SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Isnin, 25 Mei 2009

Kenapa apabila semakin tinggi tahap pendidikan kita, Kita semakin menyusahkan orang?

Kadang aku jadi bengong. Apa sebenarnya punca dari semua ini terjadi? Semakin tinggi tahap pendidikan kita, perlakuan dan perangai kita semakin menjadi tidak menentu dan sangat menyusahkan orang ( masyarakat )? Ada sebahagian dari kita sudah bergelar prof, lawyer, doktor, jurutera, saintis dan sebagainya. Tetapi sebaliknya perangai kita seolah masih seperti kera didalam hutan. Seperti orang utan di Sepiluk, seperti anjing dan khinzir serta harimau dan buaya didalam sungai dan hutan belantara. Mungkin agaknya ilmu yang kita pelajari itu "songsang" atau kita telah meminum product minuman susu yang bercampur bahan peransang kearah sikap yang "kurang ajar".



Biasa tak melihat keadaan kucar kacir yang didorong oleh para cendiakawan yang bergelar peguam?. Biasa tak melihat tindakan yang keterlaluan akibat dorongan dan pimpinan ahli bijak agama ( gulungan Ustaz atau boleh juga dikatakan Ulamak)? Macam itukah hasil pendidikan di peringkat sarjana? atau diperingkat doktorate?



Apakah ertinya suatu kebijaksanaan? Jika hasil yang terpacul dari sesuatu tindakan itu adalah kehancuran? Jika hasilnya adalah suatu perpecahan? Jika hasilnya adalah suatu pergeseran? Jika hasilnya adalah suatu kemunduran bangsa dan negara? Sekarang ini, yang jelas suara kebijaksanaan dikalangan kita hanyalah sekadar retorik untuk memancing undi ketika pilihanraya sahaja. Masih belum ada bukti kehebatan mereka-mereka ini untuk memacu negara kearah kecemerlangan dipersada dunia antarabangsa. Yang kita nampak hanyalah kehebatan bercakaran sesama bangsa dan sesama warga.



Padahal, jika kita bijak-bestari, kita sepatutnya mengambil Sri Langka sebagai contoh dan tauladan. Pada hal jika kita berpendidikan tinggi, mencakar langit, kita sepatutnya mengambil-kira negara Palestine, Iraq, Thailand, Pakistan, Somalia dan lain-lain lagi itu sebagai contoh dan tauladan. Kita sepatutnya jangan menuju kearah seperti yang mereka lalui.



Apa yang kita dapat dari kebijak-bestarian yang menghasilkan perpecahan dan pergeseran? Okey...jika PKR menang besar, apa yang kita dapat?

Sedangkan dalam BN, selaku rakyat akar umbi, sudah terlalu banyak yang dinikamti,dan sepatutnya pendidikan yang kita perolehi, membawa kita untuk mensyukuri semua yang kita perolehi itu. Ini tidak, Kita tidak bersyukur malah sebaliknya menggigit kembali kerajaan BN yang selama ini sungguh banyak jasanya kepada kita. Kita sebenarnya seumpama anjing yang tersepit.



Apa sebenarnya yang Pakatan Pembangkang boleh lakukan jikapun mereka menang besar semasa PRK ke 13 kelak? Buat sekolah banyak-banyak? Pusat-pusat pengajian tinggi telah banyak kerajaan BN bina. Pusat kesihatan sudah terlalu banyak diujugkan oleh kerajaan BN. Canggih pula tu. Sikap keprihatinan kepada rakyat? BN tak buat ke? Jawabnya...BN juga telah melakukannya dengan baik dan selama ini terutama sekarang ini atau mutakhir ini, kepimpinan BN telah mula merancakkan usaha turun keakar umbi untuk menyelami permasalahan yang dihadapi oleh rakyat jelata. Yakinkah jika Pakatan Pembangkang menerajui negara, keadilan dan kesamarataan dapat dilaksanakan seperti yang telah dilakukan oleh Nabi kita Muhamad SWT suatu ketika dulu? Sedang mereka yang bergelar pemimpin dipihak itu, rendah akhlak dan keimanan nya. Jika tidak terlalu rendahpun, mungkin lebih kurang pemimpin BN juga tarafnya. Pemimpin PR mana yang sangat hebat itu? DSAI? Lim Kit Siang? Pak Hadi Awang? Nik Aziz? Husam Musa? Khaled Ibtrahim? Elizaneth Wong? Teresa Kok? atau siapa?

Pada rasa sayalah, bukan hebat tapi "habat" ( satu istilah suku kaum di Sabah yang mengambarkan sikap mengada-ngada dan tunjuk pandai yang sangat keterlaluan sehingga menganggap orang lain semuanya bodoh ).



Jikapun anda menganggap kerajaan BN itu serupa harimau...
Tidakkah anda sedar bahawa Pakatan Pembangkang itu serupa dengan buaya?
Ertinya, jika anda memberikan undi anda kepada PR dan PR akan menang semasa prk ke 13,
samalah ertinya anda keluar dari mulut harimau dan masuk kedalam mulut buaya, yang lebih kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.



Ingatlah...
kita sekarang hidup dalam sebuah negara yang aman dan sentosa.
Semua kita samada dusun, iban, cina, melayu, murut, sakai, jakun, negrito, dan sebagainya, hatta keling dan singh...dapat hidup dengan selesa tanpa gangguan.
Boleh berniaga, boleh bersukan, boleh beragama, boleh berkahwin, boleh berbudaya, boleh berlakun, boleh melancung, dan boleh segalanya tanpa gangguan dan sekatan.
Yang mungkin tak boleh hanyalah tindakan yang bertentangan dengan norma baik kehidupan.
Seperti hisap ganja, hisap heroin, hisap hisap hisap dan segala hisapan yang keterlaluan,
Seperti mencuri, membunuh, dan yang lain-lain yang anda juga sedia maklum.
Berpoitik dengan bebas dan anda boleh pula memilih samada sokong atau bangkang kerajaan.
Dalam politik yang tak boleh termasuklah menubuhkan parti komunis, menggunakan politik untuk mengancam ketenteraman dan kestabilan keselamatan negara.
Itupun boleh...namun anda kenalah tanggung risikonya sendiri.



Malaysia...adalah sebuah negara aman sentosa yang didalamnya diduduki oleh manusia dari berbagai kaum, bangsa dan keturunan. Sejak zaman berzaman mereka telah hidup aman damai tanpa gangguan. Dewasa ini ia seolah keruh seperti air sungai selepas ribut dan hujan.
Kenapa?
Anda jawab sendiri.
Sebab anda adalah orang yang bijaksana.
Mungkin pemimpin pembangkang punya angkara!!
Atau penulis seperti kita!!!!

3 ulasan:

-J- berkata...

tolong tgk link ini...
terima kasih...
selamat...

http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Business/Business_Services/?PostID=243328

Wan Ezahar berkata...

Jika begini pemikiran kau sebagai seorang manusia yang dianugerahkan oleh Allah Taala sebagai manusia yang lebih hebat kejadiannya daripada haiwan maka malangnya Malaysia kerana mempunyai warganegara seperti kau ini.

Biar apapun pandangan kau tentang pegangan politik yang kau pegang , kau juga harus belajar menghormati pilihan dan pegangan politik orang lain. Dan kau tidak boleh sesuka hati untuk memaksa atau menyumpah seranah golongan rakyat yang tidak sealiran dengan pegangan politik yang kau pegang selama ini.
Hormatilah bahawa rakyat Malaysia berhak untuk memilih setelah mereka membuat penilaian mengenai pilihan mereka. Sekiranya kini aliran lebih kepada Pakatan Rakyat maka kau harus sedar bahawa rakyat berubah kerana apa yang dilakukan oleh UMNO sebenarnya banyak yang merugikan dan mengadai maruah bangsa.

Sementara pihak kau masih berkuasa ini kau cakaplah apa saja tapi masa akan menentukan bagaimana kau akan menjadi puak minoriti. Kekuasaan yang berlandaskan kuasa dan memanipulasikan pemikiran rakyat yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ini akan pasti hilang.

Kau seolah-olah tidak pernah melihat ke luar jendela bahawa demokrasi itu sentiasa melahirkan perubahan dalam pemerintahan. Apa yang kau cakapkan di sini seolah-olah kau takut kehilangan kuasa dan kau cuba menghina golongan yang tidak sealiran dengan kau ini. sesungguhnya inilah kelemahan dan penyebab utama mengapa semangat rakyat yang tertindas oleh pemikiran jumud seperti kau ini berkobar-kobar untuk menguburkan UMNO pada PRU 13 nanti. Apa yang kau nikmati selama ini membuat kau berasa sombong, angkuh malahan kau seakan mencengkam demokrasi berpelembagaan negara malaysia ini.
Jadilah manusia yang mempunyai rasa hormat dan menghargai pandangan orang lain dengan penuh keinsafan bukannya dengan kesombongan dan keangkuhan.

bungaraya berkata...

Saya boleh menghormati pandangan orang lain. Contohnya pandangan Abraham Linchon atrau J>F Kenedy. J.F K pernah juga mengeluarkan kenyataan yang mengatakan jangan ditanyan apa kerajaan boleh beri kepada rakyat, sebaliknya tanyalah apa rakyat boleh berikan pada kerajaan.
Nah, jika kita tanyakan apa yang PKR dan DAP boleh berikan kepada kerajaan? dan kebanyakan kita boleh berikan kepada kerajaan? Hampir segalanya disuap ke mulut kita termaSUK ilmu pengetahuan yang kita miliki didada kita ini.
Cuba perhatikan dengan hati yang tulus dan terbuka. Atau anda memiliki hati pendengki dan iri hati sejak turun temurun dan telah menjadi budaya pada diri anda.
Khasnya orang melayu yang selama ini usaha kerajaan BN kepada nya tidak mengenal penat dan lelah. Mencuba dari saat ke saat untuk memastikan bangsa melayu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain khasnya cina yang telah merankul sebahagian harta ekonomi negara.
Sebalinya orang melayu spt anda hanya hari-hari bercerita soal keadilan kesamarataan dan hak asasi. Apa ertinya semua itu jika bangsa anda berada dilapisan berhampiran dengan dalamnya kubur kematian?
UMNO ini seolah bapa kita dan BN seolah ibu kita yang sebenarnya memberikan kita makan minum, rumah kediaman, pekerjaan dan ilmu pengetahuan. Dan anda adalah anak yang derhaka kerana dengki kepada adik atau abangnya yang berjaya serta sayang dan mebnghormati ibu bapa. Anda hari-hari diumpamakan penuh dengan dunia dadah dan maksiat serta tidak membantu kebahgiaan hidup keluarga.
Pun masih mengatakan adik-adik anda yang bersalah.
Puih!!!!
Wan Ezahar...wan ezahar.
Insaflah.baliklah kepangkal jalan. Iyakah..anda menjadi mangsa dalam BN datu UMNO? atau anda salah seorang yang mengecapi sebahagian kejayaan dunia dan akhirat didalam kepimpinan UMNO ini? Selama ini? dan hanya sejak akhir-akhir ini rasa kecewa menjelma?????