SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 25 April 2010

Apahal Dengan Pengundi Cina yang 60 lebih % itu?

Salam sejahtera dan salam 1MALAYSIA.
Mula-mula tentu anda tertanya-tanya kemana menghilangnya saya selama lebih 2 bulan. Mungkin ada yang beranggapan saya pergi Mekah kot. Atau saya masuk hospital agaknya atau telah mengubah kebiasaan harian dari seorang yang gemar menulis dalam blog kepada seorang yang gemar menumpukan masa dengan hobui memancing. Saya minta maaf kerana semua telahan dan tekaan anda salah belaka. Sebenarnya saya kekurangan pitih untuk membeli broad-band. Pejabat saya pula baru berpindah dan sambungan internet masih belum terpasang sepenuhnya.
Pada hari ini saya pinjam kemudahan internet anak sulong saya kerana saya rasa terpanggil untuk berhubung dengan seluruh rakyat keturunan Cina di Malaysia ini. Saya rasa mustahak untuk mengemukakan bebarapa soalan agar sampai ketelinga mereka sebelum PRU ke 13 mejelang.
1. Kenapa lebih 60% pengundi Cina tidak mengundi calun Barisan Nasional semasa PRK di Hulu Selangor baru-baru ini? Apakah mereka merasakan kerajaan BN selama ini tidak melayan kehendak mereka? Betulkah kerajaan BN itu tidak melayan kemahuan dan keperluan orang Malaysia keturunan Cina?
2. Apakah benar kelemahan MCA menjadi punca keturunan Cina Malaysia menyokong parti pembangkang? Betulkah atau ada agenda lain yang tersirat?

Saya ingin manyatakan rasa kesal saya dengan senario ini kerana sangat tidak patut majoriti Cina Malaysia suka membangkang establishment. Kerana selama ini keturunan Cina Malaysia sangat bebas mencari harta kekayaan diatas Tanah melayu atau Malaysia ini. Kerana selama ini kerajaan BN tidak pernah menghalang sekolah-sekolah mereka berdiri sama gah dan sama hebat seperti sekolah kebangsaan kerajaan. Kerana selama ini agama yang mereka anuti tidak pernah diganggu oleh kaum lain, malah dibantu sebaiknya oleh kerajaan BN. Malah selama ini kerajaan BN juga memberi ruang yang seluasanya kepada pemimpin Cina Malaysia untuk menjadi pemimpin negara, sama seperti keturunan India dan melayu Malaysia. Terus terang saya katakan, saya sangat mendambakan jawapan anda semua.

Apakah yang sebenarnya yang anda mahui????
Ingin menjadi Perdana Menteri?
Atau Timbalan Perdana Menteri???

4 ulasan:

Zainal A. Kasim berkata...

Pengundi Cina tidak bersetuju dengan 1Malaysia? [1Malaysia bermakna kita berkongsi negara ini sama-sama]

Maknanya mahu apa...?

mazd berkata...

salam, mereka mahu everything. Macam singapura dan Israel

bloginformasi berkata...

Tiga ayat terakhir menceritakan segala-galanya tuan. BN tidak dapat menjanjikan bulan dan bintang tapi sebelah sana sanggup bergadai menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka. Sudah tentulah mereka tertarik ke sebelah sana.

Rugi berpolitik seperti itu kerana ingin berkuasa sanggup gadai segalanya.

Sekurang-kurangnya BN masih berpolitik secara bermaruah.

melayu2020 berkata...

Ya betull...BN bermaruah dengan berlawan undi dengan pakatan rakyat dan menang secara bermaruah. Bermaruah bermaksud melawan seseorang bukan di padang yang sama rata. Pakatan di ikat 2 tangan di belakang lalu di tumbuk di perut. Pakatan seakan komando..masih mampu hidup hingga sekarang. Itulah takrif maruah bagi BN..