SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 12 November 2008

MALAYSIAN-MALAYSIA? satu proses asimilasi.

DAP memperjuangkan Malaysian-Malaysia. Dan UMNO masih gagah memperjuangan Ketuanan Melayu. Dan MCA masih gagah pula memperjuangan Ketuanan Cinanya. Begitu juga dengan MIC masih tetap dengan pendirian asalnya memperjuangan kaum India. Tidak berkesudahan dan rasanya sampai bila-bila. Kadang-kadang terdengar suara dari UMNO atau MCA atau MIC yang seolah senada seperti suara yang terkeluar dari mulut DAP ataupun GERAKAN, lembut meminta kita teruskan kerjasama se Malaysia tanpa melahirkan isu-isu sensitive yang boleh memecahbelahkan kaum-kaum yang ada di Malaysia ini.
Sebenarnya apa yang kita kehendaki?
Sebenarnya apa yang akan terjadi?
Selamanya kita kena bermain sepanjang zaman dengan bahasa diplomasi bagi mententeramkan kawan yang berada disekiling pinggang?
Atau memberikan hak kita dengan rasa hati yang separuh tawar kepada kaum lain? sedangkan kita sendiri tahu besok hari kita kena hentam oleh kaum sebangsa kita?
Sebenarnya apakah cara dan kaedah yang kita laksanakan ini benar? Atau sebenarnya kita hipokrit?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Melayu, Cina , India, Iban dan Kadazan ( dan banyak lagi kaum )
Insaflah sekalian Manusia di Malaysia ini.
Bahawa pendekatan kita kini,
Tak dapat dipakai lagi,
Hanya satu cara sahaja...
Agar 100 tahun akan datang ini...
Tuan-tuan dan puan-puan tidak lagi dikenali melalui istilah kaum atau etnik anda yang kerap kerananya timbul isu-isu sensitive.
Malah anda dikenali hanya sebagai seorang Malaysia yang berbangsa Malaysia.
Sebabnya kerana seperti yang terjadi di Sabah dan Sarawak.
Kadazan kahwin Cina, Dusun kahwin kedayan, Murut kahwin brunei, Bajau kahwin cina, Rungus kahwin Bajau, Iban kahwin India, Dayak kahwin Inggeris dan sebagainya.
Perkahwinan campur ini akan mengujudkan apa yang dikenali sebagai PROSES ASIMILASI BANGSA. Dimana dalam tempuh yang sedarhana lama akan ujud satu kaum besar yang akan dikenali sebagai kaum/bangsa Malaysia. Yang akan memiliki peribadi kemalaysiaan tanpa rasa sensitive kepada isu-isu kaum seperti apa yang berlaku pada hari ini. Jika nenek dan datuknya berasal dari kaum cina dan melayu atau kaum India dan melayu, maka sudah tentulah cucunya tidak mudah sensitive kepada sesuatu yang menyentuh sensitiviti kaum neneknya, kerana cucunya tidak lagi berkaumkan kaum neneknya sepenuhnya.

Kemasukan Islam ke Tanah Melayu suatu ketika dulu, antara faktur penyebab adalah kahwin campur. Hang Lee Poo berkahwin dengan Salah seorang Sultan melaka dan memeluk islam semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka gagah perkasa. Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan empayarnya melalui pendekatan yang sama dimana putera-puteranya digalakkan untuk merapatkan hubungan dengan kerjaan melayu lain melalui perkahwinan campur. Pendekata penyebaran islam dikepulauan nusantara ini juga sebahagiannya melalui kaedah sedemikian.

Kenapa kita tidak menggunakan dan menggalakkan secara bersungguh-sungguh kaedah seperti ini? Apa salahnya jika cucu kepada LIM kit Siang berkahwin dengan cucu kepada Tun Mahathir? atau anak Tan Sri Hishamuddin berkahwin dengan anak kepada Saravanan. Salahkah? Tidak salah asal saja mereka beragama islam sebagai suami isteri. Anwar Ibrahim mempunyai anak yang remaja. Cadangkanlah agar ia berkahwain dengan anak Semi Vellu. Wajah cucu dari hasil perkahwinan campur sebegini akan menjadi lebih cantik atau handsome serta otak mereka juga akan menjadi lebih cerdik dan bijaksana. Dan yang mustahak semangat ekstrim kepada kaum asal mereka akan sedikit kendur dari masa kesemasa. Maka akan jadilah Malaysia yang aman dari ertikata yang sebenarnya.

3 ulasan:

free2talk2me berkata...

Chilliriver,
Saya setuju dengan pandangan saudara mengenai kelahiran bangsa Malaysia.Namun kaedah yang diajukan oleh saudara, inter marriage, bukan satu-satunya kaedah yang akan membantu proses kelahiran bangsa Malaysia,malah kaedah adaptasi dan menghormati kepercayaan antara kaum akan menjadi pemangkin kepada kelahiran bangsa Malaysia.

ustazSAID berkata...

Tk msukkn blog sy dlm blog list sdr.
Inter marriage satu kaedah, tp kaedah yg paling bkesan dlm mwujudkn bangsa Malaysia ialah rasa saling mpercayai & mhormati antara satu sama lain.
sy. akan msukkn blog sdr dlm blog list sy.

YB Raz Gothic berkata...

Perkahwinan berlainan bangsa bukan tidak boleh melahirkan bangsa malaysia tetapi cara yang paling berkesan adalah dengan persaudaraan islam. islam tidak memandang warna kulit dan bangsa malah ia melangkau lebih dari isu perkauman.

kita boleh mencontohi Rasullullah S.A.W dengan mempersaudarakan kaum ansar dan muhajirin. Adalah tanggungjawap kita untuk mengembangkan islam dan mengajarnya kepada yang bukan islam.

renung renungkan dan selamat beramal..

http://malaysiaheaven.blogspot.com