Sebenarnya pada beberapa hari yang lepas saya banyak bertanya kepada beberapa orang kawan disekitar ibu kota Kuala Lumpur dan sekitar bandar Shah Alam di Selangor mengenai persoalan saya seperti dalam tajuk diatas. Apakah di negeri Perak itu, jika melayu bersatu hati, menubuhkan sebuah parti baru, bergabung dan berpadu bersama didalamnya, boleh menubuhkan sebuah kerajaan untuk memerintah negeri tersebut? Saya bertanya soalan ini kerana pada rasa saya seolah orang Perak pada ketika ini mengalami jalan buntu untuk mengelakkan diri dari pergeseran politik yang berpanjangan.
Isu terkini yang belum tahu bila waktu akan selesai ialah mengenai Menteri Besar yang mana satu akan diputuskan sah oleh pihak mahkamah petang ini, samada Nizar ataupun Zambry? Jika pun sudah diputuskan kelak, ia tidak akan menghentikan pergeseran yang tengah panas berlaku. Dan saya melihat ini adalah berpunca dari perpecahan melayu Perak sendiri. Perjuangan politik di Perak kini bukan bermatlamat kepentingan agama, bangsa dan negeri Perak semata-mata, malah terangkum sekali didalamnya kepentingan peribadi, kepentingan politik kumpulan, kepentingan suku kaum dan kuasa dan harta dan kehalobaan dunia yang tidak berkeputusan hingga dunia ini telah kiamat.
Nampak usul ini terlalu idealis dan berbentuk khayalan semata, tapi pada rasa saya hanya dengan bersatunya melayu di Perak, keadaan kemelut politik Perak akan dapat segera diselesaikan. Bolehkah menjadi kenyataan? Mungkin tidak, kerana samada dalam PAS, PKR maupun UMNO sendiri, kata-kata AGAMA, BANGSA DAN PERJUANGAN TANAH AIR itu telah menjadi perkara kedua dalam perjuangan. PERKARA PERTAMA ialah kuasa, harta dan taktha. Tanpa terfikir bahawa semua harta, kuasa dan taktha tersebut akan hilang tanpa kesedaran jika tidak disusun-atur dengan baik perjuangan berdasarkan perpaduan bangsa dan agama.
Lupakah kita HANYA dengan PERSATUAN MELAYUlah KITA DAPAT MENENTANG MALAYAN UNION suatu ketika dulu? Lupakah kita hanya dengan perpaduan dan penyatuan bangsa, semua kemelut yang cuba merosakkan kuasa melayu ini telah dapat dihindarkan? Lupakah kita jika tidak dengan penyatuan dan perpaduan, semua cita-cita dan matlamat perjuangan bangsa kita akan gagal dan hilang ditelan kegilaan keduniaan? tIDAKKAH KITA DAPAT MELIHAT DENGAN JELAS, BAHAWA PEMBANGUNAN NEGARA YANG ADA MASA KINI ADALAH AKIBAT MELAYU MAJORITINYA BERPADU DIBAWAH SEBUAH PARTI KERAMAT YAKNI UMNO?. Walaupun ramai yang bertanggapan UMNO ketika ini "buruk" dan "jijik", sebenarnya perpaduan majoriti melayu dalam UMNO itulah yang menjadi faktur utama kemajuan dan pembangunan negara sampai ketahap ini.
Oleh itu di negeri Perak, hanya ada satu jalan untuk memperbaiki segala kemelut politik yang berlaku dewasa ini, iaitu melayu Perak mesti bersatu dibawah sebuah parti. Mungkin sebahagiannya tidak mahu menggunakan PAS sebagai landasan perjuangan dan sebahagian lagi tidak mahu UMNO. Tubuhkan sebuah parti baru yang mampu mencapai maltamat ini dan mestilah bermula dengan nawaitu untuk kepentingan rakyat Perak secara keseluruhannya yang sangat majmuk sifatnya itu. Dasar perjuangan negeri harus selari dengan dasar 1 Malaysia sama seperti dasar perjuangan negara dibawah Datuk Seri Naib Tun Razak. Jika telah menang, tidak ada masalah jika hendak melantik Menteri dari kaum Cina maupun India hatta jika berani dari kaum Yahudi sekalipun. Terpulang kepada kita selaku pemerintah negeri, dan terlebih dahulu hendaklah mendapat perkenan Sultan.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan