SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 3 Disember 2008

TUN KENAPA TERLALU MEMBENCI PAK LAH?

Tanda sokongan dengan penulisan dan pandangan blog KELAB PENYOKONG MAYA UMNO (KPMU-NET). Saya juga selalu menyatakan ketidakpersetujuan saya dan melontarkannya dalam ruangan komen dalam blog TUN DR MAHATHIR mengenai karenah beliau yang tak henti-henti melanyak Pak Lah. Keadaan ini membawa senario dimana ..."gajah sama gajah berkelahi, pelandok ramai sungguh mati ditengah-tengah"...Tidak hairan jikalau ramai blogawan bertindak 'kurang ajar' dalam penulisan mereka. Rupanya TUN yang ajar mereka.

KHAS BUAT PENYOKONG,kenapa PAKATAN RAKYAT buta, pekak dan timpang?

Kenapa bising dengan kesalahan diperingkat ranting?
Kini...
Semua Kementerian memperlihatkan kecemerlangan.
Kesalahan yang hanya seperti tahi mata besarnya,
Boleh diselesaikan melalui muzakarah sahaja,
Tak perlu demonstrasi,
Atau jangan hina menghina sesama kita,
Anda umpama...
..."marahkan nyamuk kelambu dibakar"...
Anda seperti...
..."kacang lupakan kulit"...
Anda juga...
..."diberikan betis, mahukan paha"...
Bersamalah kita membangun negara dan JANGAN MEROSAKKANNYA.
Ingatlah tidak siapa yang akan menang setelah negara serupa seperti Palestine dan Bosnia.

Selasa, 2 Disember 2008

ATAU KITA KENA BUAT PUNGUTAN SUARA?

ADAKAH SRJK (C) DAN (INDIA) PERLU DITERUSKAN? sila hantar komen anda segera. Dan masukkan juga jawapan anda dalam poll sebelah warkah kiri penulisan ini. Terima Kasih.

bagaimana JIKA ADA KUOTA KEMASUKAN kaum BUMIPUTERA KE SRJK (C) & (I)???

Kalau dah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kata dan putuskan macam itu, dengan rasa ikhlas dan hati yang jujur saya berkata okey Boss. Awak adalah ketua kami. Selaku ketua, kami mesti mengikut keputusan yang dibuat olehnya. Selaku ahli UMNO saya tidak akan sekali-kali 'membakar kelambu semata-mata marahkan nyamuk'. Lagipun keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib itu membawa kebaikan kepada Malaysia dan rakyat secara keseluruhannya, dimana UMNO adalah merupakan "payung" kepada mereka pada hakikat yang sebenarnya. Kita mesti memahami dan menghayati sebenar-benarnya bahawa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri adalah menjadi ketua kepada seluruh rakyat jelata yang menjadi warganegara di Malaysia ini. Walau mereka berasal dari mana-mana kaum sekalipun.

Mungkin juga kerana kerajaan tidak mahu menghapuskan dasar sekarang ini kerana terlalu banyak perbelanjaan telah diperuntukkan.

Namun sebagai rakyat biasa, ingin rasanya aku mencadang jua. Gatal rasahatiku untuk meluahkan kepada anda bahawa masih ada perkara yang kita 'kurang periksa' didalam sistem pendidikan negara. Dasar Pendidikan Negara hanya memberikan ruangan yang cukup luas kepada mereka yang bukan bumiputera untuk MENIMBA ILMU LEBIH DARI HANYA SATU BAHASA. Dalam penghasilan dasar, kaum cina mampu menguasai sekurang-kurangnya 3 bahasa yakni bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia dan bahasa English. Kaum India menguasai juga 3 bahasa iaitu bahasa Tamil, Bahasa Malaysia dan bahasa English. Namun kaum melayu hanya menguasi bahasa Malaysia dan bahasa English sahaja ( paling minima ).

Memang benar kaum melayu tidak dihalang untuk menguasai bahasa-bahasa lain, namun galakan kerajaan tidak seperti kaum bukan-bumi dimana selain daripada mereka diwajibkan menguasai bahasa Malaysia, mereka juga diberikan keistimewaan untuk menguasai bahasa ibunda mereka dan bahasa english juga. Untuk itu saya mohon mencadang supaya diujudkan satu tambahan Dasar dimana kerajaan menyediakan KUOTA UNTUK KAUM BUMIPUTERA memasuki SRJK (C) dan SRJK (I). Umpananya 10& dari kemasukan pelajar ke SRJK adalah merupakan pelajar-pelajar dari kaum bumiputera. Tak kiralah samada Dusun, Murut, Iban, Jawa, Bugis, Minangkabau, Bajnar atau sebagainya.

Sebagaimana yang kita tahu negara China dan India pada masa ini adalah dua buah negara yang paling bergerak maju mengalahkan negara-negara lain didunia ini. Peratusan kemajuan mereka sangat menggalakkan dan sudah tentulah jika ini berterusan akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat kita yang boleh menguasai kedua bahasa negara-negara tersebut juga. Dan tidak salah bermula daripada sekarang kerajaan kita mengujudkan dasar pembelajaran bahasa mandarin dan Tamil dikalangan bumiputera agar kelak tidak ketinggalan berbanding bukan bumiputera.

Didalam negara, kaum kita juga tidak mudah untuk dipermainkan seenaknya jika kita boleh menguasai bahasa mereka. Mungkin juga boleh membantu kemasukan mereka kedalam Syarikat Swasta yang selama ini dimonopoli oleh mereka yang boleh berbahasa Mandarin dengan baik. Cadangan ini juga tidak menimbulkan kemarahan Pemimpin bukan bumiputera seperti Lim Kit Siang dan Ong Kat Teng. Juga tidak kepada Sammy Vellu.

Isnin, 1 Disember 2008

DATUK SERI HISHAM...Bila lagi? Bersuaralah.

DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN ON.....

SAHUTLAH SERUAN MUKHRIZ ITU SEBAIKNYA DENGAN MENGHAPUSKAN SEMUA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN. JANGAN BANYAK ALASAN LAGI. SAYA JAMIN BAHAWA

DATUK SERI AKAN MENANG BESAR DALAM PERTANDINGAN NAIB PRESIDEN UMNO

JIKA PENGHAPUSAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN DAPAT TERLAKSANA SECEPAT

MUNGKIN. IMPAKNYA SANGAT BESAR KEPADA PERPADUAN SEMUA KAUM DALAM

MALAYSIA. Kalau bukan Pemimpin siapa lagi yang mahu memulakan tindakan? Kami? Rakyat

akar umbi. Demonstrasi bolehlah. Yang tang keputusantu, andalah.

jangan terbawa-bawa dengan emosi.PERPADUAN tetap agenda utama negara.

Bukan maksudku untuk menentang segala penulisan dalam blog maupun media lain yang begitu kerap memperkatakan mengenai isu kaum. Penulis samada kaum Cina, India maupun Melayu, masing-masing cuba mempertahankan kaum mereka dengan berbagai alasan dan fakta sahih mengenai kaum masing-masing. Pun terdapat juga fakta yang tidak sahih dan boleh dipertikaikan dalam mempertahankan kaum masing-masing, tidak boleh disangkal. sekali-kali bukan bermaksud sedemikian. tetapi sejak kebelakangan ini suara sebegini semakin membara dan bersemerbak dalam blog, mengambarkan sesuatu harus dilakukan untuk meredakan suasana tersebut. Saya terpanggil untuk menyedarkan kita semua supaya berhati-hati dengan penulisan sedemikian. Nasihat ini bukan sahaja kepada anda semua, malah kepada diri saya sendiri.

Saya teringat semasa di bangku Uni. satu ketika dahulu, bilamana pada tahap tahun ke 3, kami dididik mengenai berbagai isme didunia ini, seperti komunis, sosialis, kapitalis, Buddis, juga kristianiti dan sebagainya. Tapi pada tahun 4 kami dibasuh semula dengan ilmu islam oleh Pensyarah kami. Mengambil contoh pengalaman ku ini, seharuslah kita bijak dalam menyeimbangkan penulisan kita jangan sampai ..."yang kita kendong tak dapat yang kita kejar hilang entah kemana"...Kita tidak seharusnya melupakan AGENDA UTAMA negara yakni PERPADUAN semua kaum di Malaysia. m Walau macamanapun kita beraksi, samada dalam keadaan marahm bersamangat tinggi, beremosi dll apabila memperkatakan soal kaum masing-masing, akhirnya kita kembali kepada satu realiti bahawa mahu tidak mahu kita kena berpadu sesama berbilang kaum dalam negara kita. Apa yang diputuskan oleh pemimpin kita dalam merangka "kontrak sosial" dahulu adalah sesuatu yang berpijak dibumi yang nyata. Ini juga telah dipersetujui oleh pemimpin kita yang silih berganti dari masa kesemasa. Kita sedar sepenuhnya bahawa suasana 13 mei 1969 sangat tidak cucuk dengan budaya kita dan keadaan tidak aman dan suasana tidak selesa seperti itu sangat kita takuti. Lantas sepatutnyalah kita sama-sama menghindari dari ianya berlaku semula.
Minta maaf jika saya katakan khas buat yang bergelar pemimpin negara, janganlah mengeluarkan satu ayatpun yang boleh membawa kita kepada pergaduhan dan bukan perpaduan. Apabila anda semua mengeluarkan sebarang apa jua kenyataan, tentunya ia akan menjadi ikut sebahagian rakyat. Maka jika ianya baik maka baiklah hasilnya, tetapi jika kenyataan buruk yang diutara, maka buruklah natijahnya kepada perpaduan dalam negara ini.

Perkara ini bukan susah untuk dielak.
Jangan menimbulkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum lain.
Jangan menulis seuatu yang menimbulkan kemarah kaum lain. Padamkan cita-cita untuk menulis yang sedemikian itu segera.
Jika kaum cina menulis, tulis sesuatu yang baik dan bermanafaat mengenai kaum india atau kaum melayu. Cari subjek yang sesuai dihati dan tulis. Tekan pada 'publish post' . Itu sahaja. Jangan sekali-kali mengikut nafsu dan menulis sesuatu yang tidak bermanafaat dengan memburuk-buruk kaum lain. Begitu juga dengan kaum india dan melayu. Masih banyak subjek mengenai kaum lain boleh dijadikan bahan penulisan anda.

Penulis dan anda semua. Kita bernasib baik sebab pada masa lalu, pemimpin kita yang sebenarnya terdiri dari berbagai kaum, telah menjadikan suasana di Malaysia sungguh selesa dan aman damai serta harmoni untuk didiami. Jika ia bertukar menjadi satu kawasan yang 'lintang pukang' pada masa akan datang tentulah sebahagiannya kita yang menulis dalam blog ini ikut bertanggungjawab menjadikan sedemikian. Suasana yang mana satu yang kita mahu?

SAMADA......
.."sesebuah keluarga besar dimana begitu riang dan selesa untuk berkunjong dimerata tempat,
tidak kira dimana, untuk membeli belah, untuk melancung, untuk melawat mertua, untuk mengadakan majlis parti harijadi, untuk kembumi kematian, untuk majlis perkahwinan dan sebagainya".....Tanpa takut dan khuatir akan bom dan pembunuhan disana sini"...

ATAU.....
..." sesebuah keluarga di Kelantan atau di Sarawak atau di Selangor atau di Ibu Kota merasa takut untuk ke Langkawi kerana di Ipoh kerap terjadi kejadian membunuh pelancung tempatan.
Berita Malaysiakelmarin melaporkan terdapat pembunuhan beramai-ramai berhampiran Masjid India di Jalan Ipohmali pada 20hb Mei 2200, jam 8.00 malam"...

Pandailah anda memikirkannya.

Ahad, 30 November 2008

DELIMA KEPIMPINAN MALAYSIA?

Telahku perkirakan sedalamnya,
Bahawa menjadi seorang Ketua di malaysia...
Akan menemui jalan delima.
...'Ditelan mati ibu dan diluah mati babak'...
...diluah rasa sayang, tapi ditelan rasa hempedu kepahitan'...

DEB????
Berbagai ungkapan dan penjelasan,
menusuk telinga kita dan mereka jua,
tapi masih dengan begitu...
Tetap membisu dan memekak pancaindera,,
Seolah bebal dan itu cerita lama.
Mereka kata hanya untuk melayu semata.

Kenapa keras kepala????
Kepentingan chauvinis yang diutama,
Hasilnya ternyata ketika pilihanraya,
Siapa kita dan siapa mereka?
Jika ini berterusan jua....negara seperti neraka.
Ketua akan pening kepala,
dengan suasana tidak serupa
banyak daripada ketika
kita bersuka ria
Dan kita hampa.
DEB untuk semua,
Tidak terkecuali anda,
Cina dan India...
Walau dikampong Batu Lima,
Dimana-mana di Malaysia.
Melayu tapi dimana ia berada?
Kenapa PKR menjelma?
Bijakkah Ketua?
Semangat 46 satu ketika,
Nun ketika Singapura,
Menyahut musibbah Sang Todak melanggar ia.
Seorang kerdil menasihat seketika...Dan dibunuh jua,
Bukan begitu budi laksana dan bicara...
Pemimpin BN disegenap merata...
BUANGKAN SAJA
Mereka yang Tamak dan Haloba,
Tapi bijaksana dan tidak seperti seorang Ketua di Utara,
Terasa terhina,
Kerana pengganti umpama cuka,
Yang masam dan Rosak Rebus sebelanga,
Angkara si cuka.

Kini Ketua bermuram durja,
Disana sini orang berkata,
Turun daripada taktha..
Jangan lama-lama namun bila-bila masa,
Pendekatan kenalah bijaksana...

Aku bersyukur,
Kerana tadbir Azan umatku,
Sampai kepadang Mashar...Dan aku dan kaumku,
Masih muka berseri-seri,
Duduk selesa didalam negeri,
Dibawah seorang Ketua,
Yang hebat dan bijakbistari.

Namun didalam jiwanya,
sejuta tanda tanya,
Betulkah apa yang terlaksana?
Kepada Tuhan jua akhirnya,
Ia Berdoa.

HAIRAN BIN AJAIB, DI LABUANPUN TANAH RUNTUH MENGHEMPAP RUMAH.

APA KERJA JBS ( Jabatan Parit & Saliran )?.
TOLONG SIKIT,
JANGAN HANYA PANDAI BERCHAT-CHAT DALAM PEJABAT DAN MINUM PUKUL 10.00 AM SAHAJA WAHAI KAKITANGAN KERAJAAN.!!!!
SEMENJAK MERDEKA, INILAH KALI PERTAMA TANAH RUNTUH DIPULAU INI DAN YANG SEDIHNYA MENGHEMPAP RUMAH RAKYAT. BUKAN SEBUAH DUA MALAH BANYAK. LAWATAN DIBUAT DAN DIDAPATI TERDAPAT PARIT YANG DIBINA. TETAPI TERABAI PENUH DENGAN SAMPAH DAN HAMPIR KESELURUHAN TERTIMBUS DENGAN TANAH LIAT. kENAPA? KERANA KURANG 'MAINTENANCE.
jbs JANGAN KERJA SAMBIL LEWA DAN AKHIRNYA KESAN BURUK KEPADA KERAJAAN BN JUA. BERTINDAKLAH CEPAT DEMI KESELESAAN RAKYAT.

KENAPA SAYA MASUK UMNO?

Tajuk diatas merupakan satu persoalan. Dan sangat baik untuk bacaan mereka yang berangan-angan menjadi ahli UMNO. Pada bulan Ogos dan September yang lalu saya terlibat secara langsung dengan pengambilan ahli-ahli baru UMNO di kawasan saya. Walaupun usia saya sudah sedikit 'lama', namun keinginan saya untuk meneruskan bakti saya kepada parti yang saya cintai ini terus membara dan mungkin agaknya sehingga nyawa masih kekal didalam jasad ini. Syukur alhamdulillah, nampaknya masih ramai golongan muda mudi kita yang ingin menjadi ahli parti tertua di Malaysia ini. Meskipun ramai yang mengatakannya sudah tidak relevan sebagai landasan perjuangan lagi.



Tetapi bukan itu yang hendak ku perkatakan pada kali ini. Aku ingin berbicara tentang KENAPA AKU TERINGIN SANGAT UNTUK MASUK MENJADI AHLI UMNO?.

Pada tahun 1985, Tun Mahathir pernah menyatakan ura-ura UMNO ingin mengembangkan sayapnya di Wilayah Persekutuan Labuan, yakni Wilayah dimana aku dilahirkan.

Pada tahun 1986, aku adalah salah seorang pemimpin Labuan yang bergiat cergas menyahut saranan Tun Mahathir, untuk menyambut ketibaan UMNO ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada tahun 1987, UMNO sah bertapak di Wilayah Persekutuan Labuan dimana aku merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Labuan yang pertama.

Pada peringkat awal, usaha menerima kemasukan UMNO ke Wilayah Persekutuan Labuan, bukanlah satu kerja dan usaha yang senang dan mudah. Semangat yang di bawa oleh angin bayu dari Tanah Besar Sabah merupakan rintangan yang sungguh kental untuk dihadapi. Isu-isu anti persekutuan berkumandang disana sini, mengajak rakyat agar tidak menerima saranan dan usahaku bersama-sama teman seperjuangan ku. Kerana kemasukan UMNO tidak memerlukan penerimaan majoriti rakyat tempatan, maka kesukaran tersebut kuranglah sedikit untuk dihadapi. Dan aku dan teman-temanku berjaya jua akhirnya. Pada tahap awal UMNO bertapak di Wilayah Persekutuan Labuan, ia menghadapi kekalahan dalan Pilihanraya Umum pertamanya oleh Calon Bebas tajaan PBS. Isu anti-persekutuan mengambil tempat ketika itu dan semua kaum tidak kira bumi ataupun bukan masih tidak dapat menerima tindakan Datuk Haris Mohd Salleh menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Sekarang ini, adalah merupakan satu perkara yang tidak mudah untuk mengalahkan UMNO di Wilayah Persekutuan Labuan. WALAU TIDAK MUSTAHIL.

1. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan samada menjadi ahli dan pejuang UMNO ataupun tidak. Aku tidak tahu sebabnya. Tetapi ternyata apabila mendengar ura-ura UMNO berkeinginan mahu masuk ke Wilayah ku, hatiku merasa gembira dan teruja sekali untuk menyambut kehadirannya. Aku berkerja siang dan malam, pagi dan petang kesegenap penjuru Pulau Labuan bagi menerangkan kepada rakyat tentang kemasukan UMNO dan kebaikannya kepada kaum ku dan tanah tempat lahir ku. Dan rata-ratanya rakyat Labuan yang sekaum dengan ku sangat menerima ajakan dan pelawaanku untuk masuk UMNO bersamaku.

2. Yang aku nampak hanya sebuah perjuangan yang murni. Untuk membela kaum/bangsaku.
Aku tidak melihat agenda untuk memperkayakan peribadiku. Aku tidak melihat peluang untuk berkuasa secara peribadi. Jika aku berniat begitu, maka sudah tentu aku tidak memilih jawatan setiausaha Bahagian ketika itu, kerana peluang untuk menjadi Ketua bahagian sentiasa terbuka untuk ku. Niatku masuk UMNO adalah untuk berjuang dan menjadi seorang pemimpin kepada rakyat di kawasan ku. Itu sahaja. Kerana niat yang suci ini, semua senjata yang ku gunakan dalam perjuanganku, termasuk wang ringgit menjadi halal. Aku tidak gunakan wang ringgit ku untuk membeli undi.



Kepada generasi muda-mudi, ingin ku menasihatkan anda semua. Masuklah sebagai ahli UMNO.
dengan nawaitu yang betul. Masuk UMNO kerana ingin membantu perjuangan bangsa kita yang masih jauh ketinggalan dan perjuangan kaum kita masih belum selesai. Kita masuk UMNO kerana matlamat tersebut. Bukan kerana untuk menjadi kaya-raya dan mengejar kuasa.

Bila kena dengan nawaitu atau niat yang betul, insyallah perjuangan anda akan melalui jalan-jalan yang benar dan diredai oleh Allah SWT. Jangan sekali salah niat, kerana seperti sembahyang, jika salah nita, sembaghyang anda tidak diterimaNYA dan akan menjadi sia-sia belaka. Setialah dengan pucuk kepimpinan parti. Jangan mudah mengalih arah perjuangan kerana ianya hanya akan menjadi sia-sia belaka.

UMNO di kawasanku telah berjaya menunjukkan keberhasilan perjuangannya. Labuan kini maju dan seiring dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia. Penduduk Kampong di Wilayahku tidak ketinggalan dalan segenap lapisan dan bidang kemasyarakatan. Kemudahan awam di labuan secanggih kemudahan awam di kawasan lain di Malaysia. Bahkan lebih baik jika dibanding dengan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak maupun di Semananjung malaysia sekalipun. Aku menganggap dalam hati ku, aku terlibat sama menjayakan kerberhasilan tersebut, walaupun tidak lama lagi mungkin aku akan menutup mata. Namun anak cucu ku dapat mengecap nikmat yang ku perjuangkan
.