SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 4 November 2008

Pak Najib ada PERMATA bangsaku.

Kelahiranmu dipangkuan para bangsawan,
terbilang bukan sekadar gemilang.
Langkahmu langkah seorang Pahlawan,
Yang tangkas lagi menawan.
Personalitimu menarik perhatian,
Jantan dan perempuan.
Bila bermadah
seluruh sekitarmu kagum dan terpesona.
Bila bertindak
tentunya bijaksana dan mengkagumkan,
Walaupun dipersada dunia.
Najib,
Kau mewarisi kehebatan bapa mu.
Dimanapun kau berada,
Dimeja sukan, belia, ketenteraan, kewangan dan ke Felda sekali pun,
Kau menunjukkan kejayaan terbilang.
Mereka yang terkena sentuhanmu
Pasti akan mengenangmu
sebagai Pahlawan
dan Permata begemerlapan.
yang tak mungkin disisihkan,
Oleh lawan
dan yang berpura-pura sebagai kawan,
yang menikammu dari belakang.
Najib,
Kau berada dimercu kejayaan.
Jaga lah seakan mengasuh anak dipangkuan
Cintailah seperti menyintai keluarga sendiri
Buktikanlah
Kau adalah waris dari keperkasaan pertiwi
Agar mati mu,
Nisanmu tidak disepak terajang
Oleh mereka
Yang bergelar
rakyat melayu sejati
di Malaysia dan Nusantara ini.

2 ulasan:

sumandak bayu berkata...

Salam Bro....

Puisi ini bakal menjadi tatapan seluruh negara syabas Bro.... Sumandak yakin ia bakal menganti PUISI PAK LAH.......royalti kongsi kat Sumandak ye.... (gurau je)

umno berkata...

Sebelum jadi PM eloklah selesaikan lapuran akhbar Perancis , Liberation, tentang penglibatan dia dalam kes altantuya. Penulisnya, Dubus perlu disaman secukupnya. Jika najib diam saja atau hanya sumpah guna Quran, maka akan hinalah Malaysia ini di mata dunia. Kali ini jangan berdiam diri. Lapuran azilah sudah diseludup keluar, Razak memang kenal altantuya, Ikut Dubus, Najib memang pernah jumpa minah mongol ni...bersihkanlah nama...

Navy pencen