SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 18 November 2008

PEMUDA UMNO LABUAN MESYUARAT SEMULA & KEKECOHAN PERSIDANGAN AGUNG UMNO BAHAGIAN SEREMBAN - TAK SERIK LAGIKAH?

Saya mendapat berita mengatakan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan dikehendaki mengadakan semula Persidangan mereka. Saya juga mendengar berita Bahawa Persidangan UMNO Bahagian Seremban dibatalkan dan dikehendaki mengadakan Persidangan Agung mereka semula. Kedua-dua senario tersebut boleh dijadikan contoh dengan jelas bahawa tingkah-laku dan suasana didalam UMNO masih kurang memperdulikan kepada suasana dan pandangan akar umbi yang berada diluar UMNO. Nampak juga dengan terang benderang bahawa perebutan kuasa dari bawah hingga ke atas dalam hiraki UMNO tidak langsung menganggap suara-suara akar umbi diluar UMNO yang tak mahu UMNO bertindak sedemikian sesuatu yang sangat penting dan kurang diberikan perhatian dan tumpuan minda dan akal pemimpin-pemimpin UMNO diperiangkat atas dan bawah sekali gus.



Saya ingin bercerita tentang senario yang membawa kepada pembatalan Persidangan Pemuda UMNO bahagian Labuan itu. Persidangan berjalan pada 01hb November 2008 yang baru lalu. Didahulukan satu hari daripada Persidangan UMNO Bahagian Labuan kerana dijangka persidangan pemuda berjalan dengan lama akibat berlaku pertandingan dari posisi atas ( Ketua Pemuda ) hingga ke bawah ( pemeriksa kira-kira ). Kehadiran adalah 97 Perwakilan daripada 98 orang Perwakilan. Satu orang tidak hadir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. Semasa pengiraan undi, didapati undi masih berjumlah 98 orang walaupun yang hadir hanya 97 orang. Kerana kemenangan Sdr Udin Haji Isli agak tinggi yakni 66 undi dan Saudara Rafi Abdul Rahman hanyalah 32 undi, maka Wakil UMNO Perhubungan mengsahkan persidangan tersebut. Perbezaan undi antara Udin Haji Isli dan Rafi Abdul Rahman ialah 66 undi ditolak dengan 32 unid iaitu 34 undi. Barangkali demi bertujuan untuk tidak membuang masa dan kerana perbezaan undi tambahan itu ( satu Undi ) tidak menukarkan keputusan pengundian pada hari itu, agaknyalah yang menyebabkan wakil dari perhubungan pengesahkan sahaja persidangan tersebut. Bagaimanapun pada hari persidangan tersebut Saudara Rafi Abdul Rahman ada mempertikaikan kenapa undi tersebut boleh lebih satu?.

Kenapa dipertikaikan jika kita ingin menjadi seorang pemimpin contoh terbaik kepada akar umbi dan jika kita ingin melenyapkan persepsi buruk akar umbi terhadap UMNO?

Satu Undi tambahan tersebut tentulah tidak dapat mengubah keputusan pemilihan pada hari itu. Jika ditambah 10pun undi dari luar, Rafi Abdul Rahman tetap akan mengalami kekalahan jua. Atas perkiraan itu rasanya adalah lebih elok tidak mempertikaikan keputusan tersebut demi kebaikan parti daripada mempertikaikannya.

Maka kumpulan Rafi Abdul Rahman yang tidak berpuas hati melaporkan perkara tersebut ke Ibu Pejabat UMNO ( Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Tengku Adnan ). Terus kepada Tengku Adnan dimana sepatutnya laporan komplin tersebut dihantarkan kepada Pemuda Perhubungan sahaja secara tertib. Lantas Tengku Adnan selaku setiausaha Agung UMNO, apabila menerima laporan tersebut, membatalkan persidangan itu dan mengarahkan mengadakannya Persidangan diadakan semula pada 9hb November 2008. Saudara Udin Hj Isli tentu tidak juga berpuas hati dan melaporkan tentang berita pembatalan yang diterima kumpulannya kepada Datuk Dzulhasnan, Pengerusi Perhubungan UMNO WP tentang perkara tersebut. Datuk Dzulhasnan setelah menerima laporan Sdr Udin Hj Isli, terus menghubungan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Najib meminta agar masa diberikan kepadanya untuk melihat senario pPersidangan Agung Pemuda UMNO Labuan. Akhirnya Persidangan diputuskan juga akan diadakan semula 14 hari dari tarikh keputusan yang dibuat bersama Datuk Seri Najib.

Bukan niat saya untuk mempertikaikan keputusan Pak Najib, tetapi inilah yang selalu saya katakan "tindakan yang langsung tidak mempertimbangkan perasaan dan kejijikan masyarakat akar umbi. Apa sebenarnya kesalahan yang sangat besar yang menyebabkan Persidangan terpaksa diadakan semula dan kita sebenarnya sedang membantu kearah mengujudkan suasana kemarahan akar umbi yang tidak kunjong padam.

Tidak perlulah saya bercerita tentang suasana yang berlaku dalam Persidangan Agung UMNO Seremban kerana telah banyak diperkatakan didalam media massa dan blog ini. Tetapi kedua insiden ini telah menggambarkan kepada kita betapa perebutan jawatan dan kuasa dalam UMNO itu tengah berlaku dalam situasi 'KEGILAAN' dan perlu diambil tindakan segera dari pihak diatas untuk memberhentikannya. Suasana tersebutlah yang cukup tidak diingini oleh peringkat akar umdi. Sebarang keputusan pimpinan atas seharusnya mengutamakan kepentingan kearah 'rasa sejuk dihati' akar umbi dan bukan sebaliknya. Usaha memerangi RASUAH dalam UMNO juga sama tujuannya yakni 'mengembalikan kepercayaan akar umbi kepada UMNO semula.

2 ulasan:

ustazSAID berkata...

Sdr, soalnya bukan berapa byk undi yg lebih, 1 @ 10 bukan kiraan tp kenapa undi lebih ? Bg pihak yg kalah soal bgini mjdai perkara besar, kita mau ktelusan!

bungaraya berkata...

Thanks Ustaz.