SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 23 Februari 2009

PAS memang telah membelakangkan perjuangan, padahal apapun takada.

Peristiwa yang akan saya huraikan dibawah ini menjelaskan kepada anda semua rakyat Malaysia, bahawasanya PAS sememangnya telah membelakangkan jauh matlamat perjuangan mereka. Antaranya ialah:-

1. Tidak ada sepatahpun suara dari pemimpin PAS yang menentang keputusan rakan sePakatan Rakyatnya di Pulau Pinang yang menghapuskan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Sedangkan semua kita tahu betapa besarnya kejayaan dasar tersebut dalam memercu kejayaan umat islam dalam pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya dalam negera ini.

2. PAS juga tidak menentang ura-ura kerajaan negeri Selangor didalam pembinaan Ladang babi di Sepang. Pagi pandangan saya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan syiar islam, keputusan kerajaan negeri Selangor itu sangat bertentangan dengan objektif parti itu ditubuhkan.

3. Masaalah gambar bogel YB Elizabeth Wong yang terpapar dikhalayak masyakarat telah dianggap "okey" oleh pemimpin PAS termasuk Pak Guru Nik Aziz sendiri. Ramai muslimat PAS yang menyokong perbuatan tersebut dengan berdiri dibelakang YB Eliza semasa beliau memberikan sidang akhbarnya. Patutnya perkara ini tidak berlaku kerana dimata rakyat PAS nampak menyokong perbuatan Eliza tersebut.

4. Tindakan bekas MB Perak ( Nizar ) yang mempertikaikan keputusan Sultan mengarahkan beliau melepaskan jawatan MBnya dan mempertikaikan perlantikan Zambry selaku MB baru dianggap DERHAKA kepada sultan Perak. Ini bukan perangai dan pendirian PAS dimasa lalu. Ini adalah pendirian PAS yang terikut-ikut dengan cara kurang ajar Anwar Ibrahim.

5. Pemberikan tanah status 999 tahun kepada majoritinya masyarakat bukan islam sangat bertentangan dengan objektif PAS tertubuh. Ramai lagi umat islam di Perak yang memerlukan pembelaan dibandingkan dengan masyarakat kaum perkampongan baru yang hidupnya selesa dinegara ini. PAS sekali lagi membelakangkan matlamat perjuangannya.

ULASAN: Oleh itu ketahuilah oleh anda semua, bahawa PAS bukan lagi PAS yang dulu. Masa ini PAS telah jauh menyimpang dari perjuangan asalnya untuk meninggikan syiar islam di Malaysia. PAS hanya tinggal sebagai sebuah parti boneka PKR dan DAP yang sememangnya matlamat perjuangannya tidak islamik bahkan sangat bertentangan dengan Islam, agama anda semua. Hanya dengan mengundi UMNO anda semua akan kekal sebagai rakyat yang bernaung dibawah kepimpinan bangsa anda sendiri. Anda masuk dari dalam dan memperbaiki UMNO dari dalam dan bukan dari luar dengan menjahanamkan UMNO. Tindakan menghancurkan UMNO adalah satu tindakan yang silap dimana nanti anak cucu anda sendiri yang akan menerima akibatnya. Umat islam dan kaum melayu di Malaysia belum sampai ke tahap dimana kita boleh membuat sesuka hati kita atas nama kebebasan dan keadilan sejagat. Jika anda merasakan keadilan dan kebebasan akan dapat diperolehi melalui mengalahkan UMNO dan memenangkan Pakatan Rakyat, itu adalah satu keputusan yang silap kerana sehingga kinipun terbukti bahawa Pakatan Rakyat bukanlah sebuah Pakatan seperti yang anda harapkan. Jika anda berharap kepada PAS untuk memperjuangkan semua kehendak anda dalam Pakatan Rakyat, minta maaflah, kerana PAS tidak memiliki kemampuan sedemikian. PAS hanya sekadar boneka. PAS tidak mampu untuk menahan desakan DAP yang ternyata rakus dan tamak untuk mengondol semua harta dimerata-rata dalam Malaysia ini. Apa LIM Guan Eng buat di Pulau Pinang? Beliau malah mengakui telah gagal menghapuskan miskin tegar dinegeri tersebut yang rata-ratanya yang miskin tegar itu adalah kaum melayu dan india.

Tiada ulasan: