SALAM 1MALAYSIA & SALAM SEJAHTERA

Tuan/Puan juga dijemput untuk melayari Face Book saya dialamat facebook.Iraman. Selain daripada kita dapat merapatkan lagi hubungan silatulrahim sesama insan, ia tentu sekali akan dapat mencambahkan lagi fikiran bernas dan bermanafaat kepada agama, nusa dan bangsa.

Rabu, 4 Februari 2009

KATAK SI KATAK LOMPAT. Kenapa Bloggers Pakatan Rakyat MARAH????

Situasi poliitik yang berlaku dalam negeri Perak mutakhir ini berada dalam keadaan celaru. Insyallah, sedikit masa lagi akan kembali pulih jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri dan mengambil-alih dari kerajaan sebelumnya, yang tersangat tidak matang dalam mengendalikan kerajaan negeri tersebut. BN memiliki kemampuan yang tidak ada tolok bandingnya sebagai parti yang bergelar PEMERINTAH. Pada hemat saya hatta memerintah seluruh dunia sekalipun. Saya mencadangkan Blogawan-Blogawan Pakatan Rakyat hendaklah melahirkan buah fikiran yang boleh diterima akal yang matang jika berhujah didalam blog. Nobisha menyeru agar menggunakan kata-kata yang sopan dan bukan sebaliknya. Tentunya kerana beliau melihat blogawan terlalu emosi sehingga bukan sekadar memalukan diri mereka sendiri, malah seluruh blogawan seantero Malaysia termasuk mereka yang bergelar Professor dan sarjanawan sekalian.

Saya cuma hairan dengan gelagat blogawan Pakatan Rakyat yang "marah-marah" dan mempertikaikan tindakan "lompat Si Katak Lompat" oleh beberapa orang Adun di Perak sehingga menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang tengah "berbulan madu" dalam Pemerintahan. Kenapa mesti MARAH? Saya yakin benar jika berlaku lompatan "maut" sebegitu dari BN ke Pakatan Rakyat, tentunya blogawan Pakatan Rakyat akan membuat pujian kepada Adun tersebut. Dan sebaliknya yang berlaku sekarang mereka betul-betul "menyampah" dengan tindakan sedemikian. Maka akan ramailah blogawan ini yang menunjukkan ketidak bersetujuan mereka didalam penulisan mereka, cukup dengan ayat-ayat suci Al Quran sebagai bukti kemenyampahan mereka. Cukup dengan bukti-bukti dari fakta-fakta sejarah yang menyesuaikan dengan "kemarahan" mereka.

Sedangkan "projek 916 DSAI" mendapat sokongan sepenuhnya dari blogawan tersebut.
Sokongan ini boleh ditafsirkan dan membawa maksud bahawa mereka sangat bersetuju dengan perlakuan "katak sikatak lompat" dalam politik Malaysia.
"Sangat bersetuju" ini tidak hanya dikalangan blogawan PR yang mentah-mentah spt saya, malah juga yang matang-matang yang bergelar prof dan sarjana terbilang spt....
Sebagai penyokong kuat UMNO, saya "simpan" komen saya samada saya bersetuju atau tidak dengan prinsip tersebut.
Namun suasana pembangunan di Sabah masa kini menyedarkan saya bahawa tindakan melompat parti oleh Datuk Lajim dan 2 orang lagi Wakil Rakyat diSabah pada 1994 lalu adalah satu tindakan yang tepat demi rakyat negeri dibawah bayu itu.
Semoga tindakan yang sama itu akan mengujudkan pemerintahan yang ADIL untuk semua kaum di negeri Perak.

1 ulasan:

Unknown berkata...

analogi yg sama dengan.... bila Biru bagi..., katanya - rasuah, bila Hijau bagi... katanya - sedekah