SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 16 Julai 2009

SAH!!!BUDAYA JAHAT DALAM PR SELANGOR.

Inikah yang dikehendaki oleh generasi muda negara????
Bertempik dan terlolong serta memaki hamun di Pejabat SPRM?
Begitulah yang digambarkan kepada seorang Wakil Rakyat DAP yang "honey moon" dengan kekayaannya dan kuasanya yang anda telah berikan!!!
Lebih kuranglah tu. Serupa juga dengan PKR. Bila membuat demonstrasi, habis tanda-tanda jalan dan bangunan dipatah-patahkan serta dibakar. Inikah budaya yang kita kehendaki dalam politik Malaysia? Mahukah kita, apabila anak-anak kita besar kelak, akan berperangai seperti ini.
Jika tak puas hati saja, habis harta awam dan harta miliki perseorangan dirosakkan kerana nak lepas marah. Pakatan Rakyat kini mengujudkan satu budaya menghalalkan panas baran yang keterlaluan sebagai budaya yang murni dikalangan masyarakat majmuk Malaysia ini. Inilah dia kesamarataan yang mungkin mereka maksudkan.
Habis satu, satu perkara lagi yang dilakukan oleh PR di Selangor.
Bila mereka membuat amal, perbuatan tersebut mereka lolongkan seluruh negara. Umpamanya sedekah lembu oleh MBnya. Bila mereka bertelanjang, gambar mereka disiarkan untuk tontonan public. Seperti yang dilakukan oleh geng-geng Elizabeth" Taylor" Selangor itu.
Jika mereka tidak dapat bantuan polis, mereka guna samseng seperti Kongsi Gelap untuk menjaga keselamatan mereka. Dan yang juga berita terakhir, mereka menghalau dan tidak membenarkan Mantan MB Selangor dari menghadiri DUN selama setahun.
Kacau!!!!kacau!. Apa sudah jadi dengan Selangor.
Memiliki sekumpulan pemimpin yang bijak tapi bebal.
Betapa cantiknya akhlak Tan Sri Khalid Ibrahim ketika dalam kerajaan BN suatu ketika dulu. Betapa hebatnya DSAI semasa menjadi TPM dulu. Tapi kini mereka seperti Harimau kelaparan. Baham sana dan sini. Kalaulah ada ruang untuk gelapkan duit negeri, agaknya dah lama mereka lakukan. Cumanya SPRM sekarang bukan lagi seperti BPR dahulu. Kini mereka sangat berintegriti tinggi dan akan menjalankan tugas mereka demi negara dan agama dan bangsa Malaysia yang tercinta ini.
Saya ingin mengajak gulungan muda, pisahkan diri anda dari sebarang unsur kekurangan kebijaksanaan ini serta tidak budiman ini. Kalau nak pro-aktifpun jangan sampai sepertimana PR lakukan di Selangor.

Selasa, 14 Julai 2009

Negeri kaya Selangor dan Pulau Pinang menghadapi "kekurangan Wang"!!!!!!Apa sudah jadi????

Saya difahamkan oleh Datuk Khir Toyo, Ketua Pembangkang di DUN Selangor menjelaskan bahawa kini Selangor telah menghadapi kedudukan kewangannya yang serius. Hari ini beliau dihukum keluar DUN selama satu tahun. Selain itu 4 orang lagi ADUN BN diperintahkan keluar oleh Speaker DUN Selangor. Di Khabarkan juga masalah DUN PR sebagai petualang Kongsi Gelap telahpun bermula. Jika ditambah lagi dengan kegagalan MB melunaskan janji-janji pilihanraya lepas, ianya menjadikan DUN dan pemerintahan negeri Selangor sangat serupakan dengan Rojak Mamak dikedai tepian jalan Klang lama. Apa sudah jadi dengan keputusan rakyat Selangor menyerahkan kauasa pemerintahan negeri kepada parti yang "lemah dan lembab serta suka bergaduh itu"?. Mungkin juga agaknya kedudukan Pulau Pinang mengalami keadaan yang sama. Dulu ketika PRU ke 12, janji Bulan dan Bintang. Kini habuk pun tak ada. Jika rakyat masih memberikan peluang kepada PR untuk menjadi pemerintah negeri-negeri tersebut, nampaknya dalam jangka sedikit masa lagi Kelantan boleh mengatasi kedua-dua negeri tersebut dari segi kedudukan kewangan masing-masing. Yang ini semua orang tahu. Bila kerajaan Persekutuan dibelakangkan, alamatnya akan meranalah negeri tersebut. Akhirnya rakyat juga yang mengalami bencana dan penyakit kemurungan yang dahsyat. Puncanya mereka sendiri yang memberikan ruang dan peluang untuk sebuah parti dangkal meneraju kerajaan negeri.



Hendaknya berpijaklah dibumi yang nyata. Janganlah dalam pilihanraya ke 13 nanti, rakyat Selangor masih memberikan ruang tersebut kepada PR untuk memerintah negeri. Cukup lah takat itu. Sayang membiarkan lagi sekali untuk menjahanamkan masa depan selangor yang gemilang menjadi malang. UMNO sudah bermuhasabah diri. Dan sedar serta insaf dimana kini sibuk memperbaiki diri dan pentadbirannya agar dapat memimpin dan memerintah dengan baik negeri anda semua. Selangor tidak rela menjadi miskin semula. Dinegeri tersebut berbagai kemajuan telah dicapai ketika kerajaan BN memerintah. Kini selama lebih satu tahun PR memerintah, berbagai gejala yang tidak baik berlaku di selangor. Konon mereka akan menunjukkan pemerintahan yang berbeza dari apa yang dilakukan BN, tetapi sebaliknya kenampakkan keburukan yang asyik menimpa kerajaan pimpinan mereka. Apa sudah jadi????



Tan Sri Khalid jelas gagal mentrampilkan satu kepimpinan yang berkesan. Jika hanya "free" pembayaran untuk Gerai dimusin Puasa nanti, itu bukan anjakan paradigma kepimpinan yang sepatutnya ditonjolkan oleh seorang yang bergelar BEKAS USAHAWAN TERBILANG. Terlalu banyak percuma, akhirnya rakyat seluruhnya yang menerima akibat. Negeri menjadi muflis. Dan sudahnya bergantung kepada kerajaan persekutuan untuk membayar gaji. Mana dia para cendiakawan yang bersekolah tinggi-tinggi itu di Selangor. Benar kata saya, bukannya nak mengubah negeri, tetapi penuh dengan rasa cemburu dan iri hati, kerana melihat kerajaan negeri dibawah BN maju dan perkasa membawa harta berlaksa-laksa dan membantu memperkaya negara juga. Dibawah PR apa yang ada?. Hentam buntut Saiful dan Pemimpin wanitnya terkangkang nampak dicelah kangkang yang luas terbuka...yang itu pula yang ada.



Rakyat akhirnya membuka mata. Bahawa selama ini perkiraan mereka silap belaka. Mencari Gading bertuah, rupanya tanduk lama yang terjumpa. Dalam kerajaan BN semuanya luas terbuka dan terbantang ( Bukan terkangkang ). Segala peluang ada. Apa sahaja yang kita impikan tentunya akan menjadi nyata. Syaratnya kita hendaklah rajin berusaha. Jika kita malas berusaha dalam gedung beraspun kita susah nak suap rezeki kemulut. Sebabnya kerana kita malas berusaha. Dalam kerajaan BN, semua peluang terbuka luas. Janganlah diabaikan dan membiarkan orang lain dari rantau ini menikmati sepenuhnya peluang tersebut.



Kita semua sebenarnya hebat belaka. Namun sayangnya kita salah meletakkan kehebatan kita.

