SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 22 Februari 2009

Apa sudah jadi dengan Lim Guan Eng?

Dulu suara beliau sangat vokal dan sungguh beriya-iya menghentam kerajaan BN. Ketika berpidatolah, ketika dalam TVlah, atau ketika dimana juga, Lim Guan Eng dgn pedas menghentam dasar dan polisi serta pelaksanaan yang dijalankan oleh kerajaan BN. Mengenai masalah kemiskinan dikalangan rakyat juga menjadi topik penting dalam pidato dan isi-isi ceramah beliau. Rakyat teramai semua dikerahnya berkumpul bagi mendengar pidato Lim Guan Eng tentang kebobrokan kerajaan BN yang telah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Pada ketika dulu kita dapat umpamakan Lim Guan Eng tengah meludah kelangit.
Kini ludah itu telah jatuh dan tertempil keatas muka Lim Guan Eng sendiri. Oleh kerana ludah tersebut terlalu lama berada diatas langit, bila ia jatuh dan tertempil diatas muka Lim Guan Eng, baunya sungguh hanyir dan busuk sekali. Tercium dimerata tempat hingga keatas mejaku sekali.

LIM GUAN ENG MEMBERI PENGAKUAN BAHAWA BELIAU GAGAL DALAM USAHANYA UNTUK MENGHAPUSKAN KEMISKINAN TEGAR DI PULAU PINANG.

Lim fikir memimpin ini adalah satu perkara senang. Itu pasal semasa menjadi pembangkang dulu, beliau mengkritik kerajaan ikut suka mulut je. Konon atas nama demokrasi dan kebebasan.
Sekarang apa bila diamanahkan oleh rakyat untuk menjadi pemimpin, baru beliau tahu bahawa "gula itu tidak masin dan garam itu tidak manis". Sekarang barulah Lim tahu bahawa menjadi Pemerintah itu adalah satu tugas yang cukup susah dan memerlukan "pengukayahan" masa, buah fukiran, wang ringgit serta segala macam pengorbanan.

Janganlah Lim cuba untuk mencari punca dan sebab kenapa kegagalan berlaku dan jangan sekali-kali menyalahkan orang lain atau parti lain. Semua kesalahannya adalah berpunca dari dalam diri Lim sendiri. Lim kurang bijak selaku Ketua menteri Pulau Pinang. Rakyat spt saya dapat melihat dari masa sesemasa bagaimana kehebatan Lim dalam menerajui Pulau Pinang. Lim cuba untuk menjadi hero semua kaum dalam Pulau Pinang. Namun perangai, sikap dan darah Cina yang tebal serta sejarah masa lalu Lim sebagai anak Lim Kit Siang telah menghasilkan kegagalan dalam pemerintahannya. Lim gagal selaku pemimpin semua kaum. Lim hanya mampu menjadi pemimpin kaum Cina sahaja. Lim bukan seorang pemimpin yang liberal. Lim adalah seorang pemimpin perkauman. Seorang pemimpin yang seperti itu tidak layak memegang tugas selaku orang pertama dalam Malaysia ini, sekalipun untuk hanya sebuah negeri.

Lim Guan Eng seharusnya bermuhasabah diri. Menjadi pemimpin, mungkin dianggap telus kerana mengakui kegagalan. Tapi ingatlah pengakuan kegagalan itu sendiri mengambarkan bahawa Lim juga mengaku secara tak langsung AKAN KETIDAKLAYAKAN BELIAU SELAKU kETUA. Dan seharusnya diganti segera demi rakyat Pulau Pinang, yang selama ini dahagakan pembelaan dari seorang yang bergelar Ketua menteri.

1 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam Tuan..

Seperti kata Karpal Sigh. Lim Guan Eng perlu juga bertaubat... bersama bapanya dan Anawar...

Entah la... saya sebagai penduduk melayu p.pinang menunggu juga apa-apa proses rangsanan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membasi kemiskinan tegar terutama bagi kaum melayu dan india disini...