SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 20 Disember 2009

PULAU PINANG, PULAU PINANG, PULAU PINANG & PULAU PINANG.

Memang tepat sekali cadangan dan gesaan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmd Zahid Hamidi itu. Yakni mencadangkan agar Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang itu biarkan pada kali ini dipegang pula oleh Pemimpin dari UMNO pulau tersebut!!!. Tidak ada pula hasrat lain yang tersembunyi melainkan kerana dari parti tersebut sahaja yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN di Pulau tersebut pada pilihanraya umum yang lalu. MIC, MCA dan GERAKAN habukpun tak ada. Lebih-lebih lagi mengikut berita yang didengar, tidak ada apa satu yang dibuat oleh ketiga parti selain UMNO itu yang menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat pulau itu sehingga waktu ini. Secara kasar boleh lah saya katakan, yang menjadi agenda kerja mereka hanyalah untuk pepentingan peribadi dan parti masing-masing sahaja. Tidak untuk kepentingan Barisan nasional. Maka kerana UMNO meraskaan dirinya lebih banyak bekerja demi kepentingan BN, maka sudah tentulah jawatan selaku Pengerusi Bn itu layak disandang oleh pemimpin dari UMNO. Sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya umum ke 13 ini demi memastikan kemenangan Barisan nasional di negeri pulau tersebut.

Saya kira sekali lagi UMNO cuba bersikap jujur dengan mengenengahkan satu cadangan demi survival bersama. Biarkan lebih senang dan selesa duduk sebagai parti "sampingan" sahaja, namun UMNO tidak rela berbuat demikian. Dan untuk kepentingan bersama dalam Barisan Nasional, mereka sanggup menelan yang pahit, kerja kuat dan memilih untuk "berabis mati" demi Barisan Nasional di Pulau tersebut. Bukan sekali-kali untuk kepentingan jawatan itu, tetapi demi kepentingan BN. Setelah memperolehi kemenengan kelak, jika GERAKAN merasakan ianya perlu diberikan semula jawatan tersebut, ia boleh bersuara dan UMNO dengan rela hati boleh menyerahkan semula kepada mereka. MCA boleh juga diberikan peluang untuk mencuba kehebatan mereka jika berkemampuan. Namun MCA maupun MIC juga habokpun tak ada ketika PRU ke 12 lalu. Usahkan minta jawatan Pengerusi mereka tidak layak, nak minta menjadi driver Pengerusipun rasakan boleh dipersoalkan. Ini kerana kadang-kadang tidak mustahil badan sahaja dalam MCA atau GERAKAN, tetapi hati dan jiwa berada didalam DAP!!!!.

Saya juga ingin persoalkan disini, sejak sekian lama GERAKAN memegang jawatan Pengerusi, apa yang telah dibuat olehnya untuk menyinarkan keselesaan kehidupan melayu di Pulau Mutiara itu????Melayu masih sentiasa menetap dikawasan wakaf yang ditinggalkan oleh bangsa arab islam masa lalu. Semakin sehari semakin lenyap empayar dan kekuatan jajaran perniagaan orang melayu di Pulau itu. Bukannya bertambah bahkan dibawah BN yang berketuakan GERAKAN, milik harta orang melayu di pulau tersebut juga semakin terhakis. Inikan pula masa ini dibawah DAP.
UMNO terbukti diseluruh negara tidak menghakis milik harta kaum lain, bahkan semakin bertambah. Tidak mustahil diPulau Pinang, jika Pengerusi BN juga seorang melayu, suasana tersebut tidak banyak berbeza. Datu Kho So Kson tidak perlu khuatir. Begitu juga dengan kepimpinan GERAKAN dan MCA. Melayu tidak akan merampas harta orang cina untuk menjadi seorang yang kaya. Melayu sangat sedar tentang keperluan perpaduan dan erti sebenar 1MALAYSIA, seperti mana yang digagaskan oleh PM kita.

Setelah melihat keadaan "kemerosotan" melayu di Pulau itu, maka UMNO Perhubungan Pulau Pinang mencadangkan kepada PM agar Pengerusi Barisan nasional Pualu Pinang diberikan kepada mereka. Alasan yang diberikan cukup tegoh dan konkrit. Kenapa mesti kita beranggapan jika melayu menjadi Pengerusi, maka ia sangat tidak disukai oleh Cina maupun India????Bukankah Pengerusi BN itu tanggungjawabnya untuk semua bangsa dan kaum tidak kira melayu, cina, sikh, india dsbnya. Jika Pengerusinya melayu, ia juga rakyat Pulau Pinang yang mampu bahkan lebih mampu untuk memimpin semua bangsa dan kaum di Pulau tersebut. Sama juga seperti Pengerui BN Malaysia yang mampu bertindak sebagai ketua kepada semua bangsa dan kaum dalam negara.

1 ulasan:

Rhino Rin berkata...

Yang pasti kita bekerja dalam BN. Gerakan sudah gagal. Patut letak jawatan.

Tukar CEO. Bagi orang lain memandu.