Ramai Bloggers yang mengatakan UMNO menerima masuk tiga Adun Pakatan Rakyat masuk ke pengkuannya. Ini adalah satu Kenyataan yang sama sekali salah.
2. Ketiga-tiga mereka hanya keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri sebagai Adun Bebas. Dan tidak memasuki sebarang parti dalam komponen Barisan Nasional. Kenapa bloggers menyelewengkan fakta? Mungkin ada maksud yang tersirat. Sekali lagi saya katakan Tiga Adun yang melompat tersebut tidak masuk mana-mana parti dalam Barisan Nasional. Mereka berdiri sebagai Adun Bebas sahaja.
3. Namun pada ketika ini mereka memberikan sokongan penuh agar BN yang memerintah negeri Perak. Mungkin suatu waktu kelak mereka akan memberikan sokongan pula kepada parti lain. Itu tidaklah dapat dijamin dan dipastikan hatta oleh Datuk Seri Najib. Oleh kerana mereka bukan mamsuk BN, maka segala keburukkan yang telah dan akan mereka lakukan, tidaklah terpalit BN bersama. Perkara seperti ini harus diberikan penjelasan kepada pembaca blog yang pintar-pintar yang sebahagian besarnya sudah belajar diMenara Gading. Tak kan bodoh lagi.
4. Saya yakin jika sekali lagi terdapat Adun PKR yang keluar dari parti tersebut, kali ini kemungkinan besar akan terus masuk kedapor UMNO atau MCA atau GERAKAN. Kita sama-sama tengok.
Demokrasi adalah ideologi yang baik. Sama seperti makanan itu adalah sesuatu yang baik kepada kehidupan makhluk khususnya yang dikatakan manusia. Maka seperti juga makanan, ideologi demokrasi itu juga harus dibuang dalam tong sampah jika sudah basi dan tak berguna lagi kepada perjuangan bangsa dan negara. Yang baik sepanjang zaman ialah Islamisasi kerana ia datangnya dari Allah SWT jua.
SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA
Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.
2 ulasan:
benar tuan hamba.
mereka tak masuk BN..mereka sokong BN..
very clear statement ds najib tempoh hari.
pahlawan bugis yang merendah diri tetapi begitu berani.
syabas ds najib..
sokong BN.. Saya faham :-)
p/s: Hormatlah Sikit Keputusan Sultan
p/s:Amaran Kepada Pemimpin Melayu
Catat Ulasan