SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Ahad, 8 Februari 2009

PENSIANGAN???KAKI KEMPEN HARUS ORANG BORNEO SENDIRI.

BUKANLAH MAKSUDNYA ANTI SEMANANJUNG. JAUH SEKALI INGIN MENYATAKAN PEMISAHAN SABAH DARI MALAYSIA. ORANG YANG BERFIKIRAN SEDEMIKIAN MASIH TERLALU DANGKAL DAN TIDAK HARUS MASUK CAMPUR DALAM BERBICARA MENGENAI POLITIK REALITI MALAYSIA MASA KINI.

Orang-orang Sabah, terutama yang berada di luar bandar tidak akan menerima sebaiknya usaha tukang kempen jika ia berasal dari Tanah Besar semananjung kerana pada dasarnya mereka seolah tidak menyukainya. Walau macamana pintar anda berpidato. Yang mereka sukai, itulah yang sepatutnya kita hidangkan. Jangan dihidangkan sesuatu yang mereka tidak suka. Di Kuala Trengganu hal ini telah terjadi dimana begitu ramai orang luar masuk berkempen, namun hasilnya tetap kosong. Sebaliknya belanja untuk tukang kempen berjuta dan sangat membazir sekali.

Biarlah kebanyakan tukang kempen dan yang melakukan kerja untuk BN dari pemimpin dan kakitangan dari Sabah maupun Sarawak sahaja. Elaun untuk kakitangan yang bekerja siang malam tak kenal penat dan lelah juga jangan dijenakakan. Bajet juga mesti mencukupi kerana undi boleh negatif sifatnya kepada BN jika perkara ini menjadi satu jenaka drp pemimpin. Lebih-lebih lagi jika hanya masuk dalam poket sendiri sahaja. Tempat penginapan untuk pekerja BN juga mesti diatur sedari sekarang. Begitu juga dengan kenderaan yang akan digunakan sepanjang ketika kempen berjalan.

Pensiangan bukanlah seperti Kuala Trengganu suasananya. Dan jauh sekali serupa ibu kota.
Ia adalah hutan rimba bagi orang Kota dan bandaraya bagi penduduk desa. Kalau nak ke Sabah juga, jangan hanya sekadar Jesselton sahaja. Harus hingga ke Tepian Sungai Pedas di Pensiangan sana. Bersama-sama tinggal dalam pondok yang diperbuat drp buluh yang di anyam rata oleh penduduk desa sana. Bersama binatang khinzir yang halal pada mereka. Jangan membawa islam dan mengada-ada dengan ini agama kerana disana kristian rata-rata.
Ada juga yang pagal agamanya. Kehidupan mereka tidak spt di Kelantan maupun di Kedah. Senjata mereka tidak bersuara seperti senapang Amerika. Tiba-tiba melekat dileher kita. Dan kita tidak bernyawa akibat drpnya.

Fikirlah baik-baik dan atur cerita kita. Bagaiman nak menjelaskan kemunduran mereka setelah 40 lebih tahun merdeka dibawah Malaysia. Mereka tetap dalam kemunduran yang nyata. Kerana jauh dipendalaman atau kerana kepimpinan yang asyik leka dengan soal peribadi dan bini dua? Atau ramai perempuan simpanan di merata? Fikirlah apa yang nak dikata. Tapi kali ini jangan nak dikata saja. Juga mestilah di Kota. Kerana PRU 13 masih belum tiba. Ketika itu, jika sekarang kita hanya berjanji buta, nantinya kita akan merana juga.

1 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

Salam Saudara,

Sememangnya, saya berpendapat sedemikian. Jika membawa orang luar berpidato, local Pensiangan akan "pusing", maka jadilah ia seperti yang berlaku di Terengganu.

UMNO terlampau "ghairah" untuk berpidato. Ezam, Shahidan Kasim, Najib dll!!!! Natijahnya, kekalahan jadi habuan!!! Sedangkan, masing-masing punya agenda tersendiri- kepandaian bermain dengan isu.

Jika kita fahami, rakyat pedalaman sebenarnya tlah letih dengan isu yang dipidatokan. Habis-habis pun, bila nak buat jalan???

Jadi, sebelum berkempen; BN haruslah memikirkan alternatif terbaik yang tidak "memusingkan" undi warga Pensiangan!!!