SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Khamis, 6 November 2008

APA YANG BOLEH KITA PELAJARI DARI KEMENANGAN BARRAK OBAMA?

Ramai dikalangan bloggers mengutarakan kegembiraan mereka diatas kemenangan Barrak Obama dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. Dan berharap kepimpinan Obama selepas ini akan lebih mesra kepada negara sedang membangunan terutamanya di Asia dan Afrika. Dalam diam saya juga berharap sedemikian. Tetapi dalam penulisan ini saya cuba membawa saudara-saudara semua memikirkan kepada perkara-perkara yang sedikit berbeza dari hanya mengucapkan tahniah dan harapan saja semata-mata.

Saya ingin membawa pelayar blog semua untuk tidak memikirkan sangat harapan kita yang mungkin akan berhasil di era kepimpinan Obama kelak. Kita seharusnya memikirkan apakah yang dapat kita pelajari dari senario yang berlaku di Amerika Syarikat itu? Orang Indonesia telah lama mengetahui akan perkara ini kerana mereka lebih awal membuat perubahan dalam tampuk permerintahan negara mereka. sekarang ini baru mereka tahu bagaimana proses liberalisasi yang diperjuangkan di Indonesia itu rupanya mengikis panca susila yang mereka telah pertahankan sekian lama. Nasibnya 90% drp penduduk Indonesia terdiri dari masyarakat pribumi negara tersebut. Makanya apapun yang berlaku negara tersebut tidak mungkin diperintah oleh penduduk bukan asal.

Di Amerika Syarikat, walau siapa yang menjadi orang no.1 nya, mereka adalah sama. Semuanya adalah dari golongan pendatang. Orang pribumi disana terdiri dari golongan Red Indian yang pada masa ini berada dalam keadaan/situasi yang menyedihkan. Di Malaysia keadaanya amat berbeza. Komposisi warganegara kita terdiri daripada Golongan asal disini dan golongan yang hanya datang kemari sekitar abad ke 18 dan 19. Kita baru lebih kurang 50 tahun mencapai kemerdekaan sedangkan Amerika Syarikat telah mencapai kemerdekaan semenjak 200 tahun lebih. Kita dapat menerima walaupun siapa yang akan menjadi PM kita, asalkan sahaja ia beragama Islam dan Bumiputera. Kita masih belum sampai keperingkat begitu terbuka sehingga boleh dan membenarkan orang lain menjawat jawatan No. 1 negara tersebut. Perjuangan kita sebenarnya masih jauh. Dan kita masih belum rela untuk membuka kepada sesiapa yang bukan Islam dan Bumiputera untuk menduduki jawatan sebagai PM Malaysia. Inilah sebenarnya yang tertanam dalam hati saya. Untuk mempastikan apa yang ada tertanam dijiwaku ini tidak hanyut dibawa tsunami politik seperti Amerika Syarkat, maka saya masih degil berada didalam UMNO kerana
pada saya hanya UMNOlah temapt saya mempertahankan kedegilan saya dalam mempertahankan apa yang ada dijiwa saya.

Martabat ISLAM seantaredunia hanya akan dapat disemerbakkan oleh penganut islam sahaja. Adalah merupakan tugas pemimpin kita, samada Ulamak atau Umaraknya. Harus mengemblingkan tenaga, bertungkus lumus memikirkan bagaiman cara dan pendekatan untuk mencapai cita-cita murni ini. Dalam hal ini adakah Obama akan memberikan ruang secukupnya?. Adakah Obama akan menukar Dasar Amerika kepada Palestine? Irag? Afghanistan? Iran? Pakistan? dan banyak lagi negara islam didunia ini.

Saudara Pelayar Blog sekalian.
Sekarang ini apa yang mustahak pemimpin kita fikir dan laksanakan ialah menghapuskan pandangan masyarakat dunia tentang ISLAM PEMBAWA KEGANASAN. Seharusnya pihak kedutaan kita memainkan peranan ini digenap pelusuk dunia agar pandangan ini dapat diubah.
Hanya MAlaysia pada hemat saya yang mengamalkan pendekatan liberalisasi dalam mengenengahkan islam dipersada antarabangsa.
Kita mampu bergaul baik dengan negara-negara lain kerana amalan liberlisasi ini. Kita tidak sikap yang ekstrim. Kita tidak menggunakan kekerasan. Dan amalan kita ini disenangi banyak negara bukan islampun.

Obama pernah duduk di Indonesia. Dan mungkin juga babak tiri beliau seorang yang berugama islam. Sekurang-kurangnya beliau faham dua perkara disini. Islam dan kehidupan Nusantara. Yang ini mungkin boleh mempengaruhi beliau dalam Dasar Luarnya dengan Indonesia dan Malaysia. Tetapi ini saja tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang mungkin akan berlaku ialah rakyat massa yang memang sedia iri hati kerana perubahan kepimpinan di Indonesia, akan bertambah bising dan menuntut perubahan yang tidak memberi makna ini di Malaysia sekali lagi.

Insaflah bahawa kita berbeza dengan mereka. Amerika Syarikat bukanlah satu contoh yang baik untuk diikuti dari segi corak politiknya. Ia hanya menjadi sesuai untuk kita jika sekiranya Cina dan India juga berupa bumiputera.

Tiada ulasan: