SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Sabtu, 7 Februari 2009

DEMONSTRASI PAKATAN RAKYAT DI PERAK. MANA NILAI DAN ISLAM SEBAGAI "WAY OF LIFE" PAS?

PAS adalah sebuah parti yang sinonim dengan perkataan "ISLAM". Pentafsiran mengenainya terlalu panjang dan saya kira semua bloggers tahu dan mengerti tentang matlamat perjuangan parti tersebut sejak mula ianya ditubuhkan. Walaupun sejak kebelakangan ini semakin jelas kenampakkan bahawa matlamat dan objektif penubuhannya semakin diperkosa oleh pemimpinnya dan rakan sepakatan dengannya. Suasana demonstrasi di Perak, satu lagi pemerkosaan terhadap kesinoniman PAS dan istilah ISLAM yang sering digunakannya.

2. Demonstrasi di Perak itu amat mendukacitakan. Ia merupakan satu kemarahan orang-orang Pakatan Rakyat yang dicanang melalui demonstrasi PAS terhadap Duli Tuanku Perak kerana telah mengarahkan agar Nizar mengosongkan jawatan selaku MB Perak. Maklum saja sejak lebih 50 tahun lalu, belum ada pemimpin PAS yang duduk dijawatan tersebut. Asyik-asyik UMNO saja yang duduk di Jawatan MB itu kerana disayangi Rakyat Perak. Nizar duduk dijawatan tersebutpun, adalah atas ehsan masyarakat cina Perak melalui parti DAP. Jika tidak Nizar juga hanya sekadar jilat jari sahaja. Kalau bukan kerana undang-undang tubuh kerajaan Perak, Nizar tidak langsung merasa kerusi MB tersebut. Mungkin kerana itu beliau sangat sayang kan kerusi tersebut dan tidak mahu melepaskannya. Nizar tentunya "bukan Kera yang mendapat bunga" kerana beliau tahu apa itu kedudukkan selaku MB.

3...Persoalannya sekarang ialah MANA islamnya PAS itu? Demonstrasi itu cara islamkah? Bertindak menderhaka kepada Sultan itu digalakkan oleh Islamkah? Merosakkan kereta VIP itu kaedah islamkah? Cara dan pendekatan PAS dan PKR di Perak itu cara islamkah atau cara orang Yahudi? Tolong lihatkan kepada saya ayat mana dalam Al Quran yang menggalakkan semua insiden tersebut berlaku?

4. Sayang sekali PAS telah terlari jauh dari matlamat sebenar perjuangannya. Kepada saya PAS adalah alternatif kedua selepas UMNO. Jika UMNO kecundang, PASlah harapan bangsa dan agama. Tapi sekarang saya semakin jauh dari meminati PAS dan semakin kuat berpegang dengan UMNO sebagai landasan perjuangan. Bye bye PAS.

3 ulasan:

paneh berkata...

Salam tuan,

Saya tidak pernah menganggap bahawa Pas mampun menjadi alternatif kepada Umno. Walaupun ada dikalangan kawan2 saya ahli Pas, saya tetap mengatakan perkara yang sama kepada mereka. Selagi pemimpin Pas yg ada sekarang tdk dpt membezakan antara memperalatkan agama utk politik, maka saya menolak mereka. Akan dtg belum pasti bagaimana pemimpin baru mencorak Pas dan penerimaan saya terhadap mereka.

rantong berkata...

Doa selamat agar penyatuan orang melayu tidak longgar oleh dakyah orang-orang kafir dan DAP dan orang yang besekongkol dengan DAP.

"Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah".

"Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya Allah kami memohon bantuan dan pertolongan".

"Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman".

"Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang".

"Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.".

"Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini".


View Profile: Rantong

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Semua,

Erm, sememangnya adat manusia sering terleka apabila di puncak kuasa. Tidak kira siapa baik pembangkang mahupun mana-mana individu kerajaan.

Bahkan, kita terlupa nikmat dunia itu hanya seketika!!! Hinggakan, terhanyut hingga terlupa nikmat itu telah tiada!!!

Huh, betapa kita manusia sering terlupa baiah yang kita ikrarkan kerana ujian harta, pangkat dan kekayaan!!