Apa yang sebanrnya yang kita kehendaki selaian daripada kebahgiaan dunia dan akhirat? Segala sesuatu yang kita lakukan diatas alam fana ini akan menjadi mulia dan menjamin akhirat kita dengan nawaitu perbuatan yang betul. Dato Fuad Hassan, Presiden Perkasa, adalah satu contoh rakyat Selangor yang baik dan bermaruah tinggi. Landasan perjalanan hidup beliau jelas dan sangat terang tanpa perlukan suluh buluh. Jangan melatah seperti Ustaz Harun Din yang perjalanan kerjayanya jelas lintang pukang. Akhirnya menjadi bomoh dengan menjual ayat-ayat suci al quran. Sedang beliau boleh mencari jalan yang lebih baik dan lebih mulia seperti adik beradiknya. Mungkin agaknya saintis melayu kenalah mencari ubat "menghilangkan sikap melawan tanpa karuan" ini. Kadang orang kita ni suka melawan dan membangkang tanpa pasal. Hanya for the sake of melawan semata. Itulah yang saya katakan selalu, berpijak dibumi nyata, rasional dalam menentu arah sokongan. Negara ini negara kita. Maka kitalah yang menjadikan ianya beruk atau naga. Atau jika umpama singahsana, kita jadikanlah ia umpama istana raja. Berseri dan selesa untuk didiami semua rakyat jelata.

Manek Urai Jelas Inginkan Perubahan. Saya Cadangkan Jambatan Dua Hala Terus Dimakbulkan!!!

Keputusan pilihanraya kecil Manek Urai jelas membayangkan bahawa rakyat Manek Urai mahukan pembangunan khususnya pembangunan infrastrukturnya. Olehkeran itu rasanya elok Kerajaan BN meneruskan cadangannya untuk membina Jambatan Dua Hala yang menghubungkan kedua belah kawasan tersebut. Majoriti undi 65 orang itu hanyalah diukur angkanya sahaja. tetapi pada puratanya 50% daripada Pengundi Manek Urai telah menyatakan kepada kita bahawa mereka memiliki dunia serta akhirat sekaligus. Tentunya mereka sangat menyedari bahawa penyembahan kepada Allah SWT yang maha isa itu akan lebih selesa dan tenang dengan membangunkan prasarana seperti Jalan raya, Masjid yang indah dan tersergam indah, jambatan yang kukuh, suasana persekitaran yang bersih dan ilmu yang bercambah.
Walaupun sebenarnya sembahyang diatas pandang juga dibenarkan oleh agama. Walaupun sebenarnya air masin laut juga boleh digunakan sebagai air untuk mengambil wudhuk.

Zaman serba canggih sekarang ini menuntut para pemimpin negeri dan negara tidak hanya boleh membangunkan rakyat dengan kebijaksanaan berhujah semata, malah mereka mesti bijaksana dalam menterjamahkan kata-kata mereka dalam bentuk tindakan terutama yang melibatkan kesenangan dan keselesaan rakyat dibawah pimpinannya. Rakyat Kelantan amnya sudah 20 tahun memberi muka dan ruang kepada Tok Guru Nik Aziz utnuk menjadi pemimpin utama mereka. Malah hingga kini mereka merasakan satu dosa jika tidak meneruskan sokongan kepada beliau. Tetapi malangnya seperti biasa Tok Guru itu bukan satu aset kepada Kelantan, malah liabiliti. Kelantan langsung tidak berdaya untuk membangunkan dirinya dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Jika bukan peruntukan kewangan dari pusat, sudah tentu keadaan dan suasana negeri tersebut tersangatlah memilukan dan menyedihkan.

Walaupun semasa pilihanraya kecil baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin menyatakan JIKA BN MENENG, Manek Urai akan dijadikan ANAK EMAS BN, rasanya tidak salah jika selepas mengalami kekalahan inipun Manek Urai itu tetap diteruskan sebagai anak emas itu. Pilihanraya umum mungkin tidak sampai 1,000 hari saja lagi. Sekarang inilah masanya kita menjadikan salah satu kawasan di Kelantan itu sebagai satu contoh kepada rakyat seluruh negeri itu, betapa jika dibangunkan akan menyenangkan rakyat jelata.

Oleh itu teruskan angan-angan menjadi kenyataan. Jadikan Manek Urai sebagai anak emas BN dan agropolitan Manek Urai akan dijadikan satu kenyataan. Penduduk MELAYU Manek Urai tentu akan meningkat taraf hidupnya. Dan selesa bagi mereka menunaikan tuntutan agama. Dan senang bagi mereka bila melihat kemajuan anak-anak muda. Dan sudah tentunya pru ke 13 kelak mereka akan mengenang JASA baik kerajaan Kuala Lumpur. Mereka juga sedar bahawa tidak selamanya ruang selesa harus diberikan kepada pemimpin yang "cakap tak serupa bikin" seeprti MB mereka.

Isnin, 13 Julai 2009

Menatang Bagai Minyak Yang Penuh.

Dalam usia lebih setengah abad ini, kami, generasi lama ini hanya meminjam waktu daripada generasi muda/mudi untuk mendapat ruang selesa bagi mengemudi negara yang tercinta ini. Hala tujunya dipastikan jelas arah, kemakmurannya terjamin, keselamatannya terjaga rapi, perekonomiannya tersusun atur dengan licin. Begitu dengan dengan pentadbirannya terurus dengan baik dan mampu pula meraih keuntungan berlipat kali ganda. Dalam beberapa waktu mendatang, maka kamipun kembalilah kerahmattulllah. Apa yang kami tinggalkan adalah secebis kenangan perjuangan dan pembelaan waktu dan "sepatu" untuk gulungan muda/mudi yang sudah pasti meneruskan apa yang telah kami usahakan. Jika peninggalan kami adalah bermanafaat, maka anak-anak generasi muda sangat bernasib baik. Untuk menyatakan terima kasihpun, agak telah terlambat kerana ketika ucapan itu diberikan, kami telah bersama ulat dan cacing didalam bumi. Antara kami, kepada yang kurang bernasib baik, maka akan bernasib hukuman akibat perbuatan mungkar yang dilakukan semasa dialam fana ini. Alangkah hibanya rasa, yang masih bernyawa, jika selama ini tahunya mencaci dan mengata, padahal langkah kami adalah langkah murni dan tulus tanpa prejudis. Mereka sanggup mengata dan mencerca kepada suatu perjuangan luhur dan hanya menyelesalinya setelah kami tiada.

Justeru itu kini, sebelum kami meninggalkan mu. Sebelum kami pergi jua, ingin rasanya diri ini mengatakan sepatah dua sebagai satu nasihat berguna untuk generasi muda, agar tidak menyesal kemudian hari. Bahawa berfikirlah dengan waras dan bijaksana. Jangan pula bertindak dengan emosi dan mementing diri. Yang sangat utama ialah pelihara agama dan ibu pertiwi. Untuk semua itu, yang paling utama kepada anda ialah ilmu didada. Jangan memekik dan menyumpah seranah, mengata orang itu dan ini salah, tetapi ilmu kita hanya secupak jua.
Kata-kata kenalah berlapik jua. Jauhkan rasa dendam kesumat. Ia tidak membawa kemane. Tidak ada siapa yang akan merasa bahagia dengan rasa dendam yang membara. Siapapun jua anda. Putihkah anda, Warna hitamkah anda, atau anda berwarna sawang matang. Anda sebenarnya adalah sama. Dunia ini sebenarnya adalah milik manusia dan yang nada mungkin tak menyedari ianya milik kera, harimau, poko kelapa, pokok limau, gajah, semut, kala jengking dan sebagainya. Bahkan gunung ganang dan hutan belantara juga adalah makluk maha pencipta.
Berdosa jikalau kalian mensia-siakannya dan membunuh begitu saja. Inikan pula sesama kita yang bergelar datuk, nenek, cucu, adik, kakak, Tan Sri, Tok Guru, dan sebagainya ini. Apakah kerana diberikan kelebihan Allah Taala, kita menjadi riak dan sombong bebal? Sehingga kita lupa bahawa makluk lain juga mempunyai hak yang istimewa? Atas dasar kesedaran inilah mungkin agaknya Tengku Abdul Rahman dan rakan-rakannya suatu ketika dulu mengatakan "ya" setelah syarat dikemuakan Penjajah. Atas dasar inilah mungkin agaknya hati dan rasa Tun Mahathir tidak sebeku batu. Inilah sebabnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengagaskan 1MALAYSIA kepada kita semua. Kepada ruang lingkup yang lebih luas, 1MALAYSIA juga merangkumi bukan sahaja manusia, malah binatang dan kayu kayan serta bukit bukau dan gunung ganang dalam Malaysia tercinta ini. Jangan dipinggirkan mereka, malah dijaga dan disemai serta dipelihara, agar menjadi makluk allah yang cemerlang dan gemilang. Saudara mungkin merujuik 1MALAYSIA hanya kepada budaya, adat resam dan kehidupan makluk manusia yang mendiami Malaysia. Cina, India, Orang asal, Kadazan, Dusun, Murut, Iban dan melayu. Bagaimana dengan Kera, Monyet, babi, Khinzir, Gajah, Harimau, dan kancil?. Bagaimana dengan Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Ledang, Laut China Selatan, lautr Sulu, Selat Tebrau, Selat Melaka dan banyak lagi yang harus dipandang dari sudut menjaga baik gagasan 1MALAYSIA itu? Mungkin anda juga terlupa betapa mustahaknya udara ( oksijen, notrojen, dan sebagainya)? Mungkin anda juga terlupa dengan alam sekitar yang memerlukan belaian kasih dari kita manuasia...yang selalunya durjana.

Kami hanya generasi lama yangmeminjam waktu dari generasi muda untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan dan berkesempatan memperbaiki lagi suasana semasa untuk anda. Bila kami kembali...teruskan dengan hati ikhlas dan jujur serta tulus...berbakti kepada pertiwi dan menjadi ketua-ketua yang sedar bahawa sebenarnya kita itu adalah Khalifah Allah diatas bumiNYA jua. Aminnnnnn.....

Pakatan Pembangkang Umpama Ular Tiga ( 3) Kepala!!!

Pakatan Pembangkang Umpama Ular Tiga (3) Kepala!!.
Begitulah nampaknya seperti apa yang kita dapat dengar, lihat, baca dan tonton mukathir ini.
Berserabut dengan ucapan-ucapan yang tidak sekata serta tindakan yang tidak sehaluan.
Masing-masing mempunyai pandangan dan pendekatan sendiri tanpa memikirkan samada ianya menyinggong dan mengguris hati rakan sepembangkangan sendiri.

Di Kedah, setelah puas menunjukkan belang, dengan mengata itu dan ini kepada PAS negeri, DAP akhirnya menyesali perbuatannya dan kembali mencium punggung MB dengan tak jadi keluar Pakatan. Di Pulau Pinang, tentunya Anwar Ibrahim tak berapa senang dan setuju dengan tindakan Lim Guan Eng mempermain janji Pilihanraya Umum ke 12 lepas dengan berdolak dalik apabila time mengotakan janji kepada penduduk Kampung Pala telah tiba. DSAI khabarnya berjanji akan menyelesaikan masalah yang penduduk tersebut hadapi. Entah selesai entah tidak, kita sama-sama nanti. Adalah tidak masuk akal tiba-tiba Lim Guan Eng nak kenen kepada BN untuk menyelesaikan masalah yang mereka reka-reka itu.

Yang jelas telahan kita mengenai tidak ujudnya kata sepakat dan Pakatan Pembangkang itu kini satu demi satu telah menjadi nyata. Ramai penyokong Pakatan tak percaya pada masa lalu akan telahan kita ini. Namun kini nampaknya mereka telah mula memikirkan semula, apakah Pakatan Rakyat patut diberikan sokongan ataupun tidak setelah melihat kepada senario mukathir ini. Janganlah kita berpandangan seolah kita benar serba serbi. Terdapat sebilangan penduduk Kedah umpamanya, rasa beruntung kerana PAS memerintah negeri menyebabkan mereka memperolehi peruntukkan pembangunan dari PAS dan BN sekali gus. Kalau memberikan kemenangan kepada BN saja, PAS tentunya tidak akan menyalurkan peruntukkan, kononnya. Pada saya fikiran seperti ini sangat jumud dan berpegang kepada kaedah jahat dalam menjalani ranjau dan usaha politik mereka. Inikah yang dikatakan politik canggih dan modern?. Politik Tan Sri Muhyiddin mereka katakan ketinggalan zaman. Politik yang tidak ketinggalan zaman kepada mereka ialah umpama "tahi tikus".....putih kesepenggalan. Ertinya mendapat keuntungan dikeduabelah pihak, sekalipun kita bersikap khianat.

Bagaimanakah rakyat jelata nak bergantung masa depan dengan sebuah pakatan yang tidak utuh? BN telah berhasil membuktikan keutuhan dan keselarian serta kesepakatan perjuangan sejak lebih 50 tahun yang lalu. Baru hanya tidak lebih dari 3 tahun Pakatan Rakyat telah menunjukkan keretakan dan pandangan yang sangat tidak sama ( berbeza ) sesama mereka.
Pakatan Pembangkang sangat mudah berpecah sifatnya. Ini kerana parti-parti yang terdapoatr didaslamnya sangat berbeza juga dalam matlamat dan objektif perjuangan. APAKAH GENERASI MUDA/MUDI YAKIN DENGAN PAKATAN PEMBANGKANG INI? Terumbang ambing dengan tidak menentu hala tujunya. Sibuk dengan usaha mencari kesempatan pangkat dan harta serta kekayaan diri. Hatta, Nik Aziz juga dihebohkan dengan simpanan harta melebihi 10Juta ringgit dewasa ini. Dari segi kemaruk kekayaan, apa bezanya dengan Barisan nasional yang asyik dituduh saban hari pada masa pru ke 12 dulu?

Berfikirlah dengan waras wahai generasi muda. Pilihlah paerti yang benar-benar menjamin masa depan kita. Saya jamin hanya BN yang dapat mengotakan semua ini. BN telah membuktikannya sejak sekian lama. Dan Pakatan Pembangkang juga sebenarnya telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah sebuah Pakatan yang sangat rapuh dan menuju kearah kehancuran negara jika diberikan kesempatan berkuasa.

Ahad, 12 Julai 2009

SAYA DAH MINTA BERKALI-KALI!!!!

Dan kelmarin, YAB Tan Sri Muhyiddin MENCABAR Nik Aziz atau siapa jua pemimpin PAS mengemukakan apa dia yang telah mereka lakukan demi pembangunan dan syiar islam di Malaysia sehingga 12hb Julai 2009 ini?????

Jangan kata LUTH adalah hasil usaha dan buah fikiran pemimpjn PAS!. Malah mereka sabotaj dan dengki dengan hasil usaha murni kerajaan BN/UMNO. Mereka sebaliknya menggalakkan rakyuat pergi haji atau umrah melalui pengajur lain selain LUTH.

Bank Islam yang semakin hari semakin cemerlang ini adalah usaha anak-anak dan pemimpin dalam UMNO. BUKAN PAS!!!!

Universiti Islam Antara Bangsa
Takaful Islam bagi memberikan alternatif kepada Insuran konvensional.
Menyemarakan syiar dan sinar keislaman di Malaysia adalah kebanyakannya hasil usaha pemimpin UMNO yang dikatakan UMPAMA kOMUNIS OLEH nIK aZIZ. Umpama Ayah Pin oleh Aziz Nik.

Kalau tak silap saya ada satu yang dihasilkan oleh PAS Kelantan. PAJAK GADAI ISLAM.
Yang lain langsung tak nampak. Bagi memperlihatkan kepada rakat semua, Nik Aziz kena jelaskan satu persatu apa dia yang PAS telah lakukan untuk menyemarakkan islam di Malaysia ini.????

Yang paling menyedihkan ramai orang islam terpengaruh dengan kaki loyar buruk melayu itu!!!
Hanya kerana melihat Nik Aziz menggunakan imej seperti rakyat biasa itu. Seolah-olah hanya style tersebut yang menyebabkan negeri Kelantan membangun seperti New York.