SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 22 Mac 2009

UMNO BERGURAUKAH????

Memang sukar kita mengakui bahawa apa yang diperjuangkan UMNO selama ini BAIK DAN MURNI. Sejak sekian lama sebahagian daripada kita telah diasuh dan didoktrin oleh Pemimpin Pembangkang agar membenci dan menolak segala perjuangan parti melayu ini.
Ramai dikalangan orang melayu sendiri yang meluat dengan UMNO, yang membenci UMNO dan yang berusaha untuk menjatuhkan UMNO. Dalam keadaan emosi terus membenci dan berjuang untuk menghancurkan parti UMNO, sebuah parti melayu yang selama ini sangat berjasa kepada bangsa melayu dan pribumi keseluruhannya. Berkali-kali saya katakan bahawa jika bukan kerana perjuangan UMNO, telah lama melayu dan pribumi di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ini hancur dan berkubur tanpa nisan.
Sejak kebelakangan ini keadaan semakin menjadi cemas kepada umat melayu di Malaysia. Saya tidak hairan jika kaum Cina maupun India yang membuat bising membenci UMNO, tetapi kini kebencian dan kemeluatan tersebut juga diucapkan oleh kalangan Bangsa melayu sendiri. Dan menjadi mencemaskan apabila saya melihat mereka begitu bersungguh-sungguh sekali berusaha untuk menjahanamkan bangsa mereka sendiri. Saya mula tertanya-tanya samada mereka sedar atau tidak bahawa sanya perjuangan bangsa mereka masih lagi belum lagi selesai. Mungkin setakat begini sahajakah sikap dan kesedaran kaum bangsa ku melayu ini. Mudah berpuashati dan mudah lupa segala kesengsaraan datuk nenek mereka mendapatkan maruah dan mengembalikan mertabat bangsanya suatu ketika dulu.
Institusi Raja-Raja sudah mula dimomok-momokkan oleh kaum bangsa ku sendiri. Aku tidak hairan jika Karpal Singh yang berbuat demikian, kerana beliau bukan melayu. Aku tidak menjadi keliru jika Lim Kit Siang yang mempermainkan institusi tersebut, kerana beliau adalah dari kaum Cina. Tapi aku kaget dan hairan jika Nizar yang berbuat demikian. Aku terpaku mendengar jika ia terluah dari mulut Anwar Ibrahim. Mereka semua dari kaum bangsa ku. Sekalipun darahnya telah bercampur dengan cuka dan kicap. Hanya kerana kuasa dan harta? Sehingga sanggup membelakangkan adat dan budaya bangsa?
Aku mengakui bahawa apa yang PAS utara juga bukan gurau senda. Samada UMNO ataupun PAS, mereka berjuang sesuatu yang murni dan baik untuk bangsa. Namun kenapa mereka bercakaran kepada sebuah perjuangan yang suci dan murni ini. bukankah baik jika mereka bersatu padu dan bersatu hati kepada sebuah perjuangan yang suci itu!!. Janganlah kerana kuasa dan harta, kita lupa akan perjuangan yang utama. Apakah perjuangan untuk bangsa akan menjadi kenyataan dengan pergaduhan dan pergeseran? Saya tidak terkilan jika hanya sekadar berbeda pandangan dan prinsip sahaja. Tapi tidaklah sehingga kita terlupa kepada perjuangan yang satu dan sangat-sangat sangat sangat utama itu, yakni mempertegakkan kesatuan dan pencapaian agenda bangsa 1000 tahun lagi. Perjuangan kita masih belum selesai. Apa yang kita kehendaki jangan sampai ia terkandas ditengah jalan. Hanya kerana harta dan kuasa. Bukannya sekadar perjuangan yang terbantut, malah harta dan kuasa juga hancur berkecai dari genggaman. Hanya itu sajalah satu-satunya yang kita masih miliki.
Sedarkah kita bahawa kita tak seramai mana, dibanding mereka.
Bayangkan jika Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, dan negeri yang lain kita hanya tinggal 30% sahaja jumlahnya? Ditambah dengan perpecahan yang berlaku, kemana perginya kuasa dan harta jika bukan kepada mereka? Kita mungkin masih bergelar pemimpin pertama. Tapi cukupkah hanya sekadar seperti Nizar yang menjadi boneka itu?
Situasi kini bukan situasi yang kita boleh bergurau senda.
Situasi kini memerlukan kesepaduan bangsa untuk memperbaiki semula,
Kelemahan bangsa yang sangat bahaya,
Kepada satu kesinambungan perjuangan bangsa yang mantap dan jitu,
Melayu dan islam Beraja akan hidup sepanjang zaman.

3 ulasan:

jebbat berkata...

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

Z-MAY berkata...

melayu adalah sejenis spesis yang pernah sedar diri dan tak tau dek untung sejak azali lagi.

melayu, masuk u aje dah berlagak pandai. seminggu dalam u dah nak ubah kerajaan. patutnya ubahlah diri sendiri yg masih disuap oleh kerajaan. hidup papa kedana, kais pagi makan petang. memang dasar melayu lagak aje lebih, walaupun diri hidup merempat dan papa kedana...

Sedingin Salju berkata...

ha ini sikap buruk melayu. Sikap yang boleh membawa kepada layu. Mudah puas hati, Ok lah, cukup lah. melayu tu. Biak p lah. Dah takdir tuhan. melayu jugak tu. Semua salahkan orang. Raja pun sanggup derhaka.

melayu kena berubah. Jadilah seperti orang cina.