SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 30 November 2008

KENAPA SAYA MASUK UMNO?

Tajuk diatas merupakan satu persoalan. Dan sangat baik untuk bacaan mereka yang berangan-angan menjadi ahli UMNO. Pada bulan Ogos dan September yang lalu saya terlibat secara langsung dengan pengambilan ahli-ahli baru UMNO di kawasan saya. Walaupun usia saya sudah sedikit 'lama', namun keinginan saya untuk meneruskan bakti saya kepada parti yang saya cintai ini terus membara dan mungkin agaknya sehingga nyawa masih kekal didalam jasad ini. Syukur alhamdulillah, nampaknya masih ramai golongan muda mudi kita yang ingin menjadi ahli parti tertua di Malaysia ini. Meskipun ramai yang mengatakannya sudah tidak relevan sebagai landasan perjuangan lagi.



Tetapi bukan itu yang hendak ku perkatakan pada kali ini. Aku ingin berbicara tentang KENAPA AKU TERINGIN SANGAT UNTUK MASUK MENJADI AHLI UMNO?.

Pada tahun 1985, Tun Mahathir pernah menyatakan ura-ura UMNO ingin mengembangkan sayapnya di Wilayah Persekutuan Labuan, yakni Wilayah dimana aku dilahirkan.

Pada tahun 1986, aku adalah salah seorang pemimpin Labuan yang bergiat cergas menyahut saranan Tun Mahathir, untuk menyambut ketibaan UMNO ke Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada tahun 1987, UMNO sah bertapak di Wilayah Persekutuan Labuan dimana aku merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Labuan yang pertama.

Pada peringkat awal, usaha menerima kemasukan UMNO ke Wilayah Persekutuan Labuan, bukanlah satu kerja dan usaha yang senang dan mudah. Semangat yang di bawa oleh angin bayu dari Tanah Besar Sabah merupakan rintangan yang sungguh kental untuk dihadapi. Isu-isu anti persekutuan berkumandang disana sini, mengajak rakyat agar tidak menerima saranan dan usahaku bersama-sama teman seperjuangan ku. Kerana kemasukan UMNO tidak memerlukan penerimaan majoriti rakyat tempatan, maka kesukaran tersebut kuranglah sedikit untuk dihadapi. Dan aku dan teman-temanku berjaya jua akhirnya. Pada tahap awal UMNO bertapak di Wilayah Persekutuan Labuan, ia menghadapi kekalahan dalan Pilihanraya Umum pertamanya oleh Calon Bebas tajaan PBS. Isu anti-persekutuan mengambil tempat ketika itu dan semua kaum tidak kira bumi ataupun bukan masih tidak dapat menerima tindakan Datuk Haris Mohd Salleh menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Sekarang ini, adalah merupakan satu perkara yang tidak mudah untuk mengalahkan UMNO di Wilayah Persekutuan Labuan. WALAU TIDAK MUSTAHIL.

1. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan samada menjadi ahli dan pejuang UMNO ataupun tidak. Aku tidak tahu sebabnya. Tetapi ternyata apabila mendengar ura-ura UMNO berkeinginan mahu masuk ke Wilayah ku, hatiku merasa gembira dan teruja sekali untuk menyambut kehadirannya. Aku berkerja siang dan malam, pagi dan petang kesegenap penjuru Pulau Labuan bagi menerangkan kepada rakyat tentang kemasukan UMNO dan kebaikannya kepada kaum ku dan tanah tempat lahir ku. Dan rata-ratanya rakyat Labuan yang sekaum dengan ku sangat menerima ajakan dan pelawaanku untuk masuk UMNO bersamaku.

2. Yang aku nampak hanya sebuah perjuangan yang murni. Untuk membela kaum/bangsaku.
Aku tidak melihat agenda untuk memperkayakan peribadiku. Aku tidak melihat peluang untuk berkuasa secara peribadi. Jika aku berniat begitu, maka sudah tentu aku tidak memilih jawatan setiausaha Bahagian ketika itu, kerana peluang untuk menjadi Ketua bahagian sentiasa terbuka untuk ku. Niatku masuk UMNO adalah untuk berjuang dan menjadi seorang pemimpin kepada rakyat di kawasan ku. Itu sahaja. Kerana niat yang suci ini, semua senjata yang ku gunakan dalam perjuanganku, termasuk wang ringgit menjadi halal. Aku tidak gunakan wang ringgit ku untuk membeli undi.



Kepada generasi muda-mudi, ingin ku menasihatkan anda semua. Masuklah sebagai ahli UMNO.
dengan nawaitu yang betul. Masuk UMNO kerana ingin membantu perjuangan bangsa kita yang masih jauh ketinggalan dan perjuangan kaum kita masih belum selesai. Kita masuk UMNO kerana matlamat tersebut. Bukan kerana untuk menjadi kaya-raya dan mengejar kuasa.

Bila kena dengan nawaitu atau niat yang betul, insyallah perjuangan anda akan melalui jalan-jalan yang benar dan diredai oleh Allah SWT. Jangan sekali salah niat, kerana seperti sembahyang, jika salah nita, sembaghyang anda tidak diterimaNYA dan akan menjadi sia-sia belaka. Setialah dengan pucuk kepimpinan parti. Jangan mudah mengalih arah perjuangan kerana ianya hanya akan menjadi sia-sia belaka.

UMNO di kawasanku telah berjaya menunjukkan keberhasilan perjuangannya. Labuan kini maju dan seiring dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia. Penduduk Kampong di Wilayahku tidak ketinggalan dalan segenap lapisan dan bidang kemasyarakatan. Kemudahan awam di labuan secanggih kemudahan awam di kawasan lain di Malaysia. Bahkan lebih baik jika dibanding dengan beberapa daerah di Sabah dan Sarawak maupun di Semananjung malaysia sekalipun. Aku menganggap dalam hati ku, aku terlibat sama menjayakan kerberhasilan tersebut, walaupun tidak lama lagi mungkin aku akan menutup mata. Namun anak cucu ku dapat mengecap nikmat yang ku perjuangkan
.

Tiada ulasan: