SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sebenarnya Malaysia dibawah UMNO digeruni oleh Yahudi Antarabangsa sekaligus Barat!!!!

Tuan-Tuan/Puan-Puan, Datuk/Datuk, Tan Sri-Tan Sri serta semua hamba Allah yang mulia-mulia,

Sebenarnya Malaysia ketika ini sangat digeruni oleh kumpulan Yahudi Antarabangsa khasnya gulungan Freemason sekali gus juga negara-negara Kristian Barat. Selama ini Malaysia begitu gah dipersada negara islam didunia ini. Namanya cukup terkenal sebagai negara islam yang paling membangun dan maju serta baik budi pekertinya dalam hubungan dengan negara-negara islam lain. Tidak dapat disangkal bahawa Malaysia sebenarnya berusaha untuk memberikan kesedaran kepada rakan islamnya tentang kepentingan pembangunan insan dan pembangunan dunia islam dimuka bumi ini. Malaysia telah berusaha menyedarkan seluruh umat islam didunia bahawa penguasaan kerajaan barat keatas dunia ini adalah berpunca dari kemajuan mereka diatas muka bumi ini.



Dibawah kepimpinan UMNO, kita memiliki jaguh-jaguh peringkat dunia islam. Antara jaguh kita yang paling menyerlah ialah Tun Mahathir. Begitu juga dengan Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin, Tun Musa Hitam, dan lain-lain lagi. Pendeknya Pemerintah islam di Malaysia merupakan menyumbang besar kepada kemajuan tamadun islam didunia ketika ini. Pendekatan pemerintah negara yang cukup lembut, mesra dan menyenangkan setiap umat islam dalam dunia ini, adalah formula yang diguna pakai dan dapat membantu merancakkan usaha memaju dan membangunkan umat islam sedunia.



Negara Barat termasuk kumpulan Freemason ini tentunya gerun melihat perkembangan yang berterusan ini. Seperti usaha yang telah mereka lakukan kepada negara islam Turki suatu ketika dulu, kini usaha tersebut mereka tumpukan pula kepada Malaysia. Samada tuan-tuan percaya ataupun tidak, ini adalah hakikatnya. Disamping kita memperjuangkan "keadilan, Kesemarataan dan Hak asasi manusia sejagat itu", mereka memperjuangkan satu kepercayaan kuno yang Rasulallah kata tindakan seperti itu adalah merupakan satu kesilapan. Perjuangan Freemason pada asalnya ialah untuk mendapatkan kembali kawasan yang mereka dakwa sebagai Solomon Temple di Masjidil Aqsa.



Begitu marahnya Anwar Ibrahim kepada UMNO, sehingga sanggup menggunakan kumpulan Freemason untuk menjatuhkan pemerintahan melayu / islam dalam negara. Menggunakan Dana dan Media yahudi untuk menjatuhkan kepimpinan Islam Malaysia adalah satu dosa yang sangat besar. Apakah Allah akan menerima taubat Anwar Ibrahim, setelah negara islam Malaysia dirosakkannya dan penganut islam Malaysia jatuh tersungkur dan memerlukan ratusan tahun untuk kembali pulih??????Jika kita mengangguk "ya" kepada usaha meruntuhkan kepimpinan melayu dalam UMNO, ini bermakna kita juga mengiyakan kepada perjuangan kumpulan Freemason Yahudi ini.

Khamis, 27 Ogos 2009

Lagi mengenai Kisah CHUA SOI LEK!!!!!

Saya cuba buat penulisan sependek mungkin.
Apabila YB Elizabeth Wong terperangkap dengan gambar bogel beliau, lantas beliau meletak jawatan selaku Exco. Namun Anwar Ibrahim dan Khalidnya itu tidak bersetuju dengan perletakan jawatan tersebut. Siap dengan memberikan cuti rehat lagi.
Rakyat nampaknya termasuk penyokong BN tidak marah dengan PR.
Kini kisah tersebut seolah lenyap dari perbualan.
Tok Guru Nik Aziz mendakwa penyokong UMNO tak masuk syurga.
Juga dipertahankan oleh ahli PAS dan PR.
Dua tiga hari ini isu itu juga sudah terhenti.
Entah-entah besok ada pula yang mendakwa agama selain islam semuanya masuk neraka dan menjadi kayu api dekat sana. Boleh jadi!!! Manalah tahu, ramai yang radikal agama masa kini.
Dalam pada itu nampaknya pemimpin MCA pula yang nak masuk syurga.
Tindakan MCA ni sepatutnya mendapat sokongan kuat gulungan agama.
Kerana kes berkhalwat Chua Soi Lek ini adalah satu perbuatan yang bertentangan dengan
kehendak mana-mana agama.
Tapi kerana ia terbabit politik, maka Tok Guru Nik Aziz pun dok diam dan "wait anda see' manjang.

CHUA SOI LEK pula dah!!!!!!

Walaupun perkara ini dah lama kita ramal, namun kita bukannya meramal sesuatu perkembangan yang sihat. Pemecatan Datuk Sri Dr Chua Soi Lek bukanlah sesuatu perkembangan yang sihat. Ditambah lagi ketika ini BN menerima tekanan yang terlalu berat dari berbagai penjuru. Kini benar-benar telah menjadi satu kenyataan. Siapa lagi agaknya yang nak keluar parti komponen BN selepas ini?. Murugiah tak nak? Atau Majlis Peguam buatlah sesuatu agar Ong Teh Kiat didapati bersalah menerima rasuah sejumlah RM10 juta ringgit itu. Rancakkan lagi gambaran suasana dimana pemimpin-pemimpin bukan melayu lari dari Barisan Nasional melalui cara dan pendekatan yang bijaksana ini. Kalau tak silap ini namanya " tikam dari belakang".
Pada saya ini adalah gerakan halus mereka untuk menjatuhkan Barisan nasional dan UMNO!!!!!
Cara halus dan telah menjadi senjata mereka sejak dari mula merdeka lagi.
Berani letak calun melayu dikawasan majoriti Cina? Kalau ada sesiapa yang nak jadi calun dikawasan majoriti cina, silakan. Manalah tahu kot boleh menang. Bukankah kita sekarang mengutamakan hak kesamarataan dan keadilan sejagat tanpa bersikap perkauman?. Tapi saya jangka, 99.9999% akan menempuh kekalahan.
Tetapi kaum Cina berani mencalunkan dirinya dikawasan majoriti melayu.
Satu bukti keikhlasan melayu bila berjuang bersama dalam satu barisan.
Berbalik kepada cerita mengani Chua Soi Lek. Ini benda bukannya menghairankan.Mungkin besok terdapat dua orang pemimpin cina berkelahi dan lusa salah seorang keluar parti dengan alasan tidak sehaluan lagi. Sebenarnya pergaduhan itu hanya direka bagi membuka ruang untuk keluar parti secara halus. Bukanlah nampak nak jatuhkan BN. Tapi sebaliknya kerana bergaduh sesama kawan. Tulat...mereka akan berbaik semula dan makan di Hotel 5 bintang bersama-sama. Mungkin akan tidor sebantal dihotel tersebut dan memikirkan cara dan tindakan seterusnya untuk menganyang BN/UMNO.
Yang inilah orang melayu tak sedar. Orang melayu asyik dengan perasannya saja. Jika sedarpun tidak akan mengambil hirau, kerana pada mereka tidak mungkin itu adalah strategi bukan melayu/bumiputera.
Tengoklah bagaimana DAP dan PAS pura-pura bergaduh di Kedah atas isu kandang babi. Beberapa hari berikutnya dah berbaik semula. Semua ini hanyalah sekadar mainan politik PR sahaja, termasuk pemecatan Chua Soi Lek itu.
Jangan pula kita lupa...memegang tampuk pemerintahan negara ini adalah sesuatu yang sangat penting!!!!!!!Oleh itu berbagai cara mereka gunakan. Termasuk cara elok dan cara buruk. Pemecatan Chua Soi Lek adalah salah satu diantaranya. Think Tank dibelakang MCA, semua orang pun tahu. Akhirnya strategi memberikan kemenangan Timbalan Presiden MCA kepada beliau, kini telah membuahkan hasil kepada masyarakat cina. pening-pening......

Selasa, 25 Ogos 2009

mana satu yang SALAH ni???

Tujoh atau lapan pilihanraya kecil, BN sentiasa menghadapi keputusan yang tidak menyebelahi dirinya. Aku masih hairan sehingga kini, kenapakah orang-orang melayu diTanah Melayu itu tidak memberikan kemenangan kepadanya? Walhal sejak dari merdeka, majunya melayu diTanah melayu itu adalah bersebab kerana ujudnya parti UMNO. Parti UMNOlah yang membela nasib maju mundur melayu di Tanah Melayu. UMNOlah yang memberikan mereka sekolah. UMNOlah yang memberikan peluang untuk mereka mencari rezeki. UMNOlah yang menjaga keselamatan negeri-negeri Bersekutu dan Negeri tidak Bersekutu serta Negeri-Negeri Selat di Tanah Melayu itu. UMNOlah yang mengumpulkan mereka untuk menuntut kemerdekaan dari Penjajah British. tepat cerita, Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 adalah hasil usaha UMNO. Yang mempertahankan islam juga UMNO. Yang menubuhkan badan-badan penting memelihara kesucian islam ialah UMNO. UMNO UMNO UMNO UMNO UMNO UMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNOUMNO.
Tapi sekali lagi aku katakan aku sungguh hairan dengan terutamanya anak-anak melayu di Tanah Melayu itu, tidak lagi mahu mengundi parti yang berjasa kepada mereka itu.
Jika kita bangkit semula sejarah akan berjasanya UMNO itu, anak-anak muda marah dan mencaci kita. Mungkin inilah tandanya orang-orang melayu akan kembali dijajah. Tetapi kali ini dalam bentuk yang lebih canggih dan oleh orang yang duduk disekitar melayu itu.

Jika pilihanraya kecil yang telah berlaku sebanyak 7 kali itu sebagai pertanda...maka pilihanraya umum ke 13 nanti terpaksalah UMNO gulung tikar dan menyerahkan tampuk pemerintahan negara kepada Pakatan Rakyat pula. Untuk selamanya atau untuk seketika pemimpin negara yang sekarang ini, akan menjadi pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Bolehkah PAS diharap dan memiliki kemampuan sehebat UMNO, sebagai mewakili ISLAM dan Melayu didalam Parlimen dan dalam pemerintahan negara? Jika sekarang ini UMNO sebagai tulang belakang pemerintahan negara, apakah nanti PAS akan bertindak sebagai tulang belakang Pakatan Rakyat dalam pemerintahan yang baru? Untuk menjadikan PAS sebagai tulang belakang pemerintahan baru negara, membawa erti semua melayu mengundi parti itu dalam PRU ke 13 kelak. Tergamakkah melayu UMNO meninggalkan dan tidak mengundi pemimpin yang selama ini mereka sanjung dan angkat disinggahsana pemerintahan????Jika tidak sanggup, ertinya PAS hanya akan memiliki kurang dari 70 kerusi di Parlimen. PAS berkira-kira nak jadi Menteri mana satu jika berjaya dalam pru ke13 kelak? paling tinggipun Pakatan Rakyat akan memberikan kepada PAS, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Hal Ehwal Agama.

Pendek cerita aku bermohon semua bangsa melayu berfikirlah semasaknya dan sematangnya.
Kita nak undi PAS dan bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim, atau kita nak undi UMNO dan bekerjasama dengan kaum Cina dan India dalam MIC dan MCA yang sememangnya terbukti jujur dan ikhlas didalam berjuang bersama kita?

Sebenarnya apa yang SALAH sangat dengan UMNO sehingga orang-orang melayu sangat ramai yang membenci parti tersebut dan enggan untuk mengundinya ketika pilihanraya? Tolong senaraikan dalam komenter anda dan bolehlah kita berbincang sama-sama. Dr Abu Hassan dari Future Study mengatakan kita mestilah berterus terang kerana itulah sebenarnya yang dimahui oleh generasi muda masa kini. Nak mengaku berak tengah jalan? Jika terlalu berterus terang, itu namanya mengada-ada.

HATIKU YANG TERGURIS!

Aku benar-benar tersinggung dan
hatiku sungguh terguris!
Bila mendengar dakwaan Tok Guru Nik Aziz,
Yang mengatakan....
Islam yang dibawa oleh UMNO adalah ISLAM PALSU.
Yang sama tarafnya sekadar rambut palsu, gigi palsu, kaki palsu
dan juga agaknya "kemaluan palsu" yang banyak dijual diKedai-Kedai Playboy di melbourne, Australia itu.
Tok Guru menambah lagi dengan mengatakan ilmu yang dibawah oleh UMNO melalui sekularisma adalah penyebab kepada berlakukan kepalsuan segala prinsip perjuangan islam didalam UMNO.
Aku sedih kerana sejak usiaku bergelar kerjawan ( Orang yang telah tamat dari pengajian dan mencebur diri dalam lapangan dunia pekerjaan ), aku telah menjadi ahli UMNO, dan sangat setia kepada parti tersebut. Aku menjadi pemimpin dalam parti itu dan membawa bersama-sama sekali ibuku, ayahku, pak cikku, mak cikku, anak-anakku, isteriku, ayah mentuaku, ibu mentuaku dan orang-orang kampungku menjadi ahli UMNO. Kalau dakwaan Tok Guru Nik Aziz itu benar, maka semua kami selama ini telah menganut agama Islam yang palsu.
Malah bukan sekadar aku, tetapi juga rakan-rakan ku yang menubuhkan UMNO / menjadi pengasas penubuhan UMNO di Wilayah Persekutuan Labuan, semuanya menganut islam yang palsu seperti dakwaan Tok Guru Nik Aziz. Ybhg. Datuk Isli Haji Siput menganut islam yang palsu bersama anak isteri serta keluarganya. Datuk Abdul Mulok Awang Damit juga menganut agama yang sama bersama isteri dan keluarganya. Begitu juga dengan Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman, Datuk Harris Anuar, Datuk Yunus Haji Kurus, Datuk Haji Yussof Haji Mahal ( Ahli Parlimen P166 Labuan ketika ini ), dan hampir 90% penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang menjadi ahli dan penyokong UMNO ketika ini. Tergamak sekali Tok Guru Nik Aziz itu menuduh kami sedemikian. Maka besar sangatlah kepalsuan kami dialam fana ini. Berdosa sangatlah kami sehingga Allah SWT tidak akan menerima kami masuk kesyurganya disebabkan kerana kami menjadi ahli dan penyokong UMNO yang membawa Islam yang palsu, seperti dakwaan Tok Guru Nik Aziz tersebut itu.

Terus terang aku mempertahankan diriku dan isteriku dan anak-anak ku dan rakan-rakan ku dan rakyat Labuan semuanya. Terus terang aku katakan aku mempertahankan aqidah dan kaedah Islam yang dibawa melalui UMNO ini adalah islam yang dibawa oleh Baginda Rasulallah, Muhamad bin Abdullah, SAW itu juga. Tidak berbeza walau sebesar zarah atom sekalipun.
Aku tertanya-tanya kenapa sampai hati sekali Tok Guru Nik Aziz membuat dakwaan?
Buruk sangatkah pada pandangan mata dan hati beliau terhadap UMNO ini?
Apakah pada pandangan beliau mendirikan sembahyang oleh orang UMNO berbeza dengan sembahyang orang PAS?
Apakah penyokong UMNO berniat puasa yang berbeza dengan ahli PAS?
Atau Naik Haji cuma sekadar HARUS ATAU MAKRUH kepada penyokong UMNO.
Berapa Masjid dan Surau yang UMNO telah bina berbanding yang PAS dirikan?
Berapa banyak pusat-pusat pengajian islam yang telah UMNO dirikan berbanding yang telah PAS dirikan?
Apakah LUTH itu satu usaha membawa masyarakat islam Malaysia makan angin ke Britain atau USA?
Atau Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri diujudkan untuk berdakwa kepada agama Kristian atau Hindu atau Buddha?
Sekarang ini kerajaan yang ditunjangi UMNO bertungkus lumus untuk mampastikan rakyat islamnya makan dan minum, makanan dan minuman HALAL. Dimerata negara ditubuhkan pusat Hub Halal bagi mencapai usaha tersebut. Mungkin kepada Nik Aziz ini adalah usaha kearah MEMALSUKAN KAEDAH DAN AQIDAH ISLAM ITU SENDIRI.
Dari semula lagi (pada tahun 1946 ), bila UMNO ditubuhkan niatnya adalah untuk memperjuangkan Bangsa, AGAMA ISLAM dan negara Malaysia yang tercinta ini. UMNO tidak mempunyai objektif untuk memperjuangkan lain-lain agama. Agama islam yang diperjuangkan oleh UMNO sama seperti agama islam yang diperjuangkan oleh Nabi Salallahualaiwasallam di Mekah dan madinah dahulu. Tidak ada sedikit perbezaanpun. Cuma kini kerana zaman telah berubah sudah tentulah terdpt perbezaan dalam kaedah perjuangan dengan zaman nabi. Kini jika dari Kelantan ke Kuala Lumpur, kaedah pengangkutan yang digunakan oleh Mubaligh islam adalah dengan menggunakan Kereta, atau Keretapi, atau Kapal terbang dan tidak lagi dengan menaiki unta.
Atau pengajian mengenai islam telah diajar dan dituntut di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi dan sudah tentu menggunakan keperluan-keperluan pengajian yang canggih-canggih. Yang pasti tidak lagi menggunakan kulit binatang dan kulit kayu sebagai kertas tempat menulis nota. Atau bangunan tempat pengajian tidak lagi seperti di Selatan Thailand yang masih menggunakan pondok-pondok usang yang diperbuat drp kayu hutan.
Darimana Tok Guru Nik Aziz melihat islam yang diperjuangkan UMNO itu palsu?
Kerana UMNO mempertahankan demokrasi?
Atau kerana mengikut PAS, UMNO masih belum melaksanakan hukum hudud?
Jika PAS,mampu serba serbi, laksanakanlah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Atau kerana sistem pilihanraya dalam kerajaan Malaysia yang UMNO sebagai tulang belakangnya? Dizaman Nabi, kaedah memilih pemimpin tidak dibuat melalui pilihanraya?
Atau kerana UMNO membawa bersamanya MCA< MIC< PBS< PBB< PPP< JKR< PWD dan lain-lain lagi sebagai rakan kongsi dalam memerintah negara ini?
Atau kerana ada penjualan arak dalam pemerintahan negara Malaysia?
Nak aku mencarutkah????!!!!!!!!!!
Tak payah..aku kena sabar sikit,
kalau tidak nak ku sekeh kepala Tok Guru itu.
Sungguh terguris hatiku,
Tapi kerana aku tak mahu Si Linggam dan si Ah Chong ketawa berdakah-dakah,
Melihat aku meracau-racau marah,
dengan dakwaan Tok Guru Nik Aziz itu,
Aku bersabar diri.
Lgipun waktu dan bulan ini adalah bulan puasa...
Yang menuntut kita banyak-banyak bersabar......
Nik Aziz boleh mencarut sekehendak hatinya..
Kerana PAS membenarkan ulamaknya mencarut!!!!!!

Isnin, 24 Ogos 2009

PERMATANG PASIR...SELAMAT MENGUNDI & SELAMAT BERPUASA UTK YG ISLAM SAJE...

Hari ini 25hb Ogos 2009 adalah hari turun mengundi bagi pengundi-pengundi Permarang Pasir ( N11 ). Saya mengucapkan selamat mengundi kepada anda semua dan undilah demi bangsa, agama dan negara yang anda cintai ini. Tidak ada negara kedua bagi kita orang-orang melayu di Semananjung Emas ini. Inilah Tanah Air kita dan undi kita itu menentukan samada Tanah Air ini akan berterusan dibawah tangan kita atau menjadi mainan tangan-tangan asing suatu ketika nanti.

Sejak 50 tahun lebih telah berlalu selepas terlepas dari tangan penjajah malaun itu, kita berjaya menangani dengan baik arah tuju Tanah Air kita ini. Rakyat dibawah pemerintahan kita bergerak kehadapan dalam suasana aman dan sentosa tanpa gangguan dari negara luar. Segala segi pembangunan dapat dicerna dengan baik sekali oleh pemerintah negara. Ekonomi berjalan rancak, pendidikan, agama islam, kesukanan, kebudayaan dan sebagainya dapat dipertahankan dan dipertingkatkan kualitinya dari masa kesemasa. taraf kehidupan rakyat islam dalam negara telah juga meningkat dengan tinggi dan kini kita sangat berbeza berbanding dengan kita pada masa sebelum merdeka. Tentunya sdr sendiri mengakui akan kesungguhan pihak pemerintah
menjalankan tugas dan amanah yang diharap-harapkan oleh rakyat jelata.

Tidak ada apa-apa yang silap mengenai pemerintahan negara. Orang melayu kini ramai yang telah mengecapi kemewahan hidup. Ini sebenarnya bukanlah merupakan satu kesilapan malah sememangnya menjadi objektif dan matlamat pemerintah. Menaikan taraf kehidupan orang-orang islam/melayu dalam negara ini sememangnya objektif perjuangan kita. Kita sedih bila mana melihat orang kita sendiri melarat miskin dan hina di Tanah Air sendiri. Adalah silap besar jika ada diantara kita yang tidak sukakan perkembangan yang sihat seperti ini. Bangsa-Bangsa lain berebut-rebut mencari kekayaan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka. Sedang kita cemburu mencemburui diantara satu dengan yang lain. Perangai seperti ini hendaklah kita hapuskan dari jiwa sanubari kita. Kita sebaliknya berbangga bila melihat orang melayu kita bertambah baik taraf kehidupan mereka. Kita juga tidak harus ketinggalan dan berusaha kuat untuk mencapai cita-cita masing-masing. Kerajaan Persekutuan menyedia segala peluang dan runag untuk mencapai kejayaan. Hanya kita yang harus pandai merebut semua peluang yang ada itu.

Ramai orang berkata, ahli dan penyokong PAS tidak kisah dengan kehidupan didunia ini. Biar mereka miskin, namun perjuangan menegakkan objektif parti PAS tetap dalam hati mereka. Apakah menaikkan taraf kehidupan masyarakat islam Malaysia bukan objektif perjuangan PAS.
Apakah membiarkan sebahagian anda masih menggunakan telaga untuk mendapatkan air
adalah satu contoh pembangunan yang diharapkan oleh PAS. Apakah yang islam mahukan dari penganut-penganutnya? Miskin dan melarat? Hidup dengan meminta sedekah? Sentiasa menjadi permainan politik masyarakat barat? Sentiasa berperang antara seagama? Bila diwawancara oleh Pemberita TV, semua menampakkan kesunggulan kerana ditimpa sengsara.
Kenapa kita tidak mengundi parti yang menjanjikan pembangunan, seperti apa yang kita kehendaki dalam hati kita? hanya kerana semangat dari kempen jahat parti yang tidak bertanggungjawab seperti PKR< DAP dan PAS itu?

Pengundi-Pengundi Permatang Pasir kenalah menerima hakikat bahawa kita sekarang ini berada dalam dunia serba canggih dan memerlukan kemajuan diri yang seiring dengan kemajuan dunia ini. Dengan itu islam akan dapat dibawa bersama kemercu kejayaan yang diharap-harapkan. Menyokong PAS bukanlah merupakan satu kesalahan. tetapi kita kena redhalah, jika kita masih merana seperti selalunya. PAS tidak mampu untuk membawa pembangunan di Permatang Pasir. Jika mereka mampu, tentunya Permatang Pasir tidak seteruk sekarang setelah 3 penggal mereka memerintah kawasan itu.

Pemerintah Persekutuan akan menjadikan Permatang Pasir sebagai anak Emas mereka, sekalipun akan memperolehi kekalahan dalam Pilihanraya Kecil ini. Namun bukan itulah pilihan yang terbaik. Pilihan yang sepatutnya diberikan kepada Barisan nasional ialah memberikan kemenangan kepada mereka. Permatang Pasir, selaku anak emas BN, tentu sekali akan dimajukan selepas drp ini. Kerajaan Persekutuan tidak akan sekadar cakap kosong sahaja. Permatang Pasir akan lebih maju dan membangun jika sekiranya pengundi-pengundi memberikan undi kepada mereka dalam pilihanraya ini.

Pandai-Pandailah berfikir dengan matang dan waras. Undilah demi Permatang Pasir dan Negara secara keseluruhannya. Selamat Mengundi dan Selamat menyambut Ramadhan/Berpuasa.

Ahad, 23 Ogos 2009

APA NAK SUSAH-SUSAH!!!

Apa yang nak disusahkan.
Yang penting ialah bangsa dan agama kita terpelihara dengan baik hingga bila-bila.
Kita mesti berhati-hati dalam bertindak.
Agar bukan kita yang menyebabkan kehancuran bangsa dan agama kita.
Peribahasa kita berkata...."kail panjang sejangkal, jangan lautan hendak diduga"....
Elakkan diri kita dari bodoh sombong,
Atau jangan kita memandai-mandai..
Juruskan diri kita kebidang yang selamat.
Seperti bidang kejuruteraan, kedoktoran, kepeguaman dan lain-lain lagi.
Biarlah sehingga cemerlang dipersada dunia.
Bukan sekadar dalam negara.
Apakah selama ini ( sejak merdeka ) mereka membiar bangsa dan agama ini tersungkur???
Kalau kita silap langkah,
Campur tangan bercelaru ini akan menyebabkan,
Bangsa dan agama kita tersungkur menyembah bumi.
Bongokkah kita jika kita tidak terlibat???
Sehingga kita baring diatas jalan Raya?
Sehingga Raja berduka nestapha???
Sehingga kita terlupa?
Kita sekolah tinggi inipun kerana mereka!!!
Dato Onn, Tengku Abdul Rahman, Datuk Hussein, Tun Abd Razak, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib!!!!
Kerana UMNO!!!!!!PERIKATAN dan kemudian Barisan Nasional!!!