SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Selasa, 24 Februari 2009

Banyak contoh terpuji dikalangan generasi Y yang harus diikuti.

Kelmarin, saya meluahkan rasa duka yang terselit dijiwa mengenangkan perangai atau sikap TERKURANG AJAR generasi muda-mudi dewasa kini ( Saya kata terkurang ajar kerana mungkin sikap ini tidak disengajakan. Ia keluar dari hati-hati yang telah "hitam legam" ). Sikap melepaskan sesuatu tindakan melulu tanpa berfikir terlebih dahulu dengan rasional seringkali membawa hasil yang kurang baik. Jika sikap sebegini berlaku kepada sebuah perkahwinan, maka akhirnya perkataan CERAI akan sentiasa bermain dibibir mulut. Jika ia berlaku kepada sebuah PERJUANGAN, maka persengkitaan dan pergeseran sesama pejuang akan sentiasa terjadi. Norma-norma yang selama ini telah berjaya mengujudkan keharmonian kehidupan masyarakat, dengan mudah diperkosa dan dipermainkan. Begitulah apa yang terjadi di Perak, di Kelantan suatu ketika dulu dan malah diperingkat negara pada tahun 1993 dulu. Kenapa?, teruk sangatkah Raja-Raja kita sehingga kita terpaksa bertindak derhaka kepada mereka? Salah sangatkah Baginda Sultan Perak melantik Sdr YB Zambry sebagai Menteri Besar? Runtuhkah sebuah budaya bangsa dengan tindakan yang dibuat oleh Baginda? ATAU tindakan derhaka yang kita lakukan yang lebih berkemungkinan membawa kepada keruntuhan sebuah kebudayaan bangsa melayu? Kita terlalu kemaruk kuasa dan harta sehingga kita lupa mana satu yang prioriti dalam melangkahkan nyawa dan roh kehidupan kita.



Dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu, ayah saudara dengan anak saudara boleh bergeser, bertengkar "seperti anjing dengan kuching" hanya kerana berbeza prinsip dalam sebuah perjuangan. Saya tidak nampak suasana ini berlaku diperingkat Ahli-Ahli Parlimen yang berlainan parti. Mereka sering bersama duduk dengan aman dan selesa, dengan gelak ketawa dan gelagat yang mengambarkan kemesraan diantara mereka yang berlainan prinsip. Dimana ini jarang terjadi dikalangan rakyat marhain yang beranggapan itulah perjuangan hingga menitiskan darah yang terakhir. Dalam PRK Kuala Terengganu itu tadi, sianak teriak terlolong-lolong mengata dan menghina perjuangan bapak saudaranya dikelayak ramai dihadapan mata saya. Si bapak saudara hanya berdiam diri tanpa membalas sepatah katapun dari penghinaan anak saudara itu. Apakah ini namanya KEBEBASAN BERSUARA? Bukankah ini namanya KURANG AJAR?



Pun demikian saya ingin jelaskan bahawa BUKAN SEMUA ANAK-ANAK GENERASI Y ( muda ) ini yang berperangai sedemikian. Ramai malah jutaan lagi anak-anak generasi Y yang baik budi bahasanya, tinggi nilai budinya, hebat ketrampilannya, Bersinar ketokohan kepimpinannya dan dalam bidang keilmuan, boleh dibanggakan sehingga kekadang tu lebih hebat dari setengah bijakpandai barat yang jauh lebih dulu kemajuannya drp kita di Malaysia ini.



Saya sangat BANGGA apabila melihat dengan mata, mendengar dengan telinga dan mengenangkan dengan minda dan merasinya dengan jiwa, bila terdapat kalangan generasi Y yang berpendirian dan bertingkah-laku sedemikian. Didalam wadah perjuangan politik, apakala UMNO menubuhkan sayap Puteri dan Puteranya, jelas kenampakan keujudan kepimpinan Generasi Y yang terbilang, Gen Y ini bertimbun-timbun jumlahnya di Pusat-pusat pengajian tinggi. Gen Y ini telah ramai jumlahnya yang bergelar Jurutera, doktor, lawyer dan sebagainya.
Dari gulungan ini yang berjaya mendaki Gunung Everest, yang berenang menyeberangi selat Inggeris. Mereka juga sangat ramai yang mencipta nama dalam bidang sukan. Malah diperingkat dunia. Datuk Nicol David umpamanya.

Selaku generasi yang "kubur kata mari", saya ingin mengemukan persoalan kepada Gen Y yang asyik berbangga dengan perjuangan demonstrasi dan seronok bertindak liar dalam membuat tentangan kepada parti pemerintah, khasnya UMNO? Bukankah lebih elok jika kita berlumba-lumba kearah memperhebatkan pencapaian pribadi diri dalam bidang sains, ICT, kedoktoran, Kesenian, Kesukanan, dan segala macam bidang yang lebih bermanafaat? Bukanlah maksud saya bidang politik tidak baik dan tidak bermanafaat. Tetapi bidang ini memerlukan kekuatan jati diri bangsa dan kebijaksanaan dalam mengatur prioriti tindakan. Salah langkah, kebijaksanaan yang ada pada diri bisa meruntuhkan bangsa dan negara. Konon kita pandai rupanya bebal. Bijak mengupas segala macam istilah mengenai persoalan falsafah politik, tapi rupanya itu hanya sekadar retorik, kerana didalam bentuk perbuatan, langsung kita jelmakan diri kita seolah sekadar binatang yang hidup dalam hutan.

Kekadang timbul juga rasa simpatiku dengan keraneh mereka. Banyak tindakan gen Y adalah berpacul hasil tindakan "bebal" pihak pemimpin juga.
Dah tahu kita menjadi seorang pemimpin, kita seharusnya menjadilah pemimpin yang sejati yang bertugas untuk orang yang kita pimpin. Agenda sebenar kepimpinan janganlah sekadar melepaskan batuk ditangga semata. Permasalahan rakyat harus menjadi keutamaan kita. Bukan sebaliknya menggunakan peluang dari jawatan tersebut untuk memperkayakan peribadi dan memperbanyak isteri. Tapikan, sekali lagi saya bertanya, benarkah bagai dikata? Sehingga kini, sejak kita mencapai kemerdekaan, tidakkah pemimpin kita telah banyak menabur khidmat kepada rakyat jelata? Atau kita sendiri yang memejamkan mata dan memekakkan telinga? Spt kata Nabil..Lu fikirlah sendiri.



Tiba-tiba aku teringat dengan pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai kegagalannya dalam mengatasi masalah kemiskinan tegar di Pulau itu. Gen Y harus memberikan keputusan yang sebaiknya dengan pengumuman yang dibuat itu. Layakkah Lim Guan Eng memegang peranan selaku Ketua menteri Pulau Pinang? Pemegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ( Sdr Lim Guan Eng ), bukan saja kelihatan tidak mampu, malah ternyata tidak mampu memegang jawatan utama tersebut.

1 ulasan:

singamaraja berkata...

Auuum!

Memelihara anak didik generasi baru dengan akidah