SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 15 Oktober 2009

PELUANG TERBUKA UNTUK MENJADI AHLI UMNO SEUMUR HIDUP.

Saya kerap mendengar dari rakan taulan, samada di Kedai-Kedai Kopi, Restoren, dalam bilik pejabat kerajaan, pejabat swasta dan berbagai-bagai tempat lagi suara yang menyatakan dewasa ini sungguh susah untuk menjadi ahli UMNO. Malah dikaca TV, para Cendikiawan juga acap kali menyuarakan akan kesukaran tersebut akibat kononnya berlaku amalan penghalangan dari Pemimpin UMNO Bahagian yang takut kemasukan setengah daripada kita boleh menganggu kedudukan pemimpin yang sedia ada. Mungkin perkara ini benar atau sebaliknya, Tidak kedengaran satu kajian dibuat mengesahkannya. Menampakkan bahawa tuduhan tersebut hanyalah satu sangkaan buruk dari mereka yang bergelar pembangkang. Okey. Kita anggaplah perkara ini pernah berlaku dalam kepimpinan UMNO, terutama diperingkat bahagian. Maka akibat dari perlakuan yang seperti ini, ramailah mereka yang bercita-cita untuk menaburkan khidmat dalam parti melayu terbesar ini terhalang. Merasa kecewa dan hampa dan akhirnya masuk parti melayu yang berada disebelah pembangkang seperti PAS dan PKR. Lebih dashyat lagi ada yang tergamak masuk DAP, sebuah parti yang ternyata sangat bertentangan dengan citarasa dan kehendak perjuangan murni bangsa melayu dan agama islam tercinta. Terus terang saya katakan, kerana pada masa ini ianya hanya sebuah parti yang sedarhana kecil/besar, maka taringnya yang membenci melayu itu tidak kelihatan dengan jelas. Jika DAP itu besar dan sangat berkuasa seperti UMNO maupun MCA, maka sudah tentu tembelangnya akan kelihatan sejelas-jelasnya. Kononnya ianya sebuah parti yang multiracial, tetapi sebaliknya ianya adalah sebuah parti perjuangan perkauman yang paling dahsyat melebihi MCA, MIC dan UMNO itu sendiri.
Kita berbalik kepada cerita UMNO. Kini UMNO telah membuka satu lembaran baru. Bertentangan dengan dakwaan dan tuduhan yang mengatakan ianya sebuah parti yang ekslusif. UMNO adalah sebuah parti yang inclusif. Yang terbuka kepada sesiapa saja orang melayu untuk menjadi ahli parti tersebut bukan dalam tempuh yang singkat, malah untuk seumur hidup
mereka. Keputusan dalam Persidangan Agung Khas 13hb hingga 16hb Oktober 2009 yang baru lalu ini, yang telah memberikan kuasa kepada Puteri, Pemuda, Wanita Bahagian untuk menerima sebarang keahlian baru dalam UMNO sangat bersifat "ajaib". Akibat keputusan tersebut, sesiapa sahaja daripada kita yang berbangsa melayu tidak lagi terhalang untuk menyertai UMNO. Tiada lagi alasan yang boleh diberikan jika masih ada diantara kita yang tidak
berpeluang berjuang didalam parti melayu tersebut. Pada rasa hati ini, sekalipun Anwar Ibrahim tidak terhalang untuk menjadi ahli UMNO semula, kerana sudah tentu terdapat bahagian dalam negara ini yang masih berkehendakkan dan merasakan beliau perlu berada didalam parti ini. Hanya mungkin kerana tindakannya yang agak keterlaluan, menyebabkan tapisan untuk keahlian beliau akan di tapis oleh Ibu Pejabat UMNO secara lebih berhati-hati dan berwaspada. Takut kemasukan beliau akan menjadi racun berbisa. Kepada majoriti melayu dalam negara ini, saya tidak nampak kenapa harus diketepikan.
Maka dengan itu mamsuklah anda beramai-ramai kedalam pari tercinta ini. Didalam parti ini ruangnya sangat terbuka luas berjuang untuk agama islam, bangsa melayu dan negara Malaysia.
Jika selama ini anda merasakan pemimpin yang sedia ada tidak berjuang kepada agama islam sepenuhnya, maka dengan kemasukan gulungan agama beramai-ramai, diharapkan agenda perjaungan islam akan lebih bermakna. Berada dalam sebuah parti seperti PAS bagi memperjuangkan islam, bukan tidak baik, tetapi peluang untuk islam menemui kegagalan lebih luas dari mengencapi kejayaan.

Ahad, 11 Oktober 2009

PAS BERWAJAH DAP.

Mula-mula saya nak minta ampun jika penulisan ini seperti penghinaan. Tetapi inilah yang kenampakan dari mata dan hati saya sejak kebelakangan ini. Iaitu PAS kini saya lihat serupa seperti DAP sahaja.
Bila saya melihat PAS,
Semakin sehari semakin serupa dengan DAP dari segi perjuangannya.
Jika dulu PAS memperjuangankan ISLAM, kini perjuangan tersebut hanya tinggal retorik semata. Pemimpin PAS sekadar mempergunakan ilmu pengetahuan islam mereka sebagai satu senjata dalam perjuangan politik mereka untuk meraih kuasa dan kekayaan negara Malaysia. Kearah cita-cita tersebut, mereka sanggup bersekongkol dengan DAP yang sekian lama menanti dan menunggu kedatangan mereka. DAP sememangnya selama ini sudah membenci perjuangan menengakkan syariat islam dalam negara ini. Kepada DAP, kedatangan PAS semakin rakan dalam Pakatan Rakyat, merupakan seperti mengantuk disurungkan bantal.
Suara untuk menegakkan Hukum Hudud tidak lagi merupakan agenda perjuangan mereka. Jauh sekali suara perjuangan keadilan sosial seperti meningkatkan taraf kehidupan kaum muslimin dan muslimah dalam negara ini, yang rata-ratanya masih ketinggalan jauh dibelakang.
Pemimpin PAS mengetahui akan perkara ini. Mereka tahu betapa pentingnya membela nasib rakyat yang miskin dan papa kendana seperti yang ramai menghadapinya di negeri Kelantan dan Kedah. tetapi bukan itu yang menjadi agenda perjuangan PAS. Masyarakat miskin di Kelantan dikaburi dengan retorik Syurga dan Neraka mereka dengan memberikan keutamaan kepada akhirat dan meninggalkan dunia. Sedang mereka berlumba-lumba menggunakan kekuatan simiskin yang mereka dodoikan untuk meraih kuasa dan kekayaan itu tadi. Apabila mendapatkan apa yang merka cari, mereka kongsikan bersama dengan DAP dan PKR didalam sebuah rakan pakatan raiot.