SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 30 April 2010

TAK USAH BERCAKAP BIADAB!!!!!!!CUKUP SEKADAR CAKAP TERANG-TERANGAN.

Yang harus keluar dari mulut kita ialah rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana kemenangan yang BN perolehi didalam PRK di Hulu Selangor baru-baru ini. Saya suka menasihati kawan dan rakan yang seolah berdendam dengan pakatan rakyat, insaflah bahawa jika kita bersikap celupar dan mengeluarkan perkataan kutukan, maka kerana itu samalah taraf kita seperti mereka. Semoga dengan rasa keinsafan dan kesyukuran itu, kita akan dikurniakan lagi kemenangan dimasa mendatang ini. Parlimen Sibu di Sarawak adalah percubaan kita kali ketiga selepas di Negeri Sembilan dan Selangor.

Yang utama kepada pucuk pimpinan BN ialah mengotakan segala janji yang telah bertaburan ketika PRK di Hulu Selangor itu. YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengatakan perkara ini didalam media elektronik maupun media alternatif. Yang utama kepada Barisan Nasional ialah melihat kesan positif setelah rakyat atau penduduk kawasan dipersekitaran Hulu Selangor terpikat dan kagum dengan BN, setelah melihat janji semasa PRK yang kita tunaikan menyebabkan penduduk Hulu Selangor semakin bahagia dan aman sentosa kehidupannya. Yang kita utamakan ialah semakin hari semakin ramai penyokong Pakatan Pembangkang mengikuti tindakan yang telah diambil oleh beberapa orang pemimpinnya keluar dari pakatan tersebut kerana pakatan itu tidak lahi relevan kepada perjuangan agama, bangsa dan Tanah Air mereka.

Biar masyarakat kaum Cina di Malaysia ( Malaysian keturunan Cina ) merasa kesal yang amat sangat kerana menyokong pakatan pembangkang!!!!!Di Malaysia ini, sukacita saya nyatakan jika kaum India, Melayu dan bumiputera lain BERSATU TEGUH, biar semua keturunan Cina Malaysia menyokong pembangkang, namun kesatuan bangsa india, melayu dan bumiputera lain akan tetap menjadi kerajaan setiap kali pilihanraya. Bukan kita yang bersikap perkauman, malah mereka!!!!!Kita berpadu bersama India, Melayu, Kadazan, Iban, Dayak, Murut, Orang ASAL dan lain-lain lagi. Tetapi mereka asyik dengan DAP!!!DAP!!!DAP!!! dan DSAI dan Lim Kit Siang. Kononnya untuk membawa Malaysia kemercu kemajuan. Bukankah selama ini Barisan Nasional telah membuktikan kepada manusia yang tinggal didunia ini, bahawasabnya ia telah membawa Malaysia kearah yang di-angan-angankan oleh DSAI dan Lim Kit Siang itu?

Apa lagi yang kita kehendaki???Kerajaan BN buat masa ini sangat berusaha kearah melaksanakan satu sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang terbaik. Usaha Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Shafis Afdal dll itu bukankah tersangat berkualiti dan terpuji? Siapa Nizar yang mampu menandingi kehebatan kepimpinan BN itu? Siapa Lim Guan Eng yang masih hingusan itu? Siapa Karpal Singh itu? Kawasan beliau di Tasek Gelugur pun entah dilawatnya maupun tidak.

Ahad, 25 April 2010

Apahal Dengan Pengundi Cina yang 60 lebih % itu?

Salam sejahtera dan salam 1MALAYSIA.
Mula-mula tentu anda tertanya-tanya kemana menghilangnya saya selama lebih 2 bulan. Mungkin ada yang beranggapan saya pergi Mekah kot. Atau saya masuk hospital agaknya atau telah mengubah kebiasaan harian dari seorang yang gemar menulis dalam blog kepada seorang yang gemar menumpukan masa dengan hobui memancing. Saya minta maaf kerana semua telahan dan tekaan anda salah belaka. Sebenarnya saya kekurangan pitih untuk membeli broad-band. Pejabat saya pula baru berpindah dan sambungan internet masih belum terpasang sepenuhnya.
Pada hari ini saya pinjam kemudahan internet anak sulong saya kerana saya rasa terpanggil untuk berhubung dengan seluruh rakyat keturunan Cina di Malaysia ini. Saya rasa mustahak untuk mengemukakan bebarapa soalan agar sampai ketelinga mereka sebelum PRU ke 13 mejelang.
1. Kenapa lebih 60% pengundi Cina tidak mengundi calun Barisan Nasional semasa PRK di Hulu Selangor baru-baru ini? Apakah mereka merasakan kerajaan BN selama ini tidak melayan kehendak mereka? Betulkah kerajaan BN itu tidak melayan kemahuan dan keperluan orang Malaysia keturunan Cina?
2. Apakah benar kelemahan MCA menjadi punca keturunan Cina Malaysia menyokong parti pembangkang? Betulkah atau ada agenda lain yang tersirat?

Saya ingin manyatakan rasa kesal saya dengan senario ini kerana sangat tidak patut majoriti Cina Malaysia suka membangkang establishment. Kerana selama ini keturunan Cina Malaysia sangat bebas mencari harta kekayaan diatas Tanah melayu atau Malaysia ini. Kerana selama ini kerajaan BN tidak pernah menghalang sekolah-sekolah mereka berdiri sama gah dan sama hebat seperti sekolah kebangsaan kerajaan. Kerana selama ini agama yang mereka anuti tidak pernah diganggu oleh kaum lain, malah dibantu sebaiknya oleh kerajaan BN. Malah selama ini kerajaan BN juga memberi ruang yang seluasanya kepada pemimpin Cina Malaysia untuk menjadi pemimpin negara, sama seperti keturunan India dan melayu Malaysia. Terus terang saya katakan, saya sangat mendambakan jawapan anda semua.

Apakah yang sebenarnya yang anda mahui????
Ingin menjadi Perdana Menteri?
Atau Timbalan Perdana Menteri???