SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 18 Februari 2010

50 Ahli Parlimen Australia SILAP SEMPADAN NEGARA mereka. Hehehe!!!

Mungkin agaknya sukatan mata pelajaran Geography dan Nilai Murni kehidupan di Sekolah-Sekolah Menengah hingga keperingkat Universiti di Australia mengajar anak-anak mereka akan garis sempadan negara itu adalah dari Utara Benua tersebut sehinggalah kesempadan Yala dan Songkla di Negara Thailand sana. Ilmu yang merka kaut itu telah akhirnya memberikan kebenaran mutlak kepada mereka untuk ikut serta dalam bidang urus tadbir negara Singapura, Indonesia, Timor Leste dan akhir sekali Negara malaysia. Sebab itulah 50 orang dari Ahli Parlimen mereka menggesa Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengunggurkan Kes Liwat DSAI di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita mengenai perkara ini telah heboh diwar-warkan dalam negara samada oleh Blog atau Media konvensional. Impak dari berita tersebut begitu ramai individu dan perkumpulan dalam negara yang membantah keras akan berita yang diterima ini. Saya juga dengan tegas membantah tindakan 50 orang Ahli Parlimen Australia itu. Saya juga dengan jelas berpandangan bahawa ke 50 mereka itu tidak memiliki ilmu yang mencukupi untuk membolehkan mereka dipilih kejawatan Ahli Parlimen. Dengan yang demikian saya juga berpendapat bahawa dinegara maju seperti Australia ini, masih terdapat rakyat yang bacul dan tidak bijak memilih pemimpin mereka.

Tiada ulasan: