SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 11 Oktober 2009

PAS BERWAJAH DAP.

Mula-mula saya nak minta ampun jika penulisan ini seperti penghinaan. Tetapi inilah yang kenampakan dari mata dan hati saya sejak kebelakangan ini. Iaitu PAS kini saya lihat serupa seperti DAP sahaja.
Bila saya melihat PAS,
Semakin sehari semakin serupa dengan DAP dari segi perjuangannya.
Jika dulu PAS memperjuangankan ISLAM, kini perjuangan tersebut hanya tinggal retorik semata. Pemimpin PAS sekadar mempergunakan ilmu pengetahuan islam mereka sebagai satu senjata dalam perjuangan politik mereka untuk meraih kuasa dan kekayaan negara Malaysia. Kearah cita-cita tersebut, mereka sanggup bersekongkol dengan DAP yang sekian lama menanti dan menunggu kedatangan mereka. DAP sememangnya selama ini sudah membenci perjuangan menengakkan syariat islam dalam negara ini. Kepada DAP, kedatangan PAS semakin rakan dalam Pakatan Rakyat, merupakan seperti mengantuk disurungkan bantal.
Suara untuk menegakkan Hukum Hudud tidak lagi merupakan agenda perjuangan mereka. Jauh sekali suara perjuangan keadilan sosial seperti meningkatkan taraf kehidupan kaum muslimin dan muslimah dalam negara ini, yang rata-ratanya masih ketinggalan jauh dibelakang.
Pemimpin PAS mengetahui akan perkara ini. Mereka tahu betapa pentingnya membela nasib rakyat yang miskin dan papa kendana seperti yang ramai menghadapinya di negeri Kelantan dan Kedah. tetapi bukan itu yang menjadi agenda perjuangan PAS. Masyarakat miskin di Kelantan dikaburi dengan retorik Syurga dan Neraka mereka dengan memberikan keutamaan kepada akhirat dan meninggalkan dunia. Sedang mereka berlumba-lumba menggunakan kekuatan simiskin yang mereka dodoikan untuk meraih kuasa dan kekayaan itu tadi. Apabila mendapatkan apa yang merka cari, mereka kongsikan bersama dengan DAP dan PKR didalam sebuah rakan pakatan raiot.