia.
"Sangat bersetuju" ini tidak hanya dikalangan blogawan PR yang mentah-mentah spt saya, malah juga yang matang-matang yang bergelar prof dan sarjana terbilang spt....
Sebagai penyokong kuat UMNO, saya "simpan" komen saya samada saya bersetuju atau tidak dengan prinsip tersebut.
Namun suasana pembangunan di Sabah masa kini menyedarkan saya bahawa tindakan melompat parti oleh Datuk Lajim dan 2 orang lagi Wakil Rakyat diSabah pada 1994 lalu adalah satu tindakan yang tepat demi rakyat negeri dibawah bayu itu.
Semoga tindakan yang sama itu akan mengujudkan pemerintahan yang ADIL untuk semua kaum di negeri Perak.