SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 18 Oktober 2009

APA YANG BERUBAH?

Sementara kita mengalu-alukan dan memberikan sokongan kuat kepada kesungguhan YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak serta seluruh ahli UMNO untuk membuat perubahan dalam parti keramat UMNO itu, kita jangan lupa bahawa rakan-rakan kita dalam komponen Barisan Nasional juga perlu mengikut dengan rapat sebagai satu barisan saf perjuangan dari belakang. Jangan hanya UMNO yang berusaha untuk berubah, teta[pi rakan komponen BNnya masih berada dalam status quo yang lama. Presiden PPP, telah menyatakan bahawa parti itu akan mengikuti langkah UMNO dalam masa yang terdekat ini. Begitu juga dengan Presiden GERAKAN yang mengikut katanya parti itu juga telah lama berjalan kearah itu dalam setiap keputusan yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi parti itu. Manakala MIC tidak hanya sekadar kata-kata, malah telahpun membuktikannya dalam PRK di Bagan Pinang baru-baru ini dimana semua kawasan ladang, majoriti pengundinya telah menunjukkan pencapaian BN yang memberansangkan. Bagaimanpun saya ingin bertanya bagaimana dengan MCA, yang ketika ini masih lagi kekecamuk dengan masalah dalaman parti? Benar kata Timbalannya yang baru..."tidak guna menang dalam kepimpinan parti, tetapi kalah dalam pilihanraya"....

Kepada sebahagian besar ahli UMNO atau yang lebih khusus, pemimpin UMNO diperingkat Bahagian dan cawangan, tahutak apa yang mesti berubah selain dari pindaan Perlembagaan parti? Saya yakin penuh bahawa dalam persidangan agung UMNO baru-baru ini semua Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Waniat UMNO setiap Bahagian diMalaysia ini menghadiri perhimpunan tersebut. Tentunya telah mendengar nasihat dan laungan ucapan datuk Seri Presiden parti mengenai apa yang sepatutnya di UBAH, Jika mahu menang dalam PRU ke 13 kelak dan seterusnya memerintah negara ini secara berterusan sehingga keakhir zaman.

Perkara besar yang sangat sukar untuk diubah ialah sikap atau tabiat. Contoh paling mudah ialah tabiat menghisab rokok. Bukan tidak boleh diubah, tetapi ia memerlukan satu iltizam dan kesungguhan yang maha dashyat untuk membuat perubahan tersebut. Kadang seorang yang bersungguh untuk berhenti merokok, sanggup melalui saat-saat yang memeritkan seperti terpaksa demam dan sakit jiwa raga akibat ketagihan tersebut. Begitu juga dengan kaki judi, kaki arak, kaki betina, kaki rempit, kaki gaduh dan sebagainya. Paling seksa ialah kaki dadah, najis segala najis diatas muka bumi ini. Dalam politik Tanah Air, tabit buruk yang mesti diubah dari peringkat bawah hingga keperingkat atas sekali ialah permasalahan Rasuah, penyelewengan tanggungjawab dan amanah, Tabiat menjadikan UMNO sebagai tempat mencari kekayaan dan kekuasaan peribadi. Semua ini telah menjadi tabiat dan budaya orang-orang UMNO. Kehilangan 5 negeri dalam pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini,adalah akibat kemarahan rakyat berpunca dari sikap kita seperti yang saya katakan tadi. Rakyat beranggapan orang-orang UMNO sangat kuat mengamalkan rasuah dan penyelewengan amanah yang diberikan. Disamping itu pemimpin UMNO juga sudah lupa daratan dan bersikap sombong, bongkak dan takabur. Semua ini telah menjadi sangat ketara dimata rakyat dalam kehidupan seharian mereka. Sedang dalam masa yang sama rakyuat yang memerleukan pembelaan berterusan tidak mendapat perhatian sewajarnya dari mereka.

Sejak kebelakangan ini, sebelum perhimpunan agung UMNO lagi, kepimpinan UMNO telah menunjukkan banyak perubahan. Ini termasuklah diperingkat Pusat dan Bahagian serta Cawangan. Namun perubahan itu hanyalah dalam bentuk program atau aktibiti mereka khususnya aktibiti turun kebawah bertemu rakyat. Aktiviti mengenal permasalahan rakyat. Semua ini telah banyak dilakukan dan dijalankan dengan baik sekali oleh mereka yang bergelar pemimpj diperintkat cawangan, bahagian dan Pusat. Namun tang sikap masih belum berubah. Masih terdapat pemimpin terutama diperingkat bahagian dan cawangan yang berlagak dan sombong serta mengada-ngada. Ini memberikan gambaran bahawa mereka sangat ketandusan ilmu kepimpinan serta ilmu kemasyarakatan. Sesuatu mesti dilakukan oleh Pusat untuk membawa pemimpin peringkat cawangan dan bahagian ini kemeja kursus-kursus kemahiran kepimpinan sejati, agar mereka faham dan tahu apakah sebenarnya tujuan asal mereka dipilih selaku pemimpin agama dan bangsa itu.

Tiada ulasan: