SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 19 Mac 2009

GULUNGAN MUDA BISING????

Tajuk ini tak ramai yang dapat membantah. Dewasa ini banyak suara dari gulungan muda yang nyaring-nyaring dan pedas berdesing. Tidak terkecuali mereka yang menjadi ahli UMNO, apatah lagi gulungan muda yang menjadi ahli parti pembangkang. Kadang tu timbul juga dari mereka yang duduk atas pagar. Banyak dasar dan pelaksanaan kerajaan yang menjadi tajuk perbualan dimana kerap sekali gulungan muda lincah mengkritik dan mempertikaikannya. Ada setengahnya hingga ketahap kritikan yang langsung tidak membina dan tidak mendatangkan manafaat kepada perjuangan bangsa, agama dan negara.

Suasana seperti ini menimbulkan satu ilham kepada kita, apa kiranya jika kali ini UMNO dan BN menampilkan lebih ramai dari gulungan ini menjawat jawatan Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kerajaan Persekutuan? Kita ramai tenaga dari gulungan ini yang bijaksana dan berkemahiran. Tidak semestinya mereka terdiri dari pemimpin muda dalam parti, malah boleh juga dilantik dari kalangan profesional serta juga pemimpin ngo's.

Bukan pula maksud saya untuk mengenepikan gulungan veteran. Cuma pertambahan gulungan muda perlu ditambah agar pemerintahan dibawah Datuk Seri Najib mempamerkan wajah baru dalam pasukan kepimpinannya. Adunan kepimpinan yang mempamerkan wajah baru dan ceria ini, tentu sekali sangat bersemangat dan memiliki pendekatan baru dalam kepimpinan mereka. Pada rasa saya mereka inilah yang sepatutnya yang diharapkan akan menjulang nama negara diperingkat persada dunia antarabangsa. Dengan tenaga yang kuat dan sifap yang agressif, mereka umpama Ronaldo dipadang bola. Dengan asuhan dan nasihat gulungan veteran, mereka ini akan menjadi seorang pemimpin yang boleh menjadi pengharapan bangsa dan negara dimana mendatang.

Namun terdapat satu bidang ilmu yang mana gulungan muda amat ketandusan sejak kebelakangan ini. Yakni bidang sejarah Bangsa mereka sendiri. Tidak ada sesiapa yang dipersalahkan jika ini berlaku kerana mungkin masa tidak mengizinkan gulungan muda ini menimba ilmu tersebut. Mereka terlalu banyak menjurus kedalam bidang dimana mereka diamanahkan. Pun demikian saya rasa mereka perlu mempelajari ilmu dalam bidang tersebut, jika hendak menjadi pemimpin dalam negara ini.

Seorang pemimpin harus "mengenal dirinya sendiri",
Seorang pemimpin harus tahu sejarah bangsanya sendiri,

Seorang pemimpin, budi pekertinya mestilah budi pekerti melayu sejati,
Jika mereka berfikir soal KEADILAN, pemimpin mestilah berjuang untuk mencari keadilan untuk bangsanya sendiri. Saya tak menafikan keperluan keadilan sejagat, tapi jika keadilan tersebut memusnahkan bangsa sendiri, saya akan kata pergilah jahanam kepada keadilan yang seperti itu.

Jika mereka berfikir soal KESAMARATAAN, pemimpin itu mestilah berjuang untuk kesamarataan bangsanya sendiri, sebelum berfikir soal kesamarataan kaum pendatang. Jika kita belajar sejarah bangsa kita, maka kita akan faham bahawa bangsa kita masih tidak merasai apa itu sebenarnya rasa kesamarataan.

Jika nak menjadi pemimpin bangsa dan negara, seorang pemimpin itu mesti tahu bahawa disuatu masa lalu, banyak waktu bangsa melayu diperlakukan dengan tidak adil oleh penjajah dan yang bersekongkol dengannya.

Saya sangat terkilan apabila mendengar seorang YB UMNO mengatakan generasi muda kini tidak kisah dengan apa yang pernah dilalui ketika orang-orang tua berjuang mencapai kemerdekaan dulu. Gulungan muda masa kini tak peduli akan kejadian itu dan apa yang penting kepada mereka ialah kedailan, kesamarataan dan kebebasan pada masa kini. Mereka mahu kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan memiliki integriti yang tinggi. Pada saya orang muda seperti ini tidak langsung layak untuk diketengahkan sebagai alah seorang pemimpin utama bangsa. Dan saya juga sangsi apakah mereka yang bergelar pemimpin didalam PAS dan PKR itu tahu dengan mendalam makna dan pengertian dalam menggali sejarah keujudan bangsanya sendiri?.

Dengan mempelajari ilmu sejarah bangsa, gulungan muda akan tahu bahawa perjuangan bangsanya masih belum selesai. Dan ini bermakna buku-buku yang mereka rujuk dari barat itu masih belum relevan dalam konteks politik Malaysia secara realiti. Ertinya pentafsiran penulis barat mengenai kata keadilan, kesamarataan dan kebebasan dalam konteks Malaysia tidak sama dengan tafsiran penulisan buku-buku falsafah dari barat.

Rabu, 18 Mac 2009

SOALAN AGUS SALIM YANG BELUM TERJAWAB; APA YANG AKAN BERUBAH DALAM UMNO????

Cuba anda jelaskan satu persatu apa yang akan diubah dalam parti UMNO?

Dalam seminggu dua ini jika ada program HUJAH dan DIALOG dalam TV, akan terdapat soalan ini yang dikemukana oleh moderator kepada VIP jemputan. Namun belum terdengar oleh saya jawapan secara keseluruhan dan secara tepat apa sebenarnya yang akan diubah dalam UMNO itu? Kita juga kena tahu KENAPA ianya harus diubah? Bagaimana perubahan itu dilakukan dan siapa yang melaksanakan perubahan tersebut?

Yang dapat dipetik dan dikutip dari jawapan yang diberikan oleh pemimpin UMNO, perubahan tersebut adalah seperti berikut:-

1. Hendaklah ada penstrukturan semula kepada organisasi UMNO itu sendiri. Mungkinkah Naib Presiden akan dikurangkan menjadi 2 atau sebaliknya ditambah kepada 5 orang, itu semua kita kena tunggu. Atau mungkin keahlian dibuka juga kepada non-bumiputera yang beragama islam.
Atau Persidangan Agung Tahunan akan hanya dibuat 5 tahun sekali atau 6 bulan sekali, jawapannya masih menjadi misteri. Apa sebenarnya yang harus dibuat perubahan dalam struktur UMNO, mungkin selepas bulan Mac ini kita akan diberitahu oleh Pak Najib atau Pak Zahid.

2. Dalam mengundi pemimpin UMNO, seluruh ahli akan diberikan tanggungjawab. Tidak lagi seperti sekarang dimana hanya seramai 2,500 orang lebih diberikan tanggungjawab tersebut.

3. Kursus-kursus Integriti dan Etika kepartaian akan kerap dijalankan untuk menanamkan ilmu kepimpinan murni dikalangan pemimpin parti disemua peringkat. Pemimpin sedar perkara ini telah lama dilupakan. Dulu semasa Tun Mahathir menjadi Presiden, kursus sebegini kerap dijalankan. Akupun tak tahu kenapa Pak Lah tidak menggerakan seksyen ini, sedangkan dimasa beliau "modal insan" merupakan agenda utama negara.


Selain daripada tiga perkara diatas, apa lagi yang harus diubah dalam UMNO?
Ada sesiapa diantara anda nak jawab. Cubalah berikan cadangan. Kot-kot boleh di implimentasikan oleh pemimpin UMNO yang akan memenangi pertandingan sedikit masa lagi ini.
Penyokong PAS dan PKR serta non-bumi jika berminat untuk mencadangkan sesuatu yang bernas, anda juga diajak membuat sebarang cadangan kearah perubahan tersebut.

Selasa, 17 Mac 2009

NAJIB mesti memancarkan SINAR KEHEBATAN!!!!!!!!!!


Sehingga saat ini Datuk Seri bakal Perdana Menteri kita masih dengan langkah kebiasaan sehariannya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pemimpin negara. Belum ada sebarang tanda-tanda yang boleh dianggap sebagai "wow factor" yang boleh memukau sehingga rakyat "jatuh-hati" dengan tindakan beliau. Walaupun secara umumnya rakyat mengakui akan kehebatan beliau. Beliau memiliki pengalaman yang sangat luas dalam kepimpinan negara. Najib sentiasa memperlihatkan keberkesanan dalam pemimpin setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Selaku Ketua Pemuda UMNO dulupun, Pergerakan itu jelas bergerak mantap dan hebat dibawah kepimpinannya. Dan yang pasti, beliau sangat berani mengambil tindakan yang pada pandangannya membawa manafaat kepada rakyat jelata. Sesiapapun tidak dapat menafikan, bahawa FELDA selepas ayahndanya, ketika Najiblah badan gergasi tersebut menampakkan sinar harapan kepada seluruh peneroka.

Namun selaku bakal Perdana Menteri Malaysia ke enam, rakyat sebenarnya memerlukan seorang Perdana menteri yang HEBAT. Datuk Seri Najib mesti memancarkan SINAR KEHEBATAN tersebut pada kaca mata rakyat berjumlah 27 juta ini. Pada masa kini yang paling penting rasa saya, UMNO dan kepimpinan kerajaan Malaysia dapat diterima dengan rasa bangga oleh rakyat Malaysia dan DUNIA seluruhnya. Bukan sekadar ahli UMNO sahaja, malah semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Najib kenalah meneruskan kehebatan Tun Dr Mahathir diperingkat bukan saja dalam negara, malah peringkat antarabangsa. Bahkan Najib perlu melebihi kehebatan Tun Dr Mahathir.

Di peringkat dalam negara, semua golongan sepatutnya akan mengkagumi beliau. Belia dan gulungan muda-mudi akan kagum dengan beliau. Begitu juga dengan kaum wanita, kaum agama, kaum pendidik, kaum nelayan, kaum petani, kaum-kaum-kaum-kaum-kaum lagi. Saya penuh keyakinan, Datuk Seri Najib memiliki kemampuan tersebut. Kita tunggu dan lihat.

Saya ingin melihat Najib berhasil menyatukan umat islam/melayu diMalaysia ini hanya didalam satu parti. Mungkin nama UMNO dan PAS tidak lagi relevan bagi penyatuan tersebut. Mungkin PUIM ( Parti Umat Islam Malaysia ). Dalam keadaan yang sama, kaum lain juga meras selesa, selamat dan diperlakukan dengan adil dan saksama. Datuk Seri Najib MESTI membuat perubahan drastik, bukan sahaja dalam penyatuan melayu, malah dalam rangka besar politik Malaysia secara keseluruhan. Kepada rakyat jelata, kita semua hendaklah buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita mulakan pendekatan politik baru Malaysia yang mementingkan kesejagatan dan kesamaan dalam matlamat perjuangan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan jantina. Terlalu banyak "pengorbanan" yang mesti dilakukan dan hanya "wow factor" yang ujud dalam kepimpinan Datuk Seri Najib akan mampu menggerakkan semua matlamat.

Apa transilasi kepada "wow factor". Itu Datuk Seri Najib kenalah cari sendiri.

Ramai orang-orang UMNO bertanya, Apakah Ali Rustam saja yang mengamalkan POLITIK WANG?

17hb Mac 2009, Lembaga Disiplin Parti UMNO mengambil keputusan dan melarang Datuk Seri Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Persidangan Agung UMNO pada hujung bulan ini. Tak payah saya nak mengulangi dengan terperinci sebab musebab larangan tersebut dikenakan. Cukup sekadar mengatakan bahawa Ali Rustam dan "geng"nya telah melakukan kesalahan yang serius dan berat dalam kempen untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan nanti.

Semalam, saya turun ke bandar dikawasan saya, minum bersama-sama kawan seangkatan dan dalam lingkungan seusia dengan saya. Baru duduk saja kawan saya lalu bertanya soalan cepu emas. "Ali Rustam sajakah?. Saya tanya, "apa"?. Kawan saya jawab balik, "Ali Rustam sajakah yang mengamalkan politik wang dalam UMNO ini? Saya jawab ,"entah"? Dan nampak jelas dimuka kawan tersebut wajah tidak puas hati dengan jawapan "entah" yang saya berikan.
Kawan yang seorang lagi bertanya kepada saya, seolah saya Ybhg Tengku Ahmad Rethahuddin dibuatnya. Kalau minum arak, besarkah dosa orang yang minum tiga gelas berbanding minum satu gelas sahaja? Aku jawab, "tidak ada beza". Habis tu kenapa Khairy Jamaludin diambil tindakan amaran sahaja, sedang Ali Rustam dilarang dari bertanding? Last-last saya jawab, dalam politik semua yang mustahil berlaku, boleh menjadi tidak mustahil akan berlaku dan sebaliknya yang tidak mustahil berlaku boleh menjadi mustahil akan berlaku. Kawan-kawanku bangang mendengar jawapan ku itu.

Tiba-tiba bangun seorang kawan dari meja sebelah, dan ikut campur dalam perbualan kami lalu berkata, "tentu Ali tak puas hati kerana berkemungkinan besar ada lagi yang mengamalkan perkara yang sama tapi terlepas dari tindakan". lalu aku menyampuk, siapa lagi agaknya? ia menjawab, "lu fikirlah sendiri".

Kali ini aku sekali lagi bangang kerana tindakan yang diambil nampaknya masih belum dapat menyelesaikan persepsi buruk rakyat terbanyak.

Isnin, 16 Mac 2009

Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM.


Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM

Tahniah kepada Datuk Ibrahim Yahya,
bekas Panel Pemikir JASA,
yang telah dilantik
ke jawatan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai hari ini.
Datuk Ibrahim, 48, menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas, menurut kenyataan Kementerian Penerangan hari ini.
Pelantikan ini sesuai dengan pengalaman luas beliau dalam bidang media dan penyiaran.
Beliau juga dikenali dalam dunia blogger sebagai Ibrahim Tiger, sebelum ini merupakan Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.


Saya juga mengambil kesempatan disini untuk mencadangkan kepada Datuk agar mengedarkan borang keahlian UMNO kepada semua kakitangan RTM dengan segera. Kakitangan RTM sepatutnya menjadi ahli UMNO. Jika mereka inginkan kebebasan dalam memilih parti yang diingini, saya cadang mereka bekerja ditempat lain seperti dalam sektur swasta.
.
Tahniah Datuk.
.

MEMPELAJARI DARI MULUT DATUK SHAHNON AHMAD, ANWAR IBRAHIM DAN PAK HADI AWANG.

Mungkin ada benarnya apabila Tok Guru Nik Aziz mempertahankan PERANGAI MENCARUT dalam penulisan Datuk Shahnon Ahmad, dalam bukunya yang bertajuk "Shit" suatu ketika dulu Bahawa dalam islampun dibenarkan mengeluarkan perkataan "shit" itu. Tapi lihatlah apa kesannya sekarang. Seolah-olah perkataan "biadab" dan "kurang ajar" dengan sewenangnya diungkapkan oleh rakyat Malaysia, dimana jua pun. Suatu ketika dulu juga Pak Hadi pernah membuat satu fatwa palsu dengan mengkafirkan orang islam yang tidak penyokong dan menjadi ahli PAS. Maka mulalah dalam jumlah yang ramai penyokong PAS yang bertindak meluahkan perkataan tersebut samada ketika kempen pru maupun ketika hari-hari biasa, sehingga perkataan pengkafirkan ahli UMNO tersebut sangat popular pada ketika itu.

Pemimpin kadang-kadang tidak menyedari bahawa sebarang ucapan yang diluahkannya sebenarnya membawa kesan yang sangat buruk dalam jangka panjang, kepada tamaddun dan kesusilaan hidup rakyat. Kehidupan bangsa melayu tidak sekali sedemikian tindak-lakunya. Bangsa melayu penuh dengan tata-susila dan adab yang terpuji. Yang tidak biadab dan jauh sekali menderhaka kepada Raja. Malah sangat tersusun dan beradab kata-katanya sekalipun kepada orang yang l;ebnih tua daripada nya. Kini seolah budaya tersebut telah lenyap dan ketinggalan zaman oleh sebahagian kaum bangsa melayu.

Pernah dengar ke tidak Pak Lah mengeluarkan kata-kata kurang ajar? Biadab? dan keji?. Pernah dengar Pak Najib melontarkan ucapan sedemikian? Jawapannya adalah tidak. Kedua pemimpin tersebut berlapik jika berucap. Mereka sebolehnya mengelakkan drp mengeluarkan kata-kata nista walaupun kepada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Saya tidak pernah mendengar sebarang ucapan yang kelaur dari mulut Pak Lah yang mencarut pemimpin PAS atau PAS itu sendiri.

Saya tidak terkilan jika ucapan sedemikian lahir dari mulut orang kebiasaan. Tapi malang dan sangat mendukacitakan kerana kata-kata biadab dan kurang ajar sedemikian lahir dari mulut mereka yang bergelar pemimpin agung bangsa sendiri. Saya tidak menganggap ini adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang murni dan membanggakan kita. Pemimpin sebegini sangat tidak layak dipilih dalam mana-mana flatform kepimpinan, hatta didalam parti politik lawan sekali pun. Inikan pula parti pemerintah. Saya bersyukur kerana dipihak pemerintah, jarang dan hampir sifar pemimpin yang berkelakuan sedemikian.

Oleh itu berhati-hatilah ketika kita mengeluarkan kata-kata.
Bukankah kita sering menghadiri kursus dan ceramah nilai murni oleh mereka yang bergelar Ustaz. Kita sepatutnya tahu bahawa perangai begitu sangat bertentangan dengan nilai agama yang kita anuti.

Ahad, 15 Mac 2009

Saya dah kata jangan, tapi anda tak reti-reti.

1. Saya dah kata jangan, tapi masih terdapat sebilangan drp anda tak reti-reti.

Bukannya saya seorang yang mengatakan perkataan "jangan" itu, malah bertimbun-timbun orang dah meluahkannya. Dalam blog, dalam akhbar biasa, dalam Tv dalam Radio dan dalam banyak ucapan pada setiap program perjumpaan rakyat yang dibuat oleh badan kerajaan ataupun badan ngo's. Namun sehingga kini masih juga tak serik dan tetap berterusan dengan perangai yang satu itu.


2. Tahukah anda bahawa kesannya sangat pedih terutamanya kepada bangsa, agama dan negara anda!!!!. Tahukah anda jika tabiat tersebut tidak dihakis dari diri anda, ia akan menjahanamkan bukan sahaja UMNO, malah seluruh negara suatu masa nanti!!!.



3. RASUAH ADALAH PENYAKIT MANUSIA SEJAK ZAMAN DAHULU KALA. Memang telah terbukti perbuatan rasuah akan menjahanamkan tamaddun sesuatu bangsa. Dalam konteks Malaysia, bangsa melayu akan berkubur suatu ketika nanti jika rasuah menjadi tabiat kaum bangsa tersebut. Saya terus terang, dewasa ini perbuatan rasuah seperti amat susah untuk dihapuskan. Sakit leher pemimpin dari berbagai penjuru masyarakat telah memberikan ingatan agar larikan diri kita dari penyakit tersebut. Namun yang jelas ianya masih dipraktikkan oleh sebahagian individu bergelar VIP dan VVVVIP samada pemain politik maupun kakitangan kerajaan dan swasta.


4. Pemimpin utama UMNO perlulah menangani perlakuan rasuah dikalangan pemimpinnya dan ahlinya dengan "political will" yang sangat bersungguh-sungguh. Jangan sekadar melepaskan "batuk ditangga" sahaja. Saya sokong kuat saranan yang diutarakan oleh Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohammad beberapa hari lalu. Dimana beliau menyarankan kepada Datuk Seri Najib, agar melantik pemimpin yang tidak pada dipersepsikan melakukan kerja terkutuk itu.


5. Bukan sahaja saranan ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, malah kepada semua pemimpin utama UMNO, agar jangan memilih kepimpinan diperingkat Bahagian, Negeri dan Persekutuan, pemimpin yang "gila rasuah" ini. Bersama-samalah kita menunjukkan rasa komitmen yang tinggi dalam menghapuskan rasuah.



6. Kita semua kasihan dengan Azalina, kita juga simpati dengan Norza. Begitu juga dengan Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik. Jasa mereka kepada pembangunan umat di Malaysia, juga tidak dapat dinafikan ada, namun peribadi mereka telah terconteng arang dengan tindak laku rasuah yang bermain disekitar mereka. Terlalu dekat sehingga menimbulkan persepsi buruk dikalangan rakyat jelata. Ini harus diambil perkiraan oleh Perdana Menteri baru jika hendak membuat perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan kelak.


7. Niat kita cuma satu yakni, hendak menjadikan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti tinggi dan benar-benar prihatin kepada permasalahan dan pembangunan rakyat terbanyak. Sokongan yang akan diberikan oleh rakyat, bukanlah sokongan yang dipaksa melalui kempen ketika pilihanraya semata, tetapi adalah kerana rakyat sebenar-benarnya sedar dan tahu bahawa kerajaan yang mereka sokong adalah sebuah kerajaan yang benar-benar baik dan beramanah serta memiliki integriti yang tinggi. Bukan kerajaan yang pada persepsi mereka kemaruk kuasa, lupa tanggungjawab dan hanya mementingkan periuk nasi masing-masing.

Kalau sering bergaduh bagaimana nak tolong Nik Nur Madihah Nik Mohd dan yang seumpama dengannya?

Kerajaan, Pembangkang atau NGO,s akan menanggung dosa yang amat berat jika lalai dalam memberikan sebarang bantuan perlu kepada Nik Nur Madihah Nik Mohamad. Budak pintar ini mesti diberikan bantuan dalam meneruskan pengajiannya hingga keperingkat tertinggi yang ia mampu. Anak-anak pintar serupa ini jumlahnya ramai dan berada didalam setiap daerah dinegara ini. 20 tahun lagi mereka akan menjadi dewasa dan cukup kematangan sebagai rakyat yang akan menjadi penggerak keatas kemajuan bangsa, agama dan negara. Ruang mereka hendaklah dibuka luas dalam segala bidang termasuk kepimpinan negara.

Mereka yang dianugerahkan Allah dengan otak genius inilah yang akan menjadi pengharapan bangsa, agama dan negara dimasa mendatang. Janganlah kita sia-siakan. Jika kita alpa jangan hairan bilamana mereka menjadi ketua demonstrasi jalanan suatu ketika kelak. Anak-anak yang genius seperti ini, jika tersalah arah dan perlakuan, bisa menjadi genius dalam bidang yang membawa kemudaratan kepada nusa dan bangsa suatu hari nanti. "Menjadikan tenaga nuklear bukan untuk pembangunan umat manusia, malah untuk menjahanamkan mereka".

Oleh itu prihatinlah dan bermulalah dengan langkah yang diredhai Allah SWT. Amin